Bab
9
Ketika melangkah memasuki pejabat, pantas mata Murni
melihat sejambak bunga Ros berada di atas mejanya. Murni memandang sekeliling.
Pandangannya bertaut dengan Nurul Akma yang memandang dengan pandangan benci.
Kemudian Mastura salah seorang staf di situ menuju ke arahnya.
“
Hai Murni! Siapa bagi bunga ni?” soal Mastura sambil membelek jambangan bunga
tersebut. Pantas Murni mengelengkan kepalanya. Pandangannya tiba-tiba jatuh
kepada Fandey yang sedang merenungnya tanpa disedari.
“
Awak bagi bunga ni pada saya?” Murni bertanya dengan wajah yang serius. Fandey
hanya mengelengkan kepalanya. Pandangannya mula beralih dari memandang gadis
idamannya itu. Cemburu juga bercambah di dalam hati apabila Murni dipuja oleh
lelaki lain. Kalau ada jodoh..sempat Fandey berfikiran positif.
“
Murni, awak masuk bilik saya sekejap!” Dato’ Irfan yang tiba-tiba muncul
membuatkan semua staf memberi tumpuan terhadap kerja. Pantas Murni bangun dan
melangkah ke bilik Dato’ Irfan.
“
Ya Dato’! Ada apa yang boleh saya tolong?” Murni tersenyum manis. Lelaki
separuh abad itu telah banyak berjasa kepadanya.
“
Boleh awak teman saya makan tengahari nanti? Kalau awak tak keberatan! Lagipun,
saya sendiri. Tak ada mood makan sorang-sorang ni!” ujar Dato’ Irfan dengan
penuh harapan. Murni mendiamkan diri buat seketika. Risau nanti dituduh ada
skandal dengan majikan sendiri. Pasti heboh!
“
Tapi Dato’..” Murni serba salah untuk menerima.
“
Awak tak sudi?” Dato’ Irfan bersuara mendatar. Kecewa jika pelawaannya ditolak
begitu sahaja.
“
Baiklah Dato’! Harap tiada gossip tentang kita nanti!” Murni ketawa bagai
dibuat-buat. Dia meminta diri untuk keluar dari bilik lelaki itu.
“
Murni, awak suka tak bunga ros tu?” tiba-tiba Dato’ Irfan bersuara saat Murni
melangkah untuk keluar. Pantas Murni memandang Dato’ Irfan bagaikan tidak
percaya. Dia mengerutkan dahi sebelum lelaki separuh abad itu tersenyum penuh
makna. Dalam hati Murni merasa gerun! Gerun dengan pandangan Dato’ Irfan
kepadanya.
****
Ketika melabuhkan punggung di atas
kerusi, Nurul Akma datang menghampiri Murni tanpa senyuman. Dia merenung lama
wajah gadis di hadapannya bagaikan ingin ditelan hidup-hidup.
“ Apahal Dato’ Irfan panggil kau?
Kau tak malu ke ada skandal dengan lelaki tua tu! Satu lagi, bunga ni dia yang
bagikan?” kasar tutur kata Nurul Akma. Murni memandang sekilas. Hatinya terluka
dengan layanan Setiausaha Dato’ Irfan itu. Nurul Akma tidak pernah memberi ruang
untuknya merasa bahagia bekerja di situ.
“ Murni tak ada apa-apa hubungan
dengan Dato’, Nurul! Kenapa Nurul..” Murni mengetap bibir sambil memandang
Fandey yang menjeling sekilas kepadanya.
“ Dulu kenapa kau tak goda Edzhar?
Sebab dia lembut? Kau yang salah sebab tak bimbing dia jadi lelaki tulen!
Sekarang kau sibuk nak goda Dato’ Irfan kenapa?” Nurul Akma benar-benar marah.
Wajah Murni dipandang dengan pandangan meluat.
“ Sudah-sudahlah tu! Tak elok
bergaduh! Nanti Dato’ nampak macam mana?” Fandey cuba meleraikan pergaduhan
itu. Nurul Akma mencebik apabila Murni dipertahankan oleh lelaki muda itu.
“ Sepatutnya kau tu lembik macam
Edzhar juga! Tak ada menjawab cakap aku!” jerkah Nurul Akma kepada Fandey.
Murni yang terkebil-kebil menahan air mata yang mula tumpah membasahi pipi.
“ Sudahlah Murni! Mungkin perempuan
tu datang bulan. Sebab tu marah-marah!” pujuk Fandey perlahan. Murni
menganggukkan kepalanya. Dia tersenyum memandang Fandey.
“ Dato’ yang bagi bunga ni!” ujar
Murni berterus terang tanpa dipinta. Fandey menjungkit kening sebelum
melemparkan senyuman hambar.
“ Bunga tak apa! Jangan dia bagi
hati dia pada awak sudah!” balas Fandey sambil berlalu dan duduk ditempatnya.
Murni mengerutkan dahinya mendengar kata-kata lelaki itu. Cintakah Fandey
kepadanya? Jika benar, mustahil cinta hadir sesingkat itu! Atau juga cinta
pandang pertama! Atau mungkin juga dia yang tersilap mentafsir kata-kata
Fandey! Segalanya mungkin! Getus Murni sendiri.
****
Jam 1.00 tengahari Murni dan Dato’ Irfan beriringan
untuk makan tengahari. Sangka Murni mereka akan makan di kedai makan
berhampiran. Nyata tanggapannya salah apabila lelaki separuh abad itu
mengajaknya makan jauh dari kawasan pejabat. Bukan itu sahaja, selesai makan
Dato’ Irfan mengajak Murni bersiar-siar di taman bunga.
“ Dato’, kita dah lambat ni! Saya
kena masuk kerja!” tiba-tiba Murni bersuara saat mereka beriringan di Taman
Bunga yang tampak indah di matanya.
“ Tak apalah Murni. Hari ni awak
kerja sekerat hari! Teman saya jalan-jalan! Duduk ofis, sakit juga kepala
saya!” balas Dato’ Irfan selamba.
“ Dato’ tak takut, Datin marah
nanti? Saya pun tak nak dianggap pemusnah rumah tangga orang!” jujur Murni menyatakan
perasaannya ketika itu. Dato’ Irfan tergelak kecil. Nyata gadis itu begitu
polos. Tidak juga mengambil kesempatan atas kekayaan yang dimilikinya. Tidak
seperti Nurul Akma yang begitu terbuka meluahkan rasa hati.
“ Kita bukan buat apa-apa pun
Murni! Cuma terus terang saya katakan, saya sukakan awak!” balas Dato’ Irfan
sambil duduk di atas kerusi yang berada di situ. Murni menarik nafas. Terasa
ada sesuatu yang tersekat di kerongkong.
“ Saya tak ingin
bercinta dengan suami orang Dato’! Natijahnya amat berat! Sukar untuk saya
jawab persoalan orang nanti. Tegakah saya jadi perampas suami orang? Sedangkan
saya bukan perampas!” balas Murni selamba namun cukup tajam ditelinga Dato’
Irfan. Kata-kata Murni menusuk terus ke jantungnya saat itu