Home Novel Seram/Misteri Pohon
Pohon
Aiman Quinto
8/8/2018 12:58:03
15,608
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
4

Hari sudahmenginjak ke petang. Sepanjang hari aku duduk berteleku di ruang tamu sambilmenonton kartun di TV9. Walaupun mata aku khusyuk menonton gelagat kartun yangtidak masuk akal seperti span kuning yang hampir lemas di laut yang terletak didalam laut, fikiran aku terasa berat sekali. Ada sesuatu yang menyesakkanminda.

Aku asyik berfikirtentang wanita yang aku lihat di kubur Anis. Mungkinkah itu roh Anis yang tidaktenang dan berubah menjadi hantu untuk menghantui manusia. Mengapa dia munculdi hadapan aku? Mungkinkah aku yang akan dihantuinya? Kenapa jenazah Anis bolehmuncul kembali ke permukaan walaupun telah ditanam semalam? Adakah Anis adabuat sesuatu yang tidak baik sehingga bumi tidak mahu menerima jasadnya? Akutidak rasa begitu. Pada pandangan mata aku, Anis yang aku kenal adalah seorangyang sopan santun dan berperilaku sopan. Dia adalah contoh terbaik seorangwanita melayu yang aku kenal.

Persoalan-persoalanini berputar-putar dalam benak fikiranku. Setiap kali disoal, aku langsungtidak dapat menjawabnya.

Aku mendengus kuat.Tiba-tiba televisyen berubah hitam putih dan mengeluarkan bunyi yangmenjengkelkan. Aku cuba ubah siaran dengan alat kawalan jauh namun semuanyasama. Mungkin antenna yang digantung di luar dilanggar burung mabuk. Aku bangunlalu berjalan ke arah televisyen untuk mematikannya. Belum sempat jari akumemicit punat pada televisyen kotak itu, televisyen itu lenyap. Persekitaranaku yang berlanskapkan ruang tamu rumah kampung berubah menjadi sebuah bilikgelap. Aku tidak dapat melihat apa-apa cahaya melainkan tubuh aku yangtiba-tiba bersinar seperti lampu pendarfluor.

“Faris... Faris...Faris...” Kedengaran satu suara wanita memanggil nama aku berulang kali.Suaranya bergema di sekeliling aku.

“Siapa tu?!”

“Kau tak kenal aku,Faris?” Suara itu tiba-tiba berfokus di belakang aku.

Segala gema yangterhasil lenyap. Aku menoleh. Mataku terbeliak. Satu susuk tubuh yang amat akukenali berdiri di hadapan aku.

“Ini aku, Anis.”Wajahnya memang sama seperti Anis yang aku kenal. Rambutnya terbelah di tengahdan lurus jatuh sehingga ke bahu.

“Tipu.”

“Aku Anis. Kau dahlupa aku ke Faris?” Suaranya juga sama seperti Anis. Segalanya sama sepertikali terakhir aku melihatnya beberapa tahun lalu.

“Tipu, kau bukanAnis. Anis dah mati.” Aku cuba menahan perasaan apabila berhadapan dengannya.Walau pahit terpaksa aku telan.

Wajah Anis yangtadinya tenang tiba-tiba diselubungi ketakutan. “Aku... aku... dah mati. Apakau cakap ni Faris?”

Anis berpeluktubuh. Wajahnya ditundukkan.

“Aku tak bolehmati. Sebab kau masih hidup. Kita kan sehidup semati. Betul kan, Faris?”

Aku menelan liur.Bulu romaku memacak. Aku tak tahu apa yang dikatakannya.

“Jawab soalan aku,Faris.” Suaranya bergema di gegendang telingaku. Dia menerpa ke arahku. Bahukudipegangnya. Wajahnya didongakkan kepadaku.

Aku merenung teruske matanya. Air mata darah mengalir dari kedua-dua belah matanya. Akuterketar-ketar. Kekuatan aku langsung hilang apabila melihat wajahnya yangsedemikian rupa. Air mataku mula mengalir. Aku menangis.

“Faris,” namakudiulang berkali-kali.

Aku hanyamendiamkan diri tidak menyahut. Aku tahu ini semua tidak betul. Anis sudahmati. Tak mungkin dia berdiri di hadapanku.

“Sampai hati kaubuat aku begini. Kau pasti akan menyesal.”

