Bab 6
KAMPUNG SERI ANDAK
Terkial –
kial Hairul mengawal basikalnya ketika melalui jalan kampung. Peluh yang
berjejeh didahi dan lehernya makin bercucuran. Panas. Namun semua itu tidak
dipedulikan. Apa yang bersarang didalam lopak fikirannya cumalah wajah cikgu
Mokhtar. Lainnya tidak. Kalau ditanya oleh cikgu bertubuh sasa dan berkulit
gelap itu, apa aku nak jawap? Itulah yang sedar berlegar – legar didalam relung
difikirannya. Tak kan dia nak jawap dia bangun lambat? Mampus aku nanti. Hairul
mengeleng dengan penuh kesal. Yang dia tahu dia bakal ‘dibambu’ cukup – cukup
dengan cikgu Mokhtar nanti. Nasib akulah! Nak menyesal pun tak guna, seranahnya
didalam hati.
Hairul membelok masuk kejalan kebun
getah lama ketika dia sampai dipersimpangan itu. Dia memang tahu selok – belok
jalan didalam kampung itu. Apa yang ada diperut kampung itu, dia tahu. Sejak
dari dia pandai berjalan dia sudah mula meneroka setiap ceruk dan lubuk yang
ada disitu. Dia tahu dimana ada lubuk ikan. Kalau hendak makan buah rambutan
atau langsat percuma pun dia tahu dimana. Tidak ada yang terlepas pandang dari
matanya. Pendek kata kalau dicampak ditengah malam buta sekali pun, dia masih
boleh pulang kerumah dengan selamat. Setiap lurah, setiaplekuk, setiap bukit,
setiap selekoh didalam kampung sudah dihafalnya sejak dulu lagi.
Jalan yang baru dia mudik ini adalah
jalan potong untuk kesekolahnya. Kalau hendak ikut jalan besar memang memakan
masa. Namun dengan jalan kebun getah ini dia boleh menjimatkan waktu. Pun
begitu tidak ada anak – anak sekolah yang mahu lalu jalan ini. Seingatnya memang
tidak ada. Baik budak lelaki atau pun budak perempuan. Cuma dia dan rakan –
rakannya pernah melalui jalan ini.
Tidak ada apa – apa yang ada
disepanjang jalan itu melainkan hanya pokok getah yang semakin dimamah usia
itu. Tidak ada rumah orang kampung. Bukan kata rumah, reban ayam pun tak ada.
Jalan itu memang sunyi. Sesunyi tanah kubur dikampungnya. Kalau ada pun cumalah
suara unggas hutan. Namun sesuatu yang dia suka tatkala melewati jalan itu
ialah dia akan merasa sejuk dan nyaman. Lantaran kerana cahaya matahari tidak
mampu menjamah tanah menjadikan persekitarannya sejuk dan enak. Kawasan kebun
getah itu memang redup dan mengasyikkan. Kayuhan Hairul makin ligat biar pun
dia terpaksa berhati – hati kerana laluan itu banyak lubang dan lopak. Sekejap
dia kekiri dan sekejap lagi dia terpaksa kekanan. Setiap kali basikalnya
terlanggar lopak dia terpaksa mengangkat punggungnya kerana takut terhentak.
Setiap kali dia terlanggar lubang mulutnya akan mencarut. Bodoh!
“ Haduh!” tidak pasal – pasal
Hairul menjerit kuat. Hatinya meradang. Basikal yang dikayuhnya mula bergerak
semakin perlahan. Anak muda itu menundukkan kepalanya. Memerhatikan kearah
rantai basikal yang sudah pun tercabut. Lantas dia memberhentikan basikalnya.
Hairul memandang kearah belakang. Cuba
mencari rantai basikalnya yang terlucut. Mana pulak perginya! Rungutnya didalam
hati. Dadanya mula terasa panas. “ Time macam nilah kau buat hal!” dia memekik
sekuat hati. Memuntahkan lahar kemarahannya dipagi yang sunyi.
