Home Novel Komedi/Romantik Komedi CEBISAN HATI
CEBISAN HATI
Maya Myra
17/8/2017 14:25:38
6,315
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 2

BERDETUP DETUP badanku berbunyi selepas aku buat renggangan kiri dan kanan. Aku mengurut tengkokku yang terasa sengal-sengal. Mataku terasa pedih pula seharian mengulangkaji, mataku melirik kearah frame gambar sudut kanan meja belajar aku. Aku mengambil frame tersebut lalu ditatap lama-lama pemuda disebelahku. ‘Rindunya! Abang bila mahu pulang? El rindu abang…’ detik hatiku.

            Tiba-tiba, pandanganku terasa gelap gelita. Badanku mengeras tidak bergerak atas kerusi, nafasku turun naik dengan keadaan sedemikian. Hidungku menangkap wangian  perfume Acqua Di Gio! Aku kenal wangian ini.

            “ Abang!” Jeritku.

            Aku menarik tangan abang Haziq kesisiku. Aku terukir senyuman gembira teramat melihat abang Haziq dihadapanku. 1 month! Ya sebulan aku tidak berjumpa dengannya. Aku terlalu rindukan abang Haziq. Pemuda dihadapanku ini setia mengukir senyumannya kepadaku, dia mengelus pipiku lalu dikesatnya dengan jarinya air mataku. Heheh menangis jugak aku!

            ‘Abang rindu kamu El, maaf buat adik abang ni tertunggu-tunggu kepulangan abang.’ Haziq menyeka air matanya yang menitis.

            “Abang? Kenapa menangis ni? Alahhh janganlah touching, dahlah El tak boleh tengok orang yang touching. Biar El sorang je touching tak apa,” Aku tersengeh.

            “Amboi! Pandai El kan?” Abang Haziq mencubit perlahan pipiku.

            Aku mengenggam erat tangannya, Abang Haziq macam biasalah mengusap kepalaku. Aku dan abang Haziq sangat rapat walaupun kami ini saudara tiri tapi abang Haziq amat sayangi aku macam adik kandungnya sendiri.

            “ Kenapa El kurus ni? Adik tak makan eh?” Abang  Haziq memegang bahuku.

             ‘mentang-mentanglah bahuku ni kalau pegang tulang je rasa!’ ketawaku dalam hati.

             “ Makanlah! El rindu abang tau jadi macam ni,” Kataku sambil menjeling mengusik abang Haziq.

             Abang Haziq lantas memelukku, dia tersedu sedan dibahu aku. ‘Erk? Kenapa ni…’ getus hatiku.

             “Abang… kenapa emo sangat ni?” tanya aku menepuk kuat bahu abang Haziq.

             “Maafkan abang, sebab buat El rindu abang sampai jadi begini…” Abang Haziq memandangku.

              ‘Comellah pulak muka abang Haziq buat begini, emo betullah abang aku ni!’ Ya, aku turut terharu dengan perhatian abang Haziq padaku.

               “Isk! Dah.dah, buruk muka tu tau buat macam tu…dah tak handsome muka abang tu?” aku mencubit perlahan pipi abang Haziq.

                Abang Haziq buat muka blur dan tidak puas hatinya, lepas itu barulah dia mengukirkan senyumannya. ‘Wah! Lesung pipit abang Haziq comellah… nasib abang aku, kalau bukan dah lama aku try mamat depan aku ni! Hehe .’

                “Hey! Melamun je eh El ni kan? Tahulah, abangkan kacak!” Abang Haziq ketawa besar.

                 Keningku terangkat, aku memuncungkan mulutku tanda protes kepadanya. Terus abang Haziq menguis bibir mungil aku.

                 “ Kan? Abang El ni kacak eh? Eh? Hahah!” Abang Haziq menempel wajahnya dekat mukaku.

                 “ Perasan!” sempat aku hinggap satu cubitan dilengannya sebelum aku meloloskan diriku.

                 ‘Aduh! Nampaknya dalam rumah ni dah ada cubitan ketam berbisa ni!’ Getus hatinya.

                 “El! Nanti kau…” Haziq mengejar Elyana.

                 Aku sudah bersembunyi disebalik badan Mak Jah, Mak Jah hanya menggeleng melihat aku dan abang Haziq berkejaran. Aku menjuih mulutku kepada abang Haziq. Abang Haziq cuba menangkap aku tetap jua gagal. Mak Jah membantu aku! Hehe

               “ Sudah, meh makan kuih ni. Mak Jah masak untuk kau orang.” Mak Jah menarik lenganku dan abang Haziq menuju kearah meja makan.

