Home Novel Cinta Suami Pilihan Abah
Suami Pilihan Abah
Kasturi Madu
19/10/2021 09:07:11
35,905
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 8

TUALA hotel yang sudah digunakan dicampakkan kasar ke dalam bakul pakaian kotor. Kaki melangkah merapati Naura yang sedang duduk bersantai diatas katil. Punggung dilabuhkan duduk bersebelahan cik isteri.


Naura yang tadinya leka merenung ke arah skrin telefon bimbitnya mendongak sedikit apabila sedar akan kehadiran Hafiz. Liur ditelan kesat apabila melihat ke arah Hafiz yang tidak mengenakan baju itu. Tersembur otot-otot six pax dibahagian perut lelaki itu. Malah haruman maskulin yang terbit dari tubuh lelaki itu sedikit membuatkan dia terpesona.


"Naura? Dengar tak apa yang saya cakap ni?" soal Hafiz. Tangannya dah melambai-lambai ke hadapan wajah Naura yang sudah mengelamun jauh itu.


"Ha? Pak cik cakap apa?" terkebil-kebil Naura membalas pandangan Hafiz. 


"Hesy Naura ni. Tu lah mengelamun lagi sampai apa saya cakap pun Naura tak dengar," cebik Hafiz. 


"Ala sorry lah saya tak sengajalah. Pak cik nak cakap apa sebenarnya ni?" soal Naura bersama sengihan kerang busuk. 


"Okay lah saya maafkan Naura. Sekarang ni kita dah jadi suami isteri yang sah jadi takkan kita nak berawak saya je? Apa kata kalau kita tukar panggilan kita," cadang Hafiz. Bibir dah mengukirkan senyuman lebar. 


"Tukar panggilan? Kenapa tak okay ke panggilan yang kita guna sekarang ni?" soal Naura naif. 


"Okay Naura kata? Mana sesuai. Saya ni dah jadi suami Naura. Takkan Naura terus-terusan nak panggil saya ni dengan panggilan pak cik? Tak eloklah kalau orang luar dengar. Nanti apa pulak dorang akan fikir pasal kita," ujar Hafiz. 


"Kenapa pulak? Okay apa panggilan pak cik tu. Unik," jawab Naura selamba. 


"Takde... Takde... Saya tetap nak kita tukar panggilan jugak," tegas Hafiz berbicara. 


"Hmm yalah. Habis tu pak cik nak saya panggil pak cik apa pulak sekarang ni?" soal Naura bosan. 


Mendengarkan soalan yang terpacul dari bibir Naura, Hafiz dah mula tersenyum lebar. "Apa kata lepas ni Naura panggil saya dengan panggilan baby. Sweet kan bunyinya?" ucap Hafiz yang sudah separuh teruja membayangkan gelaran itu yang bakal meniti dibibir Naura selepas ini.


Terbuntang mata Naura saat mendengarkan permintaan Hafiz yang dirasakan seperti tidak masuk akal itu. "Baby? Pak cik ni biar betul nak saya panggil pak cik dengan panggilan baby?" soal Naura tak percaya. 


"Yalah. Kenapa? Ada masalah ke?" 


"Memang ada masalah!" meregus kasar Naura tak puas hati. 


"Apa pulak masalahnya ni?" soal Hafiz tidak faham. 


"Masalahnya tak sesuai langsung lah gelaran tu untuk pak cik. Pak cik sedar tak yang pak cik ni dah berumur 47 tahun takkan pak cik nak suruh saya yang baru je umur 23 tahun ni panggil pak cik baby pulak? Pak cik ni jangan nak buang tabiat lah," marah Naura. 


"Eh buang tabiat apanya pulak. Okay apa panggilan tu. Barulah sweet. Dengan panggilan tu jugalah, nanti dapat mengeratkan lagi hubungan kita sebagai suami isteri sayang," mata dikenyitkan kepada Naura. 


"Ah takde-takde saya tak setuju. Saya takkan sesekali panggil pak cik dengan gelaran tu. Gelaran tu tak sesuai dengan pak cik," menggeleng kepala Naura tidak setuju. 