Anak muda itu menyusur kembali jalan
yang baru saja dilewatinya tadi. Kepalanya masih lagi menunduk sambil bola
matanya melilau mencari rantai basikal yang terlucut. Peluh sudah merenek
didahi. Tubuhnya juga mula terasa panas. Bukan kerana dipanah cahaya matahari
pagi tapi kerana hatinya sakit.
“ Mana pulak perginya ni!”
suaranya tinggi memecah keheningan dikawasan kebun getah. Tidak menghiraukan
akan suara unggas yang saling bersahutan.
Hairul terhenti sebentar. Kakinya bagaikan
terpasung kebumi. Hatinya entah mengapa bergetar dengan laju. Ada semacam
perasaan kurang enak menyelinap menyentuh kolam perasaannya dikala itu.
Perlahan – lahan dia mendongak. Sekali lagi dia melingaskan bola matanya. Kali
ini dia tidak lagi memberikan tumpuannya pada rantai basikal. Pun begitu anak
muda berambut lurus kemas itu tidak pasti apa yang sebenarnya sedang dia cari.
Nafasnya diaturkan dengan kemas. Debaran didadanya kian rancak.
Perasaan tidak sedap semakin kuat
membadai hatinya. Dalam waktu yang sama dia memasang telinganya dengan hati
- hati. Langsung dia terlupa dengan apa
yang mahu dia cari tadi. Udara dipersekitaran terasa sejuk dengan tiba –
tiba.Angin datang berpuput lembut. Daun pokok getah bergetar menghasilkan bunyi
gemersik. Lalang yang tumbuh segar dan tinggi turut berbisik sesama sendiri. Hairul menelan
rengkungnnya dengan tiba – tiba. Tubuhnya mula mengigil kecil. Apa hal pulak
ni, hatinya berdetik sendiri. Bola matanya terus melingas. Anak muda itu
berpusing. Mencari – cari sesuatu yang dia sendiri pun sebenarnya tidak pasti.
Sejenak Hairul tertegun sendiri.
Kali ini dia pasti benar yang telinganya baru saja menangkap satu bunyi. Bunyi
seakan – akan sesuatu bergesel. Gemersik. Pandangannya diliarkan lagi. Bunyi
daun atau lalang bergesel kedengaran lagi. Bunyi apa tu? Hatinya berkocak
sendiri. Hairul berpusing lagi.
Bola matanya terbeliak besar.
Mulutnya mula terbuka namun tidak ada kata – kata yang keluar. Segera wajahnya
yang berdarah bertukar menjadi pucat dengan serta - merta. Lututnya juga menjadi lembik dengan
tiba – tiba. Mujur dia masih mampu untuk terus berdiri. Pun begitu sepasang
kakinya bagaikan melekat kuat dibumi. Tidak mampu untuk digerakkan walau pun
sedikit.
Tidak jauh dari tempat dia berdiri
kelihatan sesusuk tubuh berbungkus putih bersandar pada sebatang pokok getah
tua yang ada disitu. Bunjut diatas kepalanya seakan – akan melambai kearahnya
tatkala tubuh berbungkus putih itu sedang mengeselkan belakang badannya pada
pokok getah tersebut.
“ Tolong bukak kan....,” rayu
mayat itu dengan suara yang mendayu.
“ Mak! Hantuuuuuu!” serentak
dengan itu Hairul berlari berpatah semula kearah jalan yang dilewatinya tadi.
Pantas dan langsung tidak menoleh kebelakang lagi.
“ Tolong bukak kan....!” ketika
dia memecut telinganya masih lagi mendengar suara pocong itu merayu.
“
Tidakkkkk!!!” Hairul memekik hingga kepuncak suaranya. Lariannya makin deras.
Seakan – akan sepasang kakinya tidak jejak bumi ketika itu.
