Home Novel Cinta LELAKI PALING DIA SUKA
LELAKI PALING DIA SUKA
Zakuan Faizz
1/4/2018 12:39:00
14,692
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
BAB 2

PUAS hati Intan apabila terlihat teksi berwarna kuning yang sering dinaikinya untuk ke kolej. Dia melepaskan keluh panjang. Mujur Tuhan membantunya ketika itu. Kalau tidak pasti dia menangis tidak berlagu. Pelik juga, selalunya pak teksi itu menunggunya terlebih dahulu sebelum dia sampai kesitu. Tapi harini pelik pula rasanya. Tak apalah yang penting dia akan selamat untuk sampai ke kolejnya yang jauh berbatu-batu itu.

Tambang mesti mahal. Apa tidaknya, teksi kot. Lainlah bas hanya mengenakan tambang murah untuk para penumpang. Tapi, tak apalah,  dia pun tahu, mana ada bas yang lalu di kawasan kampung dia tu. Oleh itu, teksi kepunyaan seorang pak cik yang datang dari negara Indonesia itulah menjadi pengangkutan utamanya.

“Lah, menangis?” soal Wak Li iaitu pemandu teksi Intan.

Intan membatukan dirinya. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Wajahnya kelihatan berkerut. Seakan merajuk pada ketika itu. Mati-mati dia ingatkan yang pak teksi sudah meninggalkannya.

“Tadi, Wak ke tandas masjid sana. Tunggu kamu lama sangat, lebih baik Wak ke sana. Eh takda ke sesiapa kasi tahu kamu yang Wak ke masjid?”

Intan memuncungkan mulutnya. Kepalanya digelengkan. Eh Wak ni pelik. Siapa pulak yang nak kasi tahu. Orang sekeliling pon dia tak kenal.

“Bisu ke apa kamu ni? Ingat Wak tak tahu kamu merajuk?”

Wak tersengih. Mungkin lucu apabila melihat riak Intan seperti itu.

“Jawablah Intan. Wak tanya ni.”

“Ya Intan merajuk. Ingatkan Wak tinggalkan Intan. Kalau Wak tinggalkan Intan, macam mana Intan nak balik?”

“Tu...” Wak Li menuding jari ke arah budak-budak yang masih tercegat di kawasan itu.

Intan segera menoleh. Nafasnya dilepaskan bertalu-talu.

“Apa Wak ni. Tak kan saya nak naik motor sampai ke Selangor sana?”

“Eh boleh kak. Akak jangan pandang rendah dengan motor saya ni. Belum cuba belum tahu. Entah-entah boleh sampai ke Langkawi.”

Budak itu langsung mentertawakan Intan. Dapa tjuga dia membidas kata-kata Intan sebentar tadi. Jangan pandang rendah dengan harta kepunyaan orang.

“Ha dengar tu. Baik budaknya tu.”

Sekali lagi Wak Li menyakat. Intan ni sudah seperti anak angkatnya. Bab-bab menyakat memang makanan Wak Li. Kalau sehari tak menyakat Intan pasti tak sah. Tapi, gurauannya itu memang tak menusuk kehati Intan. Cuma sakatnya itu membuatkan Intan merajuk lama sahaja.

“Nanti hantar si Intan tu pergi kolej dia ya.Tak adalah susah-susah Wak ke Kolumpor tu.”

“Taknak lah Wak. Saya tak kenal pun dia siapa. Entah mana dia datang pon tak taw. Tahu tahu aja dia datang dekat saya tadi.Ish, takut!”

Intan bersuara, lalu memeluk tubuhnya yang kurus itu. Dia memandang kakinya. Matanya langsung tidak melihat riak Wak Liketika itu.

“Habis, kamu datang sini dengan siapa? Tak ke dengan budak-budak tu. Kalau dengan budak-budak tu pasti kamu kenal kan?”

“Eh saya kenal, kenal sangat dengan akak tu. Sapa nama dia, Intan eh?”

