Home Novel Seram/Misteri Semangat Roh
Semangat Roh
Riduan Judin
13/11/2017 10:52:53
22,078
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 2

Hospital Pantai, KualaLumpur

DR. ZULAIKHA merenung kembali sekepinggambarnya bersama Mikail. Novelis yang diminati karya-karyanya sejak dulu.Malah, dia selalu mengikuti perkembangan lelaki itu sejak bertapak dalamindustri seni Malaysia. Dia termenung sendiri. Matanya difokuskan di setiapsudut gambar. Gambar yang mengabadikan wajah mereka berdua.

            “Ghost Writer…” bisik Dr. Zulaikha.

            Dia tersenyum-senyum apabila gambaryang dia muat naik di laman sosial, mendapat komen positif daripada rakan-rakannya.

            Gadis itu diam sejenak. Sehinggakini, masih belum ada seorang lelaki pun yang berjaya mengetuk pintu hatihawanya. Mungkin desakan kerja yang mengakibatkan dia tiada masa untukmemikirkan semua itu.

            Dia tersenyum sendiri. Dulu, diamengikuti perkembangan novelis ini secara diam. Namun sekarang, hatinyaseakan-akan berubah setelah bertemu buat pertama kali secara tidak sengaja. Dankini, dia berasa seakan-akan ‘jatuh cinta’!

            ‘Ah… mustahil aku jatuh cinta!’Hatinya berbisik sendiri.

            ‘Thank you great writer…’tutur Zulaikha.

            ‘Oh yeah, most welcome…’ balasMikail.

            Perbualan antara mereka tempoh haribergema di sudut hati. Seakan-akan memanggil semula memori itu sebagai kenanganyang paling indah selepas bertemu empat hari lalu.

            “Gila… aku tak jatuh cinta!”Bisiknya perlahan. Telefon bimbitnya pantas diletakkan di atas meja.

DR.RIANA sekadar memerhatikan Dr. Zulaikha dari jauh. Rakan sekerjanya itukelihatan agak berlainan dalam beberapa hari ini. Agak kerap termenung.Seakan-akan mengingati sesuatu yang sentiasa ada di fikiran. Entahlah, diasendiri tidak tahu.

            “Zu… jauh mengelamun?” Sapa Dr.Riana setelah mendekati meja rakan sekerjanya itu.

            Dr. Zulaikha sekadar berdiam.

            “Zu?” Dr. Riana menyentuh bahu gadisitu.

            “Err, eya-eya. Ada apa?” Dr.Zulaikha tersentak daripada lamunannya.

            “Ingat buah hati ke?” Dr. Rianaberseloroh.  

            “Alah, ingat nak tanya apa tadi,”tambahnya.

            “Kau okay?”

            “Aku okay je…” ringkas jawapan Dr.Zulaikha. Dia tersenyum-senyum.

            Laci mejanya dibuka. Sekeping kadbisnes milik Mikail yang tercicir di resort di Janda Baik tempoh hari, ditataplama-lama. Setakat ini, hatinya masih berbelah bagi untuk menghubungi nombortelefon yang tertera. Dia takut bertepuk sebelah tangan. Dia takut kecewa!

HospitalLady Templer, Cheras

MIKAIL berdiri di kejauhan. Setelah pulangdari Janda Baik beberapa hari lalu, dia tidak pernah berhenti mencari idea.Idea yang sudah pasti membantunya dalam penulisan novel seram. Dan sebab itulahdia berdiri di depan di tempat ini.

            Hospital yang sudah ditinggalkan itudipandang dari kejauhan. Matanya memerhatikan segenap sudut. Kelihatan usang,terasing dan tempat itu dipenuhi dedaun kering.

            Mikail menapak perlahan. Masa inilah anak telinganya mendengarjeritan keras dari arah dalam. Jeritan itu kedengaran agak perlahan tetapimenyeramkan. Bulu romanya meremang. Terasa seram sejuk membaluti tubuhnya yangkekar.

            “Astaghfirullah...” Mikail beristighfar perlahan. Kakinya terhentisejenak.

            Kala ini, hatinya agak berbelah bagi. Hendak menyelinap masuk atautidak. Tapi sebenarnya, hati ‘thriller’nya meronta-ronta ingin ke dalam.

            ‘Arghhhhh...’ suara jeritan itu kedengaran lagi.

            Langit mula gelap. Petang mula beranjak ke hujung senja. Awan yangmendung menambahkan lagi keruh di hati. Mikail memandang lagi hospital itulama-lama. Kemudian dia menarik nafas dalam-dalam.

            “Kali ini, aku akanbongkar misteri yang terhijab di sebalik hospital ni!” Bisiknya perlahan.

            Mikail mula mengorak langkah ke depan. Dan masa inilahbahunya direntap dari arah belakang. Tindak balas seni bela diri yang pernahdipelajarinya dulu, membuatkan Mikail pantas membuat pergerakan mempertahankandiri.

            “Tunggu!!! Jangan pukul aku,” ujar seorang lelaki yangagak tua. Lelaki tua yang datang secara tiba-tiba.

            “Allah… pak cik betul-betul buat aku terkejut!” Mikailmenarik nafasnya lagi. Kali ini ditahan dalam-dalam secara terkawal.

            Lelaki tua itu menelan air liur berulang kali.

            “Pakcik ini siapa?” Tanya Mikail.

            Lelaki tua itu berdiam. Lidahnya sengaja dikunci. Cumapergerakan matanya saja yang agak liar. Hospital terbiar di belakang sengajamenjadi perhatian utamanya.

            “Kau buat apa di sini?” Kali ini suara parau lelaki tuaitu kedengaran juga.

            “Sebab idea…” ringkas jawapan Mikail.

            “Idea…?” lelaki tua itu kebingungan.

            “Tengah tulis cerita seram. Jadi, sengaja datang ke siniuntuk ambil semangat,” jujur Mikail.

            “Cerita seram? Ambil semangat?” Lelaki tua itu agakterkejut. Raut wajahnya tampak berubah.

            “Ya… ambil semangat menulis cerita seram,”

            “Sebaiknya, jangan ganggu ‘mereka’!”

            “Mereka?” Mikail agak terkejut. Dia tertanya-tanya. Cuma,perasaan itu sengaja didiamkan dulu.

            “Mereka mengambil, tetapi tidak pernah memberi!” Jawablelaki tua itu.

            Mikail terdiam seketika. Lelaki tua itu pula pantasberlalu dari situ. Dek kerana terkejut, dia tidak menahan pemergian lelaki tuaitu lagi.

            “Mereka mengambil, tetapi tidak pernah memberi?” Mikailbertanya kepada dirinya sendiri.

            Kepalanya dipenuhi tanda tanya. Persoalan yangseolah-olah tiada jawapan kecuali memasuki hospital terbiar itu. Ya, hanya itucara mencari jawapannya.

            “Arghhh…” Mikail memegang kepalanya yang tiba-tibaberdenyut kencang.

            Kerana keadaannya yang kurang selesa, ditambah puladengan hari yang barangkali sekejap saja lagi bertukar malam. Untuk hari ini, Mikailmengalah. Namun ‘idea’ yang dicarinya selama ini seolah-olah mulai datang.Datang tanpa ada batas. Dan akhirnya, Mikail menapak ke arah keretanya.

            Di sebalik hijab langsir tingkap, satu kelibat sedangmemerhatikan dia dari kejauhan. Matanya tampak begitu kejam. Merah menyalabagai api yang akan membakar kemarahan! Membakar dendam dengan simbahan darah!

            ‘Mereka’ terus memerhati dengan mata yang begitu tajamdan kejam!!!

 

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.