1-Bab 2

ACT 1: Part 2

[DESA ILMU, SAMARAHAN – 2030H]

KUCH KUCH HO TA HAI bergema di dalam gerai makan milik pasangan melayu Sarawak itu. Mi kolok, mi jawa, laksa Sarawak, nasi goreng, semua boleh order. Jam menunjukkan hampir sembilan malam, maka suasana dalam kedai mahupun di luar kedai agak meriah dengan aktiviti penduduk.

Di luar kedai, Kuro sedang duduk di meja open air. Saga 86nya diparkir betul-betul di sebelah mejanya. Pen hitam digigit di gigi kacip sementara anak mata fokus membaca maklumat pada kertas. Sekali sekala, pen dibawa dan menulis interpretasi di hujung barisan ayat itu.

"Sikmok aek ka?" tegur pelayan bersama senyum.

Kuro mendongak sedikit sambil menjulingkan matanya, melihat siapa yang menegur. Spontan tersenyum kambing. "Yes please. Nak err... teh limau suam dengan titisan kasih sayang awak. Tolong tulis sekali nombor telefon kat bil nanti, kay?" Mata dikenyit sebelah.

Senyuman si pelayan perempuan bertukar sumbing. Kuro tersengih-sengih, memerhati lenggok punggung yang meninggalkannya.

"Hoi."

Masih dengan sengih busuk, dia menoleh. Coral yang entah sejak zaman bila duduk di sebelahnya direnung sebelum dikerutkan dahinya.

"Bila masa kau dekat situ?"

"Sepuluh minit. Kau tak perasankan aku langsung, kan? Si kakak tu pulak kau nak buat masyuk," cemik Coral.

Mengesan nada rajuk itu, Kuro mengalihkan tubuh supaya mengadap si gadis sambil merehatkan lengan di atas meja. "Hey, rumah aku kena rompak dua hari lepas, kena duduk sebilik dengan Aki dua hari, dah janji nak kemas rumah sama-sama pun dia boleh lari, dan hari ni kau gunakan aku untuk buat semua kerja mahasiswi proaktif dan interaktif engkau sampai malam. Aku berhak having some fun." Anak mata Coral direnung tepat ke dasar sambil menunjuk pen ke arah pelayan berpunggung besar. "That is fun."

Coral menjulingkan mata ke langit. "Gatal."

"Kau kecik lagi, kau takkan faham naluri lelaki dan perempuan ni."

"Eheh, aku dah lebih 20 tahun eh! Kau tak tengok aku, pun?"

"Eheheh. Kau nak aku tengok engkau? Gatal." Hidung Coral dicucuk dengan kepala pen. Coral menepis geram. "Kau kurus sangat. Aku nak tengok apa yang ada kat kau pun mungkin kena pakai kanta pembesar." Airnya yang dah sampai disambut dengan senyuman dan terima kasih sayang.

Mata terjuling lagi ke langit. "Sebab tu aku lagi suka Aki berbanding kau." Bibir bawah dijuihkan.

Kuro sekadar mengangkat kening sebagai balasan. Tak kisah. Cawan dibawa ke bibir, dicicip sedikit. Coral yang mencapai kertas hasil cetakan internet dibiarkan.

"Apa ni?" soal si gadis. Headline mengenai Alastair Dickens pengarah berbakat, dibaca sekilas. Apa yang menarik perhatiannya ialah tulisan-tulisan cakar ayam yang diconteng pada ruang kosong artikel. Muka ahli perniagaan berjaya itu juga diconteng dengan tanduk dan misai Hitler. "Dickens... aku tak pernah dengar nama dia. Kenapa kau baca pasal dia?"

"Sebab dia menyusahkan hidup aku." Teh dihirup.

Kening spontan terjungkit, lalu wajah pada muka bermisai Hitler dipandang dengan lebih teliti kini. "Apa yang dia dah buat?"

