Home Novel Fantasi Lagenda Harimau Jadian
Lagenda Harimau Jadian
NAWAR WAHID
24/1/2021 22:28:20
21,280
Kategori: Novel
Genre: Fantasi
Bab 1

 

            Mengikut sejarah, harimau adalah seekor haiwan yang pada sifatnya suka menyendiri dan tempat tinggalnya adalah di kawasan semak samun. Hal ini akan memudahkan ia menangkap musuh. Kalau ikutkan harimau ni adalah binatang terbesar dalam kalangan jenis kucing. Ia berasal daripada Asia Timur dan sifatnya adalah pemangsa dan sejenis karnivor. Ia hanya akan makan makanan selain tumbuh-tumbuhan. Suka makan manusia dan haiwan lain. Asalkan kenyang. Tambahan pula, berat harimau jantan lebih berat daripada betina, anggaran dalam 300kg dan panjangnya dalam 3.3kg. Boleh bayangkan bagaimana beratnya seekor harimau ini? 

 

            Dan tahukah anda bahawa ada makhluk lain yang tinggal bersama-sama kita? Salah satu daripada mereka adalah harimau jadian. Cuba lihat rakan-rakan atau saudara di sebelah anda. Adakah mereka ini betul-betul manusia atau hanyalah jelmaan sahaja? 

 

            Antara jelmaan yang seakan-akan harimau adalah mak aku. Nama dia Puan Sofia. 


Mak aku ni orangnya berbadan gempal, pandai masak dan memang pengemas. Tapi aku tahu dia bukanlah harimau jadian yang betul, cuma tuduhan aku sebagai seorang anak sahaja sebab dia memang bengis. Tapi aku masih percaya dengan mitos aku terhadap harimau jadian. Apabila aku baca buku mustika edisi terhad mengenai jelmaan, fikiran aku betul-betul terbuka. Aku tak sendirian. Ada orang lain yang mungkin sedang berkawan dengan aku tetapi dia adalah jelmaan. Sehinggalah pada suatu hari, aku bermimpi tentangnya. 

 

            Dalam mimpi aku itu, seekor harimau sedang kesakitan. Apabila aku mendekati, aku dapat lihat badannya seperti seorang manusia. Dan sewaktu tangan aku menyentuh mukanya, matanya pandang tepat pada mata aku. Tangan harimau tu terus sentuh tangan aku dan cubit tangan aku sampailah aku tersedar daripada tidur. 

 

            Mak rupanya!

 

Badan aku menggelupur bila aku nampak mak tengah pegang baldi kecil penuh air dengan rambutnya yang kusut dan mengerbang. Suara dia bingit. Tunggu masa untuk siram air atas katil. Aku pandang lengan aku yang dah berbekas dengan cubitan. Kalau mak simbah air sejuk tu, habisla tilam aku. Penyudahnya aku la yang kena angkat dan keringkan dekat luar. 

 

            Oh, ya! Nama aku Ellisha binti Bakar. Tapi kawan baik aku, Ahmad Qairun panggil aku, Ellicat atau El. Ya, macam penyanyi Alleycat tahun 70an yang sangat popular dengan lagu Jika Kau Bercinta Lagi dan Andainya aku pergi dulu. Ah, memang terngiang-ngiang nyanyiannya yang mendesing! Dia panggil aku Ellicat sebab rambut aku yang tebal dan lebat. Selalu sangat menjadi ejekan orang ramai tapi aku buat tak tahu. Qairun la yang akan sentiasa tenangkan aku dengan lawak dia sampai aku dah tak kisah orang panggil aku dengan gelaran tu. Kami berkawan sejak umur kami 6 tahun sehinggalah sekarang. Umur kami 16 tahun pada tahun ni. Aku dan dia memang macam isi dan kuku. Melekat macam gam. 

 

            Qairun pula aku panggil dia Qwangso. Dulu aku panggil dia Que tapi sejak rancangan Running Man yang mula bersiaran pada tahun 2010 tu, aku mula panggil dia Qwangso. Walaupun dia tak suka, tapi aku suka. Aku hanya panggil dia Qwangso bila aku ada mood nak kacau dia la. Mukanya memang mirip seperti pelakon korea tu. Orangnya sangat tingggi macam tiang lampu. Rupanya agak kacak dengan hidungnya yang mancung tetapi perangainya memang gila-gila. 

 

            Al kisah mimpi yang sentiasa menghantui aku tu, Qwangso mengajak aku untuk pergi ke perpustakaan sekolah. Katanya, jom belajar pasal harimau. 

