“Abang
Haffiy, hari ni kita nak belajar apa pulak?” tanya Jef. Selepas sarapan pagi,
Puan Julia terus pergi ke pasar. Dato’ Johari pula sudah berangkat ke Aurora.
Banyak urusan yang perlu diselesaikan sejak dia kemalangan.
Semakin hari kesihatan Johari dan
Jef semakin baik. Walaupun ada beberapa anggota badan Jef yang masih lagi
berbalut, dia dapat merasakan badannya semakin menunjukkan perkembangan positif.
“Hari ni kita belajar pasal wave nak tak?” soal Haffiy kembali.
“Apa-apa je. Jef tak kisah.”
Jay yang baru sahaja mandi kelihatan
turun tangga untuk ke dapur. Terasa perutnya sangat lapar. Malam tadi dia langsung
tidak dapat tidur mengenangkan yang kediamannya kini ada tetamu tidak diundang.
Eh, bukan tidak diundang. Diundang sebenarnya tetapi diundang oleh emak dan
abahnya.
Memandangkan Haffiy berada di bilik
tetamu yang betul-betul terletak elok bersebelahan dengan bilik tidurnya, dia
langsung tidak senang duduk mahupun baring. Kejap-kejap, tergolek ke situ.
Kejap-kejap, tergolek ke sini sampai jatuh katil. Pendingin hawa yang suhunya
disetkan 16 darjah celcius itu pun rasa tak sejuk lagi. Pintu biliknya pula
jangan kata. Memang kunci habis! Cicak nak masuk pun tak boleh. Bagi tujuan
keselamatan terjamin, mangga sebesar-besar alam digunakan untuk mengelakkan
penceroboh lebih-lebih lagi Haffiy masuk ke dalam. Kalau boleh rasa mahu paku
papan juga pada pintu itu macam dalam cerita Hana Kimi.
Selepas Subuh tadi, dia terus
terbongkang di atas katil. Tahu-tahu, pukul sepuluh pagi baru dia celik mata.
Kalau hari-hari macam ni, memang sah nanti dia akan dapat mata panda. Mana
tidaknya, perangai macam kelawar. Batwoman!
Kaki melangkah ke dapur. Peti sejuk
dibuka. Jem strawberi diambil. Kini, matanya mencari-cari kelibat roti pula.
“Manalah roti ni?”
Seluruh pintu kabinet di dapur rumahnya
itu diselongkar. Namun, bayang-bayang sampul roti Gardenia yang berbelang
merah, putih dan biru itu langsung tidak kelihatan walaupun sekilas.
“Wahai roti Gardenia, menjelmalah
kau! Aku lapar ni.” Jay mengomel lagi bersendirian di situ. Dah macam cerita
Laksamana Do Re Mi pulak.
Zam
zam ala kazam!
Tapi, itu jampi nak bagi karpet
ajaib terbang. Bukannya nak suruh roti Gardenia tu muncul. Ada tak apa-apa
mantera yang boleh tunjukkan makanan kat mana?
“Harry Potter...kalaulah kau
ada...adinda di sini memerlukan pertolongan kau.”
“Ehem...”
“Oh, Harry Potter! Di manakah
kekanda? Cepatlah muncul sebab adinda kat sini sudah lapar banget.”
Jay masih lagi dengan angan-angan
Harry Potter tanpa disedari yang Haffiy berada di belakangnya.
Haffiy mahu gelak sakan melihat
gelagat Jay. Suka berangan jugak perempuan ni rupanya. Jay yang masih lagi
terloncat-loncat untuk melihat kabinet atas semakin mencuit hati Haffiy.
“Alahai, Harry Potter ni tak
keluar-keluar jugak. Roti tak ada. Apa pun tak ada. Aku nak makan apa ni?”
“Itulah...tidur lagi lepas Subuh.
Kan rezeki dah tak masuk,” sampuk Haffiy.
Jay yang sedang memegang sebiji
telur terkejut.
“Oh
mak kau terabur!”
Alamak,
aku termelatah depan mamat ni! Malu gila. Haffiy ni pun satu. Suka sangat
muncul entah dari mana.
“Hahaha...trademarkmana awak ambil tu? Mak saya
tak teraburlah. Mak saya elok je ada kat rumah tu.”
“Kau punya pasallah ni. Habis telur
ni dah pecah. Punyalah susah aku nak ambil telur ni kat dalam kabinet. Sekarang
dah pecah.”