Kiah superstar terkejut dengan tiba –
tiba. Hampir saja besen ditangannya terlepas kebawah. Hatinya juga berdetak
kuat. Pantas dia menoleh memandang kearah pintu dapurnya yang terkangkang luas.
Baru saja tadi dia terdengar bunyi
dentuman kuat pada pintu dapurnya. Pun begitu dia tidak dapat melihat kelibat
sesiapa pun. Siapa? Hati perempuannya diganggu dengan rasa kurang enak.
Perlahan – lahan dia meletakkan besen diatas meja dapur. Pintu yang sudah
terdedah luas direnungnya lagi dengan rasa curiga.
“ Abang?” mulutnya menyeru
perlahan.
Panggillannya itu hanya
disambut sepi. Yang ada cuma ‘Johnny’ kucing berbulu kuning sedang leka
menjilat bulu – bulunya sendiri ditepi tangga. Langsung tidak memberi reaksi
terhadap Kiah superstar yang tercangak – cangak sendiri didapur.
Kiah superstar pula terus melangkah
kepintu. Menjengahkan sebentar kepalanya keluar. Cuba mencari kelibat orang.
Namun begitu tidak pula dia melihat sesiapa pun ada diluar. Hendak kata anak
jirannya berlari dan terhantuk kepala dipintu itu mustahil. Jika tidak tentu
budak tu dah ‘melalak’ ditepi pintu sambil mengaduh kesakitan. Rumah Timah
disebelah dipandangnya. Tidak ada apa – apa yang ,mencurigakan pada pandangan
matanya. Kiah superstar menarik nafas panjang. Bunyi apa yang berdentum tadi?
Hatinya makin dijajah dengan rasa tidak enak. Mulutnya terherot – herot sambil
benaknya berputar ligat. Mencari sebab musabab dengan apa yang baru berlaku
tadi.
Ya! Kiah superstar memang binggung.
Nama Kiah superstar itu memang sudah lama menjadi miliknya. Sejak dari zaman
anak dara lagi gelaran itu sudah diberikan kepadanya oleh orang kampung. Tidak
keterlaluan jika dia sendiri sebenarnya amat menyenangi dengan gelaran yang
diperolehinya itu. Satu kampung mengelar dia dengan gelaran itu.
Puncanya? Ya.... lewat tahun lapan
puluhan ketika dia baru menamatkan alam persekolahannya Kiah sudah ada hobi.
Bukan setakat hobi malah sudah dianggap menjadi cita – citanya sejak dari kecil
lagi. Ya! Kiah superstar ingin bergelar ‘bintang’. Bintang yang menyinar
dipersada seni hiburan tahan air ketika itu. Berbekalkan dengan suara yang
dimilikinya Kiah cuba untuk mengorak langkah. Ketika itu pantang benar dia
bertemu dengan microphone pasti dia hendak ‘melalak’. Rambutnya sengaja
dibiarkan panjang mengurai kerana dia teringin benar hendak menjadi seperti
penyanyi kegemarannya Noor Kumalasari. Dari gaya rambut hinggalah kefesyen
baju, semuanya ditiru dari penyanyi itu. Bezanya mata Kiah superstar agak sepet
tidak segalak dan secantik Noor Kumalasari. Tubuhnya juga dijaga agar sentiasa
selangsing Noor Kumalasari. Cara dia berjalan juga tidak ubah seperti penyanyi
itu.
Pendek kata
kalau ada kenduri kahwin dikampungnya atau kawasan sekitar, Kiah superstar
tidak akan ketinggalan untuk menyumbangkan suaranya. Malah tidak keterlaluan jika
dikatakan jika tidak kedengaran suara Kiah superstar majlis kahwin kurang meriah.
Namun sudah nasib badan. Bakat yang
ada ditubuhnya tidak kemana. Sebaik saja dia ditunangkan dengan Deraman
aktiviti seninya mula berkubur. Ya.... Deraman memang kaki cemburu. Biar pun
Kiah tidaklah secantik mana pun, namun dia tetap cemburu. Lantas kerana itu,
Deraman melarang Kiah ‘melalak’ dimajlis kerja kahwin.
