PROLOG
Telah aku relakan rasa cinta ini untuk dirimu
Kuhamparkan seluasnya namamu di hatiku
Telah kukatakan bahawa tiada yang lain hanya dirimu seorang
Di saat aku merasai apa itu bahagia
Di saat aku merasai indahnya cinta
Disaat aku merelakan hanya cintamu satu-satunya
Kau hadir membawakhabar derita…
Derita yang kauhadiahkan
Derita yang kaukalungkan
Derita yang kautingalkan…
Meretakkan hatidan perasaan
Memijak lebur rasacinta yang tersimpan
Meluluhkan terussebuah harapan.
Untuk apasebenarnya cinta yang kau hadiahkan dengan kata-kata azimat
Yang terkandung didalamnya kasih dan sayang
Yang tersimpandengan seribu satu keindahan.
Andai kau punyarasa untuk memusnahkan dan menghnacurleburkan sebuah cinta yang suci?
Kini…
Setelah kauciptakan kelukaan
Kenapa kau hadir untuk mengatakan betapa kau kecewa bersamanya
Kau terluka dan sengsara sedangkan aku sebenarnya yang tewas
Aku yang karam dalam tangisan kerana pengkhianatan cintamu.
Andai ini takdir,akan aku relakan walaupun di hati ini tersayat pilu
Pilu kerana cintadan janjimu terkubur hanya kerana kerakusan cintamu.
Satu yang perlukau tahu…
Cinta yang hadirakan hilang bersama luka yang kau tinggalkan
Kerana cintaperlukan pengorbanan
Dan itulah pengorbanan yang kulakukan dan kau juga perlu berkorban untuk melupakan dirikubuat selama-lamanya…