Kain dicapai untuk mengelap
sisa-sisa telur yang telah pecah tadi.
Krukk...krukk...krukk...
“Amboi, kuat betul bunyi perut awak,
Jannah,” celah Haffiy yang mengambil air oren di dalam peti sejuk.
Jay memegang perutnya. “Hwa! Nak
makan apa ni?” Tiba-tiba Jay meringis langsung terduduk di atas lantai. Serius
dia sudah tidak ada tenaga. Kaki dihentak-hentak bagaikan anak kecil berumur 10
tahun tak dapat makan ais krim. “Mak, lapar!”
Haffiy
menyeringai memandang Jay. “Hei, dah macam budak kecil awak ni. Ambil jelah
telur tu buat sarapan. Setakat buat alas perut jadilah.”
Jay memasamkan muka. Sebab kaulah
telur tadi pecah! Kalau tak memang aku dah senang-lenang makan. Mahu tak mahu,
dia terpaksa mengambil telur di dalam kabinet yang agak tinggi itu. Mahu tak
mahu, dia terpaksa meloncat untuk mencapai beberapa biji telur.
Beberapa kali cubaan melompat,
sebiji telur pun tidak tergapai. Alahai, Mr. Egg, please be nice to me.
Jay mengeluh. Dia melompat sekali
lagi namun hasilnya tetap sama. No egg
reached. Baru sahaja dia mahu melompat semula, tiba-tiba ada tangan yang
mengambilkan beberapa biji telur dari dalam kabinet itu.
Haffiy.
Jay tercengang. Haffiy betul-betul
berada di belakangnya kini. Air liur ditelan. Kenapa berdegup semacam ni Jay?
Jay lantas mendongak melihat Haffiy memandangkan lelaki itu lebih tinggi
daripadanya.
Lub...dup...lub...dup...
Haffiy menunduk sedikit. Jay yang
sedang melihatnya dipandang.
Mata masing-masing saling bertemu.
Lama.
‘Handsomenya...’
‘Cunnya...’
“Ehem...”
“Abang Haffiy ni, orang suruh ambil
biskut dia pergi ambil air oren pulak.” Jef berlagak tenang walaupun sebenarnya
dia menjadi pemerhati sejak tadi. Takut drama semakin berlarutan, dia berdehem
terus. Sebenarnya, memang dia mengada-ngada menyuruh Abang Haffiy ambilkan air
oren. Saja cover bakal abang ipar.
Hehehe...
Pelik
juga dia. Kenapa Kak Nurul berkasar dengan Abang Haffiy? Padahal, dulu punyalah
dia asyik bercerita pasal lelaki itu. Haffiy itulah. Haffiy inilah. Muka Haffiy
sebiji macam Jaejoong budak JYJlah. Macam-macam cerita kakaknya itu tetapi
sejak kebelakangan ini kalau disebut sahaja nama Haffiy, kakaknya itu mesti
melenting.
Tapi, kalau tengok drama yang baru
berlangsung dekat dapur tadi, mereka macam ada chance nak...hehehe... Nak kahwin tau! Jangan fikir benda lain.
“Ha? Ambil biskut?” Haffiy yang baru
tersedar terus menapak jauh sedikit daripada Jay.
“Yalah,” balas Jef selamba. “Tu yang
kat tangan abang tu air oren, bukan biskut. Dah jom sambung belajar.”
Pelik. Telinga aku ni berfungsi lagi
rasanya. Kalau tak berfungsi, macam mana pulak aku boleh dapat 4 flat masa peperiksaan semester satu
dulu? Mesti telinga aku ni tak boleh dengar lecture
kalau tak boleh guna. Mungkin telinga aku ni dah penuh frekuensi bebelan Jay
kot. Habis ear drum aku.
Baru saja termenung, tiba-tiba dia
terasa satu hentakan kuat di kepalanya. Cecair likat mengalir di kepala. Apa
benda ni?
Jangan risau. Cecair itu bukannya
darah tetapi telur. Jay yang ketuk kepala Haffiy guna telur yang Haffiy ambil
tadi. Bengong sangat Haffiy tu. Kepala yang dah tak betul perlu diperbetulkan.
“Aduh, sakitlah! Kenapa awak hentak
kepala saya ni? Sampai pecah telur tu,” erang Haffiy sambil memegang kepalanya.
