SIAPA
ni?” Itulah soalan pertama yang keluar dari bibirnya bila keluar private
number di skrin. Tapi, bila dengar suara macho di hujung sana memberi
salam, hatinya cair tiba-tiba. Dia menjawab salam dengan suara paling manis.
Buat
seketika, suasana jadi sepi. Kemudian Aivy boleh dengar orang di sana berdeham
beberapa kali.
“Nak
cakap dengan siapa?” Dia cuba mengawal nada.
“Errr...
Aivy. Boleh saya bercakap dengan Aivy.”
“Saya...
tapi siapa di sana?” Kenapa cari saya? Nak apa? Kita pernah kenal ke? Di mana?
Bila? Soalan-soalan dihujung itu hanya berputar dalam kepala.
“Kamal...
saya Kamal. Kamal Noah bin Ibrahim.”
Aivy
jadi beku. Kamal? Betul ke dia Kamal? Anak Uncle Ibrahim? Tapi kenapa dia
telefon? Nak jual ‘minyak urat ke’? Rentak jantungnya kian sumbang. Gementar.
Inilah perkenalan pertama mereka. Dalam telefon!
“Aivy...
are you still there?”
Kamal jadi saspens bila suara di sana hilang begitu sahaja.
Kalut.
Apa aku nak buat? Perutnya berasa senak serta-merta. Rasa bagai kena serang
diarea, gastrik dan senggugut secara tiba-tiba.
“Aivy...”
Suara
macho itu menyapa lagi. Membuatkan peluh dingin mula merenek di tubuhnya.
Memang boleh buat dia karam hanya dengan mendengar suaranya sahaja. Cukup
berkarisma dan menggentarkan jiwa.
“Saya
mengganggu ke?” soal Kamal seakan faham apa yang sedang dirasa oleh insan di
sebelah sana.
“Errr...
aaa... ta... takkk...” Sudah terang lagi bersuluh dia jadi kalut. Kepalanya
kosong. Tak tahu nak fikir apa.
“Are
you okay?”
“Eh,
okay... okay. Fine. Good. Thank you.”Uwaaa... Apa yang aku dah melalut
ni? Fikirannya semakin huru-hara.
Sepi
lagi. Aivy mengambil masa meredakan rasa gemuruh di dada. Dia sedut nafas
dalam-dalam kemudian dihela dengan mulut muncung panjang ke depan.
“Boleh
saya bercakap dengan Aivy sekarang?”
“Boleh.”
Sepatah sahaja yang keluar.
Bisu
lagi.
“Ada
apa-apa yang Aivy nak tahu? Nak tanya pada saya?” Kamal cuba pecahkan situasi
kekok antara mereka.
“Uncle
Ibrahim sihat?”
Dan
saat itu juga dia boleh dengar ketawa di sana bergema. “Kenapa? Kenapa ketawa?”
Aivy blursambil menggaru kepala. Dia tanya apa tadi, salah ke?
“Aivy...
Aivy...”
Aivy
boleh bayangkan lelaki itu sedang menggeleng kepala sambil mentertawakan
dirinya.
“Kenapa
tanya pasal abah?” soal Kamal geli hati. Bukankah mereka yang sepatutnya
berkenalan? Mereka sepatutnya cuba mengenali antara antara satu sama lain
dengan lebih rapat sebelum sebarang keputusan rasmi dibuat.
“Awak
sihat?” Spontan.
“Sihat.”
Lambat-lambat Kamal jawab. Lagi sekali ketawa di hujung sana meledak. Dia boleh
bayangkan gadis itu sangat naif dan lurus orangnya.
“Salah
ke soalan tu?” Dengan lurus bendul, Aivy balas balik.
“Tak.
Tapi Aivy tak nak tahu pasal kita?”
“Ooo...
yaaa...” jawabnya panjang.
“Keluarga
saya masih menunggu jawapan. But take your time, okay. No rush.”
“Tapi
kita tak pernah kenal, kan.”
Suara
di hujung sana pula yang menghilang tiba-tiba.
Ah!
Aku salah cakap ke. Mungkin sebab dia boleh baca penolakan di pihaknya. Dia
tersentap?
“Jadi
Aivy tak setuju?”
Macam
mana nak jawab ni? Perlu ke dia bohong sunat untuk menjaga hati orang? Suara
ibu berputar semula.
“Kalau
Aivy tak nak, nantilah ibu fikirkan macam mana nak tolak secara elok. Sebab
Ibrahim tu nampak berhajat sangat nak jodohkan Aivy dengan anaknya.”
“Saya
tak marah atau kecil hati. Apa sahaja keputusan Aivy, saya terima dengan hati
terbuka.”
Suara
tenang itu membuatkan dia semakin tak tenang.
“Bukan
tak suka. Cuma Aivy belum rasa nak kahwin lagi.” Jujur. Itulah yang selayaknya
sebagai jawapan. Perlu berterus-terang dari mula sebelum segalanya menjadi
semakin rumit.
“Belum
rasa?”
“Belum
masanya.” Aivy buat pembetulan.
“Jadi,
memang itu keputusan Aivy?”
“Lebih
kurang macam tulah.”
Diam.
“Boleh saya tahu kenapa?” soal Kamal bersahaja.
“Macam
saya cakap tadi. Kita tak pernah kenal. Tak pernah jumpa. Dan tak pernah
bercinta. Macam mana nak kahwin?”
“Tak
boleh bercinta selepas kahwin?”
“Erkkk?!”
Dia bagai tercekik tulang ikan gelama.
Kamal
tahu Aivy jenis yang lurus bendul. Gadis yang senang berterus-terang. Seperti
kata abah. “Okey.”
“Okey?”
Aivy terpinga-pinga. Pelik jika semudah itu pihak di sana boleh menerima
penolakannya.
“Kalau
itu keputusan Aivy, saya tak memaksa.”
Bagai
air yang mengalir sahaja suaranya. Langsung tidak terjejas. Agaknya sebab ini
rancangan Uncle Ibrahim? Atau dia sudah ada calon lain? Jadi penolakan itu
diterima dengan senang hati?
“Cuma
satu permintaan saya.”
“Hmm?”
“Saya
nak jemput Aivy datang ke rumah. Cuma nak kenal siapa gadis yang membuatkan
abah benar-benar jatuh hati.”
“Arrr...”
Dia ternganga.
“Abah
benar-benar berkenankan Aivy untuk dijadikan menantu.” Seolah-olah faham apa
yang bermain di kepala Aivy, Kamal betulkan ayat.
Aivy
kerutkan dahi. Gigit jari. Siapa yang nak kahwin sebenarnya ni? Dia ke Uncle
Ibrahim?
“Just
for dinner and meet my family.”
“Family?”
Tanpa
sedar bibirnya berbisik.
“Adik-beradik
saya...”
“Nak
jumpa saya?” soal Aivy bagai tidak percaya.
“Cuma
nak berkenalan.”
“Errr...
nanti saya tanya ibu dulu.”