Home Novel Umum Stigma (SELESAI)
Stigma (SELESAI)
ae0907
12/10/2021 21:15:47
94,502
Kategori: Novel
Genre: Umum
BAB 21

Faiz tersenyum miris apabila mengingati kembali peristiwa di mana dia dan Asif hampir membunuh sesama sendiri. Mujurlah Hazalif dan Adnin sempat menghentikan mereka daripada pergelutan hebat itu daripada terus berlarutan. Dan setelah itu, mereka dikejutkan dengan Asif yang tiba-tiba tidak menyedarkan diri.

Faiz melupakan satu hal bahawa Asif mengalami sakit belakang yang serius dan entah mengapa mereka berdua boleh terlupa tentang itu kerana Asif tidak pernah menunjukkan rasa sakitnya meskipun sudah dimaklumkan.

Dan disebabkan kejadian itu, Asif dihantar ke hospital oleh pihak sekolah dan kes itu dirahsiakan oleh pihak sekolah untuk mengelakkan timbul masalah yang lebih besar.

Hanya pihak sekolah, mudir, Hazalif, Adnin, Nurhan sahaja tahu. Kerana kes itu sangat besar dan tidak boleh dihebohkan kepada sesiapa dan bimbang akan menganggu pembelajaran pelajar lain.

"Asif... Maafkan aku," Faiz melekapkan kedua-dua tapak tangannya di cermin yang menjadi benteng antara mereka. Dapat dia melihat raut wajah Asif yang terlihat lemah di atas katil pesakit.

"Kamu! Pembunuh!" satu tamparan keras hinggap di pipinya membuatkan Faiz terteleng ke tepi.

Orang yang menamparnya itu adalah ibu Asif.

"Saya tak akan benarkan kamu jumpa lagi anak saya!"

Sejak daripada itulah mereka tidak lagi bersua. Dan akhirnya ibubapa Asif memutuskan untuk memberhentikan Asif dan membawa remaja itu ke luar negara.

Faiz pula dimaafkan kerana Nurhan menjadi saksi dan menceritakan semuanya kepada pihak atasan sekolah. Dan syukurlah pihak polis dan pihak sekolah dapat menyelesaikan dengan cara baik. Faiz pula digantung selama seminggu.

Ibubapa Asif telahpun memaafkannya namun mereka tidak mahu lagi Asif bersekolah di situ.

