Home Novel Keluarga November Rain
November Rain
DoubleEtch
24/5/2022 18:14:46
16,122
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Senarai Bab
Bab 1

Tangannya terketar-ketar. Seluruh anggotanya tidak mampu bergerak seperti dulu. Sudu yang disuakan wanita yang baru menjangkau awal 30 tahun itu cuba dijamahnya. Namun makanan yang disuap itu tidak mampu disedutnya. Wajah wanita itu berkerut-kerut. Bibirnya memuncung.

Tiba-tiba…pangggg!!!…wanita itu mencampakkan mangkuk dan sudu itu. Pecah berderai di atas lantai.  Dia hanya mampu melirik ke arah makanan yang berselerakan. Perutnya terasa menusuk pedih kerana sekian lama kosong menanti diisi.

“Ehh,bosannya!!..” rungut wanita itu.“Sampai bila aku kena mereput kat rumah macam ni? Bila penyakit kau ni nak sembuh?” bertubi-tubi wanita muda itu melemparkan persoalan.

Dia mengongoi perlahan. Pergerakan yang amat terhad itu menyesakkan dirinya sendiri. Akibat penyakit yang dihidapinya, pergerakannya terhad dan dia perlu jagaan rapi.

Gedegangggg!!

Satu tendangan hinggap di katilnya. Bola matanya melirik ke arah wanita itu.Beberapa tahun lalu,  manis sungguh wanita itu. Sekarang, dia tidak kenal lagi wanita yang dikahwininya itu.

“Aku bosan lah… bosan kena tunggu kau saja sepanjang hari..”

Dina memandang ke arah bahagian bawahnya.

“Kau berak lagi, setan??” Dina menjerkah. “Patutlah tekak aku rasa meloya…kau ingat kau nak suruh aku cuci lagi najis kau??”

Dina kedengaran memuntahkan kahaknya di sinki tidak jauh dari situ.

“Bluwekkkkk…”bunyi Dina juga menjengkelkan. Dulu masa mereka bercinta, sendawa pun Dina tidak pernah. Lembut sahaja Dina, kunyah makanan pun tersipu-sipu…tapi itu dulu…mana pergi Dina yang dulu? Sayu hatinya mengenangkan saat manis mereka berdua.

Tidak lama kemudian, Dina muncul kembali. Dia lihat Dina sudah bertukar pakaian, dan jelas sekali sudah mahu keluar lagi…

“.Ouuuuu...wergh…burghh….”Dia cuba bertutur bertanyakan ke mana Dina mahu pergi? Tak mungkin Dina mahu tinggalkan dirinya sebelum menyuapnya dan mencucinya…

Wajah Dina tiada ekspresi. Mata mereka bertentangan. Tapi pandangan mata Dina kosong  sahaja. mana dia bahang asmara pada renungannya? Sudah tiada kemanisan yang dulunya membawa dia persis mencapai langit ke tujuh…

“Heh, kau ingat sikit…aku kahwin dengan kau bukan nak jadi nurse.. aku nak lihat dunia!”

Dina menyeret beg troli yang dulunya diheret bersama ke sana ke mari naik turun kapal terbang.

Goodbye lah Abang Faisal…Masa untuk hidup baru!” sorak Dina sambil melangkah keluar dari rumah itu.

Nanti!! Dia menjerit. Yang keluar daripada bibirnya hanya bunyi yang tidak bermakna… 
Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh DoubleEtch