                “ Penat kejar El ni tau? Mentang-mentang dia atlit sukan, lari dah macam zup! Zup!” Abang Haziq sempat menolak bahuku.

                 ‘Hehe, baru tahu ini atlit sukan tau!’ seloroh hatiku.

                “Erm! Sedapnyanya Mak Jah kuih ni,” aku menguyah kuih kuaci yang Mak Jah buat itu.

                “ Haziq cuti berapa lama?” Mak Jah mengerling Haziq.

                “ 1 week je Mak Jah,” kata Haziq sambil mengambil kuih kuaci didalam pinggan.

                ‘Wah! Boleh ni aku nak spend time dengan abang.’ Desis hatiku.

                Aku mengerling Mak Jah, yang asyik memandangku lama dari tadi. Aku melihat bajuku, tidak pula koyak ataupun kotor. Aku mengangkat keningku kepada Mak Jah sambil tersenyum.

              “ Kenapa Mak Jah tengok Yana macam tu?” Aku membahasakan diriku ‘Yana’ dengan Mak Jah. Tapi abang Haziq suka memanggilku ‘El’.

             “ Mak Jah baru perasan wajah Yana, pucat. Yana tak sihat ke?” Tanya Mak Jah kepadaku. Aku dah jadi kalut. ‘Pucat lagi ke wajah aku ni?’ desis hatiku.

             “ Aah, abang baru perasan… wajah El pucat sangat. El sakit ke? Kita pergi klinik ya?” Abang Haziq memandangku penuh dengan kerisauan.

             ‘Erk! Sudah, macam mana mahu mengelak ni?’ aku cuba merangka ayat kali ini. Huhuh

              “ Maybe cuaca kot? Yelahkan, sekejap panas, sekejap hujan.” Kataku berbasi-basi.

              Aku sempat memandang wajah abang Haziq seperti tidak berpuas hati dengan jawapanku. Mak Jah sekadar mengangguk sahaja akan kata-kataku tadi. Abang Haziq masih memandangku, aku cuba larikan wajahku. Argh! Sudah abang Haziq masih memandangku.


                              ****


               Aku menabur makanan ikan didalam kolam, kelihatan ikan koi berenang merebut makanan yang aku taburkan tadi. Seronok melihat ikan koi, tiba-tiba hatiku menjadi sebak. ‘Argh! Kenapa perlu aku mengingati semua tu?’ desis hatiku.

               Haziq Irfan berjalan menuju kearah Elyana, dia mencuit bahu adiknya. Elyana memusing badannya memaling kearah Haziq. Hidungnya bertembung dengan hidung Elyana, kedudukan mereka sangat rapat. Dup! dup! dap! Dap! ‘Arghh! Kenapa jantungku terlebih berdegup ni?’ Haziq bermonolog.

                Elyana mengukir senyumannya kepada Haziq, Haziq Irfan sudah menjadi tidak keruan. Jantungnya sudah semakin parah berdegup bagai.

                “ Abang! Kenapa tercegat tu?” Aku memandang abang Haziq yang terpacak tidak berganjak dari kolam.

                ‘Fuhh! Nasib kau adik aku, adehh! Semakin lama kau semakin cantik El!’ Haziq menggeleng kepalanya.

                 Haziq berjalan menuju kearah Elyana, dia melabuh punggungnya diatas kerusi sebelah Elyana. Haziq memerhati gelagat adiknya itu, sedang bermain-main dengan balang makanan ikan.

                “Kenapa abang tengok El macam tu?” Aku menolak perlahan bahu abang Haziq.

                ‘Tahu tak dik, sayang abang kepada kamu dah terlebih dari sayang seorang abang kepada adiknya. Erk! Cinta?’ Haziq menampar pipinya, mujur kata-kata itu lahir dari hatinya kalau betul-betul memang terasa mencari nahas dengan Elyana.

                Aku memandang gelagat abang Haziq yang pelik! Sekejap tersenyum, sekejap dia menampar pipinya. ‘Aduh! Abang aku ni betul ke tak ni?’ Aku menggaru kepalaku.

