DERUMAN enjinkereta milik papa kedengaran diluar rumah. Aku menjengah kepalaku ketingkapbilikku melihat kereta papa sedang memasuki dalam garaj rumah banglo ini.Pembetulan, rumah banglo yang aku tinggal sekarang ini kepunyaan papa. Akuhanya sekadar menumpang sahaja didalam rumah ini. Tapi pernah papa marahdenganku, jangan sesekali mengeluarkan kata-kataku ini hanyalah menumpang dalamrumah ini. Papa sangat baik denganku, dia tidak pernah membezakan aku denganabang Haziq yang sememangnya anak kandungnya.
Apa yang aku perlukan, apa sahaja keperluanku papa pastiakan tunaikan. Cuma aku sahaja tidak mahu dikatakan tidak sedar dek untungdalam rumah ini walau papa tidak pernah berkata begitu. Aku tidak pernahmeminta apatah lagi ingin papa beli itu ini. Masih aku ingat sewaktu akuberumur 14 tahun, papa membawaku sekali untuk shopping barang-barangdi mall. Papa akan membeli apa sahaja keperluanku, tapi ibu selalumenengahnya jangan memanjakan diriku dengan barang-barang sebegini walaupunpakaian. Papa seperti biasa, tidak ambil kisah dengan kata-kata ibuku. Pulangdari rumah pasti akan ada cubitan hinggap dilenganku. Ibu tidak menyukai apayang papa buatkan untukku. Aku hanya mampu menangis sahaja.
Apabila usiaku menginjak remaja, aku perasan ibu tidakpernah lagi nak memukulku seperti dahulu. Cuma kami jarang bertegur sapa,malahan ibu hanya akan mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hatiku. Akusudah lali dengan kata-kata ibu terhadapku, adakalanya juga ada yang terkesandihatiku. Hanya mampu aku pendamkan sahaja dalam hati. Biarlah aku menanggungsegala derita ini keseorangan.
Aku kembali duduk diatas birai katilku, aku menyelakhelaian kertas didalam fail kerja sekolahku. Aku mendengus perlahan, ‘Arghh!Biarlah…’ desisku.
“Yana! Yana! Turun sekejap…” kedengaran suara papa memanggilku.
Aku menutup fail kerjasekolahku, lantas aku keluar dari bilikku. Aku menuruni anak tangga, aku lihatibu dibawah sedang naik keatas. Aku berselisih dengan ibu. Macam biasalah! Ibumenjelingku dengan perasaan membenci kepadaku. Aku hanya menunduk, ‘Arghh!Pedulikanlah’ desis hatiku.
Aku lihat papa mengangkat beberapa beg kertas menunjuk kepadaku, ya! Papa mestiada belikan sesuatu padaku sebab itulah tadi ibu menjeling marah kepadakusemasa berselisih dengan aku tadi. Aku mengukirkan senyumanku kepada papa, papamelambai tangannya agar aku turun ke bawah. Entah bagaimana aku tidak perasankakiku tersalah melangkah satu anak tangga, terus aku tergelincir.
Aku sempat memegang sisipemegang tangga tapi badanku sudah terdorong ke n belakang lalu tangan akutidak sempat memegang kukuh sisi pemegang tangga serta merta kepalaku terhantukke dinding sebelah kiri terus badanku terasa melantun ke kanan lalu badanku terhempaske atas lantai mujurlah hanya satu anak tangga sahaja aku akan sampai ke bawahtidaklah tinggi sangat aku jatuh ke bawah. Aku dengar suara papa sudah menjeritnamaku.
‘Auch! Sakitnya badan ni… padan muka aku! Tak berhati-hati,’ desis hatiaku. Aku memegang pinggangku yang tarasa sengal mungkin semasa badankuterhempas atas lantai tadi. Terus aku rasa mataku berpinar pinar, aku gagahiuntuk bangun namun kudrat aku tidak kuat untuk bangun. Kepalaku terasaberdenyut-denyut kuat akibat terhantuk didinding tadi.
“Ya Allah! Yana, bangun nak…”papa memaut bahuku supaya aku boleh bangun.
