Home Novel Cinta SEKALI TERLAFAZ
SEKALI TERLAFAZ
Zulfati Hanis
27/9/2017 21:17:16
11,036
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 1


             Sudah beberapa hari dia menghuni bilik Hotel Premiera Kuala Lumpur. Sudah puas dia mengembara mengelilingi negara-negara Eropah dan akhirnya dia kembali semula ke Malaysia. Untuk berapa lama dia di sini, dia tidak pasti. Malam yang masih muda membuatkan masih ramai warga kota berlegar di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman ini. Dari ruang lobi hotel Farah dapat melihat pelbagai gelagat warga kota. Menyusuri jalan kaki lima sehingga ke bangunan Sogo pelbagai aktiviti tersaji di depan matanya. Dihadapan bangunan Sogo ada beberapa orang pelukis jalanan mempamerkan hasil kerja mereka. Selain itu ada juga pemuzik dan penyanyi jalanan. Terhenti seketika Farah sambil mendengar alunan muzik dan nyanyi mereka.

            Usai mendengar beberapa lagu Farah meneruskan perjalanannya. Penat berjalan Farah duduk sebentar di anak tangga Stesen Monorail Medan Tuanku. Ditongkat kepalanya dengan kedua belah tangan. Matanya memerhatikan kehadiran ramai golongan gelandangan di sekitar jalan Medan Tuanku. Ditangan mereka ada sebungkus makanan bersama sekotak minuman. Perkara itu menarik minat Farah.

            Matanya memerhatikan geng NGO yang sedang mengagihkan makanan dan minuman untuk golongan gelandangan yang berbaris panjang. Perlahan-lahan Farah bangun dan berjalan menghampiri kabin berdekatan dengan kawasan tempat letak kereta.

            “Nah makanan dan air. Sudah makan bungkusan buang dalam tong sampah yang disediakanya.”

            Salah seorang geng NGO menghulurkan sebungkus makanan dan minuman kepada Farah.Terpinga-pinga Farah dibuatnya. Aikk..tak kan sebab aku pakai baju sempoi dengan seluar jean koyak dia orang ingat aku ni gelandangan jugak kot. Rungut Farah dalam hati sambil mengangkat mukanya untuk memandang orang yang menghulurkan bungkusan makanan kepadanya.

            “Mmm…Rara?Nur Farahin binti Tan Sri Faris Arshad?”

            Farah terkejut bila nama penuhnya disebut. Pantas dia menoleh ke arah suara yang menyebut namanya. Bulat mata Farah.

            “Syuk?”Farah tidak percaya yang berdiri didepannya saat ini adalah kawan baiknya sewaktu mereka sama-sama menuntut di Sekolah Tun Fatimah.

            “Alhamdulillah.Ingat pun kau dekat aku.” Syuha tersenyum lebar.

            “Syuk…”gembira dengan pertemuan ini membuatkan Farah memeluk Syuha dengan erat. Mereka terlompat-lompat keriangan tanpa menghiraukan pandangan mata yang memandang gelagat mereka berdua.

            “Ya ALLAH…lamanya kita tak jumpa. Last kita jumpa hari terakhir paper SPM kat Sekolah Tun Fatimah. Lepas kau pergi sambung belajar dekat luar negara kau senyap sunyi aje. Kau dah lupakan aku ya?” Syuha mengomel saat pelukkan merekaterlerai.

            “Sorry Syuk. Aku bukan sengaja.” Farah meminta maaf atas kesilapannya. Bukan dia sengaja lupakan Syuha. Tapi tika itu dia sedang berperang dengan dirinya. Untuk membiasakan diri dengan suasana dan tempat baru bukannya mudah. Lebih-lebih lagi bila dia sambung pengajian dalam bidang yang bukan menjadi pilihannya.Lagi menambahkan kekusutan dalam hidupnya.

            “Eee…teruk betullah kau ni, Rara. Dahlah menghilang macam tu aje, email aku pun kau tak balas. Kecik hati aku tau!” Syuha mempamerkan muncung sedepa.

            “Sorry again, Syuk. Aku tak pernah lupakan kau. Lupakan persahabatan kita. Email kau memang aku baca. Cuma aku tak tahu macam mana nak jelaskan kat kau kehidupan aku yang membosankan kat sana.Sorry, Syuk.” Acapkali Farah menuturkan kata maaf kepada teman baiknya itu. Dia akui kesilapannya yang terus menjauhkan diri daripada semua orang yang dia kenali di sini.