“Iya, Intan namanya.”

“Tak pa kak Intan. Meh saya kenalkan diri dulu. Nama saya Man, ni Tam dan Zul. Kami kawan rapat. Lagi satu. Jangan salah anggap pada kami. Kami bukan mat rempit. Tapi kami rapat dengan motor. Ah, budak laki tak pisah dengan motor.” 

Man tersenyum setelah kata-katanya dihabiskan. Panjang lebar memperkenalkan diri. Intan masih lagi membatu. Mungkin malu mahu menghadap mereka semua. Yalah, dah menangis depan mereka. Apa tak malunya kalau macam tu.

“Tunggu apa lagi? Naiklah Intan. Nak balik ketak nak?”

Soal Wak Li yang masih lagi berada di dalam teksinya. Tak mahu keluar langsung dari kereta tuanya itu.

Intan bergerak perlahan. Lantas mencapai beg Adidas yang di bawa.

“Wak bukak bonet.”

Wak Li mengikut sahaja kata-kata Intan tanpa membantah.

“Eh terima kasih hantar si Intan sampai sini. Kalau kamu semua tak ada, menangis agaknya bila tak nampak Wak kat sini.”

Sempat juga Wak Li mengucap terima kasih.

“Eh tak jadi masalah Wak. Hal ni kecil je. Kalau kami tak kacau Kak Intan kat simpang jalan sana tu. Pasti Kak Intan tak sampai sini dengan cepat.”

“Aku dah agak dah. Kacau anak dara orang.Ish... apa  nak jadi. Cuba kamu cari kerja berfaedah. Kan lagi bagus. Mengacau anak dara orang apa kamu dapat. Ha yang kamu tu. Duduk bonceng, dah sunat belum? Badan kecik, macam budak darjah 3. Nak kacau anak dara orang memang tak patut.”

Masing-masing mentertawakan Zul. Memang lucu. Tubuh badannya seperti anak - anak kecil, tapi umurnya sudah mencecah 18 tahun.Baru sahaja menduduki SPM, dan telah dapat keputusan tempoh hari. Tinggal nak masuk Universiti dan kolej sahaja lagi.

“Wak, saya dah sunat lah.”

Zul membalas kata-kata Wak Li dengan sedikit bengis. Agak malu kerana dirinya dipersendakan oleh Wak Li sebentar tadi.

“Wak bukannya apa, cuma nak nasihatkan kamu supaya...”

Kata-kata Wak Li tergantung. Enjin motor telah dihidupkan. Pantas mereka memulas trotal motor kemudian berlalu pergi darisitu. Berdesup lajunya seperti mat rempit di kawasan bandar sana. Langsung tidak mahu mendengar kata-kata Wak Li ketika itu. Wak Li menggeleng.

“Itulah anak-anak muda zaman sekarang. Nasihat orang tua tak nak dengar.”

“Kak, kalau nak mintak tolong kami lagi, kami sedia membantu. Sampai kolej belajar elok-elok.”

Jerit Man yang sudah separuh jalan meninggalkan mereka berdua. Sempat Man memesan sesuatu kepada Intan. Intan hanya tersenyum. Lucu agaknya melihat reaksi Man ketika itu.

“Apa lagi tercegat kat belakang bonet tu Intan. Masuklah kereta cepat. Nanti lambat kamu sampai ke sana. Negeri Sembilan hendak ke Selangor tu makan masa lama. Lekas!”

Intan tersentak. Kemudian, terus membenamkan tubuhnya ke dalam perut kereta. Wak Li terus menggolekkan tayar keretanya yang telah terpasang enjin sejak dari tadi.

“Baca doa naik kereta Intan,” Wak Li memesan.

Intan menurut sahaja. Lalu, menadah tangan.Dia membaca dalam hati. Tiada suara yang keluar.

“Mak kamu ada beri duit belanja?” soal Wak Liperlahan.

