Home Novel Cinta Masihkah Ada Cinta
Masihkah Ada Cinta
Iza Haniza
9/11/2017 16:06:51
31,004
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 7

Dato’ Rosman Ketua Bahagian Parti Bumiputera berjalan perlahan-lahan menuju ke kerusi yang disediakan untuk beliau yang akan mempengerusikan mesyuarat Bahagian pada petang itu.Perlahan-lahan dia duduk di kerusi dan menyandarkan tongkatnya di sebelah.

Dia tersenyum kepada semua yang hadir di dalam mesyuarat pada petang itu. Meja mesyuarat berbentuk bujur agakl uas dan menempatkan kira kira 30 orang. Di sebelah kanan Amran dan rakan-rakan rapat serta penyokongnya manakala di sebelah kiri pula menempatkan Malik dan penyokongnya.

Dato’ Rosman tersenggut-senggut menahan rasa mengantuk apabila pengerusi majlis pada petang itu menyampaikan ucapan kata-kata aluan agak panjang. Selepas pengerusi Majlis menamatkan ucapan kata-kata aluan, Mamat, pembantu peribadi Dato’ Rosman mencuit lengan Dato’Rosman., mengejutkan Dato’ Rosman dari lenanya.

Mereka yang hadir pada petang itu terdiri dari Ketua Cawangan Parti Bumiputera dari Bahagian itu. Mereka memandang kepada Dato’ Rosman dengan rasa kurang sabar. Kebanyakan mereka berfikir memang sudah sampai masanya Parti Bumiputera Bahagian Kuala Bertahan  yang menempatkan kawasan Dewan Undangan Negeri Rimba Damai mendapatkankan pemimpin yang baru.

Amran dan Malik antara dua tokohyang disebut-sebut untuk menggantikan Dato’ Rosman dalam pemilihan parti akan datang. Masing-masing ada kekuatan dan penyokong tersendiri. Amran muda dan bertenaga tapi dia tidak kaya. Kekuatan Amran lebih kepada sikap mesranya dengan pengundi dan orang kampung. Malik pula sudah agak berumur tetapi ada sumber kewangan yang banyak.

Dato’ Rosman perlahan-lahan mengeluarkan  beberapa helaian kertas yang agak lusuh dari poket bush jacket nya.Mereka di sekeliling tertanya-tanya apakah isi di dalam kertas itu. Mereka tahu setiap kali diadakan mesyuarat Dato’ Rosman telah menyediakan teks ucapan terlebih dahulu. Mungkin teks ucapan disediakan oleh salah seoarang pembantu peribadi beliau.

Dato’ Rosman memulakan bicara dengan suara terketar-ketar dan perlahan. Semua yang hadir memasang  telinga untuk mendengar butir bicaranya.Selepas berucap kira-kira 30 minit mereka yang hadir berharap di dalam hati supaya Dato’ Rosman menamatkan ucapan secepat mungkin.

Ada yang memejam mata hampir terlena. Ada yang melayan whatsapp dan tidak menghiraukan ucapan Dato’Rosman.Tiba-tiba mereka yang hadir merasa terkejut termasuk mereka yang sedang terlena apabila Dato’ Rosman menyebut “ anak-anak muda sekelian hendaklah membunuh ayah dan bonda masing-masing”. Semua yang hadir tekejut besar. Sudah sah Dato’ Rosman dah nyanyuk dan patut di ganti. Mereka berpaling sesama sendiri dengan pandangan  penuh kehairanan.

Selepas menyedari ramai yang terkejut dengan kenyataannya Dato’ Rosman membelek semula teks ucapannya. Mamat yang duduk di sebelah Dato’ Rosman

“ Maaf saudara saudari sekelian.Saya tersilap membaca teks ini. Sebenarnya pembantu saya telah tersilap susun mukasurat teks ucapan ini. Sabar ye, sementara saya cari susunan yang betul”kata Dato’ Rosman. Tangannya terketar-ketar mencari susunan atur teks ucapannya. Mamat pembantunya membantu menyusun semula mukasurat yang betul sebelum Dato’ Rosman meneruskan ucapannya.

“Anak- anak muda sekelian hendaklah berusaha membantu  di dalam pembangunan negara,” Begitulah ucapan yang seharusnya diucapkan oleh dato’ Rosman tadi.