            “Okey…aku boleh maafkan kau tapi dengan syarat jangan buat lagi. Boleh?”

            “Aku janji!” Farah pantas angkat tangan dan berjanji dengan Syuha.

            Gelagat Farah itu membuatkan Syuha ketawa.

            “Kau ni kan, dari dulu sampai sekarang selalu buat aku tergelak dengan perangai gila-gila kau. Ni…kau balik sini sebab kau dah habis belajar ke atau kau balik bercuti?”

            “Aaa…kau buat apa dekat sini, Syuk?” Farah mengelak untuk menjawab pertanyaan daripada Syuha itu.

            “Rara?I smell something fishy here.” Syuha menjungkitkan keningnya. Dia dapat agak ada sesuatu yang Farah sembunyikan.

            “Humm…okey-okey aku tuang kuliah.”

            “What?” terbeliak mata Syuha.

            “Dah beberapa bulan aku tuang kuliah. Aku tak sukalah jurusan yang papa aku pilih.Sebab tu aku tuang kuliah.”

            “Ya ALLAH…” mengeleng Syuha di buatnya.

            “Dahlah cakap pasal aku. Ni kau buat apa dekat sini?” Farah menukar tajuk perbualan mereka sekali lagi. Dia malas untuk memanjangkan kisahnya.

            “Oh…aku join grup NGO edarkan makanan percuma dekat golongan gelandangan. Aku terlibat ni pun sebab ikut kakak sepupu aku yang aktif buat benda ni semua.”

            “Ooo…aku nak tolong boleh?” Farah menyatakan minatnya untuk membantu.

            “Eh…boleh sangat. Kau ambik bungkusan ni dan edarkan dekat sana ek.” Syuha menyerahkan beberapa bungkusan makanan kepada Farah.

            Farah berjalan mendekati sekawan gelendangan yang sedang duduk sambil menunggu makanan diedarkan kepada mereka.

            Saat terpandang seorang budak lelaki yang sedang menyelongkar tong sampah berhampiran membuatkan hati Farah tergerak untuk memberikan bungkusan makanan ditangannya kepada budak lelaki itu. Dia berjalan menghampiri budak lelaki itu yang sedang leka mencari bahan buangan di dalam tong sampah.

            “Adik…”Farah menegur.

            Budak lelaki itu terkejut. Mukanya kelihatan takut dan cemas.

            “Akak…”

            Belum sempat Farah menyudahkan kata-katanya, budak lelaki itu pantas melarikan diri.

            “Hey!...”Farah menjerit memanggil.

            “Apahal dia lari pulak? Adoi…”

            Farah mengeluh seraya turut berlari mengejar budak lelaki tadi. Terjadilah adegan kejar mengejar antara Farah dengan budak lelaki itu yang turut menarik perhatian orang ramai yang berada berhampiran bangunan Sogo dan Pertama.

            “Rara!...Kau nak ke mana tu?”

            Namun jeritan Syuha tidak bersahut. Kelibat Farah hilang dibalik deretan kedai-kedai.

            “ALLAH…kemana pulaklah Si Rara tu pergi. Humm…” Syuha menghela nafasnya panjang.

            “Kenapa Syuk?” Marea bertanya sebaik dia mendekati Syuha.

            “Tu…kawan Syuk tiba-tiba lari pecut mengalahkan Usain Bolt aje dah kenapa entah.” Syuha menjuihkan muncung arah Farah yang sudah menghilang dibalik deretan kedai.

            Marea hanya memandang arah yang sama sambil menjungkitkan bahunya. Dia tiada jawapan pada pertanyaan daripada Syuha itu. Dia kembali memandang Syuha.

            “Syuka da nombor handphone kawan Syuk tu tak? Kalau ada cuba call dia tanya kenapa tiba-tiba lari macam tu aje.”

            “Mana ada Kak Ya. Kami baru aje jumpa tadi.”

            “Dah gitu gayanya tak dapatlah Kak Ya nak tolong,” kata Marea dalam nada bergurau.

            “Kemana pulak minah tu pergi?” perlahan omelan Syuha. Namun Marea dapatmendengarnya.

