Home Novel Keluarga Korban Kasih Abang
Korban Kasih Abang
Myea Miko
23/3/2020 00:38:06
54,840
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 9

Hadif mengemas barang-barang milik abahnya kerana hari ini abahnya dibenarkan balik ke rumah, kesihatanya juga sudah semakin membaik.


Pak Hassan merenung anak sulungnya yang sedang ralit mengemas barang untuk dibawa pulang, Hadif yang perasan pandangan abahnya terus berpaling memandang Pak Hassan.


"Kenapa abah? abah nak air ke?" Tanya Hadif lembut, terus dia melangkah menghampiri abahnya dan duduk di atas katil dimana ada sedikit ruang berhampiran abahnya.


"Kamu baik sangat dengan abah, abah dah abaikan kamu tapi kamu tetap layan abah dengan baik." Katanya sebak, menitis airmata di pipinya.


"Abah...abang tak pernah pun nak benci abah, walau macamana pun abah pernah layan abang dulu, abang bersyukur sebab ada bapa macam abah." Kata Hadif, dia memegang tangan bapanya erat.


"Dahlah tu abah janganlah sedih, tak handsome dah muka abah adik ni kalau nangis." Kata Hanan, sedari tadi dia memerhati abah dan abangnya dari luar. Setelah mereka seperti sudah habis berbicara terus dia melangkah masuk ke dalam.


Bapa dan abangnya menoleh memandang adiknya, terukir senyuman di bibir mereka.


Hanan menyalami bapa dan abangnya, tangan mereka dikucup sekejap.


"Aah nanti takdelah muka abah macam Shah Rukh Khan kalau airmata tu dah keluar." Gurau Hadif membuatkan mereka semua ketawa.


"Meh sini anak-anak abah." Kata Pak Hassan sambil mendepakan tanganya isyarat supaya anak-anaknya memeluknya.


Hanan dan Hadif terus memeluk bapanya erat, pak hassan mengusap belakang kedua anaknya perlahan. Hatinya merasa sangat bahagia saat ini.


Setelah sampai di hadapan rumah, Hanan terus keluar dari kereta menuju ke bonet belakang untuk mengambil beg milik abahnya, Kerusi roda bapanya dikeluarkan dan diberikan pada abangnya.

Hadif terus ke belakang membantu Pak Hassan keluar dari kereta dan duduk di atas kerusi roda, kerusi roda ditolak sehingga sampai di depan pintu rumah mereka.


"Rindu betul abah dengan rumah ni." Kata Pak Hassan setelah pintu rumah dibuka, dia melihat sekeliling kelihatan kemas dan teratur, mungkin Hadif selalu mengemas ketika dia tiada di rumah, bisik pak Hassan dalam hati.


"Hadif pun rindu sangat nak berkumpul sekali dengan abah dan Hanan." Kata Hadif.


Hanan yang berada di belakang abangnya terus melangkah laju menghampiri abangnya dan memeluk bahunya erat.


"Sekarang ni kita kan dah berkumpul, adik janji 

akan ada sentiasa dengan abang dan abah." Kata Hanan bibirnya mengukir senyum.


Hadif juga mengukir senyuman mendengar kata-kata adiknya,dia membalas pelukan hanan dengan menepuk bahu adiknya perlahan. Pak Hassan juga mengukir senyum. Dia sangat bahagia apabila anak-anaknya berada di sisinya.


Setelah selesai solat berjemaah yang berimamkan Hadif, Hadif terlebih dahulu menoleh ke belakang, tangan tua abahnya dikucup sekejap, lalu dia memeluk abahnya erat sebelum bibirnya singgah di dahi abahnya.

Pak Hassan membalas dengan menepuk perlahan pipi anak sulungnya itu.


Hadif membuat tindakan yang sama terhadap adiknya. Mula hati Hanan merasa ada sesuatu yang abangnya sembunyikan dari dia dan abah. 


Baru je Hanan ingin membuka mulut bertanya, abangnya terlebih dahulu berbicara.


"Jomlah kita makan, abang dah masak." 


"Bila masa abang masak." Tanya Hanan


"Masa adik dengan abah rehat dalam bilik tadi, abang terus masak."


"Alaa kenapa tak panggil adik, boleh adik tolong." 


"Takpe sekejap je abang masak." Perlahan Hadif mengusap kepala adiknya.


"Jom abah." Kata Hadif terus dia menghampiri abahnya dan menolak kerusi roda abahnya hingga sampai ke dapur. Hanan terus melangkah mengikuti abangnya dari belakang.


Sampai di meja makan, Hanan terus membuka tudung saji, pinggan dan cawan juga telah disediakan dia hanya duduk dan makan sahaja.


"Wahhh.. abang masak lauk kegemaran adik." Mata Hanan bersinar saat melihat ayam masak merah di atas meja.


"Mestilah ada kan tu kegemaran adik." Jawab Hadif.


"Terima kasih abang." Hanan mengukir senyuman ke arah abangnya terus dia duduk di kerusi yang disediakan.


Pak Hassan duduk di tengah, Hadif pula duduk berhadapan Hanan.


Pinggan diletakkan di depan ayahnya, Hadif mencedok nasi dan lauk ke dalam pinggan abahnya.


"ni abang ada masak lauk kegemaran abah." Kata Hadif terus mencedok daging masak kicap dan letakkan ke dalam pinggan abahnya.


Abahnya hanya mengganguk.


Setelah doa dibaca Hanan, dia terus menyuapkan nasi dan ayam ke dalam mulutnya. Pak Hassan tidak memakan makanan tersebut malah dia hanya termenung.


"Abah.." Panggil Hadif, dia menepuk perlahan tangan bapanya. Terus pak Hassan tersedar dari lamunan.


"Takde apa, kamu ingat lagi makanan kegemaran abah." Kata Pak Hassan.


"Mestilah abang ingat, mana boleh lupa. Makanlah abah." 


"Yelah."  Jawab pak Hassan.


"Abang kenapa kau masak sedap sangat ha!" Kata Hadif, dia mencedok lagi nasi berselera benar dia makan masakan abangnya 


"Biasa aje takdelah sedap mana." Jawab Hadif.


"Abang kamu masak sedap sama macam arwah mak kamu masak." Celah pak Hassan.


"Terima kasih Abah " Jawab Hadif, bibirnya mengukir senyuman mendengar pujian dari abahnya.


"Kamu tak makan ke?" Tegur pak Hassan sedari tadi Hadif hanya melihat dia sedang enak menikmati makanan, dia langsung tidak menyentuh makanan apa pun.


"Boleh tak kalau abah suap abang."


"Kau ni macam budak kecil la bang." Hanan yang sedang berselera makan sempat mencelah apabila mendengar permintaan abangnya.


"Takpelah abang nak merasa je abah suap abang." Jawab Hadif.


Hanan hanya tersenyum dengan sikap abangnya, dia meneruskan makan semula.


Tanpa berkata apa Pak Hassan terus menambah nasi dan lauk. Perlahan dia menyuapkan nasi ke dalam mulut anak sulunnya.


"So sweetnya." Kata Hanan yang sudah selesai makan, sedari tadi dia melihat abahnya menyuapkan nasi ke dalam mulut abangnya, hatinya merasa terharu.


"Abah tak suap adik ke?" Tanya Hanan sengaja ingin mengusik abahnya.


"Kamu takpayah, abah dah selalu dah suap kamu." Gurau pak Hassan.


Hanan mencebikan mukanya tanda merajuk membuatkan Hadif dan pak Hassan ketawa dengan sikap rajuknya.


Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.