"Ya Allah. PercaturanMu sangat indah. Luka yang tergores, akhirnya diubati dengan doa yang tidak putus sebagai pengubatnya."

~~~

Melihat Amirul yang sedang bergelak sakan bersama beberapa exco di ruang makan membuatkan Wajdi tidak langsung melepaskan matanya dari lelaki itu.

Amirul adalah Wan?

Mengingati nama lelaki itu adalah Amirul Shazwan, Wajdi sudah dapat meneka kenapa nama panggilannya dahulu adalah Wan. Namun kenapa berbeza saat di sini?

Wajah lelaki itu agak berubah faktor tumbesaran. Kenapa Amirul tidak memberitahu kepadanya bahawa dia adalah Wan yang dia pernah kenali?

Bahkan Amirul mengatakan dia anak haram dan menfitnah Johan. Kenapa lelaki itu melakukan hal sebegitu? Dan apa hubungannya dengan Hajar Mikayla?

Wajdi berasa ingin tahu.

"Kau tengok apa tu?"

Teguran Azhar membuatkan Wajdi yang sedang memerhati itu menatap ke arahnya.

"Tu," Wajdi memuncungkan bibirnya kepada Amirul.

"Kenapa dengan dia?" soal Fahmi yang sedang menikmati makanan dengan sedikit gelojoh namun tenang. Tinggal beberapa minit sahaja lagi sebelum loceng rehat tamat.

"Aku perlu slow talk dengan dia," ujar Wajdi.

"Serius? Kes Johan tu ke?" tanya Azhar.

"Yang tu satu. Lepastu ada hal lain,"

"Kes mana pula ni? Orang mana pula dia kambing hitam kan?" Fahmi menggaru kepalanya.

"Adalah tu. Jangan risau. Tak melibatkan sesiapa,"

"Tapi jangan guna kekerasan Wajdi. Aku taknak kau macam haritu. Sakit hati dengar budak-budak lain perburukkan kau," bahu Wajdi ditepuk perlahan membuatkan Wajdi terkedu. Dia dapat merasakan bahawa Azhar dan Fahmi kelihatan risau.

"InshaAllah tak," Wajdi tersenyum tipis. Terselit rasa terharu kerana melihat betapa pedulinya Azhar dan Fahmi terhadap dirinya.

"Amirul," Amirul yang baru sahaja keluar dari tandas sekolah itu terpaku sejenak memandang figura di hadapannya kini namun dia cuba menunjukkan reaksi biasanya.

"Hurm, Wajdi Hariz. Dah lama tak nampak kau." Amirul bersuara datar sambil menyilang kedua tangannya.

"Hampir sebulan, ke dua bulan, huh?"

Wajdi tersenyum sinis memandang ke arah Amirul yang kelihatan angkuh. Sama seperti kes awal tahun lalu. Tidak pernah berubah.

"Parut dekat muka dan badan kau dah membaik?" sinis sahaja kedengaran apa yang dilontarkan Wajdi.

"Well, tak kuat sangat pun. Setakat lebam apa semua. Tak terasa dengan tangan kotor kau." Sindir Amirul membuatkan Wajdi kelihatan bengang namun dia menahan diri. Cukuplah kali terakhir tangannya memukul Johan.

"Kenapa kau panggil aku anak haram eh? Kau baru je masuk sini tahun lepas. Lepastu tanpa apa-apa kau tuduh aku anak haram. Siapa kau sebenarnya? Kau kenal aku ke?" soal Wajdi. Sememangnya sudah lama dia mahu bertanyakan hal itu namun hal itu jelas dia terlupa.

Amirul tersenyum kecil.

"Manusia, bila dah banyak buat silap senang je nak cari salah dia." Ujar Amirul membuatkan Wajdi terdiam.

"Wajdi Hariz, Rumah Asuhan Anak Yatim Pelangi. Di taman permainan dekat buaian, kali pertama kita berjumpa. Masa tu umur kita 11 tahun."

Wajdi tersenyum miring. "Kau. Amirul Shazwan atau Wan."

"Wau, kuat betul ingatan kau. Ingat rupanya aku." Amirul tertawa kecil.

"Kau ingat tak masa ummi panggil kat pejabat dia?"

Wajdi diam, mengiyakan semua bicara Amirul.

"Dan kau tahu? Sebelum ummi panggil kau, aku cam terdengar la. Nak buat macamana takdir begitu, aku dengarlah perbualan ummi dan atuk kau tu..."

Imbas kembali...

"Ish mana Mikayla ni? Dia tak datang ke? Nak tanya ummi la!" Wan mengeluh sembari melajukan lariannya ke arah pejabat ummi. Namun belum sempat dia mengetuk pintu, kelihatan pintu sudahpun sedikit terbuka dan dapat dia lihat seorang lelaki tua sedang berbicara dengan ummi.

"Ada orang rupanya," Belum sempat Wan melangkah pergi, kata-kata lelaki tua itu mematikan langkahnya dan dia segera mengintip untuk mendengar lebih jauh.

"Puan, saya nak ambil Wajdi untuk saya jaga." ujar Pak Azlan dengan nada yang sayu.

"Apa hubungan pakcik dengan Wajdi ya?" soal Ummi, selaku pengurus pusat asuhan itu.

"Saya atuk dia,"

"Oh,"  wanita itu diam sejenak. "Boleh saya tahu kenapa ibubapa Wajdi hantar Wajdi kat sini? Kenapa ya?"

Pak Azlan menghela nafas. Terlalu sulit untuk dikatakan namun dia terpaksa juga menceritakannya.

