DUA DEKAD YANG LALU
"Itukah dia Sarah yang kau maksudkan selama ni?"
"Maafkan aku Adam. Aku sepatutnya sudah lama memberitahu perkara ini pada kau."
"Kenapa kau rahsiakannya daripada aku?"
"Aku malu Adam. Aku bimbang yang kau tidak dapat menerimanya."
"Aku ingat kau kenal dengan aku selama ni. Tetapi rupa-rupanya kau masih lagi sangsi dengan aku. Kita sudah lama berkawan Fendi. Aku sepatutnya sudah mengetahuinya terlebih dahulu daripada orang lain"
"Aku keliru Adam. Aku keliru. Aku tidak tahu apa yang sepatutnya aku lakukan."
"Jadi apa keputusan kau sekarang?"
"Sarah akan mengambil alih tempat aku."
"Apa yang kau maksudkan?"
"Aku akan pergi dari sini dan Sarah akan mengambil alih tempat aku"
"Maksud kau. Kau akan….."
"Ya! Aku akan lakukannya!"
"Kau sudah fikir betul-betul?"
" Ya! Ini keputusan aku. Aku nekad untuk melakukannya. Aku sudah buat keputusan. Inilah yang aku mahukan selama ini."