Wajah Anis yangtadinya kelihatan diselubungi kesedihan tiba-tiba berubah wajah seorang pendendam.Dia mencekik leherku. Kukunya memanjang. Hujung kukunya yang tajam menikamleherku. Rambutnya yang paras bahu menjadi semakin panjang lalu mengikattanganku yang sedang meronta. Wajahnya yang putih mulus berubah pucat.

Tubuhku terangkat.Kakiku tergantung di udara. Pernafasan aku terganggu. Oksigen tidak dapatsampai ke paru-paruku. Dadaku terasa semakin sesak. Tubuhku mula berpeluh laju.

Aku masih merontacuba melepaskan diri. Anis merenung aku tajam. Bibirnya tersenyum sinis.

“Kau akan menyesal,Faris,” kata Anis sebelum mula mengilai dengan kuat. Tubuh Anis kemudiannyaperlahan-lahan lenyap menjadi debu. Dia lesap.

Aku terjatuh.Kakiku tidak dapat mencecah lantai. Aku terus jatuh entah ke mana. Entahsedalam mana.

“Faris!” jerkahibu.

Aku tersentak.Tubuhku dibasahi peluh. Mataku membutang melihat sekeliling. Bebola matakuberhenti tepat pada ibu. Ibu memandangku hairan.

“Dah tu, kenapapandang ibu macam tu? Pergi siap-siap mandi. Dah maghrib.”

Fuh, aku rasa legasebentar. Semua tu cuma mimpi. Mungkin kerana aku terlalu banyak fikir bendabukan-bukan. Tidur pula selepas Asar. Boleh gila. Harap-harap cuma mimpi.

“Ibu, lapar.” Akutersengih.

“Nak makan, cepatsikit. Nanti terlepas Maghrib.”

“Baik ibu.”

*****

Malam yang tenang. Semuanya kelihatan seperti malam-malamyang biasa dilalui. Geng-geng mat rempit sudah mula berkumpul di garisanpermulaan. Malam minggu, malam pesta mereka. Perlumbaan mingguan. Hari sepertiini orang kampung takut untuk keluar rumah. Hampir setiap jalan dilalui mereka.Kadang kala ada yang terbabas sehingga ke rumah orang kampung. Orang kampungdah biasa dengan aktiviti mereka. Semua yang haram bagaikan sudah dihalalkan.Aktiviti ini telah lama berkampung di kampung itu. Amat sukar untuk membendungsesuatu yang telah menjadi budaya.

Vroooommmmm! Vroooooooommmmm!

3... 2... 1... Go....

Satu persatu motosikal memecut laju di jalan kampung.Seluruh kampung bergema dengan deruman enjin motosikal. Hanya cacian dan makianyang berzikir di mulut penduduk kampung tetapi tiada yang berani menegur. Adayang sudah nyenyak tidur dan langsung tidak terganggu dek bunyi yang bisingitu. Selepas satu kampung dipusing, semua pelumba berada di selekoh terakhir.

“Hihihihihihi.....”

Bunyi ngilaian yang kuat menenggelamkan bunyi derumanenjin motor. Satu lembaga serba putih dengan rambut hitam panjang berdirimenghalang jalan. Kesemua pelumba cuba mengelak namun akhirnya semua terbabas.Mereka semua tercedera dan tidak mampu untuk bangun. Deruman enjin yang kuatsenyap secara tiba-tiba.

Penyokong masih bersorak menantikan juara perlumbaantetapi tiada seorang pun yang tiba ke garisan penamat. Ada yang mencari ke manahilangnya pelumba-pelumba pada malam itu. Hasilnya, yang tinggal hanyalahmotosikal yang berselerak di longkang, semak dan tengah-tengah jalan raya.Pemiliknya tidak ditemui.

*****

Aku dapat tidurlena semalam. Tapi hari baru yang akan datang tidak kelihatan mudah. Pertama,abang belum balik. Ibu asyik susah hati. Kalau ibu susah hati, aku ni lagipanas hati. Mula-mula aku bercadang hendak cari dia harini. Tetapi masalahkedua lebih mengejutkan aku.

