TUK TUK
BUNYI ketukan kuat dimuka pintu itu menyentakkan Naura daripada lena panjangnya itu. Tangan naik menggosok matanya yang terasa begitu pedih sekali. Dengan rasa sebal dia segera bangun dan melangkah ke arah pintu.
Buka saja daun pintu wajah adiknya, Natrah dipandang dengan pandangan bosan. Tiada orang lain lagi yang suka menganggunya dicuti hujung minggu ini kecuali adik perempuannya ini.
"Kau nak apa ganggu aku pagi-pagi buta ni?" tanya Naura geram. Makin geram melihat wajah tak bersalah adiknya itu.
"Pagi kau cakap kak? Kak, cuba kau tengok jam tu dah pukul berapa? Dah pukul 11 tau. Pagi apa laginya ha?" bebel Natrah.
"Pagi lah tu. 11 pagi. Hesy... Kau ni kalau sehari tak membebel macam mak nenek tak boleh ke? Bosanlah aku dengar," ucap Naura.Langkah kembali diatur menuju ke arah katil miliknya.
"Eleh aku baru cakap sikit kau dah cop aku membebel.Menyampah aku dengan kau ni kak," wajah menyampah dipamerkan diwajah manisnya. Tanpa sebarang ajakan dia masuk dan duduk dibirai katil si kakak.
"Ada apa kau datang sini?" soal Naura.
"Abah dengan umi suruh kau siap-siap. Lepas tu turun bawah. Ada orang nak jumpa kau," beritahu Natrah niat asal dia ke mari.
Wajah Naura sudah berkerut pelik. Wajah selamba Natrah direnung meminta sebuah jawapan. "Ada orang nak jumpa aku? Siapa?" soal Naura.
"Umi cakap tu kawan abah. Dia memang nak sangat jumpa dengan kau," ucap Diana.
"Kawan abah? Apa hal pulak dia nak jumpa dengan aku?Sah-sah tu kawan abah, jumpa abah je dah la. Kawan abah bukan ada kaitan dengan aku pun," kepala yang tidak gatal digaru. Bermacam soalan sudah bermain dibenak fikirannya saat ini.
"Hesy kau ni banyak tanyalah kak. Baik kau pergi mandi lepas tu turun bawah cepat. Kang kau lambat membebel pulak abah tu baru kau tahu," arah Natrah. Dia sudah pun bangun dan mahu menapak pergi.
"Hesy yalah-yalah kejap lagi aku turun. Pak cik ni pun satu mengacau je orang nak berehat hujung-hujung minggu ni," dengan rasa sebal arahan yang diberikan dituruti jua. Lebih baik dia segera membersihkan diri sebelum telinganya harus menghadap bebelan si abah dan umi nya nanti.
Selesai sahaja membersihkan diri, Naura menapak turun keruangan bawah. Langkah tidak terus diatur ke ruang tamu, malah dilencongkan kearah dapur. Baik dia mengisi perut dahulu sebelum bertemu dengan tetamu misteri itu.
Elok saja dia menjejakkan kaki di ruangan dapur, mata bertaut pandang dengan sang ibu yang sibuk mengacau sesuatu di dalam kuali.Bibir sudah mengukirkan senyuman manis.
"Good morning umi," ceria Naura menyapa. Tubuh Puan Ramlah dipeluk kejap.
"Hesy budak bertuah ni. Morning apa nya lagi ha. Tengok luar tu matahari dah tegak atas kepala baru nak bangun. Anak dara jenis apalah kamu ni Naura," bebel Puan Ramlah.
"Alah umi ni, bukan selalu pun Naura bangun lambat kan?Cuma hari weekend macam ni je Naura ada peluang nak bermalas-malasan dekat rumah ni. Kalau hari biasa Naura busy dengan kelas, dengan assignment lagi. Ni pun semalam Naura busy siapkan assignment. Umi tak kesian ke dekat anak umi ni?Naura penat tau," wajah kesian ditayangkan.
"Eleh siapkan assignment konon. Padahal semalam masa umi lalu depan bilik kamu, umi nampak dengan mata kepala umi sendiri yang kamu duk terbongkang atas katil tu sambil tengok drama Korea. Itu kamu kata sibuk buat assignment," bidas Puan Ramlah.
Terkulat-kulat Naura. Sedar akan tembelangnya sudah pecah sengihan kerang busuk diberikan. "Er... Memanglah semalam Naura ada tengok drama Korea tapi kejap je. Satu episod je umi. Lepas tu Naura fokus balik buat assignment tu," bersungguh Naura berbicara.
