Home Novel Keluarga Pilihan
Pilihan
Deffinter
14/5/2020 15:25:05
56,074
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
BAB 7

AISYAH bersila panggung di atas sofa di bilik tv. Ruangan tu lengang pagi Ahad lepas gotong-royong tu. Masing-masing dah sambung buat tahi mata kat atas agaknya.

Dia tak ambil pusing. Matanya berlari tenang meniti isi Book of the Dead yang masih berbaki separuh di tangan.

Tak keruan life mak cik Patricia ni agaknya setiap kali naksiapkan satu novel. Nak cerita bagi detail macam ni, mesti nak kena bayangkan benda-benda ngeri dan disgusting tu, kan. Entah-entah tidur pun mata terbuka. Huhu... huh?

Matanya menangkap kelibat manusia yang menghampiri dan berhenti di depannya.

Novel di depan muka diturunkan dengan kening sebelah terangkat. Wajah tiga orang budak yang berdiri di depannya dipandang satu per satu.

Apa ni? Nak buka setting Bawang Merah Bawang Putih ke? Apa hal bawa mood Sinetron menghadap aku ni?

Dia menala pandangan pada budak yang berdiri di tengah yang betul-betul menghadap dia.

Yang ni dah macam ada aura Oma Bertha dah.

Dia mengalih pandangan mata ke budak yang berdiri di sisi kiri si Oma Bertha. Hmm. Eloklah. Yang tu dah macam Rika Sumanto.

Budak yang di kanan pula dikelihnya. Siska.

Ehh.

Lantaklah nak buat drama apa pun. Main jauhlah. Menyibuk kat sini buat apa?

Novel di tangan kembali menadah muka.

"Hello. Kita orang nak bercakap ni." Suara dari hujung barisan menerjah gegendang telinganya.

Aisyah tak berkutik. 'Bukan masalah aku.'

"Hoii." Budak tu dah hilang sabar.

Noveldi tangan tiba-tiba terbang membelah udara sebelum mendarat ke lantai. Sekelip mata tangan Aisyah macam pegang buku lutsinar. Matanya perlahan-lahan naik ke muka budak tu.

"Girl." Matanya mengilas pandang novel yang dah bertutup di atas lantai. "Aku tak sempat tanda tempat aku baca. "Tenang, rileks, monoton dia bersuara. Mukanya dibiar kosong tanpa riak, tuang rasa cuak dalam hati budak-budak tu.

Berkerut dahi budak bertiga tu memandang Aisyah. Bukan setakat kurang ajar. Psycho sekali rupanya!

"Kita orang nak bercakap dengan kau."

Aisyah tak bagi respon. Dia bangun mencapai novel sebelum berlalu nak meninggalkan tempat tu.

"Woi. Kau pekak ke?" Lengan Aisyah ditarik berpusing ke belakang.

Terhuyung-hayang dia berpaling. Berkerut-kerut dahinya. Logik ke kalau dia tak meradang bila disentuh macam tu?

You’re stepping on the boundary, girl.’

"Apa ni?" Malas-malas Aisyah menjatuhkan pandangan pada tangan budak tu yang masih pada lengannya. "Cubaan membuli?" Kini matanya diangkat merenung tajam si Oma Bertha.

‘Tiba-tiba rasa macam kenal pulak budak ni. Siapa ya?’

Si Oma Bertha spontan melepaskan genggamannya pada lengan Aisyah. Gerun jugak dia. Kut ada yang nampak karang, kena tuduh membuli pulak.

"Look. Kita orang ada benda nak cakap. Jangan buat-buat pekak, boleh?"

"Kau orang jangan buat-buat bodoh dan buta, boleh?" Laju Aisyah memotong. "Tak nampak aku blah sebab tak sudi dengar? Atau kau orang semua IQ tak sampai dua digit pun yang susah sangat nak faham aku buat-buat pekak sebab malas nak layan kau orang?"

Datar. Satu tone saja suaranya yang dikeluarkan tapi lidah budak-budak tu habis kelu tak tahu nak balas apa.

Kaku keras macam kena sambar petir je dah tubuh masing-masing. Third degree burned la tu.

Aisyah tak semena-mena terangkat kening.

'Ohh. Ingat dah.' Dia mengelih pada budak Oma Bertha. Budak ni ketua form 1 yang naik hasil undian majoriti hari tu.

'Aku tak undi. Tak berkarisma. Patutlah aku tak ingat.' Suara dalam hati mengutuk.

"Lagi satu, aku tak ada the luxury nak layan manusia pengecut." Aisyah angkat dagu pada si batch leader. "Kalau nak bercakap dengan aku, datang jumpa aku sorang-sorang. Kalau dah ramai macam ni namanya nak buat mesyuarat." Tu pun nak kena ajar. Betul la IQ satu digit. 

Dia melontar jelingan sedas sebelum berlalu meninggalkan budak-budak tu terkulat-kulat. Matanya dijatuhkan pada novel di tangan. 

'Tak pasal-pasal nak kena cari balik muka surat tadi. Huh!'

***

"DIA pulak kenakan kita balik. Dari mana entah datang dia punya confident nak lawan kita." Yusra merungut. Punggungnya dihenyak atas katil Sofia. "Dah macam kita pulak yang buat salah."

Ainin mengangguk di sebelahnya. "Dah berkajang aku buat list kesalahan dia. Alih-alih, mukaddimah pun tak sempat keluar."

Sofia berpeluk tubuh di hujung katil. Kalau nak cerita pasal geram, geram dia lebih tak boleh bawa bincang. Rancangan dalam kepalanya tak menjadi sekuman pun.

Nak buat teguran berhemah pasal aduan pasal aduan budak form lain tu alasan je sebenarnya. Dia lagi desperate nak lepaskan geram pada Aisyah sebab cemburu. Terbayang-bayang lagi dalam kepala peristiwa Zakwan, Ikmal dan Aisyah di kaki lima sekolah Rabu sudah.

'Aku batch leader kot. Masuk keluar meeting pimpinan setiap minggu, tak pernah lagi tengok si Zakwan tu pandang perempuan. Hari tu, boleh je selamba dia kacau si Aisyah tu.'

Sekali bila nak brain wash Aisyah, disekolahkannya balik. Gila tak berasap kepala ni.

"Pia." Yusra menoleh pada Sofia.

Sofia memandang Yusra dan Ainin silih berganti.

"Kau ada rancangan tak?"

Sofia mengangguk dengan sebelah kening disentak. "Kita pakai skuad bantuan." Mata Sofia mengecil dengan aura mod perang.

Previous: Bab 6
Next: BAB 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Deffinter