Awal-awal pagi lagisudah heboh berita pasal perlumbaan mat rempit malam semalam, tujuh oranghilang. Orang kampung masih sibuk cari mereka. Tetapi bukan semua. Ada yanglebih suka mereka tiada. Ada yang lebih suka buat hal sendiri dan mengelakdaripada aktiviti kemasyarakatan seperti ini. Ini lah yang berlaku dalammasyarakat kita sekarang. Semangat muhibah yang kian menipis dan ego yangmenebal. Aku tak dapat bayangkan apa yang akan berlaku jika tabiat ini terusmenular dalam masyarakat.

Sebaik sahaja akudengar berita itu, aku segera bersiap dan minta izin daripada ibu untuk keluarsertai pencarian orang kampung. Sebaik aku keluar daripada pintu rumah,motosikal Razak berhenti di hadapan rumahku.

“Jak, kau nak pergicari diorang sekali ke?”

“Aku baru maklumkandekat Tok Ketua tadi. Aku dah jumpa mereka.”

“Serius? Dekatmana?”

“Naik.” Razakmengarahkan aku membonceng di belakangnya.

Aku turuti sahaja.Selang beberapa minit motosikal itu memecut, kami tiba di tempat yangdimaksudkan Razak. Ramai orang kampung sudah berkumpul di situ. Aku melompatturun lalu menuju ke tempat orang berkumpul. Razak kekal di atas motosikalnya.Mungkin dia rasa kurang selesa di tempat yang sesak.

Ngeri. Itu sahaja yangterlintas di fikiran aku. Lututku menggigil. Pemandangan di hadapan aku terlalumenakutkan. Orang-orang kampung berkumpul di bawah pohon rendang yang selalu menjaditempat lepak aku dan Razak. Juga tempat sama tubuh Anis yang tidak bernyawadijumpai. Kali ini tujuh mayat lelaki yang berlumuran darah bergelimpangan diatas dahan-dahan pohon itu. Mata mereka terbeliak. Ada yang terputus tangan.Ada yang terburai usus. Malah, ada yang terputus kepala. Tiada darah yangmenitik. Semuanya telah kering – meninggalkan mayat dengan wajah pucat lesi.

Orang-orang yangberkumpul di situ telah mula berbisik. Masing-masing dengan teori sendiri. Padaakhir hari ini, aku yakin teori yang paling kuat akan berlegar di sekelilingkampung sebagai bahan gosip baru di kedai kopi Pak Rahim atau di surau. Itu lahaktiviti harian mereka. Memperkatakan sesuatu yang tidak pasti. Mulut-mulutinilah yang akan dibakar di hari akhirat kelak. Semoga kita tidak tergolongdalam golongan-golongan itu. Amin.

Tok Ketua tampil dihadapan orang ramai. Dia berdiri menghadap kami semua.

“Dengar sini orangkampung.” Dia cuba menarik perhatian orang kampung. Suasana berubah menjadisunyi. Ternyata orang kampung amat menghormati Tok Ketua. “Tak usah lah kitamereka-reka cerita tentang budak-budak ni. Walaupun masa diorang hidup, diorangbukannya budak-budak yang baik sangat. Kita maafkan lah diorang ni. Tak gunakita simpan rasa dendam. Benci. Biarlah diorang berehat di sana dengan aman.Jadikanlah semua ni sebagai peringatan. Sedangkan mereka yang lebih mudadaripada kita boleh meninggal dunia, nanti tibalah giliran kita. Sebagai ketuakampung, saya mintak tolong sangat semua yang ada dekat sini. Kita bersama-samaturunkan jasad diorang ni. Kita bawak ke masjid. Kita mandikan, lepas tusiap-siapkan untuk kebumi lepas Zohor.”

Orang-orang kampungangguk faham. Mereka bersama-sama menurunkan jasad-jasad tidak bernyawa itu.Aku turut mengambil tempat. Agak kasihan apabila melihat tubuh mereka daripadajarak dekat. Mereka seperti menjadi makanan haiwan buas, tetapi perkara sebenaryang berlaku masih menjadi persoalan seisi kampung.

Usai mengalihkantubuh mereka ke masjid, aku membonceng bersama Mat ke rumah keluarga si matiuntuk memberitahu mereka tentang berita tersebut. Berita tersebut ternyatamenyebabkan mereka menitikkan mata. Walaupun anak mereka dianggap sepertisampah kampung, tetapi semuanya berpunca daripada salah didikan mereka sendiri.Menyesal kemudian tak berguna. Meluntur buluh biarlah daripada rebungnya. Sejakkecil, anak-anak harus dididik dengan nilai-nilai murni agar tidak terjebakdengan gejala-gejala yang tidak baik seperti ini.

