Home Novel Kisah Hidup Perempuan
Bab 7-3

Teriyang-iyang suara mak sewaktu duduk di kerusi tamandua hari lalu, sebelum mak pulang ke kampung.

“Kau ni, merancang ke Didi?” tanya mak selamba.

“Merancang apa mak?” tanya Didi untuk tahu lebih jelassebelum menjawab.

 “Mak rasa kauorang dah kahwin, lebih dari 5 tahun, tak teringin nak menambah ke?” tanya mak

“Tambahapa?” Didi pura-pura tidak mengerti dengan soalan yang mudah itu.

Sebelummenjawab, Didi mahu dengar soalan itu jelas dan dia betul-betul faham. 

“Tambah apa?Tambah anak la?” tanya mak lagi sedas kepada Didi.

Diditermangu-mangu, nasib baik yang memberi soalan adalah mak.

Soalanak rupanya.

MemangDidi rimas! Kena pula soalan dari emaknya sendiri. Hendak beritahu bagaimana?Bukan mereka merancangpun, tetapi belum ada rezeki dari ALLAH, rezeki anak.

Soalanyang paling benci Didi hendak jawab. Seperti tidak ada soalan lain dalam duniaini. Mahu rasanya Didi sekiranya soal tidak mempunyai anak tidak dibangkitkanoleh sesiapa kepadanya dirinya. Terasa kerdil dirinya, apabila tidak dapatmenyempurnakan sifat seorang perempuan, yang satu ini. Untuk menjadi seorangibu. Terasa kurang sifatnya sebagai seorang isteri kerana tidak dapatmemberikan zuriat kepada seorang suami. Hisy..kenapa pula soalan itu perlukeluar dari mulut mak. Soal pasal ANAK!.

“Belumada rezeki lagi mak..” jawab Didi mendatar.

Itulah saja jawapan yang boleh diberikan. Sudahberlori-lori agaknya jawapan itu diberikan kepada sesiapa yang bertanya. Memangjika soalan itu, jawapan itulah yang akan diberikannya. Yang sebenarnya hanyaDIA yang maha mengetahui dan maha mengasihani.

“Cuba bincang dengan Johan, berubat. Berubat caramodern ke? Cara kampung ke?” sambung mak lagi.

Mak sudah lupakah yang Johan seorang doctor kut?Pemeriksaan sudah dibuat. Kedua-duanya sihat sahaja, tidak ada masalah. Baikdari segi fisikal dan juga dari segi reproduction organ. Senang cerita,kedua-duanya sihat. Didi hanya tunduk, dia tidak kuasa hendak menerangkan apayang telah dia dan Johan lakukan. Rasanya tidak perlu. Beri sahaja peluang makberbicara.

“Mak bukan apa, mak tengok si Joe baik budaknya, takutlama-lama dia buka cawangan aje..nauzubillah..takut pulak mak, bukannya makberdoa” kata mak lagi.

Bunyi seperti seriau je mak.

Mahunya tidak? Manalah tahu, tetiba malaikat lalu danmengaminkan apa yang emak fikirkan.

Didi masih tunduk. Dia tahu, jika emak sendiri sudahmula bercerita, apa tah lagi keluarga mertua!

Perbualan tidak diduga itu memang benar-benar memenuhikepala otaknya. Sudahnya,Didi tambah risau. Kes si perempuan Sarawak belum selesai, kes tidak ada anakpula yang timbul.

Strategi memikat si suami perlu dipertingkatkan lagi.Idea dari Mutiah perlu digunakan sepenuhnya. Kecuali idea menyediakan tongkattu. Idea yang itu terpaksa dibuang.

Previous: Bab 7-2
Next: Bab 7-4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Rose Ezadora