Home Novel Thriller/Aksi CODE NAME: RYZEN
CODE NAME: RYZEN
Angel_k20
29/7/2020 15:09:11
50,282
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
BAB 5

BETULLAH, cikgu ini sangat kacak. Tinggi, tegap, berkulit cerah, berpakaian kemas, dan paling penting, senyuman dia itu masya-Allah, stok-stok lelaki kaya. Harraz, itu nama yang tertera di tag nama cikgu tersebut.

'Kalaulah partner aku macam ini kan best? Bolehlah aku kawtim dengan dia untuk jadi boyfriend palsu nanti!' Shaurin tersenyum sendiri.

"Mak cik." Si cikgu sekali lagi mengetuk meja. Kali ini, dia terus menonong masuk ke ruangan makan untuk guru lalu menarik kerusi lantas duduk di meja kosong.

Oh! Shaurin terus tersedar daripada monolog dalaman tambah berangannya. Hish, buat malu kaum sajalah, Shaurin. Sudahnya, dia termalu sendiri. Tak guna betul, terkantoi menilik anak teruna orang, tak pun entah-entah suami orang. Bertaubatlah, Rin!

"Okey," jawab Shaurin lalu bergegas masuk ke dapur. Tugasan menjaga kaunter kemudiannya diberi kepada Mak Jarah, iaitu pembantu kantin yang memang tugasnya sentiasa membancuh air.

'Sorry Mak Jarah, cikgu tu suruh aku yang buat air, maka aku menurut perintah. Jangan jealous.' Shaurin ketawa dalam hati melihatkan wajah cemberut Mak Jarah.

"Cikgu ada nak makan apa-apa tak?" tanya Shaurin sambil membancuh air Milo. Jelingan tak puas hati Mak Jarah dari kaunter dibiarkan sepi.

"Tak ada," jawab si cikgu dengan suara mendatar.

'Macam ada masalah aje tu,' detik hati Shaurin.

Namun, sengaja dia membiarkan si cikgu tersebut tenggelam dalam menungannya. Siapalah dia untuk masuk campur urusan orang, kan? Dia hanyalah mak cik kantin, si cikgu pula nampak gaya sudah dicop oleh budak-budak sebagai cikgu hot.

"Mak cik," panggil si cikgu.

"Ya," jawab Shaurin lalu dengan berhati-hati, dia membawa Milo ais buatannya kepada si cikgu.

Milo ais bukan sebarang Milo ais, tahu? Dalam banyak benda, satu jenis air ini sahaja yang dia boleh buat. Itu pun, sebab Mak Jarah yang mengajarnya pada hari pertama dia bekerja di kantin sekolah.

Mak Jarah sangat garang. Lebam bahunya ditepuk kuat oleh wanita itu kerana air Milo yang pertama kali dibuatnya manis sampai tahap potong kaki. Takut punya pasal, balik ke rumah terus dia practice sampailah Mak Jarah sendiri pun memuji keenakan rasa air Milo buatannya. Heh, bangga kejap.

"Milo ais untuk cikgu," beritahu Shaurin seraya meletakkan gelas di atas meja.

"Thanks," ucap si cikgu.

"You're welcome," balas Shaurin sepatah. Dia sebenarnya sudah berkira-kira mahu beredar sebelum si cikgu kembali memanggilnya.

"Ada apa, cikgu?" soal Shaurin lalu statik berdiri di hadapan si cikgu yang memandangnya bagai tidak mahu lepas. Hish, apa ni cikgu? Tak eloklah pandang anak dara orang lama-lama. Cucuk mata tu kang!

"Mak cik, aku rasa dah tak nak hidup," tutur si cikgu. Lemah saja bunyinya.

Shaurin terus memandang si cikgu dengan muka tidak percaya. Seriuslah semangat cikgu ini sudah jatuh ke tahap kerak bumi? Rupa-rupanya, rupa paras yang baik tidak menjamin kebahagiaan. Patutlah ramai artis Korea dan Jepun yang kacak dan cantik pun boleh bunuh diri.

"Kenapa?" tanya Shaurin sepatah.

Tak jadi dia mahu beredar melainkan kerusi ditarik lalu punggungnya dilabuhkan di kerusi. Tertarik pula dia mahu mendengar luahan kata si cikgu ini. Entah, magnetnya kuat sangat kot?

"Kenapa kau jadi mak cik kantin?" soal si cikgu.

Buat kali kedua, Shaurin terkejut. Eh, dia pula yang disoalnya. Entahlah cikgu. Kalau tidak disebabkan Tuan Azam yang menghantarnya untuk membantu di sini, mungkin dia sudah di Venice ataupun Alaska sekarang.