"Satu episod lah sangat. Umi tak percayalah cakap kamu tu. Kamu kalau dah menghadap drama Korea tu biar tak makan pun takpe. Janji dapat tatap wajah hero mata sepet kamu tu. Apa yang seronok sangat pun umi tak tahu. Kamu ni Naura daripada kamu layan drama Korea baik kamu tengok drama melayu tu lagi banyak faedahnya. Kita sebagai orang melayu ni kena sokong drama buatan anak seni negara kita sendiri. Barulah berkembang industri tanah airkita," panjang lebar Puan Ramlah berbicara.
"Umi nak suruh Naura layan drama melayu macam yang umi tengok petang-petang tu? Umi drama melayu ni klise lah. Naura rasa otak Naura tak berkembang tau layan drama melayu ni. Sesepet-sepet hero Korea tu pun handsome tau. Kalau dapat suami orang Korea pun best," ucap Naura gatal.
Menggeleng kepala Puan Ramlah melihatkan tingkah Naura yang sudah tergedik-gedik seperti cacing kepanasan. "Amboi bukan main gatal lagi kamu ya. Ni kamu masuk dapur ni nak apa? Bukan ke abah tunggu kamu dekat depan sana tu?" soal Puan Ramlah.
"Hehe... Lupa pulak. Naura lapar. Umi masak apa hari ni? Breakfast ada lagi tak?" perutnya diusap lembut. Wajah kesian ditayangkan.
"Bawah tudung saji tu ada sikit lagi mi goreng. Kamu pergi habiskan. Makan cepat sikit lepas tu pergi jumpa abah dekat depan. Lama dah tetamu tu tunggu kamu turun. Tak elok buat orang tertunggu-tunggu macam tu," tegas Puan Ramlah memberikan arahan.
"Naura tak suruh pun dia tunggu Naura. Tapi kan umi sebut pasal tetamu tu kan, umi tahu ke siapa dia tu? Natrah cakap kawan abah.Yang Naura tak faham kenapa dia nak jumpa Naura? Jumpa abah sorang je dah lah.Dia kan kawan abah, bukannya kawan Naura," soal Naura penuh curiga.
"Adalah sebabnya kenapa dia nak sangat jumpa dengan kamu. Dah jangan cakap banyak. Makan cepat," arah Puan Ramlah segera.
"Yalah..." sahut Naura malas.
Selesai sahaja bersarapan pagi, Naura menapak perlahan-lahanke arah ruang tamu dirumah mereka. Daripada pandangan matanya jelas terlihat seorang lelaki yang sedang duduk membelakanginya sambil berbual bersama dengan Encik Kamarul, abah si Naura.
"Abah..." Sapaan lembut Naura menyentakkan kedua orang lelaki yang sedang rancak berbual itu. Naura melakarkan senyuman nipis bagi menghilangkan rasa kekok yang bertandang. Tanpa disuruh punggung dilabuhkan duduk berhadapan jejaka yang dikatakan sahabat kepada abahnya itu.
"Ha ni lah anak aku. Naura Khalisha. Anak sulung aku," perkenal Encik Kamarul tanpa dipinta.
Naura mula melorekkan senyuman nipis. Segan pula dia rasakan saat ini.
"Besar dah anak kau ya. Dah jadi anak dara dah pun.Dulu masa aku jumpa dia kecil lagi. Tak silap aku pakai pampers lagi masa tu," sahut si jejaka. Bibir turut mengukirkan senyuman lebar.
"Lama dah masa kau jumpa dia tu. Kalau tak silap aku usia dia pun masa tu baru 2 ke 3 tahun. Naura kamu kenal lagi tak dengan Hafiz ni? Dia ni kawan baik abah. Dulu masa kamu kecil-kecil Hafiz ni selalu datang jenguk kita dekat rumah lama kita tu," cerita Encik Kamarul.
Terkebil-kebil Naura mendengarkan setiap butir bicara abahnya itu. Wajah lelaki yang dikatakan sebagai sahabat abahnya itu direnung dengan pandangan pelik.
"Hesy kau ni apa punya soalan lah kau tanya. Sahlah Naura tak ingat. Lagi pun masa tu dia kecil lagi. Aku pun memang dah lama tak jumpa dengan dia. Betul tak Naura?" soal Hafiz. Wajah Naura direnung bersama senyuman tipis.
