Home Novel Seram/Misteri Nikmat Yang Hilang
Nikmat Yang Hilang
Ramzie AA Rosli
7/9/2017 13:13:23
7,371
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
Bab 1


Di dalam lena, tiba-tiba ada cahaya yang sedang menyuluh ke arah mataku. Aku membuka mata perlahan-lahan. Mataku mula berpinar apabila cahaya itu terus ke retina mataku. Aku menutup kembali mata.


Aku bangun dari pembaringan dan membuka mataku sekali lagi. Betapa terkejutnya aku, hanya tuhan yang tahu. Aku tidak lagi berada di atas katil empukku, tempat terakhir aku berada sebelum aku menggelapkan pandangan.


Rasa bingung dan pelik? Sudah semestinya aku rasakan. Aku tidur dalam debu-debu kotor. Aku melihat sekeliling, tiada apa-apa selain sisa-sisa kemusnahan. Tempat itu kelihatan seperti bekas medan peperangan yang telah lama berlangsung dan ditinggalkan. Sunyi, sepi, usang dan seram. Tiada sebarang bunyi yang kedengaran. Serangga, binatang, manusia malah angin seperti tidak wujud di tempat ini. 


Aku memulakan langkah, setiap langkahku pasti bergema di setiap sudut. "Hoiii, ada orang tak kat sini?!" Aku mula risau. Tanpaku sedar, kakiku terpijak sesuatu yang agak pelik. Aku hampir terjatuh tapi sempat menstabilkan diri. Secara spontan aku terlihat kebawah. 


"Ya Allah!" Secara pantas lidahku menyebut nama Tuhan yang Esa. Terketar-ketar kakiku melangkah ke belakang, cuba menjauhkan diri dari tengkorak yang kelihatan semakin mereput. 


Aku perhatikan sekeliling. Baru aku sedar bahawa aku berada di 'sarang' tengkorak. Aku sangat yakin yang semua tu adalah tulang tengkorak manusia. 


"Siapa mereka ni?"

"Adakah mereka juga sesat sama seperti ku?"

"Apa punca mereka semua mati?"

"Adakah aku akan senasib dengan mereka?"

1001 persoalan mula berlegar-legar di minda. Aku terus menggigil sehingga aku rebah ke tanah. 


Secara tiba-tiba, seorang lelaki muncul dari belakang sebuah bangunan yang separuh musnah. Dia berjalan dan berhenti di hujung jalan kira-kira 200m dari tempat aku berada. Kemudian dia menoleh perlahan-lahan ke arahku.


Disebabkan jarak kami agak jauh, aku tidak dapat melihat rupanya dengan jelas. Dia merenung ke arahku dalam beberapa minit. Angin yang bertiup secara tiba-tiba sejak kemunculan lelaki misteri itu masih belum berhenti seperti mengalukan kedatangan lelaki tersebut.


Lelaki itu memulakan langkah hendak pergi dari situ bersama angin. Tanpa menghiraukan perasaan takut yang sedang menghantui aku, aku bangkit dan terus mengejar lelaki itu. 


"Walau siapapun dia, aku mesti dapatkan dia. Hanya dia manusia yang ada di sini." Aku bermonolog.


Sebaik sahaja aku sampai di tempat lelaki itu berdiri sebentar tadi, dia tidak lagi kelihatan. Dia hilang di sebalik debu-debu yang dibawa angin.


Disaat aku sedang bingung dengan misteri ini, tiba-tiba tanganku dipegang seperti meminta dipimpin. 

Jantungku terus berdegup kencang dan ketakutan mula menyelubungi diri.


Siapa yang memegang tanganku? Lelaki tadi atau... 

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ramzie AA Rosli