            “Dahlah tu Syuk. Kejap lagi muncullah kawan Syuk tu. Kita tunggu aje dekat sini.”

            Syuha sekadar mengangguk. Dia dan Marea kembali melakukan kerja mereka yang tertangguh tadi.

 

            “Tunggu!...”

            “Aduh!...”dua suara mengadu kesakitan.

            Seorang memegang perutnya sambil cuba mengimbangi badannya yang nak terjatuh dan seorang lagi jatuh terduduk dan bungkusan makanan bertaburan di atas kaki lima jalan.

            “Wei…tunggu!”laung Farah. Perlahan-lahan dia bangun sambil memegang pinggangnya. Rasa nakterkehel pinggang dibuatnya. Dahlah jatuh macam nangka busuk. Ramai pulak yang menontonnya. Malu giler.

            “Hoi,perempuan! Mata letak dekat lutut ke?”

            Farah merenung wajah lelaki yang dia terlanggar tadi. Eh mamat ni tak sayang mulut nampak. Ingat aku ni apa? Mengelegak hati Farah. Dia memerhatikan lelaki yang berada di depannya. Rambut panjang dan kelihatan tak terurus. Ditepi kaki lelaki itu kelihatan sebuah beg yang sudah lusuh.

            “Helo bro! Cakap baik-baiklah. Saya tahulah saya salah. Saya boleh cakap sorry. Tapi…”

            “Sorry naik lorilah! Lain kali bukak bijik mata tu luas-luas sikit! Kalau mata tu rabun pergi check mata tu. Pakai cermin mata. Barulah boleh nampak orang sekeliling. Ini tak! Main langgar aje. Rabun!” Lelaki itu terus mengomel dengan nada suara yang tinggi dan keras.

            Belum sempat Farah menjawab, lelaki yang berambut panjang itu berlalu pergi dengan kakinya kelihatan sedikit terhencut-hencut.

            Farah masih terpaku tidak bergerak. Matanya masih mengekori langkah lelaki itu sehingga bayangnya hilang disebalik bangunan berhampiran Jalan Masjid India.

            “Aku pulak dibahasakannya. Gila agaknya mamat tu. Kesian muda lagi rasanya dah gila. Humm…aduh sakitnya pinggang aku. Alamak..siku aku berdarahlah pulak.” Farah memegang pinggangnya sambil melihat sikunya yang berdarah.

 

            “Ya ALLAH…Rara, kenapa dengan kau ni? Tengok tu dengan siku berdarah bagai. Kau kejar siapa tadi? Pecut semacam aje saya tengok. Aku panggil pun kau tak dengar.” Syuha agak cemas bila melihat keadaan Farah. Dia memapah Farah dan didudukkan di tepi tangga.

            “Sorrylah Syuk. Aku kejar ada seorang budak lelaki ni. Aku mulanya nak bagi bungkusan makanan dekat dia. Tapi tiba-tiba budak tu terus lari. Tu yang aku pun kejar dia.” Farah menjelaskan kenapa dia lari begitu saja tadi.

            “Humm…budak tu terkejut kot. Lain kali tak payah kejar. Ini tengok dah luka bagai.”

            “Luka ni pasal mamat gila mana entah tiba-tiba halang laluan aku.” Mengingatkan kejadian tadi membuatkan hati Farah geram.

            “Mamat gila? Mamat mana pulak ni?” soal Syuha dengan kerutan di dahi.

            “Alah malas nak cakaplah pasal mamat gila tu. Dahlah aku kejar budak tu tak dapat.Yang aku dapat luka ni ha! Semua ni pasal mamat gila tulah!”

            “Betul orang gila  kau jumpa tadi?” soal Syuha untuk kepastian.

            “Takkan hantu kot! Confirm memang orang gila.Maki aku ikut sedap tekak dia aje. Malu aku kena sembur depan orang ramai.Dahlah kena sembur, jatuh dah mengalahkan nangka busuk aje gaya jatuhnya tadi,”omel Farah meluahkan amarahnya.

            “Rara…Rara…macam-macamlah kau ni. Ni boleh jalan tak? Biar aku hantar kau balik. Rumah papa kau dekat mana?”

            “Eh..tak apalah. Aku sekarang ni stay dekat Hotel Premiera depan tu aje. Tak jauh pundari sini. Aku boleh jalan balik sendiri.”

