Home Novel Seram/Misteri Semangat Roh
Semangat Roh
Riduan Judin
13/11/2017 10:52:53
21,933
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 3

Kampung Sinanggip, Pitas Sabah

MAYAT seoranglelaki pagan diusung dalam sebuah keranda. Keranda yang dibuat daripada papanyang dipaku. Kesedihan begitu terpancar di wajah keluarga mendiang. Mayat itudiarak sehingga ke kawasan kubur. Satu-satunya kubur yang digali di kawasanhutan tanah pusaka mendiang.

            Lelaki itu hidup sebatang kara. Dikatakan seorangpengamal sihir. Ilmu yang sengaja diwarisi daripada Sang Petaka untukmemudaratkan. Ilmu guna-guna yang akan ditujukan kepada si folan yang dijadikanmangsa.

            “Berat keranda ini…” Bisik seorang lelaki yang baru sajaditukar oleh orang lain mengangkat keranda itu.

            “Berat… memang sangat-sangat berat,” ujar rakan disebelahnya.

            “Entah apa saja isinya… mayat, atau…?”

            “Hush! Jangan cakap macam tu bah…” lelaki tadi menyikulengan kawannya.

            “Kau takut?” ujarnya.

            “Tidak… Cuma bulu roma merinding sedikit,”

            “Merinding? Meremang? Lelaki itu semakin acuh tak acuh.

            “Kau tahukan, bulu roma ni deria terbaik untuk mengesankehadiran ‘mereka’,”

            “Sudahlah tu… nda elok bercerita banyak pasal si mati!”Tegur ketua kampung yang turut ada di situ.

            Kedua lelaki itu terdiam.

MIKAIL sekadar berjalandi bahagian belakang. Dia berjalan dalam kelelahan. Hampir termengah-mengahmendaki bukit yang menempatkan rumah abadi bagi orang-orang yang dipanggil ‘rumahpersinggahan’. Tempat persinggahan yang bakal ditinggalkan sebaik sajasangkakala kedua ditiup.

            “Mikail…” suara Olek - sepupunya kedengaran di belakang.

            Mikail berhenti menapak lalu menoleh ke belakang. Diatersenyum-senyum melihat gelagat sepupunya yang mendaki bukit menggunakan kakidan kedua tangannya.

            “Apa gea kau buat tu?” Mikail tersenyum-senyum laluberpatah semula ke bawah. ‘gea’ merupakan trademark atau bahasa sukuan Sabahandan fungsinya sama dengan ‘bah’.

            “Tunggu aku gea…” Olek menguatkan kaki dan tangannya agarlebih cepat mengharungi lereng bukit itu.

            “Sini… tangan tu,” pinta Mikail sambil menghulurkantangannya,” Olek pantas menghulurkan tangan tanpa banyak tanya.

            “Aduh… berat gea badan kau ni, lek…” ujar Mikail.

            Mereka sepupu sekali yang agak rapat. Teman sepermainansejak dari tadika. Dan sekarang, mereka masing-masing berumur 12 tahun. Bakalmenduduki UPSR penghujung September nanti.

            “Kau kuat, selalu tolong aku…” ujar Olek.

            “Eya-eya, aku tarik kau sampai ke atas…” ujar Mikail sambilmengerah kudrat menarik sepupunya itu ke atas.

KERANDA sudah ditanam danditimbus tanah-tanah merah. Bunga-bunga kuburan ditanam di sekeliling. Untukkali ini, tiada sebarang upacara kematian untuk si mati. Kerana dia pagan.Tiada sebarang kepercayaan hatta tidak mempercayai kewujudan Tuhan.

            Semua orang mula pergi. Cuma yang tinggal, beberapa orangmuda remaja termasuk Mikail dan Olek yang berdiri agak ke hujung jalan.

            Seorang pemuda menanggalkan topinya, lalu meletakkan diatas batu nisan yang dijadikan tanda pusara.

            “Kalau betul-betul anak lelaki, tengok siapa yang akanberani ambil topi ni sebelum matahari bangkit esok!” Lelaki itu mencabar.

            “Sebelum siang esok?” Ada antara mereka yang ragu-ragu.

            “Ya, topi ini lambang keberanian!” Ujar lelaki itu sambilmenunjuk topi Adidas berwarna merah di atas tunggul batu nisan.

            “Tiada yang akan berani mengambil topi ni…” Mereka ketawaterbahak-bahak.

            Kemudian mereka meninggalkan kubur yang agak terperosokitu. Sebelum itu, Olek pula sudah beberapa kali menarik tangan Mikail agarberedar dari situ.

            “Mari pulang…” Olek jadi takut.

            “Eya…” jawab Mikail setelah tangannya ditarik berulangkali.

            “Kau jangan ambil topi tu…” bisik Olek.

            “Kenapa?” Mikail bertanya lagi.

            “Jangan sesekali berniat ambil topi tu!” ulang Olek.Selepas itu, mereka berdua hilang di hujung jalan sambil berlari anak.

“Jangan sesekaliberniat ambil topi tu!”

MIKAIL terbangun daripadamimpi. Nafasnya tercungap-cungap mencari nafas. Ternyata, imbauan kisah silamitu tidak pernah hilang dari memorinya. Ia memori jangka panjang. Memori yangakan kekal di ingatan walaupun berusaha dilupakan.

            “Astaghfirullah…” Mikail beristighfar berulang kali.

            Selepas itu, dia bangkit dari katil lalu menutup tingkapbiliknya yang terbuka. Angin malam menghembus masuk sehingga menerbangkanlangsir.

            Lampu bilik yang masih terbuka, sengaja tidak dipadam.Kerana rasa mengantuknya hilang, dia menuju ke meja kerjanya. Meja yangmenempatkan sebuah komputer riba untuk menulis. Dan biasanya, pasti secawankopi akan menemaninya.

            “Manuskrip thriller dan seram…” gumamnya sendirian.

            Manuskrip thriller terbarunya masih terpampang di skrinlaptop. Cerita yang sudah sampai di tengah-tengah cerita. Dan sudah pasti,ceritanya kali ini agak mencabar minda. Itulah salah satu kekuatan manuskripyang sedang ditulisnya ini.

            Microsoft words itu ditutupnya. Lewat malam tadi, diamenggarap karyanya itu tanpa mengira batasan waktu dan cuaca. Yang penting ideayang Tuhan kurniakan dapat ditulis dengan penuh sabar.

            Selepas itu, dia membuka folder Projek Seram Lif. Sebuahlagi cerita yang sedang ditulisnya. Cuma, idea itu agak terkurung, seolah-olahterpuruk dalam lingkungan fikirannya.

            “Manuskrip berhantu…” bisik Mikail.

            Malam kian larut. Jari-jemarinya pula tidak henti-hentimemuntahkan ayat-ayat untuk noveletnya. Dia terlupa seketika guliran masa yangsemakin jauh malam. Semakin jauh menjengah dinihari.

            Kerana letih, Mikail berhenti menaip seketika. Masainilah matanya memandang sesuatu di dinding biliknya. Sesuatu yang agak misteridan bersifat mistik buat dirinya. Selepas itu, dia tersenyum. Memori lama mulamenggayuti ingatannya yang paling dalam. Cuma saja dia sukar menafsirkanperasaan, kerana yang datang itu kenangan pahit bercampur manis.

            Ia dipanggil… kenangan masa lalu!

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.