Home Novel Kisah Hidup Perempuan
Bab 2-3

Perlahan diaduduk, namun masih tidak ada bicara yang terkeluar dari mulutnya. Perasaanmarah masih bersisa.

DiperhatikanJohan sedang meleraikan tali lehernya, kemudian membuka kemeja dan mencapaituala untuk membersihkan diri. Semua pakaian dimasukkan ke dalam bakul yang adadi tepi pintu kamar mandi.

Didi hanya diammemerhatinya pergerakan si suami.

Suaminya jemuagaknya kerana setiap persoalan tidak berjawab. Seumpama berbicara dengandinding sahaja.

Tersenyumsahaja Dr. Johan melihat Didi sudah duduk lalu dia maju ke arah Didi. Dia dudukdi tubir katil memandang Didi yang hanya memandang kepadanya tanpa sepatah kata.Johan hanya dengan kain tuala terlilit di pinggang.

Ingatkan Johan mahumemarahinya kerana tidak menjawab satupun pertanyaannya. Meleset rupanyasangkaan Didi. Johan masih boleh tersenyum walaupun sudah diperlakukansedemikian oleh Didi. Buat Didi rasa cukup bersalah.

Yang Didi tahu,si suami ingin membersihkan diri sebelum janjinya untuk menyediakan makanmalam.

“Sayang nangis ya?“tanya Johan lembut.

Didi geleng kepala.

Hendak tipu apa?

Johan tahu Didimenangis. Matanya masih nampak merah. Kenapa dan penyebab tidak pula diaketahui, namun akan ditanyanya apabila terluang.

Perempuan yang diammembisu itu perlu dipujuk.

Perempuan,keras-keras kerak nasi, kena sedikir air lembutlah. Samalah dengan perempuanyang sedang direnung Johan.

Kena pujuksedikit, lembutlah dia nanti!.

Dicapainyatangan Didi.

Johanterperasan jari Didi yang sudah berplaster.

“Ni.. kenapapulak!” tanyanya dengan harapan ada perbualan tercetus, kali ini.

Cepat-cepatDidi menariktangannya. Hendak diberitahu yang dia mengamuk dan memecahkan barang sehinggamencederakan dirinya sendiri, itu tidak mungkin!.

Marahnya masih berbaki.

Tangan Johanmelengkar ke bahu Didi.

Dirapatkannyatubuh Didi ke dadanya.

Terdengardendangan degupan jantung Johan yang berirama, perlahan dan tenang.  

“Bang..”akhirnya Didi bersuara.

Sudah cukuprasanya kesalahan yang telah dilakukannya, cukup-cukuplah tu.

Penjelasanperlu diraihnya.

“Hemm..” jawabJohan yang sebok mengulit rambut si isteri.

“Didi nak tanyani, abang jangan marah..?”  Didi perlu bertanya perkara utama, hendak jadiapa, jadilah.

Didi nekat.

Dari diam,bukan dapat apa-apa jawapan dan faedah.

“Hem.. apa dia?” ujar Johan.

“Didi, Didi naktanya, siapa perempuan yang abang keluar petang tadi..?” soalan Didi membuatkan Johan tersentak.

Mana pulaisterinya tahu mengenai perempuan itu?

Tegak lehernyayang tadinya terlentuk di leher isterinya.

“Perempuan yangmana? Hari ini.. hari ini.. ahhh..abang keluar dengan a few ladies, which one, which lady?” tanya Johan.

“Perempuan yangabang keluar sebelah petang, yang kulit puteh, kurus kurus dan tak pakai tudungtu?“ tanya Didi.

“Mana Didi tahu ni.?.“ terperanjatJohan, terfikir Johan Didi ada pasang spykah?

Mengintip semua pergerakannya.

“Jawab ajelah. Tadi,Didi konon nak suprise abang, tapi Didi yang dapat surprise..!” kata Didi dengannada merajuk.

Johanmengetatkan lagi pelukannya. 

Previous: Bab 2-2
Next: Bab 2-4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Rose Ezadora