Usai sahaja membaca doa naik kenderaan, Intan mengangguk.

“Berapa?”

“100 ringgit sahaja Wak.”

“Takpa, nanti sampai sana Wak beri kamu lagi 50, ya.”

Layanan Wak Li terhadap Intan seperti anaknya sendiri. Megah Intan selepas mendengar Wak Li mahu memberi wang lebih kepadanya. Macam-macam perkara yang terbayang di kepala Intan. Kalau bukan shopping, pasti keluar jalan-jalan bersama rakan-rakan kolej yang lain.

“Jangan nak mengada-ngada habiskan duit untuk joli kamu tu. Nanti aku potong kaki kamu sampai tak boleh jalan. Baru kamu tahu. Nanti guna kerusi roda aja. Kamu nak?”

Nasihat Wak Li seperti Mak Intan. Sebiji.Intan mentertawakannya sahaja. Bukan dia mahu ambil tahu. Malah diketawakannya pula. Wak Li juga seperti tahu akan apa yang sedang terbayang oleh Intan.

“Wak cakap benda betul ni. Bukan main-main Intan. Kalau kamu tak da duit kat sana. Siapa yang kamu nak cari lagi kalau bukan kamu kena berjimat-cermat?”

“Ya Wak, Intan tahu. Intan dah besar. Tahulah apa yang Intan nak buat dengan duit ni. Kalau habis pun maggi kan ada.”

“Ish, maggi tu tak berkhasiat tahu tak. Kalau lelaki makan memang tak baik. Dia boleh hentikan pengeluaran sperma. Haaa, bahaya.”

Kata-kata Wak Li seperti seorang saintis yang tidak bertauliah. Mana agaknya dia dapat maklumat itu pun tidak terjawab oleh Intan.

“Eh itu lelaki saya ni perempuan. Lain Wak.”

“Lain atau tak, Wak rasa perlu jaga juga kesihatan kamu tu. Kalau kamu sakit susah nak belajar. Lagipun mak kamu jauh kalau nak tengok-tengokan kamu dekat Selangor tu.”

Wak Li tak henti-henti menasihatkan budak siIntan itu. Tapi, walaupun mulutnya berbuih-buih menasihatkan Intan, pemanduannya tetap lancar. Yalah, dah berpuluh-puluh tahun memandu teksi kuning buruknya itu.

“Ya Wak, Intan janji Intan akan berjimat-cermat dan belajar bersungguh-sungguh. Yang paling penting Intan akan jaga diri Intan semasa duduk sana.”

“Ha, macam tulah anak Wak.”

Wak Li tersenyum. Ketika itu, dia memutarkan stereng kereta ke kanan. Mujur tak ada ramai orang ketika itu. Kalau tak pasti sesak suasana yang nyaman itu.

“Wak, wak.”

Intan memanggil dengan perasaan teruja. Apa entah yang mahu ditanyakan kepada Wak Li tu pun tidak tahu.

“Apa dia,” Wak Li membalas.

“Kita lalu kan jalan yang ada tentera dengan askar tu?”

Wak Li berasa hairan. Takkan Intan tak ingat laluan yang selalu dia lalu apabila mahu ke kolej?

“Mestilah. Kenapalah kamu ni?” soal Wak Li.

“Tak ada apa. Intan suka lalu situ.”

Intan tersenyum. Seperti kerang busuk. Tidak lain tidak bukan mahu melihat para tentera yang sedang berlatih.

“Kahwin ajalah Intan kalau dah miang sangat.”

“Ish apa Wak ni. Orang muda lagilah. Baru 20 tahun. Belum sesuai nak kahwin lagi.”

“Intan, Wak dulu kahwin lagi muda tau. 18 tahun Wak dah kahwin. Ha arwah isteri Wak dulu umur dia 16 tahun. Tapi anak aja yang Wak takda.”