"Mak dan ayah Wajdi berpisah kerana ada sedikit kesalahan antara mereka. Macam perselisihan faham tentang status Wajdi sama ada dia ni anak kandung mereka atau ti...,"

Belum sempat dia mendengarkan bicara Pak Azlan, dia melihat kelibat Wajdi yang sedang menyapu debu yang melekat di tanah menuju ke arah pejabat. Tanpa berlengah, Wan segera beredar dan mujurlah Wajdi tidak perasan dengan kehadirannya.

"Jadi... Wajdi ni anak luar nikah macam dalam drama-drama kat TV tu ke?" Wan terlopong.

"Jadi Mikayla kawan dengan anak haram selama ni? Oh tidak!"

Wajdi cuba untuk bereaksi biasa setelah mendengar semua penjelasan Amirul. Sungguh, dalam hatinya kini berasa sangat sakit. Mahu mengatakan Amirul itu menipu, dia teringatkan reaksi atuknya setiap kali dia bertanyakan perihal ibubapanya.

Benarkah dia anak haram?

"Yang aku cerita ni semua betul ya. Tiada yang tertinggal." Beritahu Amirul.

"Dan kau patut sedar status kau kat mana. Kau tak layak jadi macam pelajar kat sini,"

Wajdi mengemamkan bibirnya. Cuba untuk mengukirkan senyuman tipis. "Kau? Kau rasa kau layak sangat?"

Kata-kata Wajdi membuatkan Amirul tertawa. "Aku? Of course. Tengoklah, semua cikgu, ustazah dan mudir percayakan aku. Bagi aku jawatan dan kepercayaan. Tak macam kau. Maybe sebab realiti status kau memang rendah. So, aku tak rasa dapat."

'Physco gila.' Bisik Wajdi dalam hati. Dia menatap tajam ke arah Amirul yang sedang galak tertawa.

"Mungkin kau lupa satu hal kelemahan kau,"

"Apa kau merepek ni?" soal Amirul dengan sisa tawanya.

"Hajar Mikayla. Kawan aku dari kecil. Kau sukakan dia kan?" senyuman sinis terukir di bibir Wajdi membuatkan Amirul mengetap bibir.

"Kalau ya kenapa? Kau nak rampas dia? Korang berdua tak bercinta kan? Tapi kenapa Mikayla ambil berat pasal kau ya? Apa yang istimewa sangat yang ada kat kau padahal kau tu anak haram?!" soal Amirul kasar. Nada kecemburuan jelas kedengaran sambil matanya dijegilkan.

Wajdi menatap Amirul dengan sedikit terkejut. Gila! Sememangnya Amirul mempunyai obsesi kepada sahabat masa kecilnya itu. Satu petanyaan dijawab sekali dengan makian. Memang gila!

"Kenapa kau tak suka aku rapat dengan Mikayla? Aku kenal dia pun dah lama!" soal Wajdi tidak puas hati. Cuba untuk memancing emosi Amirul yang tampak semangat jika ditanya mengenai Mikayla.

"Dia asyik kisahkan pasal kau je! Masa kau pukul aku awal tahun, dia bela kau tahu! Bela anak haram macam kau daripada insan suci macam aku!" kata Amirul dengan nada tertekan.

Wajdi terkedu. Jadi selama ini, Mikayla mengenalnya? Mengenali dan mengetahui keberadaannya di sini? Kenapa dia tidak menyedari hal itu?

"Dan kau selalu kacau time aku nak bersama Mikayla! Dulu Mikayla nak kau je! Walaupun masa tu kau dah tak ada!"

Wajdi menggeleng pelan. Amirul sememangnya sudah terobsesi yang melampau!

"Hei Amirul! Kau kenapa obses sangat dengan Mikayla! Kau tahu tak salah?!" laung Wajdi. Sungguh dia bingung dan marah dengan jejaka itu. Terlalu berlebihan!

"Kau nak tahu? Aku buat macam-macam untuk buat kau sentiasa nampak buruk depan semua orang. Ingat kes Johan hari tu?"

Wajdi mengetap bibir. "Aku dah tahu. Syaitan bertopengkan manusia macam kau yang jadi dalang semua ni. Sebab kau, Johan jadi mangsa."

"Wau, bagus. Tapi asal tak lapor kat si Faiz tu? Sayang lagi kat aku eh. Eh, ke memang takdir tak menyebelahi status haram macam kau eh?"

"Kau jangan kurang ajar Mirul! Ingatlah apa yang kau buat akan dibalas balik!"

"Huhuk. Takutnya." ejek Amirul.

"Dahlah. Aku nak pergi bilik guru. Nasib baiklah cikgu kelas aku tak datang, dapatlah aku borak ngan kau. Sekurang-kurangnya aku tak ponteng macam kau. Dah, bye-bye!"

Wajdi hanya memerhati Amirul yang sudah berjalan jauh meninggalkannya sembari menghela nafas. Entah mengapa dia berasa lain cara dia yang cuba mengetahui kebenaran. Tiada pertikaman lidah yang berlarutan, tiada pergaduhan dan sewaktu dengannya.

Satu kebenaran sudah terungkap bahawa Mikayla yang disebutkan Amirul adalah Hajar Mikayla yang dia rindui sebagai seorang teman. Sudah lama dia tidak bertemu dengan sahabat masa kecilnya itu.

Namun, kebenaran yang paling penting, benarkah dia anak haram dan apa yang dikatakan Amirul itu benar? Dia perlukan kepastian.