Kami agak lewatuntuk ke masjid kerana kami pulang untuk membersihkan diri dahulu. Rumah Matagak jauh daripada rumah aku, jadi aku pergi ke tanah perkuburan bersama Razak.Dalam perjalanan ke sana, kami berselisih dengan sebuah motosikal yang menujuke arah bertentangan. Motosikal itu kelihatan seiras motosikal abang aku.Namun, aku tidak sempat melihat platnya dan wajahnya juga tidak sempat dilihat.Aku andaikan bahawa abang mahu pulang ke rumah. Aku biarkan sahaja.

Tiba di tanahperkuburan, orang kampung masih sibuk menggali kubur. Agak banyak yang perludigali. Mereka semua bekerja keras. Sebelum menghampiri mereka, aku sempatmenjeling ke arah kubur Anis yang terletak di arah bertentangan. Alhamdulillahsemuanya kelihatan normal. Hati aku kembali tenang. Segala peristiwa semalamdilupakan.

*****

*****

Usai mandi, rambutaku keringkan dengan tuala. Sempat aku bergaya tanpa pakaian di hadapan cerminbersaiz lebih kurang enam kaki. Selepas puas memuji setiap inci tubuhku yangaku anggap amat menarik, aku sarung seluar pendek dengan baju tanpa lengan.Rambutku yang pendek aku sikat ke tepi. Setelah rasa diri aku cukup kacak untukmenghadapi dunia, baru lah aku berhenti. Aku sarungkan kain pelikat lalutunaikan solat Maghrib dan mengqada’ solat Asar yang tertinggal. Usaimenunaikan ibadah wajib, aku buka pintu bilik dan keluar ke ruang tamu.

Ruang tamu sunyi.Begitu juga dapur. Bunyi kipas juga tak kedengaran. Kelibat itu tidak terlihatdi mana-mana. Setelah berfikir beberapa ketika barulah aku teringat semulakisah yang berlaku petang tadi.

Aku terlalu geramdengan Pak Kadir, aku kecewa dengan diri sendiri kerana tidak sedar kesedihanyang ibu sembunyikan. Mungkin sebab itulah ibu panggil Pak Kadir datang kerumah. Aku patut bersikap lebih matang. Mungkin aku telah melukakan hati ibu.Aku berasa amat bersalah dengan ibu.

Celaka punya abang.Sampai hati dia buat macam tu dekat ibu. Dia dah gila ke? Terdesak nak duitmacam tu sekali. Entah dengan siapalah dia bergaul sampai jadi begitu. Akuberharap sangat dia buat apa-apa jenayah sehingga tertangkap. Kemudian, diameringkuk di dalam penjara dan tak perlu menyusahkan sesiapa lagi. Tetapi akupasti jika ibu tahu dia ditangkap dan ditahan di lokap, pasti ibu akan menjaminnyakeluar. Tidak guna bazirkan wang untuk orang yang tidak bermoral begitu.Tetapi, kasih sayang ibu lebih besar daripada segala nilai wang.

Walaupun ibu sudahmasuk ke bilik, lauk masih terhidang di bawah tudung saji sewaktu akumembukanya. Aku ambil dua senduk nasi dan serba sedikit lauk yang masihterhidang. Tudung saji aku tutup semula sebelum bergerak ke ruang tamu untukmakan di hadapan televisyen. Kipas di ruang tamu aku hidupkan. Aku tinggikansedikit suara peti televisyen untuk dengar Buletin Utama TV3 dengan lebihjelas. Bukan itu sahaja. Aku mahu ibu tahu bahawa aku sudah keluar daripadabilik. Aku mahu dia keluar daripada biliknya dan bertanya khabar tentang aku,agar aku boleh peluk tubuhnya dan memohon ampun daripadanya. Aku benar-benarkesal dengan apa yang telah berlaku.

Aku makan denganberselera sekali. Sebaik sahaja pingganku licin, aku mengisi semula isi didalamnya dengan bahagian yang sama banyak seperti tadi. Ternyata masakan ibuterlalu lazat dan aku terlalu lapar. Kedua-dua kondisi tersebut melengkapkansebab untuk aku makan dengan kuantiti yang banyak tanpa menghiraukan apa yangberlaku di sekeliling aku. Televisyen yang dipasang langsung tidak ditonton.Sekadar menjadi bunyi yang memecah kesunyian.