“Itu Wak bukan saya. Eh ke Wak ni mandul?” sengaja Intan menyakat Wak Li. Memang pedas kata-katanya itu.

Kalau naik angin orang tua tu baru tahu langit tu tinggi atau rendah. Intan hanya tersengih malah lebih teruk dari tadi. Bukan lagi seperti kerang busuk, tapi seperti bangkai ayam teruknya.

“Amboi, mengata orang nombor 1 ya. Baik kita tengok siapa kahwin nanti dia tak dapat anak. Wak memang dah tentu tak adaanak. Anak Wak cuma ada kamu je. Wak nak tengok kamu pulak, ada anak atau tak.”

“Eh Wak ni saya subur lah! Tak macam Wak tu.”

Intan mentertawakan orang tua itu. Terbahak-bahak seperti hatinya digeletek oleh jemari nya sendiri. Wak Li juga turut sama ketawa. Perasaan marah langsung tidak terbit ketika itu.  Nasib sempat menjirus air ke atas api yang mula marak sebentar tadi. Kalau lambat pasti melecur tubuh mengena api panas.

“Wah, kem tentera.”

Intan berasa teruja. Matanya diliarkan ke arah kawasan itu. Tingkap kereta dibuka lebar. Lalu, mengeluarkan kepalanya sedikit untuk melihat kem tersebut dengan lebih jelas. Berterbangan tudungnya. Tapi langsung tidak dihiraukan olehnya. Yang penting matanya dapat melihat anak-anak muda yang berbadan sasa sedang berlatih. Mujur kem tersebut tidak ditutupi dengan bata yang tinggi atau ditutupi dengan zink di bahagian pagar. Kalau tidak pasti tidak dapat melihat mereka yang berada di dalam sana.

“Wak apani perlahan lah sikit. Nak laju-laju buat apa. Bukannya kolej tu lari.”

“Kamu ni kalau bukan kerana dah gatal, memang tak lari. Kalau dah minat sangat lelaki yang ada dalam sana, lebih baik pergi daftar masuk sebagai ahli sekali. Ha bercinta sekali dengan orang sana.”

“Ish tak mahu saya Wak. Saya tak suka berpanas macam tu. Tambah-tambah lagi musim El-nino ni. Lagi parah saya. Hitam semua kulit saya. Nanti takda sapa minat kat saya sebab kulit hitam.”

Wak Li menggelengkan kepalanya. Tiada kata-kata yang mampu keluar dari mulutnya untuk membalas segala ayat Intan itu.

'Kan best kalau aku dapat kahwin dengan tentera. Dah lah sado, macho, tinggi pulak tu.'

Ujar hati kecilnya. Angan-angan Intan terlalu tinggi. Belajar pun belum habis, difikirkan pula pasal kahwin. Tadi semasa Wak Li mencadangkan untuk berkahwin, Intan menolak. Tahu pula kewajipan untuk belajar masih dipikul olehnya.

Setelah jauh kem tersebut dari pandangannya, Intan menutup separuh tingkap kereta yang dibuka. Kini, tubuhnya disandarkan ke belakang. Sungguh selesa duduk seorang diri di bahagian tempat duduk belakang. Intan mana pernah mengambil tempat di bahagian duduk hadapan. Kalau di suruh oleh Wak Li pun, memang tak akan pernah dia turuti. Katanya, takut mabuk kereta, dan akan menyebabkannya rasa mual.

Ketika itu, semuanya tidak bersuara. Cuma bunyi deruan angin yang masuk ke ruangan keretanya.

Bush!

Intan tersentak. Bergegar badannya.

“Apa ni wak?” soal Intan.

“Intan duduk diam-diam jangan bangun,” arah Wak dalam keadaan begitu cemas.

'Apani, jangan mati sudah. Kalau tak, tak sempat aku nak kahwin!' seloroh Intan dalam hati.

Macam-macam perkara yang menerjah fikirannya.

Previous: Bab 1
Next: BAB 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.