~~~

Mikayla menyusun beberapa laporan berkaitan dengan hal asrama dengan teliti di bilik warden. Dia turut dibantu oleh Mardiyah untuk memeriksa laporan para exco.

"Mikayla, boleh saya tanya?" soal Mardiyah. Terasa bosan pula  melihat Mikayla melakukan kerja kerana kerja yang dibuatnya sudah pun habis.

"Tanya apa?" soal Mikayla. Dia cuba menfokuskan pandangannya ke arah Mardiyah.

"Kalau awak. Awak pilih Amirul ke Wajdi?"

Mata Mikayla meliar ke sekitar bilik warden. Setelah itu, dia menepuk pelan bahu Mardiyah membuatkan gadis itu meringis.

"Ish, kenapa tanya soalan macam tu? Ni bilik warden!" marah Mikayla dengan nada berbisik.

"Ya. Maaf!" balas Mardiyah pelan sembari pura-pura menggosok bahunya yang ditepuk.

"Em. Mikayla, Mardiyah. Saya kena pergi pejabat sekejap untuk hantar laporan bil asrama. Jadi kalau awak berdua dah siap, keluar je la dan jangan lupa kunci pintu ya?" beritahu Puan Nadiea, selaku warden dengan nada yang tergesa-gesa.

"Baik!" sahut mereka bersamaan. Sebaik sahaja tiada kelibat Puan Nadiea di pintu, Mardiyah kembali memandang ke arah Mikayla.

"Jawablah. Puan Nadiea tak ada ni,"

"Masalahnya. Kenapa awak tanya macam tu?" soal Mikayla hairan.

"Taklah. Saya tengok macam Amirul tu sukakan awak. Tengok jela cara dia pandang awak dan sebagainya. Macam dia betul-betul sukakan awak. Kalau Wajdi, awak tak tahu siapa yang ada dalam hati dia. Kan awak dan dia kan tak pernah jumpa selepas awak cerita yang dia keluar dari pusat asuhan awak tu. Jadi, M
Macam mana?"

Mikayla terdiam sejenak sembari menyelesaikan kerjanya yang terakhir. Setelah itu, dia  menghadap ke arah Mardiyah yang menantikan jawapannya.

"Saya tak kisah siapa jodoh saya. Lumrah kita sukakan seseorang. Bagi saya, Wajdi adalah sahabat saya dahulu dan saya kenal perwatakan dia macam mana. Meskipun dingin tapi hati dia lembut. Dan itu adalah satu sebab kenapa saya mula sukakan dia sebagai seorang teman. Tak pernah terdetik dalam hati mahu bercinta kerana Allah SWT dah berfirman 'Janganlah kamu mendekati zina.' Allah SWT larang pasti ada sebabnya kan? Bukan saja-saja.

Kalau Amirul pula. Saya tak tahu sebab saya tak kenal dia sedalam-dalamnya. Perwatakannya bagaimana. Mungkin pada dasar mata kita, kita dapat lihat kelakuan dia macam yang awak kata tadi. Mungkin betul yang dia sukakan saya. Dan mungkin dia cuma seorang yang friendly? Kita tak tahu."

Mikayla terdiam sejenak sebelum mengukirkan senyuman manis.

"Jodoh di tangan Allah SWT. Kalau kita baik, maka pasangan kita juga baik-baik. Saya terima siapa sahaja yang akan bersama dengan saya nanti. Itupun kalau Allah SWT masih panjangkan umur saya."


Previous: BAB 20
Next: BAB 22

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.