Home Novel Keluarga November Rain
November Rain
DoubleEtch
24/5/2022 18:14:46
16,122
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Senarai Bab
Bab 2

Flashback 


Tepukan gemuruh. Lampu pentas bergulir memancar ke satu susuk yang terpacak di pentas. Kehadirannya memang dinantikan semua di situ.

Semua hadir melopong apabila bayangan itu membuat pergerakan yang meliuk-liuk…

Siapa tidak kenal gadis manis yang baharu menjangkau usia 19 tahun itu. Baru sahaja dia diangkat sebagai jelitawan abad ini.

Empat pemuda yang duduk di galeri VIP menelan air liur melihat keindahan wajah dan bentuk seorang Dina Markona. Rambutnya yang tebal, panjang mengurai berkilauan diterpa lampu pentas. Suaranya gemersik seindah puputan bayu di pinggir sungai ketika keheningan senja. Mata bundarnya bercahaya menusuk ke hati di setiap mereka yang dalam audien itu. Semua yang memandangnya terpesona ternganga dengan setiap inci indah susuknya.


Selesai pertunjukan itu, mereka berempat melepak di lobi hotel menyorot jenaka sesama sendiri sambil menghirup espresso pahit yang mampu membantu mereka bertahan sehingga pagi esok demi menghadirkan diri untuk bicara bisnes mereka.


“Yop…aku nak beredar lah…esok kan kita nak mencangkul?” tanya Khairul a.k.a Roy menguap. Mencangkul, adalah kod untuk mereka berpanas di padang golf.


“Hmmm...awal kau nak tidur? Cangkul ah sangat…mcm aku tak tahu…” usik Marhalam

 a.k.a Maxwell mengerling ke arah wanita yang sedang mengemaskan meja di coffee house itu. “Tangkapan baharu? Ingat sikit…yang lama-lama tu nanti mana kau nak humban?”


“Huh…pandai makan pandai lah simpan…” Roy mengangkat kening sebelah sambil mencebik. “Lainlah Faisal tu…hari-hari makan nasi goreng…tak muntah-muntah…”  


            Faisal dan Mario mengangkat wajah daripada henpon masing-masing.


“Aku pencinta yang setia…kau apa tahu?” tanya Faisal kembali, tersengih. “Kau ingat makan nasi goreng perlu dengan ikan bilis sahaja? Ada banyak cara kita boleh makan nasi goreng…yang penting, aku tak kan pilih sebarang sahaja la. Tibai sana sini…tak tahu apa penyakit bawa balik…”tajam kata-katanya. Ambil kau, desis hatinya. Kau ingat aku tak ada taste ke macam kau? Dia menahan marahnya.


            “Betul jugak kata Faisal tu…kau ni pantang nampak pakai skirt memang kau sebat saja…haa.. tu awek tu dah tunggu kau kat tangga…” kata Maxwell menyambung usikan.


            “Hmmh… komain korang memandang hina kat aku heh…okay…Faisal…kalau kau hebat sangat, kau try Dina Markona tu. Ha yang itu kalau kau dapat…mmmuahh.. chupp chuppp chuppp…” Roy menjilat jari jemarinya sendiri dengan aksi seperti sedang mengucup makanan terlazat di dunia.


 “Mari kita buat duit.” Kata Mario. “Buat apa pun kena fikir untung ruginya kan?”


 “Buat duit? Kau dengan duit berpisah tiada.” Tawa Maxwell, menggeleng kepala.


 “Begini, buat apa kita cakap kosong…apa kata kita buat pertaruhan…”usul Mario.


“Hah…idea yang bernas!! Amacam bosskur? Siapa di antara kita bakalan menjadi big daddy awek superhot itu?” pantas Roy yang dapat menangkap maksud Mario.


“Aku boleh bet dia akan disambar jerung…” keluh Mario. 


“Naahhh…she will end up with a handsome from rag to riches old man…” Faisal  mengumam.


“Yeah…talking about yourself eh?” Roy ketawa terbahak. “old, I agree…handsome? Hmmm…entahlah...”


Mereka tertawa sampai terbatuk-batuk.


“Kemon,”tiba-tiba Maxwell bersuara setelah sekian lama mendiamkan diri mendengar perbualan kawan-kawannya. “Let’s bet.”


“Interesting…” Faisal tersengih. Siku di atas lutut. Dia menghirup espresso sambil mata melingas sekeliling.


Telapak tangannya di papar di atas meja coffee itu.


 “I am in.” katanya, matanya memandang mereka satu persatu.



“Seriously?” ujar Roy. “Aku tau kau memang kiasu!”


“Alright!!!”Mario meletakkan telapak tangan di atas tangan Faisal.


Kemudian Roy pula menghulur tangan dan tangan mereka bertingkat di atas tangan Mario.


“Yess…!!!”perlahan Maxwell mengangkat tangan dan meletak di atas tangan Khairul. Deal itu kini sudah terpateri. Kini siapa yang akan menang? Hati Faisal bergendang dengan adrenaline.



Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh DoubleEtch