BAB 18
Salwa Amna berjalan sambil menghentak kaki
menuju ke butik rakannya.
“Geram!! Geram!! Geram!!” Jerit Salwa
Amna.
“Kau dah kenapa ni, nak halau customer aku
pepagi ni? Meroyan tak tentu pasal.”
Balas Insyirah geram. Salwa Amna seperti
di rasuk hantu. Mukanya masam mencuka setelah melihat adegan sweet Tengku Zaim
dan Erin Fasha di Butik Kazama.
“Perempuan sial tu ada dekat Butik Kazama
tengah fitting baju.”
“Dah tu biarlah dia nak fitting baju, yang
kau tu sibuk kenapa?”
Tak asal-pasal nak lepas geram dekat butik
rakannya. Insyirah menggelengkan kepalanya. Memang tak boleh move on si Salwa
Amna ni.
“No! Zaim hanya boleh berkahwin dengan
Salwa Amna anak Dato’ Khairil. Perempuan yang nak rampas Zaim kena langkah
mayat I dulu atau I yang akan langkah mayat dia.”
Dah macam gaya nenek sihir. Ada sengihan
jahat di bibir Salwa Amna. Insyirah hanya dapat menarik nafas panjang mendengar
butir-butir perkataan yang keluar dari mulut rakannya. Insyirah menarik nafas
panjang dan di lepaskan.
“Kau ni cakap, cuba fikir sikit. Cakap
macam orang tak ada iman.”
Nasihat Insyirah tidak dihiraukan. Kakinya
laju melangkah keluar. Apa lagi agaknya taktik untuk menggoda Tengku Zaim
Hakimi. Salwa Amna masih lagi menghendap pasangan-pasangan yans sedang mencuba
baju pengantin di Butik Kazama.
“Kurang ajar betul perempuan ni! mana ntah
Zaim kutip!”
Omel Salwa Amna sendirian. Di Butik Kazama
kelihatan semua cucu dan bakal cucu Syarifah Al Bahiyah sedang mencuba pakaian.
Masing-masing dilayan ibarat raja. Bermacam-macam jenis baju yang digayakan
oleh mereka.
“Happy je saya tengok Erin ni. Awak suka
sangat ke dengan baju-baju ni”.
Soal Tengku Zalif. Dari tadi muka Erin
sorang yang bahagia melihat baju-baju pengantin mewah disitu. Kalau boleh semua
baju nak di pakai. Erin Fasha tersengih. Lagi tadi terpusing-pusing di dalam
butik Kazama semata-mata nak mengayakan pakaiannya. Macam princess katanya.
Erin…Erin…
“Mestilah Tengku, baju-baju ni semua,
kalau saya nak beli sehelai je pun, saya dah kena ikat perut 5 tahun tau.”
Balas Erin Fasha selamba. Terlupa lagi
yang dia tu sedang berlakon jadi orang kaya. Nasib baik Erin cakap perlahan.
Tengku Zalif menepuk dahi. Masak lah kau Long!
“Hish awak ni, cover lah sikit.”
Marah Tengku Zalif. Erin pantas menutup
mulutnya memohon maaf atas ketelanjuran kata. Sempat memberikan sengihan pada
Tengku Zalif yang sedari tadi berdiri di bahagian ruang menunggu. Didi Khalisha
datang mendekat tiba-tiba.
“I nak balik, diorang dah measure ukuran
badan I, I tak kisah pakai baju apa nanti”
Ucap Didi Khalisha tegas. Erin sudah
berlari menuju ke tempat Zaim meninggalkan Didi dan Zalif. Didi mula membuat
muka menyampah depan Tengku