"Kau tak perlu tahu. Setan yang seekor ni masalah personal aku." Kertas dirampas dari tangan Coral, dilipat dan disumbat ke poket belakang jeansnya. Si muka masam dikerling dengan gaya selamba. "Kita cakap pasal benda lain. Berapa gaji kau boleh beri aku lepas aku tolong kau tadi?"

"Nak bergaji pulak? Aku ingatkan kau tolong dengan ikhlas."

"Well, aku pun fikir aku tolong dengan ikhlas sampailah kawan-kawan kau buat aku buat semua kerja korang. Aku dah la hidup sengsorang kat Sarawak ni. Parents takda, beradik takda, saudara mara takda. Ada pun Aki sorang je, pun orang ingat dia bini aku sebab dia cantik sangat untuk diklasifikasi sebagai lelaki. Rumah aku kena rompak... duit takda... aah... sedihnya hidup..." Kepala direbahkan pada meja makan.

Coral memuncung. "Nanti aku cakap kat dorang aku bagi sikit untung kat kau." Dompet dikeluarkan.

Kuro terkekeh, lalu telinga Coral dijentik. Mengaduh sakit si gadis dibuatnya. "Kau ni senang sangat kena main. Hahaha... aku gurau je la!" Kepala itu pula ditunjal kasar hingga kepala Coral tertolak ke tepi. Seterusnys diusik-usik mahasiswi tahun tiga itu macam adiknya sendiri.

Ya, Estee Coraline ialah satu-satunya insan yang sudi membuat kawan dengan dia dan Aki sejak mereka mula menginap di negeri Burung Kenyalang ini. Mula berkenalan semasa mereka mencari kerja di UNiMAS, seterusnya mahasiswi sains akuatik itu tidak segan silu menegur, saling mengusik dan akhirnya menjadi akrab. Motivasi Coraline kalau diikutkan kerana rasa hati yang disimpan pada Aki, tetapi Kuro tetap suka melayan gadis ini seperti ahli keluarganya sendiri.


TAK lama kemudian, sebuah EX5 merah memuncul. Diparkir cantik di sebelah Saga hitam milik Kuro. Kuro dan Coral sama-sama melihat kemunculan itu dengan dahi berkerut. Aki tersengih-sengih, selamba mendekat dengan keadaan tangan kiri dibalut hingga ke siku dan muka ditampal plaster dan kapas.

"Hai sayang. Maaf, I lambat." Kuro disapa.

Lelaki berkumis tebal itu ternganga seketika sebelum tersenyum kecil. "T'sokayCome here you sexy thing," balasnya, sekali dengan getaran sensual. Kerusi di sebelahnya ditarik. Aki melabuh duduk dan Kuro merehatkan lengannya di bahu si kawan. Dibelek-belek wajah itu. "Kenapa luka-luka ni, emm?"

Aki menoleh sedikit. "Tadi masa kerja ada sorang lunatic serang I... tak tahu sebab apa... but I'm okay..." Manja sekali nadanya.

"Kau patut jaga diri sikit... aku sedih bila tengok kau luka. Aku sayangkan kau, tahu." Pipi Aki disentuh dan dielus lembut, merapatkan wajah mereka.

Lelaki berkulit cerah itu tersenyum kecil. "Aku sayang kau jugak..." Bibir dirapatkan.

Coral menutup mata sekuat mungkin sambil menumbuk meja dengan kedua belah tangan. "Bodoh la!! Aku dah cakap jangan buat macam tu depan aku!!"

Kuro dan Aki melepaskan pegangan pada masing-masing sambil sama-sama bantai gelak. Sambung menyambung dekah mereka macam tak ingat dunia. Orang lain turut menoleh pada mereka, tidak gemar kerana ketawa yang tak kisahkan aman damai orang lain itu.