            “Kau stay kat hotel? Kenapa hotel? Setahu aku, kau orang KL, kan?”

            “Aaa…buat sementara aje. Aku tengah cari rumah ataupun bilik sewa. Tu yang buat sementara tu sewa kat hotel.”

            “Cop!..kau jangan cakap yang kau balik ni papa kau tak tahu pun, Rara.”

            Lambat-lambat Farah mengangguk. Syuha memegang kepalanya.

            “Kau ni Rara…humm..,” mengeluh Syuha dibuatnya.

            “Tak kuasalah aku nak mengadap papa aku dan lebih-lebih lagi mak tiri plastik aku tu,” omel Farah mempertahankan dirinya.

            “Plastik?”berkerut dahi Syuha.

            “Mak tiri aku tu plastik. Pandai bermuka-muka. Depan papa bukan main baik. Belakang papa aku berpoya dengan jantan lain!” luah Farah melepaskan geramnya.

            “Kau orang masih tak berbaik lagi ke?” Syuha selalu mendengar omelan Farah tentang mak tirinya sewaktu mereka bersekolah dulu. Tapi tak sangka sehingga kini hubungan mereka tidak baik.

            “Huh…tak mungkin akan berbaik, Syuk! Dia bukan ikhlas kahwin dengan papa. Tapi…tulah papa aku tu asyik dengar cakap perempuan tu aje. Cakap aku ni dia tak dengarpun. Sebab dengar cakap bini kesayangan dialah sampai aku terbuang kat luar negara tu.”

            “Kesiankau, kan? Mmm…Rara, kalau kau tak kisah apa kata kau tinggal dengan aku.Sekarang ni aku tinggal dengan kakak sepupu aku. Kami tinggal berdua aje.”

            “Eh..tak apalah, Syuk. Aku tak nak susahkan kau.” Farah cuba menolak dengan baik pelawaan Syuha itu.

            “Humm…kalau kau tak nak aku tak paksa. Tapi kau tunggu sini kejap. Luka tu kena rawat.”

            Syuha menghilang buat seketika dan kembali dengan sekotak first aid.

            “Meh sini tangan kau, aku balut luka tu dulu. Kalau dibiarkan masuk kuman lagi teruk jadinya.” Syuha menarik tangan Farah yang luka dan merawatnya. Berkerut dahi Farah menahan pedih saat luka itu dibubuh ubat.

            “Laa…ini kenapa ni? Syuk?” Marea yang tiba-tiba muncul bertanya.

            “Jatuh.Luka sikit. Ni Kak Ya kenalkan kawan sekolah Syuk, Farah. Tapi kita orang panggil dia Rara.”

            “Hai!Marea.” Marea bersalaman dengan Farah, mesra.

            “Hai Kak Marea.”

            “Haa…alang-alang Kak Ya ada ni, hari tu Kak Ya kata bilik yang kosong tu nak disewakan,betulkan?”

            “Iyalah.Daripada dibiarkan kosong baik akak sewakan. Dapat gak hasilnya. Kenapa? Syuk ada kawan kampus yang nak sewa ke?”

            Syuha tersengih. Dia memandang Farah sambil mengeyit matanya.

            “Kebetulan sangat ni Kak Ya. Rara ni pun tengah cari bilik sewa. Apa kata Kak Ya sewakan aje dekat Rara ni.”

            “Ehh…molek sangat tu. Sewa dia dalam RM300 sebulan termasuk api dengan air. Okey tak dengan harga sewa tu? Kalau okey malam ni nak masuk pun boleh.” Marea memandang wajah Farah.

            Menarik jugak tawaran ni. RM300 duduk hotel dapat sewa semalam aje. Ini RM300 harga sewa sebulan. Untung aku. Farah menconggak dalam hati.

            “Okeylah tu Rara. Kita boleh tinggal serumah nanti.” Syuha cuba memujuk Farah untuk menerima tawaran daripada Marea itu.

            “Aaa…okeylah.Terima kasihlah sebab sudi sewakan bilik tu kat saya.” Farah tidak mampu untukmenolak pelawaan itu.

            “Tak ada hal. Kawan Syuk samalah macam kawan Kak Ya jugak.”  Marea menjawab mesra.

Previous: EPILOG
Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.