"Wajdi, asal awal sangat naik pagi tadi?" soal Azhar sebaik sahaja mereka tiba di dorm.
Wajdi memandang Azhar hairan. "Kenapa? Aku mana pernah pergi perhimpunan. Amnesia dah ke?" kemudian dia merebahkan tubuhnya di atas katil.
Azhar menggosok lehernya sembari tersengih.
Wajdi terdiam sejenak. Sejak dua menjak ni dia agak jarang nampak Si Amirul walhal mereka dari asrama dan sekolah yang sama. Mungkin kerana pelajar bilangan pelajar yang ramai dan jawatan mereka berbeza. Amirul merupakan qudwah dan juga kepimpinan asrama, namun dia hanyalah pelajar biasa.
Kemungkinan.
"Kau pergi mana malam semalam? Tadi aku terjaga pukul dua pagi tengok katil kau kosong,"
Wajdi terdiam. Semalam, usai sesi bercerita bersama Faiz, dia tidak terus masuk ke dalam dorm meskipun angka menunjukkan pukul satu pagi. Dia memilih untuk duduk di bangku yang tersedia di kawasan aspura sembari elihat bintang yang bertaburan luas. Sunyi dan tenang.
Pelajar yang lain semua sudah terlena dalam mimpi.
Dan, waktu itulah yang digunakan oleh Wajdi untuk...
"Kau mengigau agaknya. Tak pernah pulak kau terjaga,"
"Hm. Betul jugak. Maybe masa tu aku tak basuh kaki. Mimpi jatuh dari langit. Tu yang terbangun tu,"
~~~
Amirul menarik dan menghembus nafas sambil memandang ke arah lorong yang digunakan oleh pelajar muslimat sembari menunggu seseorang. Sebaik sahaja kelibat yang dinantikan tiba, dia tersenyum.
Kau boleh Amirul!
"Mikayla!"
Gadis bernama Mikayla yang sedang berjalan bersama rakan itu menoleh ke arahnya dengan riak terkejut.
"I...iya? A...ada apa?" soal Mikayla agak gementar. Jujur dia teringat akan pertemuannya dengan Amirul di lorong bilik guru beberapa hari lalu.
"Saya nak cakap dengan awak boleh? Only two of us," pinta Amirul dengan senyuman manisnya.
"Er, tapi..."
"Tak apa. Sekejap je. Jauh sikit. Kawan awak jadi saksi taklah orang curiga,"
Mikayla memandang Mardiyyah dan rakannya itu hanya mengiyakan sahaja. Lagipun rakannya ada di situ sebagai peneman. Tidaklah orang fikir bukan-bukan memandangkan mereka adalah kepimpinan Qudwah.
Mikayla mengikuti sahaja langkah Amirul yang bergerak jauh sedikit kemudian Amirul membalikkan tubuhnya menatap Mikayla yang berdiri sekurang-kurangnya dua meter darinya.
"Dah baca surat tu?" tanya Amirul dengan wajah yang riang membuatkan Mikayla mengerutkan dahi.
"Surat? Surat apa?" soal Mikayla hairan. Surat apa pulak ni?
"Ala, ada kat dalam laci meja awak sebelum minggu balik haritu. Warna kelabu,"
Mikayla masih lagi bingung. "Maaf, saya tak dapat apa-apa surat pun,"
Kata-kata Mikayla membuatkan Amirul tercengang.
"Ha? Surat tu tak ada ke dalam laci meja awak?"
"Iya. Saya jujur ni Amirul. Tak ada apa-apa surat pun dalam laci meja saya,"
Amirul terkejut sembari meraup mukanya berkali-kali membuatkan Mikayla bingung. Boleh rosak reputasinya kalau ada orang lain baca surat tu! Lagi-lagi ustaz Khairul Nizam dan para Exco yang lain. Dan Mikayla pun boleh terlibat sekali!
"Kenapa? Surat apa yang ada kat bawah meja saya?"
Amirul menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Erm. Sebenarnya tu surat pengakuan,"
"Pengakuan?"
Amirul diam seketika. Jujur hatinya berasa resah sekarang kerana kehilangan surat itu.
Mengaku je la Amirul!
"Awak kenal tak saya?"
Mikayla masih menatap bingung. Kenapa pula dengan Amirul ni?
"Awak Amirul Shazwan. Exco asrama dan Qudwah. Tu je kan?"
Amirul tersenyum simpul. Siapa je tak suka kalau crush kenal nama kita siap dengan jawatan?
"Selain tu?"
Mikayla menggeleng.
Amirul menghela nafasnya. Haih mestilah Mikayla tak tahu sebab surat tu tidak ada!
"Ingat tak saya? Saya Wa...,"
"Mikayla!"
Laungan dari arah koridor pelajar muslimin membuatkan mereka berdua tersentak. Terlihat Hilman sedang berlari ke arah mereka berdua dengan keadaan tercungap-cungap.
Amirul mengetap bibir. Haish kacau line betul!
Mikayla mengalihkan fokusnya pada Hilman.
"Ya Hilman? Ada apa?"
"Ustaz Khairul Nizam nak jumpa kita berdua kat pejabat sekarang,"
"Ustaz nak jumpa? Buat apa?" Mikayla mengerutkan dahinya.