Aku dengar suaraMak Jah sudah terpekik memanggil namaku, mataku masih terpejam. Tidak bolehbuka, jika aku buka mata sahaja terasa sekelilingku berpusing-pusing.
“Jah, tolong saya angkat si Yana ni,”suara papa tenggelam timbul ku dengar.
Aku dibaringkan atas sofa, telingaku mendengar sayup sayup suara papa dan MakJah memanggil namaku. Aku sempat buka mataku, terus mataku kian kuyu.
“Jah, kau pergi ambil segelas air bagi saya.”
Encik Johari resah apabila melihat Elyana sudah pengsan. Dia menjadi kalutseketika melihat Elyana terbaring kaku atas sofa. ‘Huh! Nak harapkan ibunya,jangan harap nak jengok apa terjadi dengan si Yana ni,’ gumam hatinya.
“Tuan, ini airnya.” Mak Jah menghulur segelas air kepada Encik Johari.
Encik Johari merenjis beberapa titis air ke muka Elyana, Encik Joharimenitiskan lagi air ke muka Elyana apabila tiada tindak balas Elyana.
Aku terasa ada air yang membasahi mukaku, aku membuka mataku perlahan-lahan.Terasa denyutan dikepalaku masih terasa tetapi tidak sekuat tadi. Aku melihatpapa dan Mak Jah disisiku masih merenungku. Aku cuba bangun, papa membantukuagar aku boleh bangun.
“Macam mana, Yana rasakan sekarang?” tanya papa.
“Okay pa, apa yang terjadi dengan Yana?” kepalaku terasa bingung sekejap.
“Tadi Yana pengsan,” kata Mak Jah seraya memyentuh bahuku.
“Pengsan?” aku terkejut.
“Kamu tak ingat ke? Tadi Yana jatuh dari tangga,” kata papa pula.
Aku cuba mengingat kembali, terasa denyutan dikepalaku kian berkurang sedikit.Barulah aku teringat, tadi aku jatuh dari tangga menyebabkan kepala akuterhantuk didinding. Sebab itulah aku masih terasa sakit lagi dikepalaku ini.
Mataku terpandang bungkusan beg kertas diatas sofa sebelahku. Aku mencapaibungkusan beg kertas itu.
“Papa belikan Yana apa ni?” tanya aku memandang papa.
Muka papa menjadi blur aku lihat, dahinya berkerut memandang aku.Mataku kembali melihat isi didalam beg kertas ini. Aku mengeluarkan bungkusanplastik didalamnya. ‘Wow! Blaus!’ jerit hatiku.
“Isk! Budak Yana ni Jah, kita punya risaukan dia pengsan tadi boleh pulak diadok belek blaus ni.” Papa mengelus pipiku.
Aku sudah tersengeh memandang papa, aku pun terlupa tadi baru aku lepaspengsan. Bukan apa, bila tengok bungkusan beg kertas ini aku teringat papapanggil aku sebab tunjukkan beg inilah!
“Sorry pa, cantik sangat blaus ni.” Tersenyum aku kepada papa.
“Cantikkan? Ini papa pilihkan untuk Yana tau? Jap ya…” Aku lihat papa mengambilempat beg kertas lagi.
Aku sudah terangkat keningku melihat beg Gucci, kasut sukan, perfumeBvlgari! Perfume kesukaanku juga papa belikan. Aiseh! Ni aku sayang sangatdengan papa ni. Terus aku memeluk papa. Papa tersengeh memandangku serayamengusap rambutku.
“Kejap! Ada lagi ni..” Mataku melihat papa mengambil beg yang keempatdiletakkan diatas ribaku.
“Bukalah, tengok apa isi didalamnya.” Papa mengunjuk isididalam beg tersebut.
Aku dengan muka terujaan, terus menyeluk mengambil isi didalamnya. Terus mukakumerona merah, aku masukkan semula isi didalamnya. Aku memandang papa,yang sudahtergelak mengekek. Mak Jah pula tercengang tidak tahu apa yang berlaku. Terusaku memuncungkan mulutku.
“Papa ni! Apa ni?” aku memprotes kepada papa.