Melekit-lekit.
“Saja je.” Jannah selamba.
“Ish, budak pendek ni. Nak saya
ketuk kepala awak guna batang penyapu?” Haffiy berura-ura mahu mengambil
penyapu di sebelah mesin basuh.
“Tak nak...tak nak...tak nak...”
“Ha, tahu takut.” Haffiy menjeling
Jay buat julung kalinya. Mata je jeling tapi dalam hati ada taman.
Berbunga-bunga sampai nak layu dah. Rasa nak tersenyum je. Ah, Haffiy sudah
mereng!
Anda semua pernah layan cerita 3
Idiot? Ingat tak perbualan Rancho bersama Pia?
“Apabila dia berdiri depan awak,
adakah awak rasa seperti angin bertiup? Skaf berterbangan secara slow motion. Adakah bulan kelihatan
lebih besar daripada langit?”
Ya, itulah yang dirasakan Haffiy
sekarang!
“Abang Haffiy! Cepatlah!”
“Kejap, Jef! Abang pergi basuh
kepala kejap!”
***
“Akak, tolong ambilkan air oren
boleh tak?” minta Jef. Ketika itu, kakaknya sedang melayari internet di meja
yang sama dia belajar dengan Haffiy.
Hari itu, dia malas menelaah buku.
Buat tutorial pun dia tak ada mood
sebab semuanya sudah dilangsaikan sebelum pulang ke rumah. Masa lapang yang ada
hanyalah menemani adiknya sambil melayari internet. Apabila bosan, dia beralih
selera dengan menonton filem. Pada Jay, rumah adalah tempat untuk dia honeymoon. Belajar hanya di kolej. Jika
di rumah, tak payah fikir-fikir sangat. Nanti penat. Baik dia berpenat-lelah di
kolej sahaja.
“Akak, kau dengar tak ni?”
Jay tersedar daripada lamunannya.
“Ya, aku dengar. Tunggu sekejap. Aku pergi dapur.” Nasib baiklah adik aku ni
sakit. Kalau tak, jangan haraplah aku nak ambilkan air. Ada kaki, ada tangan, ambil
sendiri.
“Jannah, saya pun nak air oren
jugak!” jerit Haffiy dari depan.
“Huh, malas aku nak ambilkan. Kau
bukannya sakit pun. Mengada-ngada terlebih!”
Segelas air oren di bawa ke meja
belajar. Air dihulurkan kepada Jef. Sesudah itu, dia mengambil tempat duduk dan
melayari internet macam tidak ada apa-apa. Lantak kaulah, Haffiy. Pergi layan
diri ya.
“Jannah, saya pun nak air jugak,”
rengek Haffiy persis budak tadika.
Eww. Geli geleman dengar.
“Ambillah sendiri. Suruh aku buat
apa?” kata Jay selamba. Mata masih menghadap skrin komputer riba.
Haffiy menggesel lengan Jef. Nak
minta tolonglah tu. “Jef, a little help
please...”
“Akak, nak air oren lagi secawan.”
Jay mencebik. Macamlah dia tak tahu
Haffiy yang suruh. Dah nama pun duduk di meja yang sama. Mestilah dia nampak.
“Malaslah. Kau kan ada abang baru. Suruhlah dia ambilkan.”
Haffiy memandang Jef. Penuh
berharap.
“Aduh, akak. Kepala aku sakitlah. Psss...” Jef memegang kepalanya yang
masih lagi berbalut.
“Sakit? Sakit macam mana? Sakit sangat
ke?” Jay terus menuju ke arah Jef. Dipegang lembut kepala adiknya.
“Sakit sangat ni, kak. Aduh!”
“Mana ubat kau? Biar aku ambilkan.”
Tidak keruan nampaknya Jay. Risau!
“Ubat aku kat dapur. Kat dalam peti
sejuk. Nama ubat tu Sunkist.”
“Kejap aku pergi ambil,” Jay
tergesa-gesa untuk pergi ke dapur tetapi baru beberapa langkah diambil, dia
terhenti. Sunkist? Sedap betul nama ubat Jef ni. Macam pernah kudengar tapi di
mana ya?
“Hoi, tu air Sunkist! Bukan ubat
Sunkist! Kurang asam jawa punya adik!” Kepala Jef ditenyeh-tenyeh.
“Aduh! Sakitlah.”