Aki menarik kerusinya supaya menjauh dari Kuro. Supaya lebih selesa. Duduk turut direndahkan agar mudah mengangkang. "Howdy, budak. Sorry langgar janji. Farha mintak tolong tiba-tiba, so yeah, heheh. Aku takleh nak tolak."

Coral mendesis geram. "Tak kisah la pasal tu, tapi korang dua ni betul-betul naluri tulen atau gay atau kedua-duanya sekali?"

Kuro mengukir sengih panjang, merenung Coral dengan pandangan suka. "Aku tak pernah tak excited tengok orang lain confuse pasal kita." Bahu kawannya ditumbuk.

"Sebab engkau jugaklah aku tak dapat girlfriend sampai sekarang." 

"Hahah. Eh, kau taknak makan ke?" Perasan rakannya masih tidak meminta order dari tadi.

"Taknaklah. Kenyang lagi."

"Tapi takkan taknak minum." Kuro lalu mengangkat tangan memanggil pelayan. "Teh O satu. Kurang gula tau. Dia tak suka manis." Telunjuk ditunjuk pada Aki. "Lidah dia suka pahit macam hati dia."

"Tak tak tak. Nak ais kosong je."

"A'ah. You heard him."

Coral masih memerhati tingkah laku keduanya dengan dahi berkerut.

Lelaki berkulit sawo matang itu kembali menghirup tehnya. "So dude, apa cerita pasal luka-luka kat badan kau? Farha upah orang belasah kau sebab tak suka kau menggedik kat dia?"

"Takkanlah," bantah Coral. Dia kenal Farha sejak Aki menyasarkan gadis itu menjadi insan yang diminati. Gadis melayu yang berhijrah ke Sarawak beberapa tahun lalu itu lemah lembut orangnya, bukan jenis insan yang boleh tergerak nak fikir benda seburuk itu – baginya.

"Tak... tapi Mior," ujar Aki hembusan nafas panas, merenung Kuro. Berubah terus riak si rakan. "That guy... that muscle-brain yang suka cari pasal dengan aku masa kat uni..."

"That guy yang nak jadikan kau wife dia masa festival konvo."

"Haha. Kelakar." Geram. "Aku tak tahu kenapa dia ada kat sini tapi dia ada kat sini. Kat Sarawak, and hell, semua tumbukan dia heavy gila masa dilepaskan kat badan aku. Dia macam kena rasuk, man..." Setiap tempat yang menjadi sasaran tumbukan Mior kembali terasa denyutannya.

Kening Kuro terangkat tinggi, boleh dibayangkan apa yang berlaku. Dia sendiri pernah merasai penumbuk besi si Mior itu pada suatu masa dahulu. "Damn..." Lidah menjilat gigi. "Bila kau jumpa dia?"

"Petang tadi. Pakai beg macam nak daki Gunung Ledang. Tapi dia cari rumah sewa kat sini."

"Aha? Dia nak buat apa kat sini? First of all, macammana dia boleh keluar dari penjara?!"

"Penjara?" Terkejut beruk insan yang mencuri dengar.

Kuro dan Aki sama-sama menoleh, terperanjat. Hampir terlupa seorang gadis muda yang tidak berkait dalam perbualan masih hidup dan tengah mendengar. Lalu keduanya bertukar renungan, bertanya samada perlukah sambung bercerita.

Coral memandang keduanya silih berganti. "Sapa Mior?"

"He's a friend." Kuro memulakan.

"Enemyactually." Aki membalik kata.

"Dia senior kitorang masa ambik degree. Boleh tahan baik la."

"Tapi dia jugak menyebabkan kitorang kena kick out dari uni. Dari ATM sekaligus."

"So, kitorang bertiga ialah the drop out stooges." 

"Dia buatkan kitorang terlibat dengan kes polis."

"And then aku dengan Aki merasa duduk penjara beberapa bulan atas kesalahan yang kitorang tak buat."

"Tapi Mior terus ditahan sebab dia punca semua masalah yang terjadi. Dia tua dua tahun dari aku..."

