22
Erry Edrian dan Elfira sedang enak menjamu selera di
Oasis. Ini merupakan salah satu tempat kegemaran Elfira apabila berkunjung ke
Mid Valley. Kerana di sini makanannya dan minumannya pelbagai pilihan dan
citarasa.
“Angah ni kenapa? Dari tadi L tengok angah asyik
tersenyum. Angah sakit ke?” Elfira memegang lembut dahi Erry Edrian.
“Bukan angah yang sakit tapi bos L itu yang sakit.”
“L tak faham apa yang angah maksudkan.”
“L tak perasan ke yang Firuz Eidil tu macam dah suka pada
L?” soal Erry Edrian mahukan kepastian daripada adiknya. Elfira mengunyah
perlahan nasi ayamnya. Setelah itu barulah dia berbicara kembali.
“Angah jangan nak mengarutlah. Firuz memang macam itu.
Angin tak bertempat. L pun tak tahu bagaimana L boleh bertahan dengan sikapnya
yang mereng itu,” ujarnya jujur.
“Nasib baiklah adik angah ni tak mereng. Kalau tak susah
hati angah dibuatnya.”
“Hish melampau betul angah ni. Doakan yang bukan-bukan
untuk L. Sepatutnya sebagai abang, angah kena doakan yang baik-baik aje. Ada
doakan L mereng pulak.”
“Angah cakap je lah bukan doakan. Tapi angah serius yang
si Firuz itu dah jatuh hati dengan L.” Erry Edrian cuba meyakinkan Elfira.
“Jangan nak berangan ya angah. Orang macam L ni bukan taste dia. Dia nakkan gadis yang seksi,
mekap tebal berinci-inci, pandai pakai kasut tumit tinggi, lawa, cantik, body
persis model, itu baru citarasa dia. Bukan macam L, tak pernah lekang dengan
seluar jeans, t-shirt lagi, dengan topi dan kasut adidas. Diakan anak Tan Sri
jatuhlah saham dia nanti,” beritahu Elfira panjang lebar.
“Ya ke? Tapi hati angah kuat mengatakan yang dia sukakan
L. Cuma angah rasa dia tak tahu bagaimana nak mengakuinya. Itu sahaja.
Percayalah cakap angah suatu hari nanti dia pasti akan luahkan isi hatinya pada
L.”
“Angah kalau bab mengarut memang bijak. Dia itu tunang
orang. Diulangi tunang orang.”
“Ala dik, kapal terbang pun boleh kena rampas inikan
setakat tunang. Kalau ALLAH dah kata ‘kun fa ya kun’ maka tak ada yang
mustahil.”
“Heee muka L ni ada muka perampas tunang orang ke? Rampas
kekasih orang pun tak pernah tau!”
Erry Edrian ketawa mengekek melihat Elfira.
“Sudah, L tak nak cakap pasal si mat singa itu. Sekarang
ni L tanya angah betul ke angah nak sambung belajar lagi?”
“Betul,” jawab Erry Edrian ringkas.
“Di UK?”
Erry Edrian mengangguk.
“Kalau angah ke UK siapa nak teman L kat sini?”
“Papa, mama dan alongkan ada. Sofea pun ada. Ha seorang
lagi, si mat singa tu pun ada dan boleh temankan L.”
“Angah! L serius dia boleh main-main pulak!”
Elfira mencubit lengan Erry Edrian. Geram kerana
dipermainkan. Erry Edrian tidak putus-putus ketawa.
“Angah nak ambil Ph. D. Itukan salah satu impian angah. L
pun tahukan tentang itu.”
“L tahu. Tapi L baru je balik angah dah nak pergi.”
“Hai L, dah berbulan balik sini masih boleh kata baru
lagi ke?”
“Baru lagilah. Belum sampai setengah tahun tau!”
“Angah pergi bukannya lama. Habis belajar angah baliklah.
Angah janji angah akan sentiasa hubungi L bila ada kelapangan.”
“Janji?” tanya Elfira.
“Ya, janji.” Ikrar Erry Edrian.
“Okey, kalau angah mungkir janji L tak akan maafkan
angah.”
“Ya sayang. Cepat makan tu. Lepas ni angah hantar L
balik.”
“Yes boss!”