Sedang aku khusyukmakan, satu tangan menyentuh bahuku daripada belakang. Aku menoleh. Wajah ibutersenyum lemah ke arahku. Aku dapat lihat matanya ada warna kemerah-merahan.

“Ibu tahu adiklapar. Sebab tu ibu tak kemas lagi lauk. Ibu dah makan tadi. Adik habiskan jelah semua lauk tu. Esok ibu masak lauk lain,” kata ibu tenang. Langsung tiadakebimbangan terpancar pada wajahnya. Kejadian petang tadi seperti langsungtidak memberi kesan kepadanya. Bagaikan tiada apa-apa yang berlaku.

Aku letak pingganyang dipegang dengan tangan kiri ke atas meja. Aku pandang tepat ke mata ibu.

“Ibu, adik mintamaaf pasal petang tadi. Maafkan adik.”

“Takpe. Bukan salahkamu.” Ibu mengusap ubun kepalaku. “Ibu sibuk melayan tetamu sampai lupa ceritadekat kamu.”

“Adik rasa bersalahsebab abang ikutkan perasaan sangat tadi. Adik rasa macam adik kurang ajardengan ibu dengan Pak Kadir.”

“Takpe. Ibu takterasa pun. Ibu rasa Pak Kadir pun sama. Dia beritahu ibu dia cuma nak beri peringatandekat adik sebab dia kesian tengok ibu. Benda dah lepas. Lupakanlah,” kata ibu.

Aku diam. Masihdiselubungi rasa bersalah.

“Sudahlah. Sambungmakan tu.” Ibu muncungkan sedikit bibirnya ke arah pinggan yang masih separuhberisi – pinggan yang aku letakkan di atas meja. “Ibu nak ke dapur buat air.Adik nak air apa?”

“Nak teh o panas,”balas aku tersengih.

Ibu berjalan kearah dapur. Tiba-tiba dia menoleh ke belakang.

“Ibu lupa nakberitahu. Tadi Pak Kadir cakap dia dah sedia nak memperisterikan ibu. Minggudepan dia bawak rombongan meminang. Ibu harap masa tu kamu ada di rumah denganibu. Walaupun ibu cakap ibu dah terima, dia nak jugak ikut adat. Jangan pergimerayau sangat tau.”

Aku terbahaksedikit mendengar kata-kata ibu itu. Entah mengapa gumpalan makanan yangsepatutnya memasuki esofagus cuba untuk masuk ke trakea. Aku hampir tersemburkeluar kesemua makanan itu.

“Baca bismillah takmakan tu?” laung ibu daripada dapur.

*****

“Aku pening lahJak. Aku keliru,” luah aku.

“Aku tak tahu lahFaris. Setakat ni aku tengok Pak Kadir tu baik aje. Tapi kau yang benci sangatdekat dia. Ibu kau pun okay je dengan dia.” Razak mengelap motosikal denganspan yang telah dicelup ke dalam baldi berisi sabun.

“Aku pun tak pastikenapa aku benci sangat dekat dia. Cuma dia macam.” Aku berhenti seketika –cuba menyusun kata. “Dia macam aku ada rasa sesuatu yang tak baik tentang diatapi aku tak boleh nak terangkan macam mana perasaan tu,” jelas aku.

“Mungkin cumaperasaan kau.”

“Tak.”

Kesunyian melandakami buat beberapa ketika. Razak campakkan span di tangannya masuk ke dalambaldi. Dia ambil hos getah kuning di atas tanah. Muncung hos dihalakan ke arahmotosikalnya yang dibaluti lapisan air sabun dan buih-buih halus. Pili airdibuka. Air yang terpancut keluar daripada muncung hos membasahi motosikalnya.Air mengalir turun daripada atas sehingga ke bawah membasuh segala kotoran dansabun pencuci yang melekat pada permukaan motosikal tersebut. Dia pancutkan airitu perlahan-lahan. Tekun sekali.

“Aku rasa kau patutterima sahaja dia.”

“Apa?!” Aku mulaberasa geram. Aku tak rasa aku ada sebab untuk terima dia. Walaupun dari duludia rapat dengan keluarga aku, tak bermakna aku harus mengikut sahaja.

“Kau tahu kan ibukau selesa dengan dia.”