"Setahun tua dari aku."

"Lebih kurang tinggi ni." Tangan diangkat ke udara. "Buff. Pandai bergaduh. Kurang waras sikit kat kepala."

"Apa yang dia ni nak cakap ialah... Mior tu lebih suka berfikir dengan otot berbanding otak. Violence is his way of living."

"Masa kitorang decide tinggalkan life kat sana dan pindah ke sini, Mior masih dalam penjara."

Kuro berpaling dari muka keliru Coral kepada riak serius Aki. "Aku takkan pelik dia keluar penjara awal sebab pengaruh family dia, tapi kenapa ke Sarawak? Entah-entah dia cari kau sebab nak selesaikan masalah terakhir."

"Antara kitorang takda masalah terakhir. Dia ialah masalah dalam hidup aku selagi dia tak mati. Cuma itu. Tapi sebab kenapa dia datang sini... aku tak sure." Dagu ditopang. Rahang dijengul sambil dia merenung ke jalan yang dipenuhi kenderaan dan kutu rayau. "Tadi pun dia terkejut tengok aku... lepas tu greet aku dengan penumbuk dia."

Coral menjungkit kening. "Ganasnya. Kau tak lapor polis?"

Kuro dan Aki menoleh serentak. Kuro pula bersandar bersama hembusan nafas pendek. "Same old. Tapi kalau dia kat sini... tak selamat la hidup kita Aki."

"No worries." Dia bersandar sama. "Kita tahu big dirty secret masing-masing. Kalau dia nak ugut, kita ugut balik," tuturnya, penuh dengan determinasi.

"Kau dah Maghrib ke belum?" Kuro menegur.

"Aku solat kat klinik tadi."

Coral memandang keduanya silih berganti. Setahunya, Kuro dengan Aki memang dah lama berkawan baik sejak awal dia mengenali. Mula-mula Aki yang dikenali semasa menjadi waiter di kedai makan dalam kampusnya. Kuro kemudian turut menjadi kenalan kerana terlalu selalu ulang alik bagi mengambil Aki dari kerja, dan gemar mengusiknya ketika itu.

Kuro agak gelap orangnya. Sawo matang. Tinggi dan penuh dengan testosterone, yang boleh dibuktikan dengan bulu yang mudah benar melebat di muka jika tidak dicukur setiap hari. Menurut individu itu sendiri, Kuro ialah bekas penuntut di MTD dan pernah melanjutkan pelajaran sarjana muda dalam bidang automotif di sebuah universiti tempatan. Sebab itu badannya agak sasa berbanding Aki yang lebih kurus. Sepanjang perkenalan sejak dua tahun lebih, Kuro boleh diklasifikasi sebagai seorang yang berjiwa jurutera, kerana dia meminati kereta dan semua mesin yang wujud di dunia.

Aki pula sangat berbeza dengan Kuro. Berkulit putih cerah susu, tinggi sebagai lelaki tetapi lebih rendah dari Kuro, kurus walaupun masih berotot, dan setahun muda dari Kuro. Suaranya pula lebih garau dan dalam berbanding Kuro sendiri hingga mengejutkan sesiapa yang mendengar dan melihat. Dan yang paling menarik baginya, Aki pandai memasak. Sangat pandai memasak. Semua masakan yang dihulur untuk dijual di kampusnya laku keras!

Bagi sesiapa yang tidak mengenali, mungkin kedua-dua sahabat baik itu lebih mudah dituduh sebagai pasangan gay, dimana Kuro ialah sang suami, dan Aki si isteri. Tapi usah risau, kerana naluri mereka sama-sama jantan tulen yang hauskan perempuan. Aki masih mengejar Farha, awek cantik yang menjadi pelayan di kedai makan arab Al-Majeed. Kuro pula lebih gemar mengejar perempuan yang melekat di mata – belum lagi dijumpai perempuan yang melekat di hati. Jika ada yang tertarik di matanya, diusik kemudian diajak bercinta seminggu dua, kemudian ditinggalkan setelah bosan.