“Okaylah tu kan? Tengok dulu size betul tak?” mulut papa dah menjuihkearah isi didalam beg ini.
Ada ke pula papa belikan aku pakaian dalam! Malulah aku, huhu! Papa sama jedengan abang Haziq suka menyakat aku.
“Apa yang dibelikan papa tu Yana?” Mak Jah sudah bertanyakan kepadaku.
Mataku sudah mencerlung memandang papa, aku mengeluarkan pakaian dalam inilambat-lambat. Tersembul sahaja pakaian berwarna warni itu, aku terdengar MakJah sudah tergelak sakan dengan aku. Papa juga!
“Tengok size tu, betul tak? Kalau salah, nanti papa tukar semula.”Kata papa masih gelakkan aku.
Lihat sahaja pada size semuanya betul, papa pandai beli! Tapi tetapjuga perasaan maluku menjalar seluruh mukaku. ‘papa, papa..’ aku menggelengkepalaku.
“Macam mana? Betul tak?” papa tanyaku lagi.
Lambat-lambat aku angguk kepalaku, ‘Isk! Papa ni…’
Aku lihat muka papa sedikit bangga ler tu! Dengan pencapaiannya membelikan akupakaian dalam ini.
“Yana, jangan malu… apa nak malu dengan papa? Ini papa Yana tau, apa keperluanYana papa akan tunaikan walhal ini tau?” papa mengunjuk pakaian dalam diatastanganku.
Aku tersenyum dengan kebaikkan papa, tapi aku tidak mahulah sangat menyusahkanpapa membeli itu ini kepadaku sedangkan ibu tidak suka papa buat semua itukepadaku. Aku mendengus perlahan, seraya mataku memandang ke tingkat atas.
“Dah, pedulikan ibu tu. Ini hak papa, tanggungjawab papa kepada kamu.” Papamemujukku, macam tahu sahaja apa yang terdetik dihatiku.
Aku tersenyum kelat, ya bukan ini sahaja papa belikan. Pernah first akudatang bulan pun papa kalut belikan aku pad untuk aku. Siap heret Mak Jah kepasaraya minta bantu papa pilihkan mana sesuai untuk aku. Secara tidaklangsung, papa mengambil alih tugas sepatutnya seorang ibu menguruskan halperibadi anak perempuannya.
AKU mengetuk-ngetuk pen yang aku pegang ini, jemariku menariperlahan diatas meja study aku. Mataku teracap pada buku diarikudicelahan buku-buku. Aku mencapai buku dairi ku yang berwarna pink itu. ‘Herm,sudah lama aku tidak menulis dalam diari ini.’ Aku membuka dairi lalu aku tataplama-lama gambar yang aku lekatkan dipermulaan helaian dairi ini. Aku tersenyumkelat memandang gambar tersebut.
DearDiari,
Kadanghidup ini umpama pentas dunia, dimana akulah pelakonnya. Adakalanya, aku tidakmampu mengikuti skrip yang diberikan. Adakalanya juga aku akan tewas dalampercaturan hidupku sendiri. Mungkin aku mampu ketawa, gembira dihadapan semuaorang… tetapi aku juga punya hati, yang tidak mampu menyembunyikan deritakusendiri. Ibu… hanya suatu ungkapan yang ada dihatiku. Tidak terluah dihatikuuntuk menyatakan aku menyayanginya. Ibu, tidak pernah sekelumit kasihkanpadaku. Berkali jua aku cuba merungkai apa dan sebabnya ibu membenciku. Apakahaku ini hanya anak punggut?Adakalanya, aku cuba tepiskan perasaanku ini tatkalaaku melihat namaku berbintikan seseorang bukan Abdullah. Siapa ayahku? Kemanadia?Hidup atau matikah dia? Tiada siapa pernah menceritakan kepadaku siapaayahku, tiada!Kenapa?
NurElyana Ezrin Binti Mohd Kamil, itu namaayahku….
Setitisdemi setitis air mataku menitis diatas dairi ini, aku menyeka dengan hujungjariku. Dairi yang aku tulis tadi, aku letakkan kembali ditempat asal. Hatikuterasa sesak, jiwaku bagaikan kosong. Aku bangun melangkah menuju kearahkatilku, aku menghenyak tubuhku diatas tilam.