Lima belas minit kemudian, Dato’Rosman menamatkan ucapannya disambut dengan nafas lega oleh semua yang hadir.

Agenda seterusnya membincangkan persiapan menghadapi pertandingan Jawatan Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Bahagian Parti Bumiputera . Dato’ Rosman sekali lagi menegaskan ini adalah penggal terakhir beliau menjadi Ketua  Bahagian. Beliau menegaskan supaya perpaduan parti dikekalkan tidak kira siapa pun yang akan dipilih untukmenerajui parti nanti. Kesemua yang hadir mengangguk tanda setuju tetapi di dalam hati masing-masing hanya tuhan yang tahu.

Sebaik sahaja mesyuarat selesai kesemua yang hadir dijemput ke dewan jamuan untuk minum petang. Amran berjalan kearah Malik dan menyapa Malik serta bersalaman dengannya.

“ YB sihat? “ Malik bertanya. “Macam ni lah Tuan Haji, “ jawab Amran sambil tersenyum. Mereka berjalan beriringan menuju ke dewan jamuan sambil diekori oleh yang lain-lain.

Selepas mengambil dua keping kuih dan secawan kopi Amran bergerak ke meja di mana penyokongnya sedang menunggu.Malik pula bergerak ke arah lain menuju ke rakan-rakan dan penyokongnya.

“ YB, mengikut tinjauan rambang kami, laluan YB untuk jadi Ketua Bahagian macam tak ada masalah, “ kata Rahman,Ketua Cawangan Kampung Ru membuka bicara.Lelaki berusia awal 40an menjadi mata dan telinga Amran bagi tujuan mengumpul maklumat.

“ Dari 30 cawangan YB mudah-mudah aja dapat sokongan dari 20 cawangan. 10 lagi tu kita sedang usahakan untuk memberi sokongan kepada YB” kata Rahman lagi sambil mereka yang berada di meja itu mengangguk-anggukan kepala masing-masing tanda setuju.

“ Saya mengharapkan laporan yang jujur. Jangan beri laporan untuk sedapkan hati saya aja, “ kata Amran merasa sangsi dengan maklumat yang disampaikan. Setelah lama berkecimpung di dalam gelanggang politik Amran sudah faham bernar sepak terajang orang berpolitik.Kesetiaan boleh berubah. Boleh dibeli dengan wang ringgit. Sokongan boleh berubah arah dengan cepat.

“ Ada sesiapa yang nak beri maklumat tambahan? “ Amran bertanya lagi. Dia sebelah sana kelihatan Malik dan rakan-rakannya juga sedang membincang sesuatu.Mungkin sedang memikirkan strategi untu memenangi jawatan Ketua Bahagian.

Seorang Ketua Cawangan dikenali sebagai  Pak Dollah menyampuk perbualan. “Cawangan kami memang tidak ada masalah untuk menyokong Y B . Hubungan kami dengan YB pun memang baik sejak dari dahulu lagi, “ katanya menambah.

“ Agak-agak siapakah yang ada niat untuk merebut jawatan tu selain dari saya? “ Amran bertanya.

“ Haji Malik dengar-dengar kata berminat untuk berrtanding,” kata salah seorang yang hadir. Jawapan yang sememangnya diduga oleh Amran.Amran tahu jika ada mana-mana ahli Jawatankuasa Bahagian yang berminat untuk bertanding Maliklah orang yang memberikan saingan yang sengit.

“ Saya pun boleh agak yang Haji Malik berminat,” kata Amran.

“ YB jangan bimbang. Rasanya Haji Malik tidak akan dapat sokongan sebab hubungan dia dengan orang kampung tak berapa rapat. Dia sibuk dengan perniagaan dia. Baru sehari dua ni aja dia mula menampakkan usaha untuk rapat dengan orang kampung,” kata Rahman lagi.

Rahman amat berharap supaya Amran terus menerajui Jawatan Ketua Bahagian tanpa sebarang pertandingan tetapi niat manusia di dalam hati memang sukar untuk diduga.

Sambil berbual mereka sesekali menjeling ke arah meja yang diduduki oleh Malik dan penyokongnya.

“ Tapi kita semua harus ingat.Haji Malik tu banyak duit. Dengan duit dia boleh membeli kesetiaan penyokong”kata Amran lagi.

Rahman dan lain-lain terdiam sejenak mendengar kata-kata Amran. Mereka tidak menyangkal kata-kata Amran tadi.