Hidup tanpa komitmen dan tanggungjawab lebih senang katanya.


SAKAN berbual dan bergurau jam menunjukkan lebih pukul sepuluh. Coral bangkit, nak balik ke rumah sewanya sendiri. Tak elok anak dara duduk lama-mana dengan dua bujang lapuk, katanya.

Coral menoleh ke jalan. Terpandang Farha.

"Aki, awek kau."

Lelaki itu menoleh, melihat cinta hatinya itu berjalan beriringan dengan lelaki bertopi hitam yang bergaduh dengannya siang tadi. Bulat terus matanya. Farha sedang ditarik Mior ke arah kereta gadis itu. Aki spontan bangkit hingga kerusi terjatuh ke belakang. Farha dilihatnya dipadatkan ke dalam Viva, kemudian Mior sendiri masuk ke dalam ruang pemandu.

Lidah menyumpah mudah. EX5 kemudian dipandang. Dia tak rasa motosikal second hand itu sempat nak mengejar Viva yang dipandu Mior.

"Dude, naper?" Kuro menegur pelik.

Aki menoleh pada rakannya sekilas sebelum berpaling semula ke hujung jalan, pada Viva yang dah dipandu pergi. "Pinjam!" Sepantas kilat kunci kereta Saga Kuro di atas meja dirampas.

Coral dengan Kuro sama-sama terbuntang mata. Lagi-lagi bila Aki memecut ke arah Saga hitam. Dihidupkan dan terus dipandu pergi tanpa sebarang niat nak memanaskan enjin walau seminit. Kuro dan Coral termangu. 


HAMPIR lima belas minit memandu dan mengekori, Viva di depan masih tidak berhenti memandu. Mana arah tujunya? Menuju ke Kuching, tidak. Hampir lima tahun Aki di Sarawak, dia tidak pernah menjejaki kawasan pedalaman ini. Lampu jalan macam hidup segan mati tak mahu. Gelap. Yang ada cuma lampu kereta mereka.

Mereka melintasi dari satu kampung ke satu kampung, namun langsung tiada tanda brek nak ditekan habis ke lantai. Jika dilihat pada jalan yang langsung tidak bercabang, arah tuju Mior mungkin nak ke pedalaman Samarahan. Tapi kemana cinta hatinya itu nak diangkut? Nak dibawa jumpa mak ayah diakah? Setahunya, anak gadis itu tiada keluarga yang lain selain ibunya yang sepatutnya duduk di Desa Ilmu.

Minyak ditekan, nak mengejar kereta di hadapan. Namun tiada perbezaan jarak yang berlaku. Aki memicing. Naik angin bila Mior juga menambah kelajuan keretanya. Lelaki itu tahu dirinya diekori.

Kereta di hadapan tiba-tiba brek mengejut. Aki terkejut, turut menekan brek. Tiada jarak yang cukup nak menahan inersia! Lekas stereng dipusing sekilas ke kanan dan ke kiri semula bagi mengelakkan perlanggaran bonet antara dua kereta. Impak inersia Saga menyebabkan kereta hitam itu drift sekali dua.

Fuck. Dia yang akan mati dibunuh Kuro kerana mencalarkan Baby sebelum sempat dia membalas dendam pada Mior! Debar di dada usah disebut. Jantung benar-benar terasa nak meloncat keluar dari jantung sekarang!

Viva yang dah berada di belakangnya dipandang dengan cermin pandang belakang. Mior memasang lampu tinggi, menyilaukan mata Aki. Kurang asam! Viva nampak mendekat, mungkin nak melanggarnya lagi. Aki mendengus. Dia mampu melakukan stunt yang sama dengan Mior, tapi dia enggan mengambil risiko mencalarkan Saga hitam ini. Rakannya itu mencintai keretanya lebih dari 100 kekasihnya. Lalu pedal minyak ditekan ke lantai. Aki memandu laju membelah jalan raya sunyi itu.