Ya mungkinlah, sebab kawan-kawan perisiknya yang lain sedang elok berjimba di sana menguruskan siasatan kes. Dia di sini? Jadi mak cik kantin sajalah yang mampunya. Eh, stres pula dia apabila mengenangkannya!

"Sebab saya tak pandai kot?" Shaurin bertutur dengan penuh berhati-hati.

Mana tahu kalau cikgu di depannya ini ialah ketua penjenayah ke apa ke. Dunia sekarang ini, wajah kacak tetapi awas, rupa-rupanya bergelar pembunuh pun ada. Berhati-hati, itu lebih baik. Kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati. Namun, ketika dia sedang hanyut dalam berangan itulah tiba-tiba kepalanya dihempuk perlahan dengan fail lembut yang berada di atas meja.

'Aduh, gila ke apa Cikgu Harraz ni? Sakit tahu tak. Penat aku jaga kepala otak aku supaya kekal bijak lagi bestari, tahu?' Shaurin menggeram dalam diam.

"Shafa Raisha, kalau nak down to earth pun agak-agaklah," selar si cikgu sambil memandangnya sinis.

Buat kali ketiga, Shaurin terkejut beruk. Okey tipu, tertanjat gegirl! Terpacak terus dia bangun dari kerusi dengan memandang bagaikan tidak percaya akan figura seorang cikgu lelaki di depannya. Kenapa Cikgu Harraz boleh tahu nama sebenar dia?

"Aku Ryzen, partner kau," kata Ryzen seraya mengambil gelas Milo ais lalu menayangkannya di muka Shaurin.

"Milo ais kau sedap, mak cik. Thanks. Nanti gelas ni kau ambil di bilik guru ya? Bye," sengih Ryzen lalu dengan penuh selamba, dia berjalan keluar dari ruang makan guru.

Buat terakhir kalinya, Shaurin terkejung. Ha. Ha. Ha. Seriously? Seriously? Seriously? Cikgu ini partner dia? Mami, humban ke laut sajalah calon menantu mami si budak nerd tu! Shaurin berasa ingin menjerit kesukaan saja. Sekarang dia sudah ada calon boyfriend untuk disewa!


"MACAM mana dengan cikgu baru tu, Sohok?" tanya Tauke Cincau sambil meniup-niup anak patung yang baru sahaja selesai dipahatnya.

"Handsome, terla... jak laris di pasaran pondan," jawab Sohok seraya menggigit jari telunjuk.

Terkepit-kepit dengan sapu tangan berwarna merah jambu dikibar-kibar di atas muka, Sohok ketawa kecil persis anak dara pingitan. Memang tampan sangat cikgu bernama Harraz itu!

Melihat gaya Sohok, terus Tauke Cincau berasa ingin muntah. Gila betul pondan ini! Dia suruh pergi tengok peribadi si cikgu itu, bukannya tengok body. Dasar otak udang, tinggi terbawa oleh ruasnya. Mengajar si Sohok ini bagai membakar tunam basah!

"Bodoh!" Tauke Cincau mengetuk kepala Sohok dengan pahat.

"Aduh!" Sohok termengaduh.

Kepalanya digosok-gosok perlahan lalu dengan muka bagaikan meminta penampar buaya, dia membuat riak muka seperti ingin menangis. Sampai hati Tauke Cincau mengetuk kepalanya dengan pahat. Dia bukannya malas membuat kerja seperti pahat dengan penukul!

"Dah, berambus dari sini. Ingat, aku nak kau perhatikan lenggok bahasa perbuatan dia," arah Tauke Cincau garang.

"Hurm, yalah." Perlahan saja Sohok mengangguk menurut perintah.

Hatinya masih tersakiti lagi, tahu? Perlahan-lahan juga, dia mengundur dua langkah ke belakang sebelum dengan bibir menjuih sedih, dia menunduk hormat kepada ketuanya. Sampai hati Tauke Cincau.

"Eh, kejap Sohok!" panggil Tauke Cincau.

Mendengar Tauke Cincau memanggilnya sebelum sempat dia keluar dari bengkel, Sohok memberhentikan langkah lalu kembali bergegas ke arah ketuanya dengan hati berbunga riang. Sukanya Tauke Cincau nak pujuk!

"Ya, tauke," sahut Sohok dengan tersenyum-senyum. Sesekali, dia menekup mulut bagi mengawal rasa gembiranya daripada jelas terzahir di mata si tauke.

"Aku dengar ada perempuan muda bekerja di kantin sekolah. Cantik tak?" Tauke Cincau menjongket-jongketkan kening dengan bibir hitamnya disenyum jahat.


Previous: BAB 4
Next: BAB 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Angel_k20