                Haziq Irfan setia memandang Elyana, matanya langsung tidak berkedip. Ya! Hatinya kini terasa bagai menyayangi adiknya bukan seperti dahulu. Hatinya membisikkan yang dia sudah jatuh hati dengan Elyana! Dia cuba menyangkal akan kata-kata hatinya itu, dia tidak mahu kerana perasaannya itu akan merenggangkan hubungannya dengan Elyana. Walau mengikut undang-undang islam dia boleh berkahwin dengan Elyana. Kerana Elyana anak ibu tirinya dan dia anak papanya. Tapi, sayangnya dari kecil kepada Elyana sekadar adik dan abang, mungkin kerana simpatinya kepada Elyana yang sering dimarahi dan dipukul oleh ibu tirinya. Haziq Irfan tersenyum kelat, dia akan selamanya menjadi seorang abang yang sentiasa menyayangi dan melindungi Elyana, kerana itulah ikrarnya semasa kecil.

                 “Isk! Abang, dari tadi termenung je? Orang panggil pun tak menyahut.” Aku mencubit kuat lengan abang Haziq.

                 “Auch! Sakitlah adik… dah pandai ye jadi sepit ketam berbisa?” Haziq menggosok perlahan lengannya.

                 ‘Erk! Terlebih kuat ke aku cubit abang Haziq?’ detik hatiku.

                “ Sakit eh?” Aku menarik lengan abang Haziq, melihat lengannya yang kemerahan bekas aku cubit tadi. Terus aku mengambil lengannya aku cium, mataku mengerling wajah abang Haziq yang kemerahan memandangku. ‘Hehe! Terkedu ler tu?’ Al-maklumlah kulit abang Haziq sama je cerah dengan aku. Itu yang nampak sangat wajah kemerahannya.

                “ Sakit tau El cubit abang,” Haziq mengelus pipi Elyana.

                “ Itulah siapa suruh abang termenung? El panggil pun buat derk je.” Aku memuncung bibirku.

                ‘Haish! Janganlah buat mulut macam tu? Comel tau El buat macam tu,’ Haziq tersenyum memandang Elyana dihadaapannya.

                “ Adik buat mulut macam tu lagi, abang gigit karang.” Haziq seakan mengugut Elyana.

                 Lantas aku menekup mulutku dengan tanganku, keningku diangkat sambil memutar bola mataku keatas! Abang Haziq sudah ketawa berdekah-dekah. Mataku mengalih kearah pintu rumahku, mujur malam ini ibu dan papa tiada dirumah. Dengarnya kata Mak Jah mereka pergi rumah atuk dan nenek 3 hari di Melaka. Kalau ibu ada, memang aku kena tempelak dengan ibu. Ibu mana boleh tengok aku mesra lebih dengan abang Haziq. Papa okay je aku tengok.

                   “ Abang… El dahagalah,” aku buat suara manja dengan abang Haziq.

                    Haziq Irfan, terangkat keningnya. Terus dia tersenyum mendengar suara manja adiknya, ‘Hanya El sahaja boleh buat suara manja seperti itu dengan aku!’ hehe.

                  “ Okay! El nak minum apa? Jus oren? Tembikai or…” Haziq menunjuk gaya mengambil order.

                   “ El, ermm… nak minum orange juice!” Aku mengenyit mataku kepada abang Haziq.

                   “Okay, tunggu tau?” Haziq mencubit perlahan pipi Elyana.

                   Aku memandang langkahan abang Haziq sehingga menghilang dari pandanganku. Mataku memandang dada langit, bintang yang berteraburan sungguh cantik. Angin malam ini sepoi-sepoi sahaja, aku memeluk tubuh ketika angin dingin menyapa ke tubuhku. Aku teringat kejadian disekolah tempoh hari. Migrain aku alami ini bukan seperti biasa aku kena, kali ini semakin parah pula jadinya. Aku mendengus perlahan, sambil memegang kepalaku. Perasaan risau menyelubungi hatiku, kalau-kalau bukan migrain tapi penyakit lain aku alami mana aku tahu. ‘Herm, kenapa ye akhir-akhir ini sakit kepalaku menjadi-jadinya pula. Sudahlah terang-terangan wajahku nampak pucat.’ Desis hatiku.

                    Haziq mencuit bahu Elyana, Elyana memaling wajahnya menghadap Haziq Irfan. Haziq mengangkat gelas berisi orange juice dihadapan adiknya.

                 “ Meh minum, special untuk El ni tau?” Haziq menarik lengan Elyana.

                   Aku memandang wajah abang Haziq, terharu dengan perhatiannya kepadaku. Abang Haziq terlalu baik denganku. Tiba-tiba air mataku menitis tanpa aku sedar.

                   Haziq Irfan mengerut dahinya, melihat air mata Elyana yang menitis dipipi mulus itu. Dia bangun mengahmpiri Elyana, dia duduk disebelah bangku adiknya. Dia  menyentuh bahu Elyana.

                 “ El, kenapa ni?” Haziq menggongcang bahu adiknya.

