Home Novel Cinta Tentang Rai
Tentang Rai
LampuHijau
23/8/2019 20:28:39
3,490
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 1

Berkejar-kejar anak Raikal memasuki ruang Kopitiam Retro. Terus saja dia menarik kerusi di hadapan seorang perempuan yang ayu wajahnya, hijab yang dikenakan perempuan itu menambahkan lagi keayuan wanita tersebut.

Raikal: Maaf sayang. Maaf.

Sepuluh jarinya disusun meminta maaf dari perempuan itu. Bukan sengaja dia terlambat. Maklumlah diakan orang kuat bosnya. Memang dialah yang paling banyak kerja.

Najihah: Disebabkan awak lambat, awak yang bayar

Najihah mendenda kekasih hatinya yang lambat 30 minit. Tapi dia bukanlah serius. Dia hanya bergurau. Wajahnya tersemat sekali dengan senyuman saat hukuman diberikan kepada Raikal.

Raikal tergelak kecil apabila didenda sebegitu. Selain lemah-lembut dan ayunya Najihah, dia juga pandai mengambil hati lelaki itu yang akan menjadi tunangnya dalam masa seminggu lagi.

Raikal: Ok lah ok lah. Saya belanja.

Raikal hanya akur didenda.

                                    *****
Tuan Rusaidi senang hati dapat mendengar suara anak sulungnya di corong telefon. Tak sangka anaknya itu sudah tamat pengajiannya di German dan akan balik ke Malaysia esok menaiki pesawat.

Siap anaknya memesan supaya tunggu kepulangannya nanti.

MakTijah: Cik Raina ke tu, tuan?

Soal Mak Tijah  setelah melihat tuannya bukan main gembira setelah meletakkan gagang telefon. Memandangkan Mak Tijah merupakan orang gaji yang paling lama bekerja dengan Tuan Rusaidi, sememangnya dia sudah dianggap seperti keluarga.

TuanRusaiadi: Iya, Kak Tijah. Dah pesan suruh tunggu

MakTijah: Tak sabarnya Cik Raina nak balik. Nanti akak masakkan yang sedap-sedap

Tuan Rusaidi cuma gelak kecil. Anak sulungnya itu memang sedikit manja. Memandangkan anak-anaknya sudah kehilangan ibu pada usia muda. Namun dia tahu, meskipun begitu, anak-anaknya pandai berdikari dan menguruskan hidup mereka sendiri.

                                  *****
Seorang wanita menarik bagasi bersaiz XXL membelah dada ruang lapangan terbang. Kot bulu separa lutut masih tersarung pada badan. Seluar ketat yang digayakan bersama but kulit menunjukkan perempuan itu seorang yang bergaya. Ditambah pula dengan cermin mata hitam yang tersangkut atas kepala bersama rambut kerinting bawah diikat seperti ekor kuda.

Penuh yakin dan bergaya langkah disusun menuju pintu keluar lapangan terbang. Wajahnya yang sudah sedia cantik ditambah lagi cantiknya dengan mekap.

Sebaik kakinya melangkah keluar pintu lapangan terbang, sebuha kereta mewah BMW hitam  siri 7 telah menanti. Bersama seorang pemandu di pertengahan usia berdiri menunggu wanita itu.

Pak Ahmad: Cik Raina?
Raina: Eh! Pak Ahmad! Lama tak jumpa! Rindunya Raina dekat Pak Ahmad.

Tangannya dihulur untuk bersalaman dengan orang tua tersebut. Pak Ahmad sememangnya merupakan pemandu keluarganya yang setia. Sejak Raina masih kecil, Pak Ahmad sudah menjadi pemandu keluarganya. Mereka sudah menganggap Pak Ahmad dan keluarga seperti saudara mereka.

Pak Ahmad membuka bonet belakang kereta dan membantu Raina mengisi beg bagasinya.

Raina: Tak payahlah Pak Ahmad. Raina boleh buat sendiri

Larang Raina kerana tidak mahu menyusahkan orang tua itu.

Lalu, Pak Ahmad membuka pintu kereta belakang untuk Raina Alisya. Sekurang-kurangnya dia boleh buat sesuatu untuk perempuan yang dianggap seperti anak.

Raina: Terima kasih Pak Ahmad

Raina mengucapkan kata-kata hikmat itu sambil melangkah masuk ke dalam isi kereta.

