Home Novel Cinta Aku, Dia dan Justin
Aku, Dia dan Justin
Aaliya Adni
17/4/2019 01:01:57
64,030
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
TIGA

Harraz bergegas keluar kelas,naik motor semasa rehat. Rutinnya sekarang untuk mengambil adiknya Sonia dan memindahkan adiknya ke kelas agama. Kebiasaannya, ibu bapa yang mampu dan tidak dapat memindahkan akan menugaskan pihak taska pindahkan tetapi mestilah kena tambah bayaran. Selagi boleh mereka berjimat hidup ala kadar, seseorang perlu mengambil tugas transitkan Sonia. Ibunya Normala, sering menekankan betapa pentingnya mereka adik beradik menjadi orang berilmu.

Dia cepat-cepat menuju ke arah tempat jagaan taska Sonia yang terletak tidak jauh dari rumah mereka.

            “Sonia?” tanya wanita yang menjaga taska itu. Wajahwanita itu tidak pernah dilihatnya di situ sebelum ini. “Tadi, ayah dia minta bawa balik.”

Harraz terkaku seketika.

“Ayah saya?” tanyanya kepada wanita itu.

“Ye...dia kata dia nak bawa Sonia kerana hari ni birthday Sonia.”

“Bukan ke mak saya kata cikgu jangan bagi kat ayah saya, kan?” tanya Harraz serba salah.Dia tahu ibu dan bapanya bukan dalam keadaan yang baik. Mereka seperti anjing dan kucing apabila mereka bertemu. Mengapa makcik ni boleh menyerahkan Soniakepada ayahnya…

“Maafkan akak,akak baru kerja sini…akak tak tahu ada pesanan tu.  Boss terlupa nak bagi tahu kot…” jelas wanitaitu terpinga-pinga.

Harraz mengetap bibir. Dia cepat-cepat menaiki motor menuju ke arah pasaraya ibunya bekerja.

 

“Mak.” Dia memanggil Normala. Apabila panggilannya tidak disedari Normala, dia menguatkan suaranya. “Makkk…”

Ketika itu Normala sedang bekerja di kaunter cashier. Normala menegakkan kepalamenoleh ke arah Harraz. Dia agak tersentak melihat kehadiran Harraz di situ.Matanya cepat saja melingas keliling memerhatikan jika supervisornya ada di situ. Angela Moorthy supervisornya memandang garang ke arahnya. Tetapi Angela tidak berkata apa-apa.

“Ayah ambil Sonia...mak…”

Normalamengerut dahi. Dia kelihatan terganggu. Tetapi dia terus sahaja menyelesaikan kerjanya, mengunci mesin wang dan meletakkan tanda kaunter itu tutup, sebelum dia mendekati Angela yang berlegar-legar di kawasan troli disusun. Lalu dia membisik sesuatu kepada Angela dan dia melangkah dengan tergesa-gesa ke arah Harraz.

“Harraz.Mak kan dah bagi tahu Harraz, macam mana Harraz boleh biarkan?” Kening Normala merapat.

“Tapi, masaHarraz sampai dia dah ambil Sonia,” jelas Harraz kesal, dimarah di depan awam.“Kakak yang jaga tadi tu tak tahu arahan mak tu, dia baru kerja katanya.”

Normala mengeluh berat.

“Harraz pergi balik ke sekolah, kan Harraz ada koko? Biar mak selesaikan hal ni.”

“Mak nak pergi rumah ayah?” tanya Harraz, gugup.

Dia sendiri tidak pasti apakah pergi semula ke sekolah itu paling terbaik untuk diasekarang. Dia takut jika Normala berjumpa dengan bapanya, pasti perang besar akan berlaku lagi.

Normalatergesa-gesa melangkah ke arah kereta dan memecut ke arah rumah bekas suaminyaHarith. Rumah itu tidak jauh dari tempat kerjanya. Dia sampai dan membuka pagar rumah teres satu tingkat itu. Tidak berkunci.

“Pulangkan balik anak aku!” jeritnya.

“Kau janjinak bagi aku jumpa mereka. Kau janji apa kat aku?” bentak Harith. kembali. “Dankereta aku, pulangkan kereta aku? Jika kau serahkan kereta itu aku bagi balik anak kau ni.”

“Inikereta aku. Aku yang usahakannya. Aku yang bayar. Kenapa kau pula nak claim?”

“Kereta tukan daftar dulu atas nama aku. Kau nak aku report polis?”

“Aku perlu kereta ni untuk aku jaga anak aku, anak kau jugak. Kau nak buat apa?”

“Kau serahkan kunci kereta itu kat aku!” jerkah Harith merebut kunci di tangan Normala.

Normala melawan. Dia ditendang dan disepak. Tetapi dia tidak mahu mengalah. Dia bangun dan berkejar masuk ke rumah mencari Sonia. Seketika ternampak Sonia di pintubilik, terus dia menarik Sonia keluar.

Tiba-tiba Harith mencekik lehernya sekuat hati kerana terlampau marah.

“Lepaskan Sonia!”jerit Harith.

“Langkahmayat aku!” bentak Normala menguatkan genggamannya di lengan Sonia. “Kau lepaskan anak aku!!”

Sedang mereka bertarik-tarik Sonia hanya merintih dengan bunyi yang mendayu yang kuattetapi lain macam. Dia sudah terbiasa memendam perasaan sehingga dia tidak tahu untuk menjerit seperti kebanyakan kanak-kanak seusianya.

Tak semena-mena, tiba-tiba Harith terpelanting. Dia ditumbuk seseorang. Dia terjelepuk dilantai.

“Jangan berkasar dengan perempuan, bang,” kedengaran suara lelaki yang tak dikenali.

“Kau siapa menyibuk? Ni hal rumahtangga aku?” jerkah Harith menoleh ke arah lelaki yang tiba-tiba muncul itu.

“Haii, aku jiran kau pun kau tak kenal?” balas lelaki itu.

Normala cepat-cepat memeluk Sonia dan segera keluar dari rumah itu.

            “Bila masa kau berjiran dengan aku?” bentak Harith.

“Jangan buat perkara yang tak elok. Kau kata tu kan isteri kau,” kata lelaki itu lagi.

Harith menyedari giginya berdarah hanya terkulat-kulat melihat Normala bergegas keluar pintu depan melintasi lelaki yang tak dikenali itu membawa bersamanya Sonia.

“Terimakasih cik…” kata Normala sambil terus memecut pergi tidak menoleh lagi.

Previous: DUA
Next: EMPAT

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.