Home Novel Kanak-kanak SAYA BUKAN PENCURI
SAYA BUKAN PENCURI
Mat Lawi Hassan
19/12/2019 12:06:52
59,129
Kategori: Novel
Genre: Kanak-kanak
Bab 10

  SELAMATTINGGAL SEMUA

 

Keputusan UPSR telahpun diketahui. Sebagaimana yang telah dijangka,Hanafi dan Razak berjaya mendapat keputusan cemerlang, 6A. Masing-masing sibukmengucapkan tahniah sesama mereka. Guru-guru tidak kering gusi mengucapkantahniah kepada yang cemerlang. Juga turut memberi kata-kata rangsangan kepadamurid-murud yang tidak berjaya.

            “Kamu jangan putusasa, ini baru langkah pertama kamu. Banyak lagi peluang yang menanti kamu. Apayang penting, kamu mesti berusaha,” nasihat Cikgu Syuhada, Penolong Kanan HalEhwal Murid kepada murid-murid Tahun 6.

            Nun, di bawah pokokbunga tanjung, kelihatan Hanafi sendirian merenung padang. Benaknya menerawangjauh melangkaui pagar sekolah. Debaran di dadanya masih terasa.

            “Hai Napi, jauhmenung?” Cikgu Munirah tiba-tiba muncul di hadapannya.

            “Apa yangdimenungkan lagi, cikgu datang pun tak sedar,” sambung Cikgu Munirah sambilmelabuhkan punggungnya ke bangku di sebelah Hanafi.

“Oh! Cikgu tidak lah…” Hanafi tersipu-sipu. 

“Cikgu sudah semak sekolah-sekolah yang sesuai untukNapi, itu pun kalau Napi setuju,” ujar Cikgu Munirah sambil meletakkan beberapahelai kertas di atas meja.

“Buat susah-susah cikgu aje…” Hanafi tersengih-sengih.

“Tak ada susah-susahnya, cikgu kena bantu kamu. Itutugas cikgu,” tegas Cikgu Munirah.

“Ha… Razak, mari sini,” tegur Cikgu Munirah sebaiksahaja dilihatnya Razak muncul dari belakang Hanafi.

“Ada apa cikgu?” Razak memanjangkan leher melihathelaian kertas yang berada di hadapan Cikgu Munirah.

“Kamu berdua perlu sediakan maklumat-maklumat ini, nanticikgu uruskan untuk kamu,” Terang Cikgu Munirah.

“Napi, mengapa kau tidak mohon masuk Sekolah SukanMalaysia, kau kan minat sukan?” Soal Razak tiba-tiba setelah Cikgu Munirahmeninggalkan mereka berdua di situ.

“Sekolah Su.. kan… Sekolah Sukan Bukit Jalil… SekolahSukan Bandar Penawar Kota Tinggi…” Hanafi mengaru-garu kepala.

“Wah! Hafal kau ye? Kan aku sudah cakap, memang kauminat.” Ujar Razak lagi.

“Tapi Razak, aku tidak mahu jadi ahli sukan. Cukuplahsekadar hobi,” sahut Hanafi sambil tersengih.

“Kadang-kadang aku risau jugak…” rintih Hanafi antaradengar dengan tidak.

“Risau apa pulak?” balas Razak sambil membeliakkan bijimata.

Hanafi menolak tubuh rakannya yang terlalu hampir denganmukanya itu. Razak ketawa berdekah-dekah.

“Mana ayah dan emak aku nak cari duit nanti, hendak bayarke sekolah berasrama nanti?”

“Biasiswakan ada,” sahut Razak selamba.

“Ni ha… masa mula-mula nak masuk, nak beli uniform, nakbeli peralatan belajar…”

“Entah la…” Razak mengangkat kedua bahunya.

Sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau.Begitulah boleh diumpamakan tentang perancangan yang telah diatur oleh CikguMunirah. Kenduri kesyukuran yang dijanjikan amat bermakna buat Kak Munahsekeluarga. Selain solat hajat dan tahlil, kenduri itu juga turut merapatkanhubungan keluarga Kak Munah dan keluarga Cikgu Munirah.

Selesai kenduri, kelihatan Abang Man dan Cikgu Ghazali,suami Cikgu Munirah sedang rancak berborak di beranda. Kak Munah dan CikguMunirah sibuk mencuci pinggan mangkuk di dapur. Sementara itu, Nur Liyanamenolong menyusun pinggan dan gelas yang sudah dicuci.

“Man jangan segan-segan, anggaplah kami ini macamkeluarga Man sendiri,” tutur Cikgu Ghazali sambil membetulkan sila.