 

            Jadi lepas aku singgah perpustakaan, buku yang aku pinjam tu aku simpan dalam bag. Bag sekolah aku tu penuh dengan makanan. Ada air dan makanan ringan. Sebab lepas sekolah nanti kami akan ke rumahku untuk aktiviti seterusnya. Kami panggil aktiviti ni sebagai Hari Busa, iaitu singkatan kepada buang masa. Selalunya dalam sekali seminggu, aku akan ajak Que datang rumah aku sebab mak aku akan masak makanan kegemaran dia iaitu Lauk Asam pedas. Mak memang sayangkan si Qairun. Dia dah anggap Que macam anak dia sendiri selepas mak Que meninggal dunia 2 tahun lalu. Aku memang kasihankannya jadi aku tak kisah kalau kami nak berkongsi mak. Cuma, itula, mak terlepas untuk jadi ibu susuan dia. Hehe…aku gurau saja. 

 

            Berbalik kepada cerita Hari Busa, kami akan duduk di ruang tamu sambil baca buku novel atau komik. Que akan belek buku komik tu sambil ketawa seorang diri dan aku pula akan berpura-pura tengah buat kerja sekolah iaitu subjek sejarah. Dalam buku sejarah tu, aku selit buku novel nipis. Apabila mak lalu bawa penyapu, nampakla betapa rajinnya anak dia ni. aku memang penggemar buku novel. Kalau ikutkan, rumah aku sangat sempit. Tak cukup ruang untuk menyimpan buku-buku novel kegemaran aku. makanya, rumah Que la tempat simpanan buku-buku novel aku tu. 

 

            Aku merupakan anak kepada seorang suri rumah dan seorang peniaga makanan. Ayah aku ada buka kedai makan. Beroperasi 12 jam. Daripada pukul 9 pagi sehingga 9 malam. Menu utamanya ialah nasi ayam. Rempah yang digunakan untuk perap ayam tu adalah rahsia daripada nenek aku, juga seorang peniaga yang pandai memasak. Ayah aku lebih tenang daripada mak. Dia sangat memahami aku. katanya, tak pandai tak apa, yang penting baik peribadi anak-anaknya. Ayah beruntung kerana telah berjaya melahirkan seorang anak yang pandai. Yang pandainya abang aku, Han. seorang pelajar dalam jurusan kedoktoran. Tinggal lagi 1 tahun sahaja dia akan menamatkan pembelajarannya untuk sambung menjadi doktor pelatih. Umurnya sudah genap 23 tahun.

 

            Sejujurnya, abang aku sangat berbeza denganku. Orangnya pandai, kacak, boleh bermain bola keranjang dengan sangat baik, pandai bergaul dan mulutnya sentiasa berkata manis. Aku pula hanya budak hingusan. Sebab tu aku tak pernah beritahu sesiapa pun yang abang Han ialah abang kandung aku. Manakan tidak, memang berlambak peminat abang Han.

 

            “Abang Han, dorang datang lagi tu. Nak cakap apa? El dah penat nak bagi alasan lagi.” kataku sambil meninjau ke tingkap. Kelihatan ada tiga orang budak perempuan sedang menunggu abang di hadapan pagar rumah. Mereka menjinjing bag kertas sebagai hadiah.

 

            “kau cakap abang tak ada dekat rumah, ok? Alah, cakap jela apa-apa.” Abang Han menepuk bahuku kuat lalu mengenyit mata kirinya. dia sudah malas nak layan. abang kalau bergaul dengan orang luar memang sangat beradab. Tapi, kalau dalam rumah, kau tengok macam mana dia campak stokin busuk dia merata-rata dan korek hidung lepas tu dia kuis-kuis tahi tu atas kertas. Aku rasa nak bagi tendangan berdas-das dengan bunyi hiyyakk! 

 

            Aku terus keluar untuk menjalankan misi yang diberikan oleh abang. Kali ini aku buat jahat. Aku cakap abang cirit-birit sampai tercirit dalam seluar. Lepas tu, air cirit yang berwarna coklat sedikit hitam tu mengalir ke lantai. Memang mengekek aku bila masuk dalam rumah. Muka budak perempuan tu terus berubah bila aku cakap macam tu. Ah, lantaklah! Aku bukannya kenal siapa mereka pun. 

 

            Que yang dah kenyang tertidur atas kerusi tu aku jentik dahi dia. Terkebil-kebil Que membuka mata. Mengantuk katanya. Aku pun biarkan dia tidur sebab mungkin penat angkat bag aku yang berat dengan buku-buku. Buku sejarah tentang harimau tu aku bawa keluar dan letak atas meja. Aku selak helaian pertama.  

