SENGAJA Qayra Ibtisha berbuat tidak kenal semasa scene perlanggaran tadi .Walaupun dia teramat merindui wajah itu.Wajah yang hampir bertahun dia tidak ber- sua.Qayra yakin , Qhyael tidak mengenalinya lagi .
" Cik Qayra...!" Sapa satu suara menghentikan lamunannya.Dia terus berpaling ." You , Idham right ?? " Soal Qayra sekali lagi .Insp.Idham seraya mengangguk .
" Wanna join me ? Come , have a sit .."
" Thank, you tak kisah ke ? Are you alone ? Takut pula ' Ada yang marah nanti ' ...!"
" Siapa yang nak marah i ni ?? Huhuhy.....I seorang je , saja lepak cafe ni ....Latte dia kan sedap - sedap ...Already know kan ?."
Insp.Idham yang kini berpenampilan casual tanpa seragam polis nya membuatkan Qayra tidak berasa cuak .Lagipun Idham tidak menyatakan siapakah dia !
' Kenapa aku tetap rasa macam pernah kenal dia ??' Monolog Qhyael yang kini sedang berada di dalam kereta mewahnya sambil menikmati panorama KL dari pinggir bukit .
' Wajahnya tak ubah Qayra ! Ya , Qayra Ibtisha ....Tapi , takkanlah ! Jauh benar penampilan mereka ! '
Telefon yang dari tadi berdering dan berhenti sebentar , kini berdering kembali.Nama gadis lain pula yang terpapar di ruangan skrin .
' Tadi Mimi , now Rin pula ..Apalagi lah betina - betina ini mahukan dari aku ??? Duit ?? Layan ?? ' Telefon terus di matikan .Qhyael mahu tenangkan fikirannya .
Apatah lagi , Qhyael sedang memikirkan permasalahan yang telah terjadi dalam syarikatnya kini .Wang dah berjuta di laburkan , tapi kontrak masih belum dia dapatkan lagi .
" Mana Tuan Yusuf menghilang ??" Soalnya .Ada nada menyesal dalam intonasinya .Kerana kedegilannya menandatangani juga dokumen tersebut , kini syarikat di landa masalah .Buyer dah mulai membuka mulut .Mana taknya , janji pembinaan itu dalam masa ini tapi disebabkan kontrak itu tiada di tangannya , segalanya tergendala.
" Mungkin benar apa kata Hamdi , kenapalah aku ni bodoh sangat ! "
" Hameed Khan ? Ya , tapi dia pula bapanya si Qayra , aku sengaja mahu menjerat diri pula ! Tapi , mereka tak sebumbung kan ?? " Tutur Qhyael lalu memandang jam dashboard.
" Patutlah gelap ! Dah nak senja rupa- rupanya..." Qhyael terus menghidupkan enjin kereta mewahnya .Dari jauh bawah sana , kedengaran laungan azan maghrib berkumandang .
*****************
" LAILA!! ..." Qhyael terus bergegas mendapatkan Laila yang hampir di langgar.Kini Laila berada dalam pangkuan Qhyael ! Mulutnya agak ternganga sedikit .Mata Qhyael tak berkelip memandang mata Laila.
Ada detakan hebat di dalam jantung keduanya.
DUP DAP ! DUP DAP ! DUP DAP !
" A..." Bisik Laila .Panahan mata itu amat menggoda kalbunya." Awak..! Lepaskan saya....Awak...! Awak...! " Suara Laila naik ke satu oktaf .
" Ah ....Oh , maaf...Maaf ..." Qhyael melepaskan tubuh Laila agak kelam- kabut .Malu dirasanya kini.Teruja pula dengan sinar mata Laila ." Awak hampir di langgar tadi ...Berhati - hati sikit bila berjalan tu ...." Qhyael berpura- pura tegas sambil terbetul- betulkan kotnya.
" Ya, awak terima kasih awak..Saya mengaku silap saya , saya memang agak cuai ..." Laila baru ingin menunduk , tapi sepantas kilat Qhyael mengutip fail- fail yang bertaburan di atas aspal.