Jammenunjukkan pukul 1 pagi, mataku tetap jua tidak dapat melelapkan. Aku cubamemejam sekuat hatiku, namun tetap jua mataku ini tidak terasa mengantuk.Sekejap aku memusingkan badanku ke kiri, sekejap ke kanan. Aku menekup mukakudengan bantal, dua minit sudah aku rasa tercungap-cungap. Air mataku mengalir,rasa sebak dihatiku sehingga aku teresak-esak.
Alarmhandfone aku berbunyi beberapakali, aku menggagau handfone diatas meja kecil sebelah katilku.Terasa malas aku ingin bangun, aku melihat jam di handfoneku sudah pukul6:00 pagi. Aku mngeliat kiri dan kanan, bunyi tulang temulangku berdetupbeberapa kali. Aku melangkah longlai menuju kearah bilik air.
Usaisolat subuh, aku bersiap-siap memakai baju sekolahku lalu aku turun ke bawahmenuju ke dapur. Bau nasi goreng membangkitkan selera tekakku. Sempat akumengerling papa menuruni tangga, kelihatan ibu beriringan disebelah papa. Akumalas ingin bertembung dengan ibu, terus aku masuk ke dalam dapur membantu MakJah menyediakan sarapan pagi. Semasa aku membawa teko berisi kopi sempat akumengerling ibu yang sedang duduk atas sofa. Seperti biasa, ibu akan mengelakdari menyertai bersarapan sekali sekiranya aku ada bersama.
“Yana, hari ini ikut papa sekali ya?” papa memandangku.
“Ikut kemana pa?” aku menghenyak punggungku atas kerusi berhadapan papa.
“Lah budak ni, maksud papa.. kamu hari ini tak payah naik skuter ke sekolah.Papa hantar kamu kesekolah nanti.” Kata papa sambil membuka helaian suratkhabar.
‘Erk!Kalau aku ikut papa sekali, habis balik sekolah aku nak balik dengan apa?’desis hatiku.
“Kamu tak ada program lepas sekolahkan? Balik sekolah papa jemput kamu.” Papaberkata tanpa melihat wajahku yang sudah macam kerang busuk tersengeh.
“Alahai, mengada-ngada pulak kau ye!” Ibu memperli aku.
Tersentap sekejap tangkai hati akumendengar kata-kata ibu tadi, aku mendengus kecil. Aku memandang papa yangmasih membaca surat khabar.
“Erm,tak apalah papa… Yana pergi dengan skuter jelah.” Tuturku perlahan.
Papa lantas melipat surat khabar laludiletakkan diatas meja dengan kasar. Dia memandang kearah ibu, riak wajah papasudah berubah. ‘Aduh! Janganlah bergaduh disebab aku…’
“Normi,itu hak saya dan tanggungjawab saya sebagai seorang bapa walaupun saya papatiri dia sekalipun. Saya berhak menentukan apa yang saya buat keputusan.Harapkan ibu kandung sendiri…” papa mengalih pandangannya apabila aku menyentuhlengan papa.
“Papa…” aku menggeleng kepalakukepada papa agar tidak meneruskan kata-katanya itu.
“Tak mengapa papa, Yana pergi sekolahnaik skuter Yana je.” Aku berpaling memandang ibu yang sedang menonton tv.
Akubingkas bangun mencapai beg sekolah dan bukuku menuju kearah muka pintu. Akumengesat air mataku yang menitis. Entah kenapa sejak akhir ini, perasaan akucukup sensitive tidak seperti selalu. Aku menyorong keluar skuterkumenuju kearah pintu pagar. Aku terdengar suara Mak Jah memanggilku, akumemalingkan wajahku memandang Mak Jah yang tergopoh gapah melambai tangankearahku.
“Nah,bekal nasi goreng untuk Yana. Makan tau sampai disekolah nanti?” Mak Jahmenghulur bekal nasi goreng untukku.
