Home Novel Keluarga Korban Kasih Abang
Korban Kasih Abang
Myea Miko
23/3/2020 00:38:06
56,059
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 4

Setelah selesai solat subuh, Hadif menyiapkan sarapan untuk keluarganya, setelah memastikan semuanya telah tersedia, Hadif bersiap untuk pergi ke pasar membeli ikan dan sayur, itulah rutinya setiap hari.


"Abang nak pergi mana?" Tegur Hanan apabila ternampak abangnya bergegas keluar dari rumah.


"Abang nak pergi pasar sekejap, beli ikan." Jawab Hadif.


"Adik baru nak ajak abang ke dusun tengok buah, bulan ni kan musim buah gugur." 


"Oh ye ke? adik pergi dulu, nanti abang pergi kemudian."


"Baiklah abang, adik bawak abah sekali la."


"Yelah, abang pergi dulu. Sebelum pergi bawak abah sarapan dulu, abang dah siapkan semua." Pesan Hadif sebelum melangkah keluar dari rumah.


"Baiklah abang." Jawab Hanan, dia hanya memandang belakang abangnya hingga hilang dari pandangan.


Hanan melangkah ke dalam bilik isterinya untuk mengajaknya sekali.


"Sayang, sayang..."  Kejut Hanan lembut. Pagi yang sudah menampakkan matahari pun masih liat lagi nak bangun 


"Ermm, apa dia abang." Jawab Adrina dalam keadaan mamai.


"Abang nak pergi dusun tengok buah, sayang nak ikut tak?"  Ajak Hanan.


"Dusun? Taknaklah abang pergi sana nanti habis badan sayang gatal-gatal." Jawabnya manja.


Hanan hanya menggelengkan kepala melihat telatah isterinya.


"Jadi sayang tak nak ikutlah ni." Tanya Hanan lagi sekali.


"Taknaklah abang, sayang mengantok lagi ni. sayang nak sambung tidur." Terus dia menarik semula selimutnya dan melelapkan mata.


"Abang pergi dulu, abang bawak abah sekali." Kata Hanan sebelum melangkah keluar dari bilik.


Setelah tiba di pasar, Hadif membeli ikan di kedai yang biasa dia beli. Setelah selesai membeli semua barang yang diperlukan, dia terus melangkah keluar dari pasar tersebut.


ketika dia bergegas dengan langkah dilajukan ke tempat parking motor, dia terlanggar bahu seseorang sehingga mereka berpaut antara satu sama lain dari terjatuh. Hadif sempat memaut badan wanita tersebut. Wanita itu juga memaut erat leher Hadif memberi sokongan pada badanya yang dipaut Hadif.


Mereka kekal posisi sebegitu selama beberapa saat, apabila mata mereka bertentangan antara satu sama lain.


Hadif terkejut  melihat wanita yang didepanya ini. Wanita yang pernah dicintainya dulu, kini wanita itu kembali betul-betul berada depan matanya. Wajah wanita itu langsung tidak berubah masih cantik seperti dulu.


Begitu juga dengan wanita tersebut, dia tidak menjangka yang dia akan bertemu semula dengan lelaki yang dicintainya dulu, pada dia sampai sekarang perasaanya masih sama terhadap lelaki itu walau setelah sekian lama mereka tidak berjumpa.


"Safiya." Kata Hadif.


"Abang  Hadif." Panggil wanita itu.


Terus mereka melepaskan antara satu sama lain.


Hadif membantu Safiya  mengambil semua barangnya yang terjatuh, Safiya juga membantu Hadif mengambil barang-barang tersebut.


"Terima kasih, abang." Ucap Safiya saat Hadif menghulurkan barangnya.


"Sama-sama." Jawab Hadif ringkas, dia ingin melangkah dari situ terhenti apabila Safiya memanggilnya.


"Abang Hadif." Panggil Safiya lagi.


Hadif menghentikan langkah, menoleh memandang Safiya. Jika dia tidak menyahut nanti dianggap sombong pula.