" Kenapa masih tak pulang lagi ? Pejabat rasenya lama dah tutup ..." Fail berkenaan di hulurkan pada Laila." Hari ini , saya tak bawa kereta bapa saya pakai , ni sedang tunggu dia lah ...Tak tahu kenapa lewat ! "
" Kalau begitu ,marilah saya hantarkan..Kereta saya ada di sana ...Tinggal di Banting kan ..."
" Eh , tak apalah awak ..Lagipun jauhlah awak ...."
" Ala , tak jauh manapun lah ...."
" Terima kasihlah awak..."
Telefon pintar di tangan Laila berdering .Qhyael tetap menanti sehingga Laila habis berbual.
" Lorh, jadinya bapak enggak bisa ambil Laila , lah ?? Tak apa- apa , Laila bisa pulang sendirian pak...Enggak usah pak .Laila enggak mahu repotin mas Wamsi ...Tak.apa , Laila mahu pulang duluan ..."
" Saya dengar awak , jadi tak salah pun kalau awak tumpang saya...Sebagai majikan , kebajikan dan keselamatan para pekerja saya , saya harus ambil tahu ! Marilah , tak perlu segan ..."
" A...." Laila memang serba- salah kini.Ada rasa mahu menumpang , tapi dia segan sebenarnya.Takut dikata mahu ambil kesempatan pula ! Sedangkan , dia bukan begitu orangnya .
Qhyael berpaling semula.Laila masih lagi tercegat di situ .Waktu kian berputar.
" Laila ! Marilah ! Jangan banyak pikir ! Saya takkan apa - apa kan.awaklah ! Janganlah risau ...Saya juga tak makan orang , saya makan tosai ! "
Laila menutup mulut menahan tawa dari meledak.
' Bendul juga boss aku ni !'
Senyuman Qhyael melebar melihat gadis itu kini sedang membuntutinya.Entah kenapa, sejak berpandangan mata hatinya berasa telah tergoda pada keayuan wajah tanpa mekap itu.Ketegasan dalam kelembutannya juga menggamit perasaannya .
" Shit !! Shittt....!! Sakitnya hati Qayraaa....!!" Stereng yang tidak bersalah itu menjadi mangsa hentakkan Qayra.
" Dasar perempuan kampung yang mengada- gada.Qhyael pula , macam tahu- tahu aja situ ada perempuan !! Aku langgar betul- betul baru tahu ...!! "
" Tak apa ! Tak apa ! Mungkin sekadar pertolongan biasa sahaja ! " Qayra cuba menyenangkan hatinya.
Qayra memang tidak boleh nampak ! Dia cukup- cukup allergik kalau ada betina - betina sundal menempel pada Qhyael !
" Aku harus pastikan , bahawa Qhyael tetap menjadi milik Qayra !! "
" Qayra yakin Qhyael pastikan melutut pada Qayra ..!"
" Qhyael harus tepati janji kita dahulu !!! "
" Qayra mahu minta maaf bagi pihak mak Qayra! Qayra tahu...Tak sepatutnya mak pukul Qhyael !! Maafkan Qayra....Qhyael masih mahu berkawan dengan Qayra kan ??? Qhyael takkan tinggalkan Qayra kan ?? Qayra tak ada sesiapa , Qayra cuma ada Qhyael aje ! Qhyael aja yang sudi berkawan dengan Qayra !! Orang lain tak sukakan Qayra!! Qayra selalu di ejek !! Qayra ingat lagi , Qhyael marahkan mereka yang selalu ejek.Qayra !! Mak ayah Qayra pun tak sukakan Qayra ....!! Qayra hanya ada Qhyael sahaja..!! Tolong Qayra , Tolong jangan tinggalkan Qayra ! Jangan buat Qayra begini..."
Qhyael yang sengaja mematungkan dirinya , mengeluarkan sesuatu dari dalam poket seluarnya.
Qayra tergamam, tatkala kalung bunga ciptaannya kini sedang di pijak - pijak oleh kaki Qhyael yang berselipar jepun.