Kereta BMW hitam itu menyelusur pergi meninggalkan lapangan terbang.

                                  *****
TuanRusaidi: Esok Raina ikut papa ke pejabat. Papa nak kenalkan Raina dengan staf-staf di pejabat

Beritahu Tuan Rusaidi sambil membaca buku di atas sofa ruang tamu rumah. Sofa mewah satu duduk dari Empire Gallery berwarna hijau lumut itu memang sudah menjadi tempatnya untuk membaca buku.

Raina: Ala, pa. Raina baru sampai hari ni
Raina nak rehat dulu lah

Raina Alisya cuba memberi alasan. Butang "on" kawalan jauh tv ditekan. Tuan Rusaidi hanya menggelengkan kepalanya. Dia tak nak memaksa kerana dia kenal anaknya itu macam mana. Kalau dipaksa nanti, satu kerja pun tak ada yang jalan.

                                 *****
Dua hari kemudian,

Raina Alisya berlari-lari menuruni anak tangga. Suit merah dikenakan bersama skirt potongan A bawah lutut yang sememangnya satu set dengan suit. Kemeja hitam di dalam suit itu diikat dengan riben pada leher. Rambut panjangnya separas dada itu dilepaskan. Kemas lurus hingga ke bawah. Mekap yang dikenakan pulak tertampak begitu profesional sekali.

Di meja makan, Tuan Rusaidi menikmati sarapan paginya dengan secawan kopi o dan beberapa keping roti yang disapukan mentega dan kaya.

MakTijah: Ha Raina, meh lah duduk makan ni

Mak Tijah mempelawa Raina sebaik saja melihat Raina yang baru turun dari tangga.

Raina: Ok, Mak Tijah

Raina Alisya menarik kerusi berdepan dengan papanya. Punggung dilabuhkan dan gelas yang terlangkup di terbalikkan. Jus oren dituang sendiri ke dalam gelasnya.

Raina: Mak Tijah tak makan sekali ke?

Soal Raina Alisya yang sudah menganggap perempuan tua itu seperti ibunya. Sejak ketiadaan ibunya Mak Tijah lah yang menjaga dia dan adiknya serta mengambil berat keluarga mereka.

MakTijah: Makan lah. Mak Tijah dah makan pagi-pagi tadi

Laung orang tua itu dari dapur. Raina Alisya melaung OK kembali menandakan dia faham jawapan Mak Tijah tersebut.

TuanRusaidi: Raina dah sedia?

Soal Tuan Rusaidi kepada anak sulungnya memandangkan hari ini hari pertama anak sulungnya akan bekerja di syarikatnya.

Raina Alisya membuka mulut sebesar-besarnya hendak menyuapkan roti ke dalam mulutnya. Kening diangkat sebagai jawapan kepada papanya.

                                *****
Bunyi orang bergosip-gosip sana sini kedengaran.

Lisza: Kau tau tak, aku dengar cerita anak tuan yang baru balik Jerman tu nak kerja sini
Meera: Serius lah kau?
Lisza: Serius!

Dua orang wanita yang sibuk bergosip itu di pantri itu diganggu seorang lelaki yang baru saja memasuki pantri.

Dani: Korang berdua ni kalau tak bergosip tak sah kan

Saja Dani mencelah antara Lisza dan Meera.

Lisza dan Meera hanya menunjukkan wajah masam.

Lisza: Kitorang bukan bergosip. Kitorang cerita benda baik. Faham?

Tepis Lisza menafikan tuduhan Dani.

Dani hanya menggelengkan kepala.

Dani: Benda apa yang baik sangat tu? Cuba cerita. Aku nak tau juga.

Dani turut terjebak ingin mengetahui gosip dua perempuan tersebut.

Lisza: Aku dengar, anak tuan yang baru balik Jerman tu nanti kerja dekat sini

Beria-ia Lisza cerita pada Dani.

Wajah Dani biasa saja. Tak ada unsur-unsur terkejut atau kaget.

Dani: Aku ingatkan kenapa lah. Tu aje yang kau nak cakap? Apa yang nak dihairankan, dah sah-sah tu anak tuan, mestilah dia kerja sini. Bukan ke memang tu dah tradisi turun temurun semua umat manusia?

Air putih yang diambil dari penapis air tersedia dia pantri itu diteguknya sekali.