“Terima kasih banyak-banyak cikgu…” Abang Manmengangguk-angguk sambil tersengih.

“Memang rezeki kamu baik, Napi dapat masuk MRSM.” UjarCikgu Ghazali lagi yang mula menoleh ke arah Hanafi yang sedang asyik melayanZizah dan Maria.

Hanafi hanya tersengih-sengih. Hidungnya sepanjang malamini asyik kembang kempis dengan berbagai pujian dari para tetamu. Di lubukhatinya terus segar dengan pelbagai jenis haruman bebunga. Sedekah para tetamumemang lebih dari cukup untuk dia menyediakan peralatan sekolah dan lain-lainkeperluannya.

‘Allah Maha Segala-galanya’ sela hati kecilnya. Memangsemua ini tidak pernah diduga.

“Belajarlah rajin-rajin Napi, peluang… Allah dah beri,” pintasCikgu Munirah yang baru melangkah keluar dari dapur bersama anak perempuannya.

“Bang…” Cikgu Munirah mengangguk kepada suaminya yangmasih kejat bersila.

“Okey la Man, malam makin larut, kami balik dulu.. assalamu‘alaikum…” Cikgu Ghazali bangkit dan mengekori isterinya ke pintu.

“Wa’alaikum salam… terima kasih cikgu…” balas Abang Mandan Kak Munah.

 

*****

 

 Matahari padapagi ini mula memercikkan sinarnya ke merata alam. Abang Man dan Hanafi sudahlama berdiri di bawah pokok mempelam bersama dua biji beg yang sendat denganpakaian. Dari jauh kelihatan lori pikap UncleMurali menyusur masuk ke laman.

“Hey, Hanafi… kenapa tak bagitau uncle awak mau pergi hari ini?” UncleMurali menghulurkan tangan, Abang Man menyambut dengan senyum.

“Ni, uncle mahubagi awak hadiah…” Uncle Muralimenghulurkan seutas jam tangan yang masih kemas tersimpan di dalam kotak.

“Terima kasih uncle,”balas Hanafi.

“Terima kasih Murali,” ucap Abang Man yang hanyamemerhati.

“Sama-sama, ini unclebagi untuk Hanafi buat belanja,” dimasukkan sekeping sampul surat berwarna kokoke dalam poket baju Hanafi.

“Okey la, uncle balikdulu. Oh… ni hendak pergi naik apa?”

“Kami tumpang Pak Mat Noor,” sahut Abang Man.

“OOOO… Okey, selamat maju jaya Hanafi.”

“Terima Kasih uncle,”sahut Hanafi sambil melambai-lambai.

Selang beberapa minit, kereta Pak Mat Noor masuk kelaman. Razak tersengih keluar dari kereta bapanya. Dia bersalaman dengan AbangMan.

“Tak sangka ya, kita dapat belajar di MRSM yang sama,” ungkapRazak sambil memeluk bahu Hanafi.

Hanafi tersengih-sengih. Kak Munah yang berada di atasberanda turun menghampiri Hanafi. Hanafi memeluk erat emaknya. Air matanya lajumembasahi pipi. Kak Munah juga teresak-esak.

“Baik-baik jaga diri, belajar betul-betul,” nasihat KakMunah sambil merungkaikan rangkulannya. Hanafi hanya mengangguk-angguk.

“Terima kasih Pak Mat Noor,” ucap Kak Munah kepada PakMat Noor yang sedang berbual dengan Abang Man.

“Sama-sama. Kebetulan anak-anak kita dapat belajar disekolah sama,” Pak Mat Noor kemudian menutup bonet kereta yang telah sendatdengan beg pakaian dan peralatan sekolah Razak dan Hanafi.

Hanafi yang berada di dalam kereta memandang sayuemaknya yang masih melambai di bawah pokok mempelam. Dia turut melambai denganmata yang berkaca. Di benaknya cuba membayangkan suasana di sekolah barunyananti. Razak yang berada di sebelahnya menghulurkan sekeping gula-gula getah.Di hatinya tidak putus-putus mengucap syukur kepada Allah kerana dipermudahkansegala urusannya. Apa yang amat menggembirakannya, Razak masih bersama. Diabersyukur kerana dikurniakan rakan sebaik Razak.

Deruan kereta ayah Razak terus membelah deretanpokok-pokok kelapa sawit. Semasa melintasi Stor Niaga Uncle Murali, ayah Razak membunyikan hon. Seorang lelaki india yangsedang berdiri di pintu masuk melambaikan tangan. Hanafi turut melambaikantangan. Di dalam hatinya mula mengucap “Selamat tinggal semua”.

Previous: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Mat Lawi Hassan