Home Novel Komedi/Romantik Komedi Saya Iris! Dia Irfan! -Edited
Saya Iris! Dia Irfan! -Edited
Dzliyana
20/6/2019 12:30:51
46,557
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 9

Sofia mengeluh, dia tidak menyangka begitu banyak prosedur dan perkara yang perlu dilakukannya sebelum berkahwin. Memandangkan dia baru sahaja selesai ujian akhir semester maka dia agak terasa letih kerana terpaksa menguruskan hal perkahwinan mereka pula.

Dia asyik memerhatikan jam di tangannya, sudah hampir pukul 6 petang, namun Irfan masih belum muncul. Sepatutnya mereka sudah berjanji untuk berjumpa di butik pengantin itu untuk fitting pakaian pengantin sebelum majlis perkahwinan mereka yang akan diadakan pada hujung minggu ini.

Tidak lama kemudian Irfan tiba, dari pakaiannya Sofia dapat mengangak Irfan baru pulang dari pejabatnya. Selepas Irfan balik ke Malaysia, dia telah mengambil keputusan untuk membantu ayahnya menguruskan syarikat mereka. Namun kadangkala dia juga akan membantu menggantikan tempat rakannya mengajar sekiranya kawannya itu mempunyai kelas.

Dari jauh lagi Irfan sudah terlihat kelibat Sofia didalam butik itu. Dia pasti Sofia sedang marah padanya gara-gara dia terlewat. Oleh kerana masih banyak kerja yang belum disiapkannya, dia terpaksa menyiapkan kerja-kerja tersebut sebelum pergi berjumpa dengan tunangnya itu.

“Awak lambat sejam tahu tak? penat saya tunggu awak! Banyak lagi kerja saya nak kena buat.''

Sofia memandang wajah tunangnya itu. Geram benar dirinya pabila terpaksa menunggu tunangnya itu hampir sejam.

''Eh, kenapa? awak rindu saya ke?''

Irfan mengusik Sofia yang kelihatan mula menarik muka masam.

''Tolong sikit ye, tak kuasa saya nak rindu awak..buat apa nak rindu awak?''

“Eleh..saya tahu awak rindu nak jumpa saya. Mengaku jelah awak rindu sebab dah seminggu tak jumpa saya.”

“Awak ni memang muka perasan kan? Tak ada sebab saya nak rindu awak.”

''Alah, lepas kahwin nanti mesti awak rindu punyalah kalau tak jumpa saya.''

''Ish..cepatlah ukur baju tu, malas saya nak layan awak, banyak lagi kerja saya nak buat.'

''Tengok, sekarang siapa yang excited nak kahwin dengan saya? Buat persiapan ke sana ke sini.Dulu bukan main lagi cari gaduh dengan saya.''

''Encik Irfan, kalau saya kena kahwin dengan orang lain, agaknya saya rasa saya lagi excited kot!''

''Hai cik sofia, awak kira beruntung tau dapat bakal suami handsome macam saya. Ramai tau peminat peminat saya''

''Haa...saya tahu sangat, peminat awak memang ramai, itu ha, semua yang dekat Hospital Sakit Jiwa Tanjung Rambutan tu!''

''Eh, macam mana awak tahu?''

''Tahu apa?''

''Yela, macam mana awak tahu diorang semua gilakan saya sampai masuk hospital bahagia tu?''

''Ish, malaslah saya nak layan awak!''

Sofia menarik muka masam sambil berpaling ke tempat lain. Irfan tergelak melihat gelagat Sofia. Entah mengapa semakin hari dia merasakan begitu tertarik dengan gadis itu. Apabila Irfan melangkah ke bilik fitting baju, Sofia pula tersenyum sendirian.

Sebenarnya dia benar-benar menyangka Irfan berdegil untuk memilih tema tradisional untuk majlis resepsi mereka, namun apabila dia tiba ke butik pengantin itu sebentar tadi, dia terkejut apabila mendengar Irfan hanya bertujuan mengusiknya. Malah Irfan sendiri yang telah membantu memilih perhiasan perhiasan mengikut tema taman yang dipilih oleh Sofia sebelum ini tanpa pengetahuannya.