Lisza hanya menolak bebola matanya ke atas. Dani ni membosankan lah. Cerita punyalah sedap macam ni dia boleh pula cakap macam tu. Hambar.

Seorang wanita yang kemas memakai suit dan seluar vintaj berdiri di muka pintu pantri.

Aimi: Ha, korang bertiga tunggu apa lagi, tuan panggil semua pergi ke bilik mesyuarat. Sudah-sudah lah tu bergosipnya

Sindir Aimi selamba. Dia terus pergi menuju ke bilik mesyuarat meninggalkan tiga orang tersebut.

Lisza dan Meera pula berasa menyampah saja dengan Aimi. Mentang-mentanglah bos sayang, terus dijadikannya setiausaha. Bebola mata ditolak ke atas serentak. Taulah pandai kipas bos.

Di bilik mesyuarat,

TuanRusaidi: Baiklah semua, hari ni anak sulung saya akan bekerjasama dengan kamu semua untuk menjayakan lagi syarikat ini. Raina, masuk.

Tuan Rusaidi membuka bicara di hadapan anak-anak buahnya.

Seorang wanita melangkah dengan penuh yakin sekali. Bersama stiletto hitam, fabrik kulit itu menampakkan stiletto itu berkilat. Satu set suit merah bersama kain potongan A. Rambut yang kemas dan lurus paras dada. Serta mekap yang sederhana menyerlahkan lagi keyakinan wanita itu.

Semua mata di bilik mesyuarat itu tertancap pada wanita tersebut. Mereka kagum dengan penampilan wanita itu. Bersama senyuman yang tetap melekap pada wajah, membuatkan mata mereka tertancap pada wanita itu sahaja. Lebih-lebih lagi para lelaki.

Raina: Hai semua

Raina berdiri di sebelah Tuan Rusaidi.

Mata-mata yang tidak berkelip dan mulut yang terlopong sebentar tadi tertutup. Semua seperti baru saja dikejutkan dari mimpi.

TuanRusaidi: Perkenalkan, ini anak sulung saya. Raina Alisya!

Semua pekerja di situ pakat bertepuk tangan menyambut kedatangan Raina Alisya.

Raina menundukkan kepalanya berkali-kali menandakan dia senang dengan mereka.

Raina: Baiklah semua, saya Raina. Boleh panggil saya Raina saja. Tak perlu bos atau cik. Saya harap dapat bekerjasama dengan kalian semua dengan baik. Sila beri tunjuk ajar pada saya ya. Terima kasih.

Ujar Raina sepanjang-panjangnya. Dia sebenarnya malas nak berucap tapi entah kenapa tiba-tiba ucapan lah yang keluar dari bibirnya.

Semua pekerja bertepuk tangan mendengarkan ucapan tak seberapa Raina.

TuanRusaidi: Ok Raina. Ni saya kenalkan Raikal. Kamu akan bekerja bawah dia selaku pembantu dia ya. Raikal merupakan ketua eksekutif syarikat kita. Saya harap kamu dapat melakukan kerja yang baik dan memberi kerjasama yang baik terhadap Raikal memandangkan Raikal merupakan pekerja terbaik kami.

Beritahu Tuan Rusaidi. Di pejabat, dia menggunakan gelaran yang profesional memandangkan Tuan Rusaidi seorang yang tidak suka mencampur adukkan kehidupan peribadi dan kerja. 

Raina fokus mendengar kata-kata Tuan Rusaidi. Dia tidak mahu tertinggal maklumat penting.

Raikal bangkit berdiri dari tempat duduknya. Dia mahu Raina Alisya mengenali dirinya memandangkan mereka akan bekerjasama.

Mata Raina tertancap memaut pada mata lelaki itu. Terasa seperti angin bayu meniup wajahnya. Segalanya seperti berlaku dengan perlahan. Wajah tampan lelaki itu menarik perhatian Raina Alisya. Tangan dihulurkan untuk berjabat dengan lelaki itu.

Mata Raikal memandang sunyi tangan yang dihulurkan. Dia sekadar mengangguk sekali membalas Raina Alisya. Raina Alisya menarik kembali tangan yang dihulurkan. Siapa sangka lelaki itu menolak huluran tangannya.

Mula terdetik di dalam hatinya bahawa dia akan membuatkan lelaki itu ingin berjabat tangan dengannya. Ya, dia akan pastikan. 

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh LampuHijau