Home Novel Cinta Perjanjian
Bab 3

3

 

“ Lika! Sini.” Aku melambaikan tangan aku untuk memberitahu keberadaan aku kepada Lika. “ Ada apa yang awak nak bagitahu aku tadi?”

“ Kau tahu tak siapa datang esok?”

“Siapa? YB ke? kalau YB baguslah sebab aku nak minta supaya jalur lebar kampung ni diperbanyakkan.” Aku tersenyum sebab seperti selalu aku akan mengusik Lika.“ Haha, yelah YB kau. Bukan  YB lah. Kaumasih ingat kawan karib kau? Korang kan selalu melekat macam belangkas?”Rasanya aku tak pernah melihat wajah Lika serious macam ni. Entah siapa yangnak dikatakannya.

“ Siapa? Kenapalah awak ni serious sangat. Setahu akulah kan, cuma awak saja rakan karib saya yang lain cuma rakan sekelas dan rakan sekolah.”

“Takkan kau tak tahu. Syaff! Syaff dan keluarganya balik sini esok. Kenapa SyaffTak beritahu kau ke?” Setelah mendengar apa yang dikatakan oleh Lika sebentar tadi aku menjadi kelu. Ada juga rasa excited dan ada juga rasa something different.

            “ Ye ke? kenapa aku tak tahu tentang hal ni. Awak tahu dari mana?” Aku bertanya kepada Lika sambil – sambil aku menghayunkan kaki aku yang terkena air sungai.

 Bila berceritakkan tentang sungai, tebing sungai ni lah tempat aku, Lika, dan Syaff selalu lepak. Syeera bukannya selalu dapat lepak bersama dengan kami. Maklumlah diakan cantik kena jaga air muka keluarga dan keluargannya selalu risaukan tentang keadaan anak mereka itu.

            “ Kenapa kau tak tahu yang Syaff dan keluargannya nak balik sini esok. Sedangkan kau dan keluarga kau yang agak rapat dengan keluarga mereka.”

“Entahlah Lika, mungkin Ummi Najwa dah bagitahu mak aku kot.”

            “ O, mungkin juga kan. Eh, takapalah. Selain daripada Syaff balik sini, kau dah sedia dengan result kau esok?”

“Lika!”

            “ Apa? Aku tanya je kot. Kenapa takboleh.” Lika tiba – tiba muncung mungkin dia ingat aku nak marah dia. “  Okeylah, tak apalah. Aku tak akan tanya hal tu lagi. Tunggu esok je lah.” Lika agak comel bila dia rasa merajuk dan ini yang menyebabkan aku suka mengusiknya.

            “ Aku balik dululah Lika. Takut akak aku fikir yang bukan – bukan pula nanti. Dahlah aku lari dari tugas aku tadi.Kalau akak dan mak masih belum siap, terpaksalah aku sambung balik tugas aku tu.” Aku bangun lalu mengambil basikal aku yang aku sandarkan pada pohonkelapa.

            “ Tugas? Kau tengah tolong mak kau apa tadi? Oleh aku ikut?” Lika pun tergesa – gesa nak ikut aku balik rumah sebab nak tengok apa tugas yang aku buat tadi.

“Tak apalah, lagipun hari ni dah nak petang. Baik awak balik saja. Takut Mak Tah cari awak pula. Aku juga yang dipersalahkan nanti.”

Aku dan Lika sama – sama meninggalkan tebing sungai untuk balik ke rumah. Setibanya aku di rumah, jangkaan aku tepat sekali. Akak mula mencarut tak tentu pasal.

            “ Hah, balik datinglah tu. Seronok dating dengan Pak Kassin?”

Nampaknya akak memang seronok mengenakan aku, apatah aku pun akan melakukan pekara yang sama. “ Seronok sangat kak. Kenapa akak jealous? Ke akak yang suka dengan Pak Kassin tu? Sebab tu lah akak jealous.” Aku menjelirkan lidah aku ke arah akak.Puas hati aku sebab hari ini aku dapat membalas semua pekara yang akak buat pada aku.

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Jen J.S