4,435
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
Bab 2

“Siapa punya kerja ni?” tanyaku antara seram dan bengang.

“Siapa lagi kalau bukan budak nerd yang gilakan kau!” ketawa Danish Tanos. Mereka ketawa beramai-ramai.

Semua mata melirik ke arah meja di sudut kanan baris depan,dekat tingkap.

Nasrul? Bisik hatiku. Tak mungkin, hatiku menidakkan.

Dia tunduk membisu apabila kesemua murid memberi perhatiankepadanya.

“Korang jangan pandai-pandai nak tuduh Nasrul. Dia tak bersalah.” Aku yang membela dia. Eh dah kenapa aku pun musykil dengan sikapku. Aku terus sahaja mengambil pemadam dan memadam baris ayat yang terpapar dipapan putih.

“Dah, setel!” aku bercekak pinggang dan terus duduk di tempat duduk ku dekat  baris depan..dekat tengah. Betul-betul depan hidung cikgu, kata orang.

Bunyi deringan loceng meleraikan mesyuarat pagi tak rasmiitu.

Aku menghela nafas dan cuba memadamkan ingatan terhadap kejadian tersebut.

“Selamat pagi cikgu!!” nyaring semua murid melagukan seperti biasa.

“Cikgu praktikal tu lagi!!” jerit seorang.  Lelaki kurus tinggi berkulit putih masuk ke dalam kelas dengan wajah tenang.

“Naim, kau jgn kurang ajar. Dia cikgu jugak.” Sampuk yang lain.

“Ye murid-murid, saya cikgu praktikal hari tu. Kamu ingat lagi tak…Nama saya  Supian bin Said, boleh panggil saya Cikgu Supian.”

“Cikgu ajar kelas seni hari ni kan, cikgu? Hari tu cikgu ajar matematik masa relif ganti Mr Ong…” tanyaku. “Cikgu ingat saya tak? Saya nak cuba ambil 20 subjek tahun ni.”

“Ohhh…ye ke…kamu ingat ya…alhamdulillah Talita…maaf sebab hari tu cikgu hanya ajar dan tak sempat kenal semua orang…” ujar cikgu Supian. “Korang tak boleh ambil banyak sangat subjek nanti tak larat nak cope?” balas Cikgu Supian melihatkan empati.

“Tak apa cikgu..semua subjek saya akan ambil. Dulu memangtak boleh cikgu…kan sekarang dah boleh balik?” kataku penuh semangat.

Cikgu Supian datang merapati mejaku. Dia memandang ke arahku dengan senyuman manis.

Wajahnya iras Supian Suhaimi tapi, mungkin korang tak kenal,kan? Dia penyanyi yang  pernah popular sekitar awal kurun ke 21 ni dulu.  Sekarang dah tahun 2028…lega juga dah tidak ada wabak covid19 yang pernah mencengkam dunia selama beberapa tahun sejak 2020.

“Boleh agaknya, saya pun kurang pasti. Nanti saya semak faktanya,” kata Cikgu Supian. “Sebelum itu kamu semua boleh kenalkan diri kamuuntuk cikgu mudah panggil nanti?”

“Ala cikgu saya tertinggal nametag saya…” balas Zahira.

“Saya pun cikgu…” adu Hakim.

“Yang tak ada nametag sila tampal nama kat dada dengan apa-apa lah..” balas cikgu Supian. “Hari ni cikgu nak kamu lukis manusia.”

 

“Cikgu hari ni kita buat lukisan potret manusia boleh?”tanya Zaid, kawan baikku yang duduk berselang meja.

“Hmmm…cikgu memang pertimbangkan topik itu…” kata Cikgu Supian.“Lukis gambar orang yang memberi inspirasi kepada kamu dan coretkan namanya dibawah lukisan itu….”

Cikgu Supian memberi kami masa selama setengah jam melukis di situ. Biasanya kami akan ke bilik pertukangan tetapi entah mengapa Cikgu Supian tidak meminta kami ke sana. Mungkin kerana ketika itu dia hanya mengambil kelas sebagai kelas relief. Cikgu lukisan kami Puan Amnah tidak datang sudah sebulan.

Tamat sahaja waktu yang diberikan, kami semua mempamerkan hasil kerja masing-masing di atas meja.

“Ada sesuatu yang amat menakjubkan cikgu…” kata Cikgu Supian.

“Kenapa cikgu,” tanya Danish Tanos, wakil rakyat kelas. “Cantik sangat ke hasil kerja seni kami?”

“Hmm…bukan begitu…hampir dua pertiga dalam kelas melukis gambar seseorang…yang sama.”

“Haaa??” semua teruja nak tahu.

“Siapa cikgu?”

“Wajah PM ke?”

“Atau Permaisuri?”

“Atau wajah artis Malaysia paling letop ke?”

Pelbagai soalan menerjah cikgu Supian.

“Wajah Talita …” jawab cikgu Supian memandang ke arahku, penuh kekaguman.

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.