SETELAH hampir lima belas minit memandu dalam kelajuan laju, Viva merah jambu itu akhirnya memperlahan di sebuah jalan sunyi. Kampung-kampung sudah dilepasi. Mereka masih di tengah jalan. Tiada manusia, tiada kenderaan. Namun masih ada lampu jalan, jauh antara satu sama lain.

Farha memekam bibir, melihat tepi jalan yang gelap dan penuh dengan hutan semak dan pokok-pokok nipis yang berpanjangan. Dia tidak pernah ke sini selama ini. Lalu Mior yang tertoleh-toleh di tepi jalan walaupun tengah memandu, dipandang.

"Kau sure kat sini?"

"Dick cakap kat sini. Area sini. Aku tak sure kat mana sebab... sebab takda beacon."

Gadis itu diam. Tingkap di sebelahnya dipandang lagi, sebelum tertangkap sebuah rumah besar di sebalik hutan semak di sana. "Tu dia!"

"Huh?" Mior menoleh lipat maut. Ah, rumah yang dimaksudkan dah dilepasi. Kereta diundur ke belakang dan dihentikan betul-betul di tepi jalan yang mengadap rumah itu. Dengan bantuan cahaya bulan di langit, mereka hanya nampak figura rumah di tanah kosong yang cuma ditemani pokok-pokok kecil dan semak samun. Sehelai kertas dan lampu suluh dikeluarkan dari kompartmen kereta. Gambar rumah pada kertas itu diteliti. Kepala dijengul ke tingkap penumpang dan cahaya lampu suluh cuba ditembak ke rumah yang sejauh 20 langkah itu.

"Macam sama," bisik Mior.

"Macam berhantu..." Farha menambah, sedikit seram. "Apa kata kita pergi siang?"

"Alang-alang dah jumpa." Kereta diundur lagi ke belakang sebelum dibelokkan ke kiri. Jambatan kecil yang merentangi sebuah parit kecil dilalui terlebih dahulu. Berbunyi-bunyi pertemuan beban kereta dengan papan jambatan yang separuh reput.

Farha menahan takut di dada.

Viva dihentikan di depan rumah. Farha keluar dari kereta sambil mendongak ke langit, melihat rumah yang agak besar di depannya. Kenapa rumah ini dibina sebesar ini di tempat yang tidak menjadi sasaran perumahan? Motif?

"Mior. Kau sure ini rumahnya? Dah macam Vila Nabila versi kampong..." tuturnya rendah. Namun lelaki bertopi sudu itu tidak memberi respon – tekun merenung rumah kosong di hadapannya.

Tiba-tiba kedengaran enjin kereta. Mereka sama-sama berpaling ke belakang, melihat sebuah kereta memandu ke dalam pekarangan rumah tersebut.

Mior tenang. Farha mengerut dahi. Aki menghentikan Saga di belakang Viva tanpa mematikan enjin. Dengan lagak tenang, dia keluar dari kereta.

"Kau ni degil, kan?" Sengih Mior, sekali dengan letusan gelak nipis. "Kau cakap kita dah break up, tapi kenapa masih nak kejar aku? Which by the way, aku tak perasan kau ikut kitorang. Good job."

Aki mendiam. Setelah memecut dengan kelajuan penuh, dia menghentikan kereta di tepi jalan. Lampu dimatikan dan dia menanti hingga Viva merah jambu itu melaluinya. Kemudian terus diekori tanpa menghidupkan lampu kereta.

Bahaya. Tapi berbaloi.

Pintu Saga ditutup kuat. Pedulikan Mior, Aki mendapatkan Farha. Lengan gadis itu dicapai dan ditarik terus ke keretanya.

"Ack... Aki... kenapa..." Refleks dia menepis. "Kau buat apa kat sini?"

