Home Novel Kisah Hidup Himpunan cerita kontot
Himpunan cerita kontot
Maryani Zailani
14/9/2024 17:57:38
5,494
Kategori: Novel
Genre: Kisah Hidup
CK 3
CERITA KONTOT 3: PAK CIK DI STESEN LRT


Selalunya hujung minggu, aku lagi suka duduk rehat di rumah berbanding keluar bersiar-siar. Tapi, hari ini aku terajin pula nak keluar cuci mata di Sunway Putra Mall. Aku bukannya nak shopping pun. Setakat beli pencuci dan pelembab muka.

Aku naik LRT Kampung Baru dan transit di stesen LRT Masjid Jamek, sebelum turun ke stesen PWTC. Dari situ, aku akan jalan kaki kira-kira seminit sebelum sampai ke Sunway Putra Mall.

Sedang mata aku melilau menyaksikan kerenah pengunjung, aku disapa dengan seorang lelaki, mungkin umurnya dalam 50-an, memakai kopiah dan baju melayu putih serta berseluar hitam lusuh. Air mukanya nampak dalam kesusahan.

“Dik, pak cik nak balik ke Sentul. Pak cik tak ada duit nak beli tiket tambang. Boleh tak pak cik nak minta RM 10?”

Aku tak boleh nampak orang dalam kesusahan. Tanpa banyak soal, aku pun berilah wang secukupnya dengan harapan pak cik tu dapatlah balik ke rumahnya dengan selamat.

“Terima kasih, dik!”

“Sama-sama.” Aku membalas dengan senyuman dan terus berlalu pergi.

Kira-kira dua jam kemudian, aku ambil keputusan untuk balik setelah puas menjelajahi pusat beli-belah tersergam indah di tengah kota raya. Di stesen yang sama, aku terlihat pak cik itu masih merayu simpati daripada orang ramai. Saat berselisih, dia menahan aku dan mengulang dialog yang sama seperti pertemuan awal tadi. Aku tercengang. Kali ini, aku tak layan. Aku terus melangkah pergi.

Di dalam perut tren, aku tertanya-tanya dalam hati, ‘Pak cik tu scam aku ke?’

Apa pendapat kau orang? Pak cik tu scammer atau betul-betul susah? 

- TAMAT -

27 OGOS 2024

Previous: CK 2
Next: CK 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.