"Boleh tak kita bersembang sekejap." Pinta Safiya.


"Boleh." Jawab Hadif sepatah Mereka jalan beriringan ke kerusi yang disediakan di tepi pasar.


"Abang sihat?" Safiya mulakan bicara setelah mereka melabuhkan duduk.


"Alhamdulillah sihat, bila Fiya balik sini." Panggilan itu yang Safiya amat merindui dari mulut Hadif. 


"Baru dua hari Fiya balik sini." Jawab Safiya. Terasa kekok juga dibuatnya, biasalah mereka sudah lama tidak berjumpa.


Hadif hanya mengganguk mengiyakan, dia tidak tahu mahu bertanya apa lagi. Dia terasa kekok apabila bertemu semula dengan bekas tunangnya.


Sedari tadi Pandangan Safiya tidak lepas dari memandang Hadif, wajah lelaki itu sama seperti 10tahun lepas, sangat tenang apabila ditatap.


Masa mula Hadif memutuskan pertunangan mereka, Safiya amat membenci Hadif jika boleh dia ingin membuang terus Hadif dalam hidupnya, tapi hari ini apabila dia bertemu semula dengan Hadif melihat wajah tulus lelaki itu, hatinya masih sayang selama ini hanya ego yang menguasai diri.


Hadif yang perasan akan pandangan Safiya mula rasa tidak selesa. Dia terus bangun dari situ, tidak ingin dia berlama di situ.


"Fiya, abang balik dulu. Kalau ada rezeki kita berjumpa lagi." Hadif terus melangkah pergi dari situ.


Fiya hanya memandang belakang Hadif hingga dia jauh dari pandanganya, belum sempat dia bertanya lebih tentang Hadif, Hadif terlebih dahulu meminta diri.


"Suatu hari kita mesti berjumpa lagi abang, sebab Fiya memang nak jumpa abang lagi." Omelnya sendiri.


Hadif terus balik ke rumah, tanpa singgah di dusun melihat Hanan dan abahnya yang sedang menikmati buah di sana, dia juga sudah memberitahu Hanan supaya jangan menunggunya dan terus balik ke rumah kerana ada hal yang dia ingin uruskan.


Hadif melangkah masuk ke dalam.rumah setelah memberi salam, dia terus menuju ke dapur meletakkan ikan dan sayur ke dalam peti ais. Tanpa dia tahu yang Adrina berada di dalam bilik.


Adrina yang baru lepas bersiap setelah selesai mandi mendengar suara Hadif memberi salam.


"Ada peluang ni, aku nak kenakan abang Hadif." Mula rancangan jahat bermain di fikiranya.


"Arghhh!!!" Jerit Adrina sekuat hati supaya didengari Hadif.


Hadif yang terdengar jeritan dari dalam bilik adiknya terus dia melangkah laju menuju ke bilik Hanan untuk melihat apa yang berlaku.


Hadif membuka pintu bilik adiknya dia melihat Adrina sedang menangis teresak-esak di tepi katil, padahal semuanya pura-pura belaka.


"Kenapa ni Rina?" Tanya Hadif.


"Abang Hadif." Panggil Adrina terus dia berlari ke arah Hadif dan memeluknya erat.


Hadif terkaku sebentar, nak dilepaskan makin erat pula Adrina memeluknya.


"Ada perompak masuk dalam rumah tadi, Rina takut abang." Dengan jayanya Rina berpura-pura depan Hadif.


"Mungkin dia dah lari, abang ada ni jangan nangis dah." Pujuk Hadif, dia tak tahu macamana ingin melepaskan pelukan Adrina terhadapnya, Adrina tersenyum sinis dalam pelukan Hadif.


Akhirnya Hadif melepaskan juga pelukan Adrina darinya. 


"Rina duduk sini dulu, sikit lagi mungkin Hanan balik." Pesan Hadif.


Ketika Hadif ingin melangkah keluar dari bilik, Adrina terus menarik tangan Hadif sehingga dia terdorong sekali Adrina dia atas katil.