"Saya buat apa kat sini? Sebab awak ke sini dengan mamat tu!" Telunjuk dituding tepat ke muka Mior di seberang kereta. Tangan si gadis dicapai lagi. "Saya tak tau kenapa awak tak cuba langsung nak larikan diri dari dia, tapi serius Farha, dia merbahaya!" desisnya, terus menarik Farha hingga ke Saga.

"Saya takkan nafikan dia merbahaya... tapi kitorang datang ke sini bukan nak suka-suka..."

Pintu Saga ditarik dan gadis itu ditolak masuk. "Kita akan bincangkan benda ni nanti. Buat masa ni, lebih selamat saya bawak awak pergi dari sini." Pintu ditutup. Aki bergerak laju ke bahagian pemandu. Namun terhenti langkahnya bila melihat Mior mendekat. Kedua-dua lelaki itu berpandangan tajam.

"Kau bagi balik Farha kat aku." Mior menderam.

"Dia lebih selamat dengan aku."

"Oh? Mungkin kau patut jaga keselamatan diri kau sebelum berangan nak jaga anak dara orang lain!" Selajur, penumbuk dilepaskan ke muka lelaki itu. Aki terhentam ke bonet Saga, sebelum tergolek ke tanah berumput. Peritnya penumbuk besi bekas banduan itu dirasai di seluruh muka dan kepala. Lengan kiri yang baru dibalut petang tadi berdenyut sakit. Kepala juga pening kerana terhentak pada bonet.

Farha terjerit melihat apa yang berlaku di luar kereta. Lekas dia keluar.

Tak sempat Aki nak memulihkan gegaran di kepala, bajunya direntap kasar supaya berdiri. Mior menolak tubuh Aki dan dush! Penendang dilepaskan ke dada lelaki itu. Aki terjatuh ke tanah, terbatuk kasar.

"I could do better!!" Tubuh Aki ditendang sekuat hati. Lelaki itu merengkok kesakitan. "I am stronger!" Terus menyepak. "Aku tak pernah berhenti bergaduh sejak kali terakhir kita bertemu. Obviously aku lebih selamat nak jaga adik aku sendiri berbanding engkau!!" Kaki ditarik jauh ke belakang, nak dilepaskan ke muka Aki.

"Mior, berhenti!!" Farha mendekat lekas, menarik tangan sasa itu dan ditarik ke belakang. "Kita tak datang sini sebab nak cari gaduh. Kan lagi baik kita balik sekarang dan sambung siasat esok!"

Serangan Mior terenjat. Farha dipandang dengan nafas panas sebelum dia memusing kepala pada lelaki cedera itu. Aki sedang berusaha nak bangun. Siku kiri itu bengkok pada kedudukan janggal. Nyata sangat menyakitkan.

Lelaki berkulit cerah itu tiba-tiba melepaskan tendangan ke perutnya. Farha terjerit lagi, terkejut. Spontan terundur bagi mengelakkan diri dari terlibat dalam pergaduhan keduanya. Mior menahan terkejut dan senak. Aki sedang melelehkan darah di pinggir mulut, dan pandangan mata itu tidak sesekali menyatakan dirinya menyerah kalah.

"Haha... hahaha!!" Langkah melaju dan bang! Muka Aki ditumbuk sekuat hati. Sambil menahan impak, Aki berundur-undur ke belakang. Mendekati pintu rumah yang dipaku papan. "Kau tak pernah buat aku bosan, Aki!!" Penumbuk dilepaskan lagi ke muka itu.

Aki bertindak pantas. Dengan bantuan lampu kereta yang masih tidak tertutup dari Saga, lengan yang ditujah ke arahnya disambut sebelum dibaling tubuh itu ke rumah di depannya. Papan reput patah dengan mudah. Pintu rumah yang dibuat dari kayu, hancur terus, meninggalkan mulut gol yang terpelahang terbuka.