Usai urusan mereka di butik itu, kedua mereka melangkah keluar dari butik itu. Irfan memandang Sofia. Dilihatnya gadis itu seakan-akan mencari sesuatu.

''Awak balik naik apa ni?''

''Teksi kot..awak ada nampak perhentian teksi tak dekat area ni?”

“Tak nampak pula saya..Kenapa awak tak bawa kereta sendiri?”

“Kereta saya hantar servis…datang tadi pun abang Adam yang hantar.''

''Kalau macam tu, jom ikut saya.''

''Ikut awak? Pergi mana?''

''Ummi bising suruh saya bawa awak sendiri untuk pilih barang hantaran awak, dia kata kalau saya yang pilih sendiri, mesti awak tak nak guna barang-barang tu sebab old fashion katanya.''

Sofia tergelak kecil mendengar jawapan Irfan itu.

''Eh..gelak pula dia?''

''Hahaha..bukanlah..saya cuma fikir yang ummi awak ni memang faham betul perangai awak kan?''

''Awak dengan ummi memang ngam sangat kalau berkomplot kenakan saya..Dahla, cepat naik kereta. Nanti jalan sesak pula''

Sofia hanya menurut arahan tunangnya itu. Ketika suasana agak sunyi, Sofia tiba-tiba bersuara.

“Awak, thanks ye..''

Irfan mengerutkan keningnya.

''For what? Sebab nak belikan awak hantaran? Itu bukan memang adat ke?''

''Bukanlah..thanks sebab awak tukar wedding theme kita tu..sebenarnya saya dari kecil lagi selalu berangan-angan nak kahwin guna tema garden ni..So kira awak dah tunaikan impian saya lah..''

''Haha..pasal tu pun awak nak berterima kasih? Saya bukan apa, kasihan kat awak, nanti kalau saya tak tukar, mesti awak masam muka hari kenduri nanti, awak kalau masam muka, sebijik macam gorila tahu tak? Silap-silap tetamu pun confuse, diorang pergi kenduri kahwin ke, pergi melawat zoo!''

Melihat Irfan ketawa berdekah-dekah, Sofia terus berpaling memandang keluar tingkap.

''Malas saya nak layan awak ni! asyik cari gaduh dengan saya je!''

Seminggu kemudian Sofia masih sibuk menguruskan persiapan kenduri. Masih banyak lagi perkara yang perlu dia uruskan. Kadang kala rakan-rakan baiknya turut membantunya memandangkan masa agak suntuk. Sofia mengeluh tatkala melihat jam ditangannya itu. Sudah hampir pukul 3 petang, batang hidung kedua rakannya itu masih belum kelihatan.

''Haisshhh...memang janji Melayu betullah minah dua orang ni! Janji pukul 2, ni dah nak dekat pukul 3 tak muncul-muncul lagi!''

Sofia mengomel sendirian. Sudah sejam dia menunggu rakan-rakannya. Cadangnya dia mahu membeli pakaian pengapit pengantin untuk kedua rakan karibnya itu. Memandangkan masa untuk menyiapkan persiapan untuk majlisnya agak suntuk, dia mengambil keputusan untuk mencari pakaian yang telah siap dijahit.

Tiba-tiba tekaknya terasa haus. Lantas dia melangkah menuju ke arah kafe yang berdekatan. Tatkala mahu memesan minumannya, tiba-tiba lelaki yang beratur dihadapannya berpusing dan terus terlanggar dirinya. Mujur Sofia sempat mengelak, namun nasibnya agak malang kerana begnya pula yang terkena tumpahan kopi itu. Sofia mengeluh. Habis beg tangannya dibasahi oleh kopi yang baru dibeli di kafe tersebut.

'' Ya Allah! Sorry-sorry...saya tak sengaja cik!''

''Eh..tak apa...tak apa.''