"Er... Betul lah tu. Naura tak kenal lah siapa pak cik ni abah," jawab Naura berterus terang.
"Eh apa pulak panggil pak cik. Panggil je Abang Hafiz," selar Encik Kamarul.
Membuntang mata Naura mendengarkan arahan yang diberikan oleh abahnya itu. Wajah Hafiz yang duduk berhadapannya direnung dengan pandangan tidak percaya. Ditilik penampilan Hafiz dari atas ke bawah. Jejaka ini hanya mengenakan tshirt berwarna putih dan dipadankan dengan seluar denim berwarna biru lembut.
Apa yang menarik perhatian mata Naura adalah lelaki berjambang tebal dengan rambut panjang yang disanggulkan ini turut mengenakan beberapa urat rantai dilehernya. Malah dikiri dan kanan tangan lelaki itu turut dipakaikan dengan beberapa urat gelang. Tak terkecuali cincin turut disarungkan ke jari jemarinya.
Mana mungkin Naura mahu menggelarkan lelaki ini dengan gelaran abang. Tengok penampilan dan usianya sudah pasti tidak sesuai dipanggil dengan gelaran sedemikian. Abahnya pun satu sudah buang tabiat ke apa? Sudah pasti lelaki ini usianya hampir sebaya dengan Encik Kamarul, jadi mana mungkin Naura mahu menggelarkan lelaki ini dengan gelaran abang. Mahu kembang tekaknya nanti.
Melihatkan kebisuan Naura, Hafiz segera bersuara. Mengamit Naura kembali ke alam realiti. "Hmm Rul, kalau kau tak keberatan boleh aku bercakap berdua dengan Naura?" soal Hafiz lembut.
"Eh boleh-boleh. Memang kau datang sini pun nak jumpa dengan dia kan. Ha korang borak-boraklah dulu. Aku nak masuk dalam tengok apa Ramlah tu buat dekat dapur," ucap Encik Kamarul. Belum sempat dia membuka langkah meninggalkan Naura dan Hafiz berdua, dia kembali bersuara. Wajah kebingungan Naura dipandang. "Naura please behave ya," pesan Encik Kamarul. Tidak mahu menganggu, ruang tamu segera ditinggalkan.
Terpinga-pinga Naura apabila dia tiba-tiba saja ditinggalkan sendirian bersama dengan lelaki yang baru dia kenali beberapa minit yang lalu.Wajah Hafiz yang sedang tersenyum manis itu dipandang pelik. Dah kenapa mamat ni duk senyum je dekat aku?
"Naura apa khabar? Sihat?" soal Hafiz berbasa basi.
"Er... Si... Sihat..." jawab Naura gugup.
"Dah lama kita tak jumpa. Naura makin cantik sekarang," ujar Hafiz lagi.
"Naura biasa je. Err sebenarnya pak cik ni siapa?Sebelum ni kita pernah jumpa ke? Maaf kalau Naura tak ingat siapa pakcik," terus terang Naura.
"Takpe saya faham. Rasanya tak perlu Naura panggil saya pak cik. Panggil je Hafiz atau mungkin Abang Hafiz," senyuman manis diberikan kepada Naura.
Berkerut kening Naura mendengarkan apa yang dikatakan oleh Hafiz. "Abah cakap tak baik kita panggil orang yang lagi tua dengan panggilan nama je. Saya panggil pak cik Hafiz dengan panggilan pak cik sebab saya hormatkan pak cik. Pak cik kan kawan abah saya. Saya tak nak nanti digelar kurang ajar," tegas Naura.
"Memanglah saya ni kawan abah Naura. Tapi rasanya sayani takdelah tua mana lagi kan?" kening dijongketkan berkali-kali.
"Hmm.. Tak tualah sangat. Aku tengok dah macam orang zaman purba pun ada," gumam Naura perlahan.
"Naura cakap apa? Saya tak dengar."
"Eh takde apa-apalah. Hehe..." kepala yang tidak gatal digaru.
Menggeleng kepala Hafiz melihatkan tingkah Naura. Tercuit hatinya dengan keletah gadis manis yang duduk di hadapannya saat kini.
"Sebenarnya pak cik datang rumah saya ni ada apa ya?" soal Naura apabila sedar tiada tanda-tanda Hafiz mahu membuka mulut.Baik dia segera bertanya. Tidak mahu dia dari terus duduk berlama-lama dengan Hafiz. Pandangan mata lelaki itu buatkan dia rasa tidak selesa.
