4,427
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
Bab 1

“Bangunnnn!!!” adikku Tiara Emeliya yang berusia 15 tahun menarik gebar toto ku yang berhias gambar doremon.

“Huargghhhhhh!!” Aku menguap seperti seekor badak air. Sambil menggeliat seperti penari ballet.

“Buruknya perangai kau ni. Muka aje ayu, tapi perangaimengalahkan badak air!” pantas  Tiara Emeliya mencercaku secara percuma.

Aku buka mata yang berselepat rheum sambil cubamenjegil adikku. Dia yang sudah lengkap beruniform sekolah kelihatan bercekak pinggang.

“Hey bangun lah kak!! Kejap lagi bas sampai!!” jeritnya sambil mencampak bantal peluk kepadaku.

Aku mengeliat seketika lagi. Masih terpisat-pisat, apabila terpandang jam di meja dekat katilku, aku pun lintang pukang mengenakan pakaian secepat mungkin.


“Kau tak solat subuh lagikan hari ni?” tanya Emeliya ketika aku duduk di sebelahnya dalam bas.

“Aku kan period. Kau tak ingat ke?” tanyaku kembali.

“Ada aku pulak yang kena ingat?” tanyan Emeliya rolled eyes.

“Heh ye lah..kalau tak ingat, gini lah jadinya..bebel akumacam aku tak solat lima waktu,” pantas aku mengenakannya kembali.

“Kau tu nak exam…kena lah ingat sikit.”

“Lama lagi ni baru bulan February.”

“Haih malas aku cakap dgn kau,” Emeliya memotong laju dan memandang ke arah luar tingkap bas.

“Kau jangan buat hal dlm bas boleh?” aku berbisik.

Dia diam.

Itu lah Emeliya. Muncungnya panjang sedepa jika merajuk.Tapi dia adik aku yang setia melayan kerenah aku yang gila bahasa.

Walaupun aku begini, aku di antara pelajar popular di sekolah yang juga dijangkaakan dapat straight A. Sejak tingkatan satu aku naik pentas ambil award. Kadangkala Emeliya membebel dan merungut kerana mungkin dia merasakan dunia ini tidak adil, orang malas macam aku pun boleh dapat straight A. Dia yang rajin, dapat dua tiga sahaja...hmm..ada juga kebenaran rungutannya itu, tapi aku sentiasa sahaja bersyukur dengan apa yang aku capai. Apakah terlintasnya perasaan begini yang dinamakan ujub? Aku pun cepat-cepat menghalau bisikan syaitan itu.

Ketika aku melangkah ke kelas, aku terdengar suasana riuhrendah seperti suasana dekat pasar selayang.

Aku melangkah laju-laju mahu join kemeriahan itu, entah apalah yang menyeronokkan mereka sampai begini bising pagi-pagi hari di sekolah.Ada gambar atau video pelik sesiapa kah agaknya yang viral di twitter, yang pasti aku ketinggalan jauh kerana pagi ini aku tak sempat update media sosial ku dan tak sempat scroll akaun twitterku, sebagaimana lazimnya.

Inilah padahnya main game malam-malam tapi kali ini aku punya ralit sampai terlajak hampir ke waktu subuh. Sempat sahaja aku tidur sejam sebelum diganggu Emeliya tadi. Aku lazimnya melayan permainan online sehingga kadangkala tertidur dengan handphone di dada.  Kebanyakan mereka yang main online dengan aku adalah orang yang tidak aku kenali. Too bad. Inilah dunia cyber yang amat kejam. Kau bisa bunuh sesiapa sahaja dalam permainan itu, walaupun kau tak ada sebab nak melakukannya dalam realiti, dan mereka akan hidup kembali sedetik kemudian.

Langkahku terhenti apabila kesemua di kelas aku kelihatan berdiri memandang aku di pintu masuk.

“Tu dia!!!” kedengaran suara Danish Tanos, budak paling nakal dalam kelas menjerit ke arah ku.

“Siapa?” aku menoleh ke belakangku, mana lah tahu aku berdiri depan orang yang dimaksudkannya. “Aku ke?”

“Kau lah.” Kata Danish Tanos. “Tengok apa yang tertulis kat papan tu.”

Aku mengalihkan pandangan ke arah papan putih dan biji mataku hampir sahaja melompat keluar dari soketnya.

 

Talibun untuk Talita bidadariku

“Kau adalah inspirasi keindahan,

Dan aku yang terpesona oleh rahmatNya,

Aku kelu tanpa kata

Hanya dengan menatap wajah mu

Semesta alam bercahaya,

Tidak dapat kutemukan,

Apa pun yang sebandingmu.

Dengan kehalusan raut wajahmu

Aku kecundang melawan pesonamu itu.

Dia hadiah fantasi ini

Kau anugerah tuhan, buatku

Aku lemah

Apabila terlihat,

hanyut tanpa daya

tenggelam tanpa nafas,

hanya merenung

sinar matanya,

cinta tanpa balas.”

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.