                  Aku tersedar dengan gongcangan abang Haziq. Cepat-cepat aku mengelap air mataku yang menitis tadi. Aku mengukir senyumanku kepada abang Haziq, lalu aku merebahkan kepalaku didadanya. Telingaku menangkap degupan jantung abang Haziq sungguh laju. Aku tidak peduli, tapi hatiku sekarang ini tengah bersedih sangat. Touching beb!

                Abang Haziq dari tadi hanya mengeras tanpa berganjak. Aku mengerling memandang abang Haziq, nafasnya turun naik dengan tidak teratur. Aku menyentuh pipinya, aku menarik wajahnya memandangku. Aku mengangkat keningku kepadanya, hairan dengan tindakkannya itu tadi. Aku tersenyum nakal kepadanya, ‘Wah! Parah dah ni jantung abang berdegup!” desisku.

              “ Abang, kenapa jantung abang berdegup kencang sangat ni?” tanyaku.

              ‘El tahu tak kenapa? El letak kepala El tu atas dada abang, lepas tu El peluk abang pulak. Mana taknya jantung abang berdegup kencang macam ni.’ Haziq hanya mampu berkata-kata dalam hatinya sahaja.

              “ Sejuk kot? Erkk… aah sejuk sangat malam ni. Dah. Minum dulu air oren ni, lepas tu kita masuk dalam ya? Karang El demam pulak.” Abang Haziq tersenyum kepadaku.

               Aku mengangguk perlahan, lalu aku mencapai gelas air oren terus aku teguk perlahan-lahan. Abang Haziq hanya memerhatikan sahaja gelagat aku minum. ‘Elehh! Katakanlah El comelkan? heheh’ sempat aku beseloroh dalam hatiku.

               Aku dan abang Haziq beriringan masuk kedalam rumah. Mataku terpandang Mak Jah yang berada di tepi muka pintu masuk. Lain macam je aku tengok muka Mak Jah ni? Pedulikanlah..


KEPALAKU masih setia menyandar dibahu abang Haziq, abang Haziq leka menonton cerita touching kesukaannya, cerita korea. Cerita korea dihadapanku langsung tidak menarik minatku, kepala aku hari ini menjadi-jadi denyutannya. Ada juga abang Haziq tanya padaku, bila melihat aku hanya membaringkan kepalaku dibahunya. Kalau tidak aku selalu join sekaki dengannya menonton cerita korea ini, tapi hari ini mood aku kurang sikit!

            Terasa badanku ini akan demam, mataku terasa bahang panas. Sesekali tangan runcingku ini memicit dahiku yang semakin berdenyut-denyut. Abang Haziq memalingkan wajahnya memandangku, dahinya sedikit berkerut memandangku. Dia mengalihkan kedudukkan kakinya yang berlipat atas sofa beralih menurunkan kakinya ke bawah. Abang Haziq menarik tubuhku agar berbaring diatas pehanya. Aku malas nak menarik kepalaku, sakit dikepalaku masih sakit lagi. Terasa tangan hangat milik abang Haziq memicit-micit dahiku, terasa hilang sedikit denyutan dikepalaku ini.

            “ El, kenapa abang tengok sejak akhir-akhir ni adik sering sangat sakit kepala?” Abang Haziq bertanya kepadaku.

            ‘Erm, tiada jawapan! Sebab aku sendiri pun tidak tahu kenapa aku sering sakit kepala. Migrain kot?’ aku mengomel sendirian.

            “ Entahlah, mungkin migrain kot? El kan pernah kena migrain kan…” tuturku perlahan.

            “ Nak makan Panadol?” saran abang Haziq kepadaku.

            “ Erm, bolehlah…” kataku.

            Abang Haziq membaringkan aku diatas sofa, dia melangkah panjang menuju kearah dapur.

            Haziq Irfan mencari Panadol didalam peti ais, sesekali dia menggaru kepalanya. Mak Jah melihat gelagat Haziq Irfan, lalu dicuitnya bahu Haziq.

            “ Haziq cari apa?” Tanya Mak Jah.

            “ Ziq cari Panadol, ada nampak tak?” Mata Haziq masih melilau mencari Panadol.

            “ Ohh! Sekejap…” Mak Jah menunjuk isyarat jarinya.

            Mak Jah kembali semula dengan membawa Panadol diatas tangannya. Dia menghulur sepapan Panadol kepada Haziq Irfan.

            “ Haziq sakit kepala ke?” Tanya Mak Jah.

            “ Tak adalah, itu ha.. El yang sakit kepala.” Menjuih mulutnya menunjuk Elyana yang terbaring atas sofa.