Mior terjatuh ke dalam rumah yang penuh dengan debu. Sakit di tubuh belakang sekadar ditahan. Debu dan habuk yang masuk ke dalam hidung lebih teruk serangannya. Mior terbatuk keras. Anak tekak terasa sendat kerana habuk yang pekat di udara, lekas hidung ditutup. Tangan menongkat lantai, cuba nak bangkit namun terjatuh lagi bila Aki memijak lehernya. Mereka berpandangan dalam samar lampu kereta di luar rumah.

"Apa kau nak buat, Aki? Nak terus bunuh aku?" getusnya, menahan batuk. Tangan kanan dipanjangkan, mencari senjata yang bersepai di lantai.

"Aku bukan kau..." Leher itu ditekan lebih kuat, melepaskan marah.

Batuk Mior terlepas kasar walau sengih masih memutik di bibir hitam. "Sayang... kalau kau nak tau, itu kelemahan kau yang paling kuat. Kau lembik nak lukakan orang!" Dengan sekuat hati, batang kayu berbucu tajam dicucuk ke kaki Aki. Sekali lagi lelaki itu meraung sakit sebelum terjatuh. Giliran Mior pula menaiki tubuhnya, menekan leher Aki dengan lutut. Menekan pernafasan, dan memberi derita sendat oksigen. Aki meronta pedih.

Farha di luar tiba-tiba memekik nyaring. Mior mempedulikan raungan itu, namun tetap menoleh bila Farha jeritkan perkataan hantu. "Kau diam boleh tak?!" jerkahnya.

Gadis berambut panjang itu berlari pecut ke Viva merah jambunya, melarikan diri. Enjin dihidupkan. "Mior! Lekas!! Kalau tak aku tinggalkan kau!!" pekik Farha dengan muka sepucat mayat.

Mior menggelengkan kepala, menganggap adiknya itu dah gila. Bila kepala dipusing pada Aki, terlihat sebatang tubuh kecil berdiri di hadapan mereka. Kulit tubuhnya putih. Pucat. Berbaju putih kotor hingga ke lutut. Rambut panjang di paras dada itu dah macam wayar copper nipis yang dikotori sawang dan debu. Kotor sekotor-kotornya. Berdaki. Berlumut. Bau busuk reput turut hinggap ke hidung, semerbak segar dari makhluk yang enggan dilihat.

Mior dan Aki sama-sama pucat. Lagi-lagi bila kepala itu mendongak menentang mereka, mendedahkan bibir pucat dan mata putih di pandangan mata.

Jantung terasa meletup keluar dari dada.

Mior meloncat bangun, berdesut masuk ke dalam Viva. Tanpa sebarang niat nak menunggu sesaat, Farha terus memecut, memandu pergi.

Aki yang menahan sakit di seluruh tubuh, cuba nak bangkit. Makhluk itu masih berdiri tegak di depannya. Dan bila melihat pergerakan dari yang berkenaan, Aki berkalih ke Saga macam tak cukup nafas. Lariannya patah-patah. Kayu masih melekat pada betis dan tangan kiri yang patah terhayun ke depan ke belakang tanpa kawalan.

Saga dimasuki sambil dia menarik keluar batang kayu dari kaki. Dilempar ke tanah berumput. Saga diundur. Bila cahaya lampu menembak pintu rumah kosong itu, sekali lagi dia melihat muka makhluk bermata putih. Ini bukan mimpi. Benda tu betul-betul ada dan masih berdiri di depannya! Jantung Aki hampir-hampir jatuh ke perut. Kaki kirinya hilang darah, dan tiada kawalan juga pada pedal minyak. Pemanduan yang terlalu laju dalam keadaan tubuh badan yang cacat menyebabkan dia hampir terlanggar sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan. Cemas. Terlalu pantas! Aki gagal mengawal stereng dan bam! Baby mencium pokok.


Previous: 1-Bab 1
Next: 1-Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh