Home Novel Komedi/Romantik Komedi Bukan Sebuah Cinta
Bukan Sebuah Cinta
Syamnuriezmil
17/11/2024 04:23:09
1,788
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 3

BERMULALAH...

Hari-hari yang aku kena berkampung kat hospital. Dulu, berbulan aku duduk kat hospital ni sampai aku pun tak macam orang. Dahlah baru masuk kerja, baru lepas melahirkan... Mujurlah aku ada sistem sokongan yang kuat.

“Iris...”

Firash muncul kat bilik menunggu.

“Roti...”

Dengan roti.

“Ah, you buat I cuak. Ingatkan apalah tadi.”

Firash tersengih dan duduk kat sebelah aku. Hari tu, dia muncul dan beritahu aku keputusan echocardiogram dan MRI tempoh hari.

“Keputusan MRI yang dilakukan tempoh hari, seperti yang I dah agak... Injap Ivan bocor dan sempit. Itu yang menyebabkan dia jadi sesak nafas.”

“Huh...”

“Jadi, I cadangkan untuk lakukan TPVR. TPVR tu... Sejenis prosedur di mana kateter akan dimasukkan melalui vena besar. Kita akan pasang injap tiruan untuk gantikan injap yang rosak dan masukkan stent untuk buka injap yang sempit dan tutup yang mana bocor. Melalui echo dan MRI... Saiz injap yang diperlukan Ivan lebih kurang 20mm. Kalau you...”

“You tak perlu tanya, Ash... You kan papa dia. You dah ada dengan dia sejak dia dalam perut I lagi. You tahu apa yang terbaik untuk Ivan. Do it, Ash...”

Seawal Ivan berusia sebulan... Dia dah kena lakukan pembedahan. Cyanosis dia agak teruk dan dia memerlukan pembedahan sementara untuk meningkatkan aliran darah ke paru-paru. Dan... Pada usia dia enam bulan... Ivan berdepan dengan pembedahan pembetulan. Pembedahan tu mengambil masa hampir enam jam. Yang dalam bilik pembedahan tu Ivan... Jantung aku kat luar yang rasa macam tersiat-siat. 

Setahun...

Aku memang macam orang tak betul.

Kadang-kadang, aku rasa menyesal sebab tak dengar cakap Ihan. Tapi, aku tak boleh mengalah. Sebab Ivan... Tak pernah mengalah. Dia seorang anak yang sangat kuat. Selepas setahun menjalani pembedahan besar... Ivan menunjukkan pertumbuhan luar biasa. Dari hanya 5 kilo... Dah jadi 11 kilo. Pipi semakin labuh, badan semakin berisi... Dia dah mula tersenyum dan ketawa. Dia bertahan untuk hidup, jadi aku tak boleh lemah. 

Daripada Ivan...

Aku belajar jadi kuat dan sabar.

Mujur ada Firash.

Selain ayah dan Leona...

Firash yang paling banyak menolong aku. 

Dia ada sejak A...

Dan aku berharap dia ada sampai Z.

“Dan kopi...”

“Ah, ini yang I perlukan. Thanks, Ash...”

“Dua malam dah you kat sini. You kena rehat juga, Ris. Nanti you tumbang...”

“Eloklah. Boleh check-in sebelah katil Ivan. Tak payah duduk kat kerusi keras ni lagi.”

“Eh-eh... Nak sangat ke?”

Aku tergelak.

“Baliklah. I ada...”

“You yang kena balik sebab you kena cukup rehat untuk lakukan prosedur tu. I tak apa...”

“It’s a simple procedure, Iris. Tak perlu risau.”

“I bukan mama la kalau I tak risau. Walaupun dia luka sikit dan jauh dari perut pun I jadi tak tentu hala... Ini kan pula jantung dia. I tak pernah berhenti risau selagi I jadi mama, Ash...”

“Okey... Okey. I tak boleh nak argue dengan you. Do whatever you want, Ris... Tapi, I nak beritahu you... Injap dah ada. Kalau tak ada aral... Esok Ivan akan dijadualkan untuk pembedahan. Insya-Allah... Pukul 10 pagi. Jadi Ivan...”

“Kena start puasa malam ni...”

“Ya...”

“Alhamdulillah... Akhirnya! I suffer betul tengok dia bernafas guna oksigen tu. I tahu dia tak selesa tapi... Nak tak nak dia kena pakai juga. Cepat juga dapat injap tu...”

“Kebetulan ada saiz untuk Ivan. Saiz kecil... Susah nak dapat tapi ada rezeki dia. So, baliklah malam ni, ya? Tidur... Esok adalah hari yang panjang dan Ivan perlukan you. Lagipun, you nampak busuk!”

“Heiii...”

Firash ketawa.

Aku pun tergelak.

