Pasukan Bukit Aman diketuai oleh
Ketua Bahagian Forensik ASP Latif berada di tempat kejadian setelah mendapat
laporan daripada orang awam.
“Tuan!”
Sarjan Murad memberi tabik hormat pada ketuanya.
“Siapa
mangsa?” tanya ASP Latif. Dia duduk mencangkung dan menyelak plastik yang
menutup mayat.
Keningnya
berkerut pabila melihat mayat yang sudah kembung. Mangsa masih berpakaian.
Namun pakaian yang di pakai agak pelik. Mangsa seolah-olah memakai baju kurung
yang dihiasi labuci berserta tiara di atas kepalanya seperti seorang pengantin.
“Kami
masih menyiasat tuan. Bersama mangsa tiada apa-apa pengenalan diri. Segala
bukti tengah dikumpul Tuan,” Sarjan Murad menjelaskan prosedur yang akan
dilakukan oleh pihak yang terlibat dalam menyiasat kes ini.
ASP
Latif mengangguk. Dia bangun dan memandang sekeliling. Kawasan lombong ini agak
terpencil dan tempat yang memang sesuai untuk menghapuskan bukti. ASP Latif
menghela nafas. Ini bukan kes pertama. Tapi kalau mengikut pengiraannya kini
sudah 3 kes berdasarkan modus operandi yang sama. Mangsa dipakaikan dengan
pakaian pengantin.
“Tuan,”
Inspektor Rashid menghampiri ASP Latif.
“Cara
bunuh yang sama Rashid,” keluh ASP Latif.
“Benar
Tuan. Wartawan pun akan mula mengaitkan kes ini dengan kes-kes terdahulu Tuan.”
“Hummm….kita
perlu tingkatkan usaha untuk menyelesaikan kes ini Rashid.” Ujar ASP Latif.
Bukan saja pemberita akan bercerita tentang kes ini. Malah di peringkat atasan
Bukit Aman pun akan mula mengesa pasukannya untuk menyelesaikan kes ini secepat
mungkin.
“Siapa
yang jumpa mayat ni?” soal ASP Latif.
“Dua
orang pemancing. Mayat tersangkut pada jala yang mereka tebarkan. Detektif Lim
dengan detektif Alia sedang menyoal mereka tuan,” ujar Inspektor Rashid.
“Bagus.
Saya nak laporan kes ini disiapkan secepat mungkin. Kita perlu pantau kes ini
sebelum ianya memberi impak terhadap keselamatan orang awam Rashid,” tegas ASP
Latif.
“Aku
rasalah penjenayah yang kita buru kali ni sah-sah gila,” omel detektif Lim
seraya menghenyakkan badannya di atas kerusi.
“Gila ke apa ke yang penting kita kena tangkap
suspek ni secepat mungkin. Aku dengar ASP Latif dah mula bising pasal kes ni,”
tambah Sarjan Murad.
“Adoii…kita
tengah siasatlah ni Sarjan. Bukannya kita orang goyang kaki kat pejabat ni.
Tapi suspek ni memang bijak Sarjan. Satu klu pun tak ditinggalkannya. Pening
jugak nak selesaikan masalah kes ni,” giliran detektif Alia pulak mengomel.
“Susah
atau senang sudah menjadi tanggungjawab kita untuk selesaikan kes ini. Kalau
dibiarkan mungkin akan ada lagi mangsa seterusnya. Ada kamu dapat apa-apa
maklumat tentang mangsa terbaru ni?” Inspektor Rashid tiba-tiba muncul.
“Tuan!”
mereka bertiga tabik hormat serentak. Terkejut juga bila tiba-tiba disergah
begitu oleh ketua mereka.
Inspektor
Rashid mengangguk. Dia menanti untuk orang bawahannya melaporkan apa-apa
perkembangan terkini tentang kes pagi tadi.
“Tuan,
apa yang kami dapat siasat, mangsa bernama Lily Izara. Berusia 23 tahun. Masih
lagi menuntut di kolej swasta di Ibu Kota. Keluarganya yang beralamat di
Tambun, Perak sudah dihubungi. Nanti kami akan mengambil keterangan daripada
keluarga mangsa Tuan,” jelas Sarjan Murad.