" Qhyael...!! Sampai hati pijak pemberian Qayraaa!! Qayra cintakan Qhyael....!!"
Qhyael menolak kepala Qayra yang mahu memegang kakinya sambil melutut!
" Mulai daripada hari ini , hubungan kita PUTUS !! Kalau mak kau benci aku ! Aku jauh lebih bencikannya !! Termasuk juga kau !! Sakit tahu tak !! Sakitt !! Mak kau jauh lebih teruk daripada mak binatang !! Hati binatang !! "
" Qhyaellll !! Tolong ! Tolong jangan hina mak lagi !! Tolong jangan hina mak Qayra lagi..." Qayra tersepuk ke tanah sambil menumbuk- numbuk tanah hadapannya.
" Nah !! Pergi kau dari sini !!Ingat jangan sesekali kau tunjukkan muka kau pada aku lagi !! " Bentak Qhyael pada ketika usianya dan usia Qayra 10 tahun.Namun, cara dan lagak pergaduhan keduanya seperti telah dewasa.
Qayra bangun sambil menggenggam erat kalung bunga itu.Dari menunduk , perlahan- lahan Qayra mendongak.
" DEMI CINTA QAYRA !! QAYRA AKAN PASTIKAN QHYAEL TETAP AKAN QAYRA MILIKI !! QAYRA BERSUMPAH AKAN MENGHAPUSKAN MEREKA...!!"
" Ampunnn makcikkk!! Sakiitt makcikkk!! Apasalah Qhyael makcikkk!! " Qhyael menyeka airmatanya sambil berlari.Dia masih lagi terasa sakitnya di pukul Puan Haziqah .Hati Qhyael juga semakin sakit pabila menyaksikan ibunya , Puan Lola di rogol pakcik Asifff durjana itu !!
" TAK MUNGKIN AKU MAAFKAN KAU , QAYRA!! TAK MUNGKIN!! "
**********
TERPUNDUK tepi almari pakaian sambil menghidu bau kalung yang tidak sempurna itu , lama.
Bau hanyir darah mulai menerawang ke ruang udara bilik kecil itu.Puan Haziqah terlentang atas tilam yang makin lencun dengan darah dari perutnya yang terperuak luas ,sehingga ususnya terkeluar.Matanya terjegil ,mulutnya ternganga seolah di koyak.
" Hahaha !! Qhyael lihat !! Lihat !! Perempuan ini akhirnya mati juga di tangan Qayra !! Qayra takkan biarkan orang yang menyeksa Qhyael hidup bahagia !! "
" Ziqah !! Ziqah!! Hoi !! Pekak.ke ?? Aku balik ni !! Ziqah !" Teriak En.Asif yang jalannya terhoyong - hayang.Mabuk t0di ! Pada masa yang sama, Qayra sedang menarik keluar plastik hitam besar berisi potongan tubuh manusia untuk di tanamkan tepi reban.
Qayra tersengih , badannya tergoyang- goyang seperti orang sedang meratib .Kelihatan hujung ekor cacing gelang terselit tepi giginya.Masalah ENTOMOPHOGE Qayra semakin parah .Dalam tas tangan atau kamarnya sentiasa tersedia botol di penuhi serangga !
Tanah yang baru di gembur itu , berisi tubuh Puan Haziqah yang dia cincang- cincangkan ! Kalung itu pula dia letak pada atasnya.
" Ziqah !! Ziqahh" Dalam keadaan yang terhoyong - hayang , En.Asif menapak di belakang rumah pula .Manalah tahu kot- kot ada isterinya di situ !
Qayra yang kini bersembunyi di balik reban ayam hanya menanti mangsanya ke situ.
" Qayra ...!! "
" Ye sayang ..!! "
Qayra terus meluru ke arah En.Asif .En.Asif memeluknya ! Lama- kelamaan dia melorot jatuh ke tanah .Tangan kirinya masih lagi memegang pisau yang terpacak pada perutnya.