Posisi mereka nampak seperti Hadif ingin membuat sesuatu yang tidak elok kepadanya, walaupun itu semua taktik kotor Adrina.


Hadif ingin bangun tetapi Adrina memegang baju Hadif dengan kuat, sukar untuk dia bangun.


"Kenapa Rina buat macam ni." Tanya Hadif.


"Saja nak kenakan abang." Jawab Rina berterus terang.


Belum sempat Hadif melepaskan gengaman Rina darinya muncul Hanan yang baru balik di depan pintu, terkejut dia dengan apa yang dia lihat di depan matanya.


"Apa kau buat ni abang?!!" Jerit Hanan amarahnya mula memuncak.


Pak Hassan yang berada di ruang tamu mendengar jeritan Hanan. Terus dia memusing kerusi rodanya menghampiri anaknya.


Dia terkejut melihat posisi Hadif dan Adrina, lagi membuatka dia membenci Hadif.


Adrina menolak Hadif yang berada di atas dengan tanganya di depakan, padahal dia hanya menahan untuk mengelak terjatuh terhempap Adrina. Adrina terus menghampiri Hanan dan menyorok di belakang suaminya sambil menangis teresak- esak, semuanya drama belaka.


"Adik, abang boleh jelaskan semua ni salah faham." Jelas Hadif.


"Kau cakap salah faham, kau ingat aku akan percaya ke dengan apa yang aku nampak depan mata aku ni!" Kata Hanan kasar, hilang sudah panggilan abang terhadap Hadif.


"Abang, sayang takut." Kata Adrina teresak-esak di belakang Hanan.


"Sabar sayang, abang akan bawak awak balik." Pujuk Hanan, dia lebih percayakan isterinya kerana apa yang dia nampak depan matanya memang semuanya berpunca dari abangnya.


"Adik tolong dengar penjelasan abang dulu." Rayu Hadif.


"Aku tak nak dengarlah abang, patutlah selama ni abah benci sangat dengan kau, cuma aku je yang bodoh sebab terlalu percayakan kau." Kata Hanan sebak menitis airmata di pipinya dengan apa yang telah abangnya lakukan padanya.


"Kamu ni memang memalukan akulah Hadif, aku memang takkan anggap kamu ni anak aku." Pak Hassan bersuara setelah sejak tadi mendiamkan diri.


"Abah tolong percayakan abang abah, abang tak buat semua tu." Hadif melutut di hadapan Pak Hassan dan Hadif memohon maaf tapi langsung tidak dipedulikan Hanan hatinya benar-benar sakit terhadap sikap abangnya yang selama ini berpura-pura baik.


"Jom kita balik sayang, abang janji kita takkan jejak dah kaki ke sini, sebab abang takkan jumpa lelaki yang dah khianati abang." 


"Adik bawak abah sekali duduk dengan kamu, abah taknak tinggal dengan dia, abah taknak."  Kata pak Hassan.


"Ya abah, adik bawak abah duduk dengan adik sekali ya." Kata Hanan lembut.


Adrina yang berada di belakang Hanan sudah berubah riak. Dia ingatkan bila dia buat begini, Hanan tidak akan balik ke sini, ini lain pulak jadinya.


"Ishh abang ni kenapalah perlu bawak orang tua tu." Omelnya geram dalam hati.


Hanan membawa pak Hassan diikuti isterinya keluar dari bilik itu, tanpa mempedulikan Hadif yang masih melutut di situ.


Setelah semuanya siap, Hanan terus membawa isteri dan abahnya balik ke bandar, dia langsung tidak menegur Hadif. Hadif hanya memandang kereta Hanan yang keluar dari kawasan rumahnya dari jauh.


Hadif duduk sebentar di sofa ruang tamu, termenung memikirkan apa yang akan berlaku selepas ini, kenapa terlalu berat dugaan yamg menimpa jika difikirkan. Dia bertekad yang dia tidak akan putus asa dengan semua ini, apa yang perlu dia buat sekarang adalah bersabar dan banyakkan berdoa pada yang maha esa.


Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.