 

            Lepas selesai habis ku baca beberapa helaian kertas, aku capai sudu dalam mangkuk. Sedut sikit kuah mee maggi kari ayam. Sedap dan pedas menusuk hidung. Aku nampak Abang Han berjalan ke arah meja kami. Kali ini Qwangso nampak leka bermain permainan dalam telefon. Abang Han capai sudu yang aku baru letak. Aku tepuk tangan dia. Mata aku jeling tajam. Tapi bila tangan kanan aku tepis tangan kanan dia, tangan kiri dia pula capai sudu aku lagi. Tapi aku terpaksa putus asa lepas abang Han ugut nak beritahu Que, saiz baju dalam aku! Rasa nak terajang mamat ni. 

 

            Akhirnya kuah sup berjaya juga abang minum. Aku perhatikan cermin depan aku tu. Ada cermin besar dan luas di hadapan meja makan. Mata aku pandang badan aku. daripada atas sampai la ke bawah kaki, tak ada apa yang menarik. Buah dada aku sudah makin besar walaupun aku dah cuba tutup dengan baju. Punggung aku pula leper macam aku tengah pakai pampers baby. Rambut aku pula nampak lebat dan tebal sampai panjang bawah bahu. Walaupun muka aku tak ada jerawat, aku tak berani pula nak calitkan bedak tebal. Pernah juga aku cuba, tapi Qwangso terus lempang aku sambil menjerit dan mengilai-ngilai. Berbirat muka aku lepas tu. Dia ingatkan hantu. Terus aku buang bedak sejuk tu dalam tong sampah. 

 

            Sejujurnya, aku rasa syukur dengan kehadiran Que. Dia seperti super hero aku bila aku susah. Kalau aku dan Que ponteng sekolah, dia akan jadi seperti tiang lampu untuk pantau keadaan. Dia jengket sedikit je, dah boleh nampak kepala dia. Apabila cikgu lalu je, kitaorang akan cepat-cepat lari. Dan bila ada orang cuba ejek rambut aku ni, dia akan bebel sekuat-kuat hati dia sampai orang tu minta maaf. Iyalah, aku ni pemalu orangnya. Aku pernah juga bergaduh dengan Que sebab dia marah aku senyap je bila ada orang cuba buli aku. tapi lepas aku pujuk dia dengan edisi buku komik terbaru, baru dia layan aku macam biasa. Dah tak merajuk macam budak kecik. 

 

            Aku tenung Que yang tengah leka buang masa. Tiba-tiba, dia nampak aku pandang dia. Macam terasa yang aku tengah kutuk dia pula. Ish, meremang bulu roma. 

 

            Tanpa diduga, Que tepuk dahinya kuat. Kertas yang tertera Aktiviti Cuti Sekolah itu dipegangnya sehingga ronyok. Katanya dia terlupa tentang ni. segala persiapan untuk minggu depan sudah terlambat. Dia kata dia nak bawa topeng hantu dan nak takut-takutkan orang. Aku mengerut. Kau ni memang dah buang tabiat eh, Que? 

 

            “El, kau betul ke tak nak pergi? Bosan la kalau kau tak ada.”

 

            “alah, kau kan ramai peminat. Beratur orang nak kan kau.”

 

            Que tersengih keseorangan. Dia nampak ada bayang-bayang budak perempuan tengah cuba mencium dirinya. Mulut dia tiba-tiba menjuih ke depan. Hidung dia kembang kempis macam boleh masuk bola dalamnya. Aku terus tepuk kepala dia dengan pen. Kuat betul berangan. “kau fikir apa huh?!” 

 

            “sakitlah! Tak bagi peluang aku nak berangan la. Aku, kalau ada budak perempuan, aku memang pemalu. Tapi dengan kau, hmm.” Que pegang dada dia. Selepas tu, dia seluk tangan dia masuk baju dia. Lepas dah raba-raba, dia menggeleng. “aku, aku tak rasa apa-apa.”

 

            “sengallah!” cepat-cepat aku bangun dan tinggalkan Que. Ah, apa yang aku harapkan? Harap yang Que ada sedikit perasaan terhadap aku? lupakan sajalah, El!

 

            Senja nak masuk, Que dah lama balik. Aku tengok kereta abang Han dah hilang. Tinggalla aku seorang diri dalam rumah. Mak pula dah lama ke kedai untuk tolong abah. Habis solat maghrib, aku terus tertidur atas sofa tu. 

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.