Home Novel Fantasi Bhu-Nyyan
Bhu-Nyyan
asmaya ally
30/11/2020 13:35:31
19,785
Kategori: Novel
Genre: Fantasi
Bab 4
Sebaik sahaja sepasang kaki berkuku tajam seakan kuku burung helang milik Lukia berada di paras ketinggian pohon merbau, Rull Chester memberanikan diri melirikkan matanya melihat ke bawah. Tertangkap dek matanya beberapa makhluk nun di balik rimbunan dedaun rimba yang kelihatan seperti melambai-lambai ke arahnya. Semakin cuma diamati semakin Rull Chester merasa terdorong ke arah lambaian itu, sedangkan dia sebenarnya sedang berada di atas pundak si Lukia. 


"Hehhhhhh!!! " satu jerkahan tajam daripada Hathor menyedarkan Rull Chester. Terkejip-kejip mata Rull Chester seakan baru terbangun daripada mimpi indah.

"Sini kau.." dengan kasar tangan Rull Chester di rentap. 

"Pejam mata kau sekarang!" perintah Hathor.

"Kenapa?" soal Rull Chester sedikit jengkel dengan nada suara Hathor.

" Kalau kau nak mati kau boleh terus-terus tenung makhluk kat bawah tuh, tapi kalau kau sayangkan nyawa kau, tutup mata kau dengan perca ni!" seraya di hulurkan perca kain berwarna hitam kepada Rull Chester.

"Huhh? Kalau aku pakai tutup mata ni, mana aku tahu kau akan bawa aku kemana?"

"Arghh..kalau buka mata pun, bukan kau tahu dunia ni..terpulang pada kau..aku dah berusaha untuk selamatkan nyawa kau!" 

"huhhh!!" seiring dengan dengusan itu, Rull Chester segera menutup matanya dengan perca kain hitam tersebut. 

Serta merta bunyian yang sedari tadi mengekori semakin kedengaran jauh dan menghilang. 

"Lukia..." Hathor bersuara semula apa bila pemandangan indah mulai berbalam-balam kelihatan di matanya. 

"Kita semakin hampir".. sahut Lukia.

"Rull Chester, tugas aku adalah memastikan kau selamat tiba di sini.."

"Kita dah sampai?"

"Yea.."

"Selamat datang ke alam Bhu-nyyan, Rull Chester!"

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.