Aku angguk.

“Kau pun tahu kanperangai abang kau memang macam setan.”

Aku angguk.Walaupun kedengaran kasar, tetapi aku setuju dengan Razak. Dia memang dahsampai taraf setan.

“Sejak kau tak ada,lelaki tu lah yang tengok-tengokkan ibu kau. Abang kau bukannya peduli sangatpun dekat ibu kau. Tak pernah pulak aku tengok dia temankan ibu kau ke pasar.Sekali pun tak pernah. Biasanya sama ada Pak Kadir tu yang bawak ataupun diapesan dekat aku tolong belikan. Sekali pun tak pernah aku tengok abang kaupergi. Setiap kali ibu kau suruh dia beli apa-apa mesti dia akan buat-buat lupasehingga ibu kau sendiri dah naik muak. Dia sendiri malas suruh abang kaubelikan apa-apa.”

Aku terdiam. Takpernah pula aku terfikir sejauh tu.

“Mungkin sejakbeberapa tahun tu lah ibu kau pun dah mula suka dekat Pak Kadir tu. Diabukannya teruk sangat pun. Walaupun tua sikit, belum kerepot lagi. Cuma tuasetahun daripada arwah ayah kau.”

“Ya, aku tahu.Cuma...”

“Cuma apa lagiFaris. Kau tahu kan kalau seseorang tu tak suka sesuatu. Banyak betul alasanyag dia akan reka supaya rasa benci tu tak akan hilang. Sebab itulah perasaanbenci tu bahaya. Mohon jauh.”

“Bukan. Bukan sebabtu. Aku faham apa yang kau maksudkan. Sebelum ni aku sendiri pun tak pernahfikir macam tu. Kau dah buka mata aku. Cuma aku tak tahu apa yang arwah ayahakan rasa. Dia sayangkan ibu. Kau rasa kalau aku boleh cakap dengan roh dia,dia akan setuju ke ibu kahwin dengan Pak Kadir.”

Razak menutup piliair. Hos dicampakkan ke tanah. Dia menghampiri aku sebelum duduk di sebelahaku. Kami saling berpandangan di atas bangku di hadapan rumah Razak itu.

“Aku tak bolehjawab soalan tu. Aku bukan ayah kau,” ujar Razak.

“Aku pun tak bolehjawab soalan tu.”

Razak merapatkanbibirnya ke telinga aku. “Tapi aku tahu seseorang yang boleh bercakap denganroh orang mati.”

Aku berganjak jauhsedikit daripada Razak. “Celaka. Kau tahu kan semua tu syirik.”

“Aku tak cakap akupercaya. Aku cuma cakap aku tahu siapa yang boleh bercakap dengan roh. Yangsyiriknya dia, bukannya aku.” Razak menjawab dengan selamba.

Aku mengetap bibir.

“Jangan cakap kaunak cuba,” duga Razak.

“Tak salah mencubakan.”

Kami gelakbersama-sama di situ. Tanpa kami sedari, ada seseorang atau sesuatu yang sedangkhusyuk memerhati.

*****

Di kala malam menjelma, kadang-kadang kita terlupa adamakhluk yang akan bangun. Hanya kerana kita tidak melihat mereka dengan matakasar, tidak bermakna mereka tidak wujud. Ada pancaindera lain yang bolehmengesan mereka. Kadang-kadang mereka menjelmakan diri dan boleh dilihat denganmata kasar. Mereka membawa ketakutan kepada manusia. Untuk apa?

Pada malam yang gelap itu, keadaan kampung agak sunyi.Tiada lagi bunyi deruman enjin motosikal kerana geng rempit sudah mula takutselepas kejadian berdarah dua malam lepas. Penduduk kampung lain sepertimalam-malam biasa enak berdengkur di dalam selimut.

Di dada langit pula terdapat satu makhluk yangberterbangan dengan pakaian serba putihnya. Rambutnya menggerbang ditiup angin.Burung-burung yang kebiasaannya bebas terbang juga enggan terbang pada malamitu.

HIHIHIHIHIHIHIHIHIHIHI

Dia mengilai panjang. Sesiapa yang masih belum hanyutdibuai mimpi pasti terjaga. Namun, tiada yang berani menjenguk ke luar tingkap.Dia lah ratu pada malam itu.

Previous: 3
Next: 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aiman Quinto