''Maafkan saya cik..saya tak hati-hati. Habis beg cik kena kopi saya..''

''Tak apalah...dah nak tumpah saya rasa boleh cuci dengan tisu basah...''

Lantas dikeluarkan tisu basah miliknya lalu dilapkan kesan tumpahan kopi diatas beg tersebut. Namun nasibnya agak malang kerana kopi yang tumpah itu meninggalkan kesan yang agak sukar ditanggalkan pada permukaan begnya.

''Macam tak hilang je...maaf cik...saya betul-betul tak sengaja. Cik tunggu sini kejap ye. Nanti saya datang balik.''

Tanpa sempat Sofia menghalang, jejaka itu lantas berlari keluar dari cafe tersebut. Dalam keadaan masih keliru, Sofia akhirnya mengambil keputusan untuk duduk disebuah meja yang disediakan. Tangannya masih cuba mengelap begnya itu dengan harapan kesan tumpahan kopi itu dapat dihilangkan.

Hampir 10 minit dia mencuba. Namun ternyata usahanya sia-sia. Sofia mengeluh sekali lagi. Beg itu baru sahaja dibelinya dan baru dipakai beberapa kali. Namun akibat kesan tumpahan kopi itu dia mungkin tidak akan menggunakan beg itu lagi.

''Haisshh...memang malang betul nasib kau harini Fia!''

Sofia mengomel sendirian. Ikutkan hatinya, pasti dia sudah memarahi lelaki itu. Namun bila difikirkan yang lelaki itu juga tidak bersalah, dia terus membatalkan hasratnya itu. Tiba-tiba bahunya terasa dicuit oleh seseorang. Lantas dia mengalihkan pandangannya.

''Maaf buat cik tunggu lama...ini saya ganti balik beg cik...saya minta maaf sangat-sangat ye?''

Sofia terkejut tatkala lelaki itu menyuakan beg kertas yang mengandungi sesuatu kepadanya.

''Eh..tak payahlah..awak bukan sengaja pun tadi...tak perlulah awak ganti beg saya..''

Sofia menolak pemberian lelaki itu. Baginya itu juga salah dirinya. Jika dia tidak beratur terlalu hampir dengan lelaki itu pasti perkara itu takkan terjadi.

''Jangan macam tu cik..saya dah rosakkan beg cik..takkan saya nak pergi macam tu je...cik tolonglah ambil..selagi cik tak ambil, saya rasa bersalah dekat cik.''

Sofia mulai berasa serba salah. Melihat kesungguhan jejaka itu, akhirnya dia mengambil beg kertas itu.

''Bukalah..kalau jenama tak sama, saya minta maaf...tak sempat nak carikan yang sama macam beg cik yang saya dah rosakkan itu.''

Perlahan-lahan Sofia membuka beg kertas itu. Alangkah terperanjatnya dirinya tatkala melihat isi kandungan beg itu. Lantas dia menutup kembali beg itu lalu menyuakan semula kepada lelaki itu.

''Saya rasa saya tak boleh terima beg ni..''

''Ha?? kenapa? Sebab lain jenama ke? Kalau awak nak jenama yang sama saya boleh carikan?''

''Eh!Tak!..tak payah susah-susah..saya bukan tak nak terima, tapi beg ni mahal sangat..saya tak boleh terima encik..beg saya ni pun jenama biasa je..takkan saya nak terima beg yang jauh lagi mahal..''

Sofia masih tegas dengan pendiriannya. Mana mungkin dia menerima beg semahal itu dari lelaki yang tidak dikenalinya. Lelaki itu pula hanya tersenyum pabila mendengar kata-kata Sofia.

''Awak...saya dah rosakkan beg awak, so saya patut ganti yang baru. Mahal atau tak..itu bukan perkara penting sekarang ni..yang penting saya dah ganti beg awak yang saya dah rosakkan tu.''

''Tapi encik...''

''Alamak! Dah pukul 3 lebih! Maaf cik..saya kena balik dulu! Saya ada hal...saya pergi dulu ye..''