Legalah aku bila prosedur tu boleh disegerakan. Sebolehnya aku nak Ivan keluar dari situ... Duduk kat wad pun tak apa. Boleh peluk cium. Kat dalam PICU tu, leceh. Pegang pun tak boleh sebab takut Ivan jatuh sakit pula. Dia tak boleh demam lagilah nak menjelang prosedur.

“Huh... Penat.”

“Kesian kau kan... Tak guna betul partner kau ni.”

“Hesy... Aku tak maksudkan kau. Aku maksudkan The Crepex tu. Memang merepek betul. Aku tak pernah jumpa klien yang sibuk nak jumpa creative director... Daripada CEO. Aku kata, dia boleh aje beritahu aku... Nanti aku cakaplah dengan kau. Dia tak nak. Dia insist nak cakap dengan creative director.”

“Pula...”

“Mungkin sebab Ratna sebut nama kau kut. Jadi, nama aku tak laku...”

“Bila next miting?”

“Esok.”

“Esok? Tak boleh esok... Ivan dah boleh dibedah esok. Injap dah ada. Jadi, aku tak boleh nak jumpa dia orang esok. Mungkin lusa?”

“Nanti aku cuba cakap dengan mamat tu.”

“Kau jangan cakap pula yang Ivan nak kena bedah, klien tak perlu tahu masalah kita. Nanti dia orang anggap kita bagi alasan. Cakap aje, aku ada appoinment lain. Biar nampak Heart Adworks sibuk.”

“Yalah. Aku tahulah... Tapi, Ivan nak kena bedah esok? Alhamdulillah. Kalau tak nak kena tunggu seminggu dua. Apa dah jadi? Ash call menteri mana pula untuk segerakan?”

“Hesy... Kebetulan la.”

“Macam kebetulan dia tinggal kat depan rumah kau? Macam kebetulan dia ada dalam hidup kau? Macam kebetulan... Dia selalu ada untuk Ivan? Tak ada istilah kebetulan dalam pertemuan tau. Bila... Kau nak gerakkan hati kau, Iris? Sebab dia dah gerakkan hati dia.”

“Mana tahu yang dia dah gerakkan hati dia...”

“Tak ada orang yang akan buat semua kerja ni sebab tanggungjawab, Iris... Kau pun tahu. Ke... Kau buat-buat tak tahu? Dia... Nampak sukakan kau.”

Ah, Leona...

Lagi-lagi benda ni dia nak cakap...

Tak habis-habis nak kenenkan aku dengan Firash. Aku dan Firash... Hanya kawan. Tak lebih daripada kawan. Aku tak sempat pun nak fikir soal cinta dan perasaan sekarang... Selagi Ivan masih kena ke hospital dan tak lepas daripada bahaya... Aku tak boleh ada keutamaan yang lain.

Ivan dan Heart Adworks.

Itu aje sekarang ni.

“Kau ajelah dengan dia.”

“Hesy...”

“Hesy apa hesy...”

“Hati dia tak gerak ke hati aku.”

“Jadi, kau la gerak ke hati dia.”

“Kalaulah hati aku semudah buah catur...”

“Dah tu, hati aku mudah ke?”

“Kau berdua ada sebab... Aku nak ada sebab apa? Lepas operation ni... Fikir-fikirkanlah. Ivan dah lapan tahun... Takkanlah kau tak nampak effort Ash? Dia selalu jadikan Ivan keutamaan dia tau. Ash tu lebih baik daripada ayah Ivan tu tau!”

“Kau ingat, aku tak nak terima Ash sebab aku masih cintakan ex aku ke? Hilang akal ke kau ni? Lebih baik Ash daripada dia tau! Sekurang-kurangnya, Ash... Berusaha untuk selamatkan Ivan. Dia? Nak suruh gugurkan adalah! Masalahnya, Na...”

“Oh... Aku faham. Conflict of interest! Ah, lambat lagilah maknanya... Yalah, kalau nak tukar doktor pun... Ash aje doktor jantung untuk kanak-kanak. Kena tunggu lagi empat tahun la baru boleh tukar kepada Dr. Asytar. Tapi, boleh ajekan kalau tak nak tukar... Dia tahu history.”

Ya Allah...

Aku ingatkan alasan conflict of interest tu boleh diamkan dia. Dia timbulkan macam-macam teori pula.

“Eh... Eh... Tak payah fikir boleh. Tolong call  klien tu lagi baik. Aku nak masuk jumpa anak bertuah tu. Aku nak kena ingatkan dia supaya dia puasa malam ni...”

“Kau ke mana malam ni? Tak tunggu sini?”

“Nak balik...”

“Ha... Eloklah. Mandi dan rehat.”

“Mandi? Aku nampak busuk ke?”

“Tahu pun kau. Aku ingat kau tak tahu!”

Ah... Busuk sangat ke?

Aku mandi kut kat hospital!


Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Syamnuriezmil