“Tadi nak sangat rasa sakitkan? Bak
sini kepala kau aku tolong sakitkan.”
Haffiy menjadi pemerhati. Alahai,
ada-ada je budak dua orang ni.
“Ala kau ni. Tolonglah. Dah
alang-alang kau belum duduk tu, tolonglah pergi dapur kejap.”
“Yalah.”
Jef memandang Haffiy lalu tersengih,
“Piece of cake.”
Kaki Jay terus melangkah ke dapur.
Air Sunkist dibancuh. Rasa geramnya masih lagi berbuku dalam hati sehinggakan
air yang digodak tertumpah ke lantai sedikit. Ah, biarlah! Nasib baiklah kau ni
adik aku Jef. Kalau adik orang lain, memang aku tak layan. Entah-entah penyapu
yang aku bagi.
Sesudah menggodak bancuhan air, dia
bercadang mahu ke depan semula tetapi...
“Pang!”
“Hoi, kenapa tu, kak? Kau geram kat
aku lagi ke? Kau jangan geram kat aku. Geram kat Abang Haffiy ni. Dia yang nak
air oren sangat!” Jef menjerit dari meja belajarnya. Haffiy hanya ketawa.
“Jef...” Hanya itu yang mampu keluar
daripada kotak suara Jay.
“Eh, kenapa Jannah diam je?” Haffiy
memandang Jef. “Macam ada yang tak kena.”
“Aah. Entah-entah...”
Jef dan Haffiy terus berlari ke
dapur.
“MasyaALLAH!”
Masing-masing terkejut. Air
tertumpah membasahi lantai. Kaca bertaburan di sana sini. Darah merah mengalir
laju. Jay hanya membisu. Kelu.
“Jannah, awak tak apa-apa?” Haffiy
bergerak ke arah Jay yang terduduk sambil memegang kakinya yang berdarah akibat
terpijak kaca. Kaca-kaca yang jelas kelihatan cuba dielakkan.
Tiada apa-apa yang terkeluar
daripada mulut Jay. Haffiy yang mendekatinya dipandang.
“Haffiy...”
“Jannah, saya dukung awak eh.” Jelas
wajah kerisauan Haffiy. Banyak betul darah yang mengalir keluar.
“Haffiy...sakit.”
Jay memeluk tengkuk Haffiy dan
membiarkan dirinya diangkat oleh lelaki itu. Haffiy mengendong gadis itu lalu
membaringkannya di atas sofa. Luka pada kaki Jay dilihat dulu sebelum mengarah
Jef untuk mengambil first aid kit.
Jay hanya diam tidak terkata. Sekejap-sekejap,
bibirnya diketap menahan kesakitan. Ada kala matanya ditutup. Ngeri melihat
kaki sendiri tercucuk kaca yang agak besar.
Tingkah
laku Haffiy dipandang. Dia relaks sahaja apabila mengeluarkan kaca. Padahal,
Jay ketika itu sudah meronta-ronta sakit. Mengalir juga air matanya ketika itu.
Wajah
Haffiy dipandang lagi. Dilihat sahaja lelaki itu membersih dan membalut
kakinya. Haffiy hanya tenang membuat kerjanya di tepi sofa.
“Dah
siap.” Haffiy bersuara akhirnya. Dilihatnya lilitan kain yang membaluti kaki
Jay. Kemas. Tak ada yang terbuka. “Sakit lagi tak?”
Jay menegakkan duduknya. “Sakit
sikit.”
“Jangan banyak gerak sangat tau.
Duduk je sini.” Haffiy mahu beralih tetapi ditahan oleh Jay.
“Awak nak pergi mana?”
“Saya nak pergi tolong Jef kemas
dapur. Saya nak vakum sekali semua ruang and
make sure tak ada serpihan kaca yang tertinggal,” balas Haffiy. Dia baru
sahaja nak gerak ke dapur tetapi ditahan sekali lagi oleh Jay.
“Haffiy.”
“Ya, cik Jannah? Ada apa-apa lagi
yang boleh saya bantu?”
“Terima kasih.”
Haffiy melihat jauh ke dalam mata
Jay. Kaki kirinya melutut langsung tangannya menepuk-nepuk lembut kepala gadis
itu.
“Awak duduk sini je eh. Jangan rindu
kat saya tau.”
Dush!
Satu penumbuk mengena muka Haffiy!