Satu keluhan berat Hafiz lepaskan. Wajah Naura yang masam mencuka itu dipandang seketika. "Okaylah kalau Naura tak nak panggil saya baby, saya takkan paksa. Tapi please jangan panggil saya pak cik. Saya dah jadi suami Naura jadi seeloknya Naura panggil saya dengan gelaran yang sedap untuk didengar," ujar Hafiz. 


Naura menggangguk tanda faham. Dia berdiam diri seketika. Ibu jari dan jari telunjuknya dibawakan ke dagunya menunjukkan seolah-olah dia seperti sedang berfikir akan sesuatu yang besar. 


"Ala pening lah pak cik fikir nak panggil apa. Panggil pak cik je dahlah. Tak pun uncle. Cun jugak tu," selamba Naura berkata. 


"No... No... No... Tak boleh. Ada ke patut panggil suami sendiri uncle?! Kalau susah sangat lepas ni Naura panggil saya abang je. Muktamad," ujar Hafiz lantang. 


"Hah?! Abang? Tapi pak cik bukan abang saya. Hesy tak nak lah," cebik Naura. 


"Habis saya siapa?" kening dijongketkan meminta jawapan. 


"Mestilah suami," jawab Naura laju. 


"Dah tahu suami jadi Naura kena lah panggil saya abang. Faham sayang," ucap Hafiz bernada romantis. 


"Er... Yalah... Yalah... Faham abang," jawab Naura laju. 


"Good girl. Macam ni lah isteri abang," tangan Naura digengam lembut. Menyalurkan rasa cinta yang dah menggunung kepada wanita yang berjaya mencuri hatinya saat ini. 


"Hmm yalah..." sahut Naura malas. 


"Terima kasih Naura," luah Hafiz tiba-tiba. 


"Kenapa pulak pak... Err abang nak berterima kasih dekat saya pulak?" soal Naura polos. 


"Terima kasih sebab Naura sudi untuk jadi isteri abang. Sudi terima abang dalam hidup sayang. Abang tahu yang abang ni dah tua. Naura tu muda lagi. Naura sepatutnya dapat lelaki yang lagi muda daripada abang. Tapi Naura tetap setuju untuk berkahwin dengan abang," luah Hafiz bernada sebak.


"Dah memang tertulis jodoh saya dengan abang. Jadi saya terima dengan reda," ujar Naura ikhlas. 


"Abang tahu Naura tak cintakan abang tapi abang harap Naura akan cuba untuk bukakan hati Naura buat abang. Abang cuma harap Naura sudi untuk terima abang seadanya," penuh berharap Hafiz berbicara. 


"Saya akan cuba tapi saya harap abang akan berikan saya sedikit masa untuk saya menerima semua ni. Semua ni terlalu cepat untuk saya. Dan semuanya masih baru. Saya harap abang faham," pinta Naura. 


"Abang faham. Ambil lah masa seberapa banyak pun yang Naura mahu. Abang akan tunggu sampai hati Naura benar-benar terbuka untuk menerima dan mencintai abang sepenuh hati Naura. Abang tunggu saat itu tiba nanti," tangan Naura dicium lembut. Meluahkan segala rasa hati. 


"Terima kasih," ucap Naura. Bibir mengukirkan senyuman hambar. 






BUNYI penggera yang di setkan di telefon bimbit milik Hafiz berbunyi nyaring. Dalam keadaan yang masih mamai, dia mula meraba-raba di sekitar meja sisi yang berada bersebelahan katil. 


Selesai saja mematikan bunyi penggera, mata yang masih tersisa dengan rasa kantuk digosok perlahan-lahan. Tubuh dipusingkan menghadap ke arah cik isteri yang masih lena dibuai mimpi indah. Tersungging senyuman manis dibibir Hafiz saat melihatkan wajah tenang milik Naura. Wajah yang cukup polos namun mampu mengetarkan jiwa lelakinya. 


Tak mahu terus hanyut dengan lamunannya, Hafiz segera mengejutkan Naura yang sedang lena itu. Risau juga jika dibiarkan nanti, mahunya mereka tidak menunaikan solat subuh pula. 


"Sayang... Bangun sayang. Subuh dah masuk ni," kejut Hafiz lembut. Hidung Naura dicuit manja. 