"Saja melawat kawan lama..." bibir mengukirkansenyuman sebelum dia menyambung bicaranya "sambil datang tengok bakal isteri," jawab Hafiz perlahan.
"Oo... Kiranya pak cik datang sini melawat abah dengan umi lah ya?"
"Lebih kurang," bahu dijongketkan.
"Kalau macam tu pak cik duduklah dulu. Saya panggilkan abah," belum sempat Hafiz ingin membalas Naura segera bangun dan berlalu meninggalkan Hafiz seorang diri. Terpinga-pinga Hafiz ditinggalkan sendirian diruang tamu rumah itu.
Bukan niat Naura mahu bersikap biadap dengan tetamu, cumanya dia rasa sungguh tidak selesa untuk berduaan dengan lelaki tua itu. Lagi pula apabila melihatkan pandangan mata Hafiz yang jelas kelihatan miang itu.
PUNGGUNG dilabuhkan duduk disalah satu kerusi kosong diruang tamu. Wajah umi dan abahnya dipandang silih berganti. Natrah yang sedang menonton drama di kaca televisyen dipandang dari ekor mata.
Selepas sahaja makan malam bersama keluarganya, abah dan uminya ada memberikan arahan supaya mereka sekeluarga berkumpul diruang tamu.Katanya ada perkara yang mahu dibincangkan. Naura hanya akur, tidak mahu membantah. Malas dia mahu mendengar bebelan si bapa dan ibunya itu.
Melihatkan Encik Kamarul yang sepertinya tiada tanda-tanda mahu memulakan perbualan, Naura pantas menyoal tujuan asal sebenar kenapa diadan Natrah dipanggil berkumpul pada malam ini.
"Abah dengan umi cakap tadi ada perkara nak bincang.Abah dengan umi nak bincang pasal apa ni?" soal Naura.
Encik Kamarul menoleh sebentar ke arah Puan Ramlah.Melihatkan anggukan sang isteri dia lekas menjawab pertanyaan anak sulungnya itu. "Macam mana perjumpaan kamu dengan Hafiz tu tadi?" soal Encik Kamarul.
"Maksud abah pak cik Hafiz tu ke?"
"Janganlah panggil dia pak cik. Tak manis bunyinya tu," celah Puan Ramlah.
"Eh umi ni apa pulak tak manisnya? Dah memang dia pakcik kan? Dia tu kan kawan abah takkan Naura nak panggil dia abang pulak? Hesy gelilah," meliang liuk badannya kegelian.
"Memang dia tu kawan abah. Tapi lepas ni kamu kena biasakan diri untuk panggil dia tu dengan panggilan abang. Abah tak nak lagi lepas ni kamu panggil dia dengan gelaran pak cik. Tak sopan bunyinya tau,"pesan Encik Kamarul.
Membuntang mata Naura mendengarkan arahan tidak masuk akal daripada abahnya itu. Wajah pelik ditayang bersama kerutan halus. "Eh abah ni dah merepek apa ni? Kenapa pulak Naura nak kena panggil dia abang? Dia tu dah boleh jadi bapak Naura tau. Tak naklah Naura. Nanti dia ingat Naura ni nak menggatal dengan dia."
"Takde maknanya dia fikir kamu nak menggatal dengan dia. Abah yakin dia mesti lagi suka kalau kamu panggil dia abang. Dah mulai daripada hari ni kamu kena biasakan diri untuk panggil dia abang," tegas Encik Kamarul.
"Naura tak faham dengan abah ni. Yang abah beria nak Naura panggil pak cik tu dengan panggilan abang dah kenapa? Apa yang special sangat mamat berjambang tu?" meregus kasar Naura tidak faham.
"Baik abang terus terang je dengan Naura ni tentang perkara sebenar," cadang Puan Ramlah.
Semakin tidak faham Naura dengan apa yang dikatakan oleh uminya sebentar saja tadi. Sepertinya ada sesuatu yang cuba mahu disampaikan oleh orang tuanya itu.
Nafas ditarik dan dihela perlahan-lahan. Wajah kebingungan Naura dipandang sebelum dia bersuara. Menyampaikan satu berita yang dia yakin bakal mengejutkan anak sulungnya itu. "Abah dah buat keputusan. Abah nak kamu kahwin dengan Hafiz tu," dengan hanya sekali nafas Encik Kamarul menyampaikan berita itu.