Akumengangguk seraya mengucapkan terima kasih kepada Mak Jah. Aku menghidupkansuis skuterku, sempat aku memandang Mak Jah yang masih melihat aku. Akumengukirkan senyumanku kepadanya, ‘Alangkahnya, yang berdiri ini adalah ibu…’Desis hatiku. Aku cepat-cepat memalingkan wajahku mengelap air mataku yangmenitis.
Akumelangkah masuk ke dalam kelas, mataku memandang sekeliling dalam kelas masihada yang belum datang sekolah lagi. Aku meletak beg sekolah dan bukuku diatas meja tempat duduk aku, aku melangkah mencapai penyapu oleh keranapagi ini giliran aku yang bertugas.
‘Isk!Kenapa banyak sangat sampah dalam kelas ni? Ingat tempat pembuangan sampah ke?Mentang-mentanglah aku yang bertugas hari ini, senang-senang je budak-budak nibuang sampah banyak-banyak!’ Aku memprotes sikap kawan-kawan kelas aku.
Tangan aku lincah menyapu sampahsetiap segenap ruang dalam kelas aku, sambil aku menyusun meja aku sempatmengerling jam ditanganku sudah menunjukkan jam 7.15 pagi.
“Haish!Mana minah dua ni? Lambat betullah kalau datang sekolah! Time akubertugas je mesti kau orang datang lambat, semua kerja aku yangbuat.” Sempat aku mengomel sendirian.
Wirda tersenyum memandang Elyana yangsedari tadi asyik merungut sendirian. Wirda berjalan perlahan-lahan terusdisergahnya dari belakang Elyana.
“Hoi! Kau merepek apa ha?” Wirdamencuit bahuku
Penyapu yang aku pegang tadi terusterlepas dari peganganku kerana terkejut akan sergahan Wirda tadi.
‘Mampus aku macam ni gayanya, haish!’protes hatiku.
“Bagilah salam dulu, kau nak aku maticepat ke apa?” kataku sambil mengangkat penyapu yang aku pegang tadi terlepas.
Terus aku lihat wajah Wirda berubah,‘Erk! Apahal minah ni? Aku salah cakap ke?’ aku melihat mata Wirda sudahbergenang dengan air mata.
“Kau kenapa Wirda?” Aku menggongcangbahu Wirda.
“Kaulah! Buat aku sedih…” Wirdamengesat air matanya yang mengalir dipipinya.
‘Apa pula aku buat dia sedih?’ akumenggaru kepalaku.
“Aku buat kau sedih? Tak fahamlahweh!” aku menolak perlahan bahu Wirda.
“Lain kali, kau jangan sebut pasal‘mati’. Aku tak suka kau cakap macam tu,” Wirda mengesat baki air matanyadipipi.
“Lahh, itu ke yang buat kau touching lebihni?” Aku sudah tersengeh, tapi aku lihat wajah Wirda tetap serius.
“Kau kan tahu, aku sayang sangatdengan kau… kau sebut macam tu satu doa tau?” Wirda memalingkan wajahnyamelihat kearah luar tingkap.
‘Erk! Touching sungguh kawanaku ni…’ desis hatiku.
“Okaylah! Aku janji tidak akan sebutlagi perkataan ‘mati’ depan kau.” Aku mengangkat lima jariku seperti sedangberikrar
“Janji!” Wirda menghulurkan jarikelingkingnya kepadaku sebagai tanda janji.
“Janji! Sorry beb! Tapi kaujuga kena terima takdir, mati itukan pasti? Kau juga kena terima seandainya akupergi…” Ayatku terhenti seketika, entah kenapa hatiku diragut sayu bilamenuturkan ‘pergi’.
“Yana? Kau okay tak ni?”Wirda menyentuh bahuku perlahan.
“Eh! Kau kata apa tadi?” tanyakukebingungan.
“Aku kata tadi, kau okay takni? Tiba-tiba je muka sedih aku tengok, terbalik pulak.. tadi aku,” Wirdamemandangku.
“Tak ada apa-apalah, dah tepilah akunak sapu sampah ni.” Aku menolak perlahan bahu Wirda.
Akuterangkat kening lalu tersenyum memandang Wirda membantuku mengambil bakulsampah lalu di buang sampah ke dalam tong sampah yang berada diluar.
****