"Hmm..." Naura mengumam malas. Tubuh dipusingkan membelakangkan Hafiz. Tak mahu lenanya diganggu. 


"Hesy payah jugak ya nak kejutkan budak kecil ni..." omel Hafiz. 


Tak berputus asa tubuh Naura dihampiri. Bahu Naura yang terdedah itu diusap lembut. Sekali sekala bibir dilabuhkan di bahu Naura yang tersangat lembut kulitnya itu. "Sayang... Bangunlah dulu solat subuh. Lepas solat nanti kalau Naura nak sambung tidur pun takde siapa kisah. Sayang bangun dulu ya. Kita solat subuh sama-sama," pujuk Hafiz. 


"Naura mengantuk... Nak tidur," rengek Naura manja. 


Tertelan liur Hafiz mendengarkan suara manja Naura itu. Dia lelaki normal lagi pula waktu pagi seperti ini hormon lelakinya sememangnya bergerak aktif. Hembusan nafas berat dilepaskan. Ah dia harus bersikap tegas jika tidak nanti mahunya mereka terbabas pula daripada mengerjakan solat bersama-sama. 


"Ya abang tahu sayang mengantuk. Kalau sayang nak tidur lepas solat subuh nanti sayang tidurlah. Abang takkan larang. Tapi sekarang baik sayang bangun cepat. Lagi pun tak baik lengahkan waktu solat. 


" Hmm..." gumam Naura. Dengan rasa malas dia menuruti juga arahan yang diberikan oleh Hafiz. Selimut di selak dan kaki melangkah perlahan menuju ke arah kamar mandi. Mahu membersihkan diri sebelum sama-sama berjemaah bersama encik suami. 


Tersenyum Hafiz melihat ke arah Naura. Ternyata Naura seorang yang mudah mendengar kata. Tak susah baginya mahu mendidik isterinya kelak. 


Tak mahu berlengah, selimut yang masih membalut ditubuhnya diselak kasar oleh Hafiz. Buntang matanya apabila melihatkan ke arah seluar yang dipakai. Muka dah bersemut merah apabila melihat kejadian normal yang berlaku di waktu pagi ini bagi dia yang seorang lelaki normal ini. 


"Hesy ni mesti sebab budak kecil tu punya pasal lah," bebel Hafiz. 


Tak sangka kerana rengekan Naura yang tidak sengaja tadi dah berjaya membuatkan Hafiz mengalami 'morning wood'. Tak mahu berfikir panjang lekas dia bangun dan berlalu ke arah kamar mandi yang berada diluar kamar tidur yang dia dan Naura guna. Untung saja dia menyewa satu suite mewah jadi tak perlulah dia dan Naura berebut untuk menggunakan satu kamar mandi sahaja pada saat ini. 


Usai membersihkan diri, Hafiz segera melangkah masuk ke dalam kamar tidur. Naura yang dah siap bertelekung putih itu dipandang bersama senyuman lebar. Ayu sungguh isterinya kala ini. Walaupun wajahnya tanpa sebarang solekan namun tetap membuatkan Naura kelihatan cantik di mata Hafiz. 


"Abang dah siap ke belum?" soal Naura menyentakkan Hafiz daripada terus hanyut di buai lamunan panjang. 


"Err... Dah... Dah... Jom lah kita mula solat jemaah sama-sama. Waktu subuh dah nak habis dah ni," kalut Hafiz berdiri diatas sejadah yang sudah elok dibentangkan oleh Naura sebentar saja tadi. 


Niat dibaca dan takbir di angkat memuji kebesaran yang Maha Esa. Ini adalah pertama kali Naura dan Hafiz mengerjakan solat bersama-sama selepas bergelar suami isteri. Terasa benar syahdu kerana sebelum ini Hafiz hanya mengerjakan solat bersendirian tapi kali ini tidak kali. Ada makmum yang bakal sama-sama dia pimpin ke syurga abadi. 


Moga mahligai mereka yang baru saja dibina ini akan mampu untuk terus belayar walaupun di hujani ribut dan taufan. 




Previous: BAB 7
Next: BAB 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.