            “ Ha! Yana sakit kepala? Isk! Budak ini selalu sangat sakit kepalanya.” Mak Jah menjadi risau.

            “ Maksud Mak Jah, sebelum ini El pernahlah sakit kepala macam tu?” Haziq Irfan memandang Mak Jah.

            “ Aah, sejak menjak dekat dua bulan  ini Yana selalu sangat sakit kepala. Ada juga Mak Jah tanya dia, tapi Haziq kan tahu perangai adik kamu tu. Bukannya nak beritahu sangat dia sakit.” Panjang lebar Mak Jah beritahu Haziq.

            Haziq beriringan dengan Mak Jah menuju kearah Elyana yang terbaring atas sofa, Mak Jah melabuhkan punggungnya atas sofa seraya mengangkat kepala Elyana. Dia memegang kepala Elyana, terasa panas.

            “ Isk! Yana, kamu demam ni?” Mak Jah merasa dileher aku pula.

            “Apa? Demam?” Abang Haziq pula menyentuh dahiku.

            ‘Tadi tidak pulak demam si El ni.’ Desis hati Haziq Irfan.

            “ El, jom kita ke klinik ya? Demam ni,” pujuk abang Haziq kepadaku.

            Aku dah tak mampu mengangkat kepalaku saat ini, terasa berat sahaja kepalaku sekarang ini. Aku sekadar mengangguk perlahan dengan saranan abang Haziq. Mak Jah setia memicit dahiku, sedikit berkurang denyutan ini.

            Abang Haziq mencempung badanku menuju ke keretanya. Mak Jah tergopoh gapah membontoti mengikut dibelakang.

            Aku dibaringkan atas riba Mak Jah, aku sempat melihat wajah kerisauan abang Haziq kepadaku. Mataku terus terasa kian kuyu, aku tidak larat untuk membuka mataku. Terasa seluruh badanku tidak bermaya.

            “ Bagaiamana dengan adik saya doctor?” Haziq Irfan bertanya kepada Doktor yang memeriksa Elyana.

            “ Encik Haziq, kalau boleh saya tahu… sebelum ini ada tak adik awak jatuh ke? Atau pernah terhantuk yang melibatkan dikepalanya?” Doktor Sufian merenung wajah Haziq yang sedang berfikir.

            “ Tidak ada pulak Doktor,” menggigit bibirnya.

            Mak Jah disebelah Haziq juga sedang berfikirkan sesuatu, Mak Jah mula teringat Elyana pernah accident 5 bulan yang lepas. Elyana dilanggar sebuah kereta secara tiba-tiba memasuki simpang dikawasan perumahan mereka. Akibat perlanggaran tersebut, kepala Elyana terhentak kuat atas cermin kereta dibahagian hadapan.         

           “ Ya, ada doctor! Yana  pernah accident 5 bulan yang lepas. Kecederaan dikepalanya.” Mak Jah memberitahu Doktor Sufian.

             Haziq Irfan terkejut dengan pengakuan Mak Jah, ‘Kenapa aku tidak pernah tahu El pernah accident?’ Dia memandang Mak Jah.

            “ Mak Jah, kenapa saya tak pernah tahu El pernah accident?” Haziq menyentuh bahu Mak Jah.     

            “ Masa itu kamu ada program Universiti ke London. Jadi papa kamu tak benarkan Mak Jah beritahu kamu keadaan Yana masa tu, takut mengganggu tumpuan kamu disana nanti.” Kata Mak Jah.   

             Haziq meraup rambutnya ke belakang. Dia mengeluh panjang, dia memandang doktor Sufian dihadapannya.

            “ Doctor, serius tak?” Haziq Irfan merenung wajah Doktor Sufian.

            “ Erm, untuk pada awal ini.. saya hanya boleh kata kemungkinan sahaja. Cuma belum pastikan lagi, nanti awak bawa Elyana buat check up di hospital.” Saran Doktor Sufian kepada Haziq Irfan.

            ‘Hish! Lama lagi ke mereka ni? Sudahlah aku tak larat ni nak landing atas kerusi ni, kalau tilam empuk best juga!’ aku merungut dalam hati.

            Mataku memandang abang Haziq dan Mak Jah keluar dari bilik doktor. Hatiku bersorak riang, ‘akhirnya! Dapat balik rumah tidur atas tilam aku.’

            “ El, bangun dik.. kita balik rumah.” Abang Haziq memaut bahuku berjalan keluar dari klinik. Mak Jah mengambil ubatku di kaunter pembayaran.

Previous: BAB 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.