Lelaki itu lantas meninggalkan Sofia yang masih dalam keadaan terpinga-pinga. Tanpa sempat Sofia berkata-kata, lelaki itu telah bergegas meninggalkannya. Direnungnya beg pemberian lelaki itu.

''Ish...agaknya nasib aku tak adalah malang sangat harini....tapi lelaki tadi tu siapalah agaknya ye? Nama pun aku tak sempat tanya...''

Tatkala dia agak leka membelek beg itu,Tiba-tiba kedua rakan karibnya menghampiri dirinya.

''Ya Allah Fia...Sorry kitaorang lewat...kunci kereta abang aku pegang. Kami lewat sebab tunggu dia balik dari kelas.''

Sofia memandang wajah rakannya itu. Ternyata di wajah rakannya itu terpapar riak bersalah. Misya yang berada disebelah Hana turut mengangguk mengiakan kebenaran kata-kata Hana.

''Hmmm...tak apalah..nak buat macam mana...dah nasib aku...duduklah minum dulu...''

Hana dan Misya lantas duduk dikerusi bertentangan dengan dirinya.

''Kau orang tak nak minum dulu ke?''

''Taknaklah..kami dah minum tadi sementara tunggu abang si Hana ni balik dari kelas...Eh, apa ni? Cantiknya...barang hantaran ek?''

''Haah la Fia..cantiknya...encik Irfan belikan untuk buat hantaran kau ke? Untunglah dapat bakal suami yang concern...''

''Ish...apa yang kau berdua merepek ni...bukan dia bagi lah...memang bertuahlah aku kalau dia bagi belikan beg mahal macam ni..''

''Habis tu? Kau beli sendiri ke? Banyaknye duit kau Fia? Setahu aku beg ni mahalkan?''

Sofia lantas menggelengkan kepalanya.

''Tak adalah...tadi ada seorang lelaki tu..dia terlanggar aku..habis kopi dia tumpah atas beg aku ni...so dia gantilah beg baru...''

Kedua rakannya itu hampir terbeliak biji mata mereka tatkala mendengar jawapan Sofia.

''Ha? Seriously? Tipulah... Takkan ada lelaki yang sanggup belikan beg mahal-mahal semata-mata nak gantikan beg buruk kau ni?''

''Ewah! Suka hati kau je...beg ni aku baru beli tau! Entahlah..aku pun tak faham...lepas bagi beg ni kat aku, dia terus pergi macam tu je...''

''Pergi macam tu je? Biar betul? dia beritahu tak nama dia siapa?''

Sofia menggelengkan kepalanya tanda tidak tahu nama lelaki itu. Dia sendiri tertanya-tanya siapakah nama lelaki itu.

''Nama pun dia tak beritahu? Muda ke tua?''

''Emmm...taklah muda sangat...tapi yg pasti tak setua bakal laki aku tu lah...''

''Ish..yeke...ingatkan orang tua...handsome tak Fia?''

''Bolehlah...handsome juga lah...kenapa kau orang tanya macam-macam ni?''

''Ish kau ni! Lelaki yang bagi kau beg ni confirm anak orang kaya! Kalaulah dia bagi kau name card ke, no telefon dia ke? Tak ke untung tu!''

''Ish..kau orang ni gila ke apa? Aku dah nak kahwin minggu depan tau! Mana boleh nak flirt dengan lelaki lain...''

''Ish...bukan untuk kau lah! Untuk kami berdualah! Hehehe...''

''Hah! Mulalah tu nak melalut..dah...jom! Aku ada banyak kerja nak dibuat lepas ni... Nanti tak sempat pula...''

''Alah..minta la tunang tersayang tolong buatkan..''

''Siapa? Mamat tua tu? Aku lebih rela buat persiapan kahwin ni seorang dari buat dengan dia! Asyik nak bergaduh je!''

''Hahaha... kau benci macam mana pun, itulah lelaki yang kau kena hidup bersama sampai mati tahu tak...ok..jomlah kita cari baju cepat. Nanti lewat pula balik...''

Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.