Dek kerana merasa tidak puashati,
Kiah menjengah lagi kearah luar. Setelah memastikan yang keadaan seperti
sediakala Kiah berpusing untuk masuk kedalam. Kakinya tiba – tiba terhenti.
Ditelapak kakinya dirasakan ada benda melekit.
Kiah tunduk. Kaki kanannya diangkat
sedikit dan ketika itulah dia terpandangkan akan kesan tanah berlumpur melekat
disitu. Begitu juga disimen. Lumpur apa pulak ni? Terdetik pertanyaan itu
didalam hatinya.
Dari mana datangnya lumpur ni?
Persoalan itu menjengah benaknya pula. Lantas Kiah memandang kearah luar. Cuba
mencari dari mana datangnya lumpur berwarna coklat bercampur kelabu. Seketika
kemudian dia mendongakkan kepalanya memandang langit.
Mustahil! Dengan tidak semena – mena
Kiah membentak didalam hati. Hendak kata ditepi rumahnya berlumpur, hujan tidak
pula turun sejak kebelakangan ini. Kiah menumpahkan pandangannya kearah kesan
lumpur disimen.
Sah! Kesan lumpur itu kelihatan
bertompok – tompok hingga kedalam dapur. Ianya bersambung ditangga yang
memisahkan ruang dapur dan ruang tengah. Kiah bergerak perlahan – lahan
menyusur kesan lumpur itu. Hatinya mula diserang dengan rasa kurang enak.
Dadanya juga bergetar seolah – olah ada sesuatu menendang keras dari dalam.
Kesan lumpur yang masih basah itu
membawanya kepintu kamar. Kiah mendongak dan memerhatikan kearah dalam. Ada
sesuatu diatas katil yang menarik perhatiannya dikala itu. Kiah mengorakkan
lagi langkahnya. Kali ini lebih perlahan dan lebih berhati – hati. Diwaktu yang
sama perasaannya berkocak kuat.
Matanya terus merenung sesuatu yang
berselindung disebalik selimut diatas katil. Dari keadaan bentuk yang
dilihatnya ketika itu dia merasakan ada seseorang sedang berselubung. Selimut
warna biru berbunga merah kelihatan bergerak –gerak. Hati Kiah dijamah rasa
gentar. Siapa?
Kiah beralih pula pada kesan lumpur
diatas papan lantai dan ianya berakhir ditepi katil. Macam.... tapak kaki, baru
dia sedar apa yang sedang dia lihat ketika itu.
Kiah tergamam seketika sebaik saja
dia terdengar ada suara menyusul. Perlahan dan tersekat – sekat. Kini matanya
tidak lepas dari memandang kearah sesusuk tubuh yang sedang bergulung disebalik
gebar tebal.
“ Abang?” bibirnya terbuka
menyapa.
Sapaannya tidak disambut.
Sebaliknya suara orang menderam kedengaran kuat. Serentak dengan itu getaran
disebalik selimut itu kelihatan makin kuat.
“ Abang?” Kiah memberanikan
dirinya bertanya lagi.
Kiah teragak – agak lagi. Apa benar
memang suaminya yang berada disebalik gebar itu? Tapi serasanya mustahil kerana
suaminya pagi tadi sudah bertolak keluar kerana ada kerja katanya. Itulah yang
Deraman beritahunya sewaktu keluar dari pintu dapur selepas bersarapan.
“ Abang,” dan serentak dengan
itu Kiah selimut direntap. Deraman yang sedang mengerekot menoleh. Matanya
terbeliak besar. Serentak dengan itu Deraman menjerit hingga kepuncak suaranya.
“ Tolong! Hantu!!!!”
Kiah cemas sambil terlopong.