“ Yang itu YB serahkan kepada kami. Pandailah kami menguruskannya” kata Pak Dollah.

“ Cuma satu yang kami semua amat harapkan supaya YB jangan tersalah langkah,” kata salah seorang dari mereka.

“ Ye, betul” kata seorang lagi.

“ Kami amat-amat yakin kalau atas dasar pertandingan yang bersih YB akan menang mudah tapi kita perlu berhati-hati takut-takut ada permainan kotor dari pihak sebelah sana,” kata Rahman.

“ Saya tak fikir Haji Malik sanggup buat macam tu pada saya. Saya dah kenal lama. Lagipun kita bertanding untuk jawatan  dalam parti. Anggap aja pertandingan ini kalau berlaku adalah pertandingan adik beradik. Siapa yang menang, siapa yang kalah pun kita adalah ahli Parti Bumiputera,” kata Amran.

Tanpa disedari oleh mereka salah seorang yang berada di dalam kumpulan itu hanya duduk diam tanpa bersuara.Sekadar memerhatikan dan mendengar topik perbincangan di meja tanpa mengeluarkan sepatah kata pun. Sidik menghantar setiap butir perbincangan melalui Whatssapp kepada kelompok Malik yang berada di hujung  sana.

Malik dan rakan-rakannya hanya membaca apa yang ditulis oleh Sidik yang melaporkan secara terperinci setiap butir perbincangan. Semakin banyak halangan yang berada di depan mata semakin kuat azam Malik untuk mendapatkan jawatan itu.

“ Nanti kita kena bincang strategi baru” kata Malik kepada penyokongnya.

Ghani orang kanan Malik mengangguk kepala. Begitu juga mereka yang lain yang berada  di situ. Sekali lagi Malik merasa meluat dengan sikap angguk di kalangan penyokongnya.

“ Ghani, nanti kita kena bincang macam mana kita nak kalahkan Amran, “ kata Malik memandang ke arah Ghani yang menundukkan muka. Ghani takut untuk memandang muka Malik sebab dia tahu kata-kata Malik adalah satu perintah yang tidak boleh diengkari.

“ Kalau perlu kita guna pelbagai  cara. Tak dapat cara baik kita usahakan cari jahat. Yang penting saya dapat jawatan itu” kata Malik menutup bicara.

Mereka yang hadir disekeliling merasa agak terkejut dengan kenyataan Malik. Setahu mereka Malik adalah seoarang yang penyabar dan beretika. kenapa kali ini nampak dia bersungguh sangat inginkan jawatan Ketua Bahagian.

Mereka akhirnya bersurai sebaik sahaja Dato’ Rosman bergerak meninggalkan dewan jamuan.

Sebaik sahaja Malik masuk kedalam kereta dia terus meminta Ghani memandu kereta balik ke pejabatnya.

“ Ghani, kau ada nombor telefon budak yang aku nak ambik kerja tu kan,” kata Malik.

Sebaik sahaja Ghani mengiyakan terus Malik meminta Ghani menghubungi Sarina.

Sebaik sahaja panggilan dijawab Ghani menyerahkan telefon kepada Malik.

“ Assalamualaikum. Ini Haji Malik ni. Macam mana dengan tawaran kerja sayatempoh hari? “ Malik bertanya kepada Sarina.

“ Awak setuju ke terima tawaran tu? “ tanya dia lagi.

“ Saya baru sahaja nak telefonTuan Haji, nak maklumkan mak saya dah bagi izin untuk saya berkerja dengan Tuan Haji” jawab Sarina .

“ Alhamdullllah kalau awak dah setuju. Boleh ke awak mula bekerja besok? “ tanya Malik.

“ Besok? “ Sarina agak terkejut dengan permintaan Malik.

“ Boleh tu memang boleh. Tapi saya perlu tahu juga di mana saya kena lapor diri, “ tanya Sarina.

Malik langsung memberi alamat pejabatnya kepada Sarina.

Di dalam  hatinya dia ada peracangan untuk Sarina. Ada misi yang perlu dijayakan oleh Sarina. Malik amat yakin dengan keupayaannya merancang sesuatu. Beratus pekerja aku boleh kawal takkan Amran seorang aku tak boleh kalahkan, bisik Malik di dalam hati.

 

Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.