Inspektor
Rashid menarik nafas. Dia sedang memikirkan kaitan mangsa terbaru ini dengan
mangsa-mangsa terdahulu. Apa yang pasti semua mangsanya adalah wanita muda yang
berusia dalam lengkongan usia 20 tahun ke 25 tahun. Apa motif mangsa dipakaikan
dengan pakaian pengantin sebelum di bunuh? Persoalan yang masih belum berjawab
lagi.
“Dah
dapatkan maklumat daripada Doktor Soo?”
“Belum
lagi. Doktor Soo masih melakukan bedah siasat pada mangsa Tuan,” jawab Sarjan
Murad.
“Baiklah.
Saya nak jumpa dengan ASP Latif kejap. Kalau ada apa-apa perkembangan tolong
beritahu saya segera.”
“Baik
Tuan.”
“Tuan!”
Inspektor Rashid mempercepatkan langkahnya bila melihat ASP Latif keluar dari
biliknya.
“Ikut
saya Rashid,” ujar ASP Latif sebaik Inspektor Rashid mendekatinya.
“Kita
nak ke mana Tuan?” tanya Inspektor Rashid yang berjalan seiring dengan ASP
Latif.
“Kita
ke makmal. Doktor Soo call saya tadi,” ujar ASP Latif tanpa menoleh memandang
Inspektor Rashid.
Setiba
mereka di makmal Doktor Soo sudah sedia menanti di meja pembedahan. Doktor Soo
tersenyum bila melihat ASP Latif datang bersama dengan Inspektor Rashid.
“So
doktor apa yang boleh you beritahu I tentang mangsa ni?” soal ASP Latif sambil
memandang mayat yang berada di depan mereka.
“Ikut
siasat I mangsa mati kerana lemas. Tapi…bukan lemas kerana air. Tapi lemas
kerana oksigen tidak dapat sampai ke otak. Dia mati dicekik. Cuba ASP tengok
tengkok mangsa ni. Ada kesan cekikkan,” ujar Doktor Soo seraya menanggalkan
cermin matanya.
ASP
Latif dan Inspektor Rashid meneliti leher mangsa. Memang ada kesan cekikkan di
leher mangsa.
“Mangsa
juga mungkin sebelum di bunuh telah di dera. Di pergelangan tangan dan kaki
terdapat kesan ikatan yang kuat. Serta di badan mangsa juga ada kesan calar.”
Doktor Soo menunjukkan kesan-kesan luka yang terdapat di badan mangsa ini.
“Doktor
rasa mangsa ni sama ke dengan kes sebelum ini?”
Doktor
Soo mengangguk. “Dari cara mangsa di bunuh dan kesan-kesan luka pada badan
mangsa, saya rasa ianya dilakukan oleh orang yang sama.”
ASP
Latif mengangguk lemah. “You tak ada jumpa apa-apa klu yang boleh mengaitkan
kita pada suspek doktor?”
Doktor
Soo mengeleng. “So far I tak jumpa lagi. Kuku mangsa bersih. Seolah dia
merelakan dirinya di cekik ataupun mungkin mangsa diberikan ubat tidur sebelum
mangsa dibunuh.”
“Susah
macam ni,” tiba-tiba Inspektor Rashid mengeluh.
Doktor
Soo senyum nipis. Memang kadang-kala mereka akan menemui jalan buntu untuk
menyelesaikan sesuatu kes.
“Tak
apalah doktor. Tapi kalau ada apa-apa maklumat terkini tolong update dengan I
secepat mungkin.”
“Okay.”
“Rashid
arahkan detektif kita tingkatkan usaha mereka untuk mengesan suspek. Kita perlu
kenal pasti suspek sebelum dia menganas lagi,” tegas ASP Latif. Dia tidak akan
putus asa untuk menangkap suspek yang licik ini.
Bak
kata pepatah sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan jatuh jua ke tanah.
Dia akan tunggu masa itu tiba.