"Tak tahu. Ni pun ustaz Nurhan yang bagitahu,"
"Ok jom. Nantilah ye Amirul. Maaf," ujar Mikayla tergesa-gesa turun bersama Mardiyyah yang terkebil-kebil kerana ditarik.
Sementara itu, Hilman memandang ke arah Amirul yang sedang menatap pemergian Mikayla.
"Jaga mata!" bahu Amirul ditepuk sekilas sebelum dia berlari turun. Dan semestinya menuju ke pejabat mudir.
"Tak guna!" Amirul mendesis. Kalau bukan sebab Hilman datang tadi, pasti Mikayla sudah mengenalnya.
Namun...
Dalam fikirannya sekarang...
Di mana surat tu sekarang?!
Janganlah jatuh ke tangan orang lain lagi-lagi seseorang yang bernama...
Wajdi Hariz!
~~~
Sebaik sahaja selesai sesi persekolahan, Nurhan mengajak Faiz keluar ke pekan untuk membeli beberapa barang untuk aktiviti tahunan di sekolah.
Memandang sudah hampir dua bulan sesi persekolahan dan tinggal beberapa minggu sahaja aktiviti sukan tahunan akan berlangsung. Mesyuarat mengenai sukan itu telahpun tamat beberapa jam yang lalu. Faiz dan Nurhan dipilih untuk menjadi pengadil bagi semua acara bahagian pelajar muslimin sekaligus pengacara kerana mereka merupakan alumni sekolah itu dan semestinya sudah ramai guru mengenal mereka.
Usikan-usikan guru lama membuatkan mereka tersipu malu. Haih, terasa sekejap masa berlalu. Baru sahaja terasa dibebel dan di marahi namun sekarang sudah mesra bergurau senda dengan guru-guru.
"Apa lagi yang tak beli lagi ni?" soal Nurhan sambil meletakkan beberapa cat yang digunakan melukis bendera dan sebagainya di dalam troli yang dibawa oleh Faiz.
"Hm. Bendera warna warni yang kecik tu," kata Faiz sambil menatap layar telefonnya untuk melihat segala list barang yang dihantar oleh guru yang terlibat dalam persiapan melalui group Whatapps.
"Okey, duk sini diam-diam. Jangan lari nanti sesat!" pesan Nurhan dengan nada bergurau membuatkan Faiz tergelak kecil.
Sedang asyik menatap layar telefon, tiba-tiba seseorang melanggar Faiz membuatkan telefon miliknya hampir terlepas namun mujurlah Faiz memegangnya erat.
"Maaf,"
"Eh tak apa," Faiz memusingkan tubuhnya untuk memaafkan orang yang melanggarnya namun bayangan di hadapannya itu membuatkan dia tercengang.
Begitu juga dengan figura di hadapannya itu.
"Wei Faiz, aku beli tiga sebab kalau beli tiga percuma sa...," Nurhan yang baru sahaja selesai mencari barang itu juga tercengang.
Air mata Faiz mula mengenang.
"As...Asif?"
"Faiz? Nurhan?"
~~~
Asif menunduk apabila melihat kedua-dua insan yang sangat dirinduinya.
"Nurhan, Faiz...," Asif mengangkat kepalanya memandang ke arah Nurhan dan Faiz silih berganti sembari mengukir senyuman tipis
"Maafkan aku,"
Belum sempat Asif melanjutkan bicaranya, Faiz sudahpun meluru ke arah Asif lalu memeluknya erat.
"Maafkan aku Asif, maafkan aku." berkali-kali Faiz mengutarakan kata maaf membuatkan Asif tersenyum tipis. Dia menatap Nurhan yang turut sama tersenyum ke arahnya.
Kini ketiga-tiga mereka berada di kedai mamak. Masing-masing memancarkan wajah yang tenang.
"Kau apa khabar?"
Asif mengangguk pelan sambil bibirnya mengukir senyuman tipis.
"Korang pula?"
"Alhamdulillah. Macam yang kau tengok sekarang,"
Asif tergelak kecil. Air kopi susu panas yang dipesan dikacau pelan dengan sudu kecil.
"Maafkan aku. Sebab hilang tak ada berita,"
Asif menundukkan wajahnya sejenak sebelum menatap kembali dua insan yang dirinduinya.
"Kau tahu? Betapa rindu dan bersalahnya aku pada kau?" Faiz mengetap bibir. Meskipun dia akui dia sangat bahagia dengan kehadiran Asif namun luka yang lama sangatlah sukar untuk dilupakan.
"Kau tak salah Faiz. Aku yang salah,"
Nurhan diam sahaja. Jujur dia berasa senang kerana keadaan Asif sekarang. Lain dari yang dulu....
"Tapi disebabkan aku kau...,"
"Faiz. Jangan ungkit kisah tu. Aku dah maafkan kau dan kau tak salah. Please? Kita memulakan persahabatan kita semula? Sungguh aku rindu dengan sahabat-sahabat aku,"
Faiz dan Nurhan memandang sesama sendiri sebelum mengukirkan senyuman manis.
"Kau sahabat kami Asif. Sampai syurga,"