Home Novel Seram/Misteri Gadis Yang Hilang
Gadis Yang Hilang
Amaryllis Dahlias
22/6/2019 01:39:18
16,590
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
1
2
3
4
5
4

Kerana kepenatan aku terbongkang tidur sejenak lepas aku solat isyak.

Ariff dan Shukri sudah lama belayar di lautan mimpi. Hendak tumpang tidur sebilik atau sekatil kerana ketakutanku,mungkin akan mendatangkan fitnah dan kejengkelan pula. Maka aku pun kuatkan hati untuk tidur sendirian di ruang tamu dengan lampu terbuka. Aku biarkan TV terbuka menonton aku, supaya aku tak terasa seram. 

“Pelan sikit volume tv tu bro…” kedengaran Ariff bersuara dari dalam bilik.

“Haihh..” aku mengeluh. Memang aku sengaja menguatkan bunyi televisyen untuk menghilangkan perasaan 


Aku cuba juga menguji-uji pendengaranku,manalah tahu aku akan terdengar lagi suara itu. Tetapi untuk sekian kalinya tiada apa-apa. Aku berasa amat lega.

 

 

Mujurlah esoknya aku masih bernafas. Syukur sangat. Subuh saja aku minta diri dan bergegas kembali ke rumahku untuk bersiap mandi. Orangkata lepas ayam berkokok jembalang pun tak keluar lagi. Berpegang kepada sangkaan itu, aku pun dengan senang hati masuk ke rumahku.

 

Pukul 7.30am aku ketika keluar dari rumahku aku terserempak dengan salah seorang gadis di rumah sebelah. Jika tak silap aku namanya Mira.

“Hey Aliff.. kau dah tau pasal Roza kan?”

Aku mengangkat bahu. Bukan malas nak ambil tahu. Tapi takut-takut terlibat nanti aku kena tempias bisikan misteri macam semalam. Sedangkan aku yang tak kena mengena pun kena gangguan…

Gadis yang berusia dalam lingkungan lewat 20an itu mencebik.

“Pasal jiran pun tak ambil tahu?” dia bertanya penuh emosi, tiba-tiba.  “ Kau ni memang nerd lah…semua benda tak peduli”

“Eh, dah kenapa?”

“Roza dah hilang.”

“Tunggulah polis cari..” aku cuba beralasan.

“Kau tak nak ambil tahu ke.”

Aku jadi hairan dengan sikapnya.

“Nak tahu juga, tapi aku bukan siapa-siapa kat dia..”

“Kau tahu dia tinggal seorang diri kat sini masa kejadian tu berlakukan?”

Sekali lagi aku mengangkat bahu.Tanganku naik lenguh mencempung beg computerku.

“Aku nak tahu juga apa terjadi kat dia. Tapi aku pun ada kerja nak buat kat makmal.”

 “CCTV kat sini berfungsi ke?” tanyanya tiba-tiba.

“Mana ada CCTV..ni flat murah.. siapalah nak bayar…”

“Tu bukan CCTV?” dia bertanya.

Mataku memandang arah yang ditunjuknya.

“Aku tak perasan pun.. ha eloklah kalau ada..boleh jugak minta tengok,boleh tahu siapa yang ada di rumah masa tu. Saya kena pergi sekarang dah lewat sangat ni..” aku pun beredar segera.



Kisah itu hilang begitu sahaja dalam fikiranku apabila aku kembali bertugas. Tidak ada benda yang perlu aku fikirkan tentang mereka kerana aku pun bukanlah mesra alam sangat dengan gadis-gadis sebelah rumah. Life style mereka pun aku tak faham.


Petang itu aku tumpang grab dan sampai awal di flat.

Kelihatan Abang Anuar Jambul sedang membakar burgernya di gerai.

“Bang.. bagi satu banjo..”

“Beres..”

Aku duduk di kerusi dekat tepi gerainya. Gerai itu dibuat dekat kawasan yang dikira selamat. Flat ini kerap jugalah ada kes sampah dibuang daripada tingkat atas. Maka demi keselamatan Abang Jambul buka gerai jauh daripada kemungkinan kepalanya bersepai dihentam pelbagai barang buangan yang dicampak akibat kemalasan warga flat itu.

“Apa hal kes jiran kau tu bro..”

“Yang hilang tu?”

“Ye lah.. semua orang sini bercakap pasal dia..”

“Mungkin balik kampung?”

“Haiya..polis dah hubungi keluarganya.Dia rupanya sebatang kara. Alamat terakhirnya di sebuah rumah kanak-kanak terbiar.”

“Kesian..”

“Kawan-kawannya macam mana..”

“Saya tak kenal sangat mereka bang..”

“Yang peliknya dia orang pun tak tahu dia hilang kat mana..tapi serpihan handphone dia ada kat bawah rumah..”

“Kawan saya pun ada bagi tahu pasal tu…”

“Kau jangan sebut aku tau..tapi sebelum tu aku kat sini..aku dengar ada orang bertengkar..aku tak pasti lah dari rumah dia orang..tapi..sejak perkara ni dah bising…aku terfikir lah kot ada kaitan..”

“Ehh abang tak bagi tahu polis ke?”

“Mana aku tahu suara tu dari unit mana.. arah rumah kau orang lah..”


“Maknanya ada lah orang lain dengar selain dari abang?”

“Tak juga lah.. sebab masa tu aku tengah packing nak balik..dah malam sangat..”

“Kalau abg dengar mestilah ada org lain dengar..”

“Entahlah..aku duduk flat ni bukan peduli pasal hidup orang lain, sendiri pun tak lepas nak jaga hal orang lain..”

“Tu abang.. orang lain hidup membawang bang..”

Abang Jambul menggelengkan kepalanya.

“Aku rasa semacam je. Aku diam kan saja sebab aku malas nak kena soal-soal ni..” kata Abang Jambul lagi. “Nah dah siap banjo kau..”

Aku menyerahkan wang dan mengambil banjo yang telah dibungkus kemas.

“Saya naik dulu bang. Nak rehat..”

“Baiklah..tapi kau jangan beritahu orang apa aku cakap dengan kau tadi, faham?”

“Hmm.. ok bang.. itu hak abang..tapi saya cadang abang bagi tahu polis..mungkin bantu selesaikan misteri jiran saya tu..”

“Ermm.. malas lah aku.. tolong ya..”dia menamatkan perbualan, sambil menoleh kepada seorang perempuan yang menghampiri gerainya.

Aku meninggalkan Abang Jambul dengan rasa bercampur baur. Jika apa yang dikatakannya adalah benar, apakah ada sesuatu kejadian yang disembunyikan oleh orang-orang di kejirananku itu.

Previous: 3
Next: 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Amaryllis Dahlias