Membulat mata Naura mendengarkan apa yang dikatakan oleh abahnya itu. Mulut sudah ternganga tidak percaya. Bukan hanya Naura, malah Natrah yang tadinya elok menonton televisyen juga turut tersentak dengan berita yang disampaikan oleh abahnya itu. Apa abahnya sudah hilang akal ke?
"Ka... Kahwin...? Dengan pak cik tu?!" soal Naura tidak percaya.
"Yalah," sahut Encik Kamarul.
"Fuyo... Bestnya tak lama lagi kau nak kahwin.Congratulations kak..." sorak Natrah teruja.
"Natrah kau boleh tolong diam tak? Sekarang bukan masanya untuk kau bersorak gembira tahu tak?!" jerkah Naura geram.
"Asal pulak? Kau nak kahwin kak mestilah aku kenahappy. Ni kan dinamakan berita gembira," jawab Natrah berani.
"Natrah, kau boleh tolong diam tak? Kang takpasal-pasal aku sumbat mulut kau dengan remote tv tu," geram Naura.
"Sudah... Sudah kamu berdua ni kalau tak bertekak tak sahkan? Naura pun satu yang kamu nak marahkan si Natrah tu dah kenapa?" tegur Puan Ramlah.
"Werk... Padan muka," ejek Natrah. Lidah dijelirkan tanda mengejek si kakak yang sedang berwajah cemberut itu.
"Sudah-sudahlah tu. Sekarang abah nak tahu apa keputusan kamu Naura?" soal Encik Kamarul setelah lama berdiam diri.
Nafas ditarik kasar sebelum dihela perlahan-lahan. Wajah orang tuanya dipandang silih berganti. "Abah, Naura bukan nak kecewakan abah. Tapi abah tahukan Naura ni muda lagi. Naura belajar pun tak habis lagi.Takkan tiba-tiba abah nak suruh Naura kahwin pulak? Kahwin pulak dengan pak cik tua tu. Tak sesuailah," jawab Naura.
"Abah tahu tu. Tapi tak salah pun kalau kamu kahwin waktu kamu tengah belajar. Lagi pun Hafiz dah cakap dia tak kisah. Dan dia sendiri cakap dia takkan halang kamu nak teruskan pengajian kamu dan capai cita-cita kamu," ujar Encik Kamarul.
"Tapi abah kenapa abah beria sangat nak Naura kahwin dengan pak cik tu? Kalau pun abah nak sangat Naura kahwin carilah orang yang muda sikit. Ni dah tua kerepot tau. Hesy tak naklah Naura," wajahnya sudah masam mencuka.
"Tua-tua pun handsome tau kak Abang Hafiz tu. Ala kak,kau tak payah nak demand sangatlah kau pun bukannya cantik sangat pun. Kira eloklah Abang Hafiz tu nak dekat kau tau," perli Natrah.
"Abang Hafiz? Kalau kau rasa dia handsome sangat apa kata kau je kahwin dengan dia," cadang Naura.
"Kau ni merepek je kan? Aku SPM pun tak habis lagi.Lagi pun abah suruh kau bukan suruh aku," bidas Natrah.
"Sudah jangan bergaduh. Kalau kamu terus bergaduh sampai bila-bila pun perbincangan kita takkan selesai," selar Encik Kamarul.
"Naura tak nak abah. Naura minta maaf. Naura naik atas dulu," usai sahaja berkata Naura bingkas bangun. Meninggalkan ahli keluarganya yang jelas terpinga-pinga itu.
Melihatkan kepergian Naura, Encik Kamarul hanya mampu mengeluh panjang. Kepala yang terasa berdenyut diurut perlahan. Bukan niat dia mahu memaksa anaknya itu menikahi Hafiz. Dia lakukannya adalah kerana mahu membalas jasa sahabat baiknya itu yang telah banyak membantunya selama ini.
Lagi pula Encik Kamarul yakin, Hafiz lelaki yang baik, jika Naura bernikah dengan lelaki itu, dia yakin Naura pasti akan bahagia.
"Kita bagi Naura masa dulu bang. Dia pun baru je tahu.Mesti dia masih terkejut. Nanti kita slow talk dengan dia ya," pujuk Puan Ramlah. Belakang badan Encik Kamarul diusap lembut.
"Hmm harapnya macam tulah," keluhan berat dilepaskan perlahan-lahan.