Home Novel Cinta Perjanjian
Bab 15

15

            Keesokan harinya Anie muncung saja semasa dalam perjalanan balik kampung. “ Kenapa buat muka? Tak nak cuti atau tak suka driver yang handsome ni?” Adam mengejek Anie yang monyok dalam kereta.

“Ya saya tahu saya nak cuti. Tetapi kenapa awal sangat perkahwian Akak Alia pun dalam 2 minggu lagi. Tambahan kenapa awak sibuk sangat nak ikut saya balik?”Muka Anie masih berkerut.

“Kan I cakap, kalau you nak cuti mesti ikut syarat I dan syaratnya ini I ikut you balik. Sambil – sambil melawat mak mertua.” Adam sengaja membuatkan Anie bertambah bad mood.  “ Haaa, rasakan.awak jangan nak mengada. Nanti jangan cakap yang bukan – bukan pada mak aku. Kalau tak siap awak saya kerjakan.” Anie menarik cuping telinga Adam.

“Aw sakitlah! Tang accident kang baru tahu. Dahlah baik diam saja lagi bagus.”Adam pula yang buat -  buat merajuk pada Anie.

            Syaff dan keluarganya makan tengahhari bersama – sama. Inilah kali pertama mereka makan bersama – sama satu keluarga sebab sebelumnya Syaff ada tetapi Abah selalu out station. Masa Abah ada Syaff pula belajar jauh.

“Ummi gembira tengok kita makan macam ni. Dah lama sangat dah tak rasa satu keluarga bersama – sama begini.” Ummi tersenyum melihat seluruh keluarga bersama – sama.

“Ya lah. Tetapi minggu depan jadi balik kampung?” Adam tersenyum mendengar apa yang dikatakan oleh Abahnya. “ Mestilah Abah kan tu majlis perkahwinan. Mana boleh tak pergi kan Ummi?” Hanna menyampuk percakapan Abahnya.

“Siapa yang kahwin kak?” Syaff bertanya kehairanan dan ada juga rasa takut bahawa dia sudah terlambat. “ Nantilah kamu tengok.”

Selepas selesai makan tengah hari Syaff naik ke biliknya. Dia mundar – mandir di dalam bilik. “ Syaff! Ummi panggil. Cepat turun sini!” Hanna memanggil Syaff untukturun ke ruang tamu. Syaff menuruni tangga sambil mengatur rambutnya. “ Amboi,mentang – mentang rambut dia dah macam warna rambut mat saleh tak henti – henti nak atur. Takut betul kalau – kalau rambut tu serabut.

Syaff buat mata pada kakaknya. Mereka ni juga selalu kacau masing – masing. “ Ada apaUmmi? Abah?” Syaff duduk di sebelah Abahnya lalu Abah menepuk belakang Syaff. “Syaff Ummi nak tanya, Syaff betul – betul ke serious? Ummi boleh bantu anak Ummi sorang ni.” Syaff hairan dengan apa yang Umminya katakan.

“Apa yang Ummi cakap ni? Syaff tak fahamlah Ummi. Abah?” Syaff berpaling ke arah Abahnya. “ Macam ni, Ummi kamu dengar apa yang kamu ngigau semalam. Nak Abah cakap tak?” Abah tersenyum melihat reaksi anaknya yang masih blur dengan apa yang dikatakannya.

“Ummi dengar kamu mengigau yang kamu nak kahwin. Tu saja” Hanna zipkan mulutnya  tak menyebut selengkapnya sebab Hanna rasa seronok melihat adiknya itu masih blur dan masih belum tangkap hint yang cuba diberikan.

“Semalam Ummi dengar kamu mengigau nak kahwin dengan Aaaa.”
“ Aaaa, Stop Ummi! Betul ke Syaff ada sebut nama dia semalam?” Syaff rasa malu lalu mengaru kepalanya.

“Adalah. Penat Ummi dengar nama tu semalam. Nasib baik Ummi tak rakam kalau tak akak kamu tu dah viralkan dah.”

            “ Syeera. Kenapa masih tak makan lagi? Aku lapar ni.”

“Kau pesanlah sendiri. Ni lagi sorang. Kenapa lambat?”
“ Sorry. Wei aku ada news untuk korang. Korang tengok ni. Syaff dah balik Malaysia! Serious hot gila dia sekarang. Syeera tengoklah ni.”

“No tak perlu. Aku tahu dia dah balik. Dia ada beritahu aku. Cuma aku tak beritahu awak berdua sebab dia tak bagi.” Syeera menipu kedua kawan – kawannya sedangkan dia baru tahu yang Syaff dah balik.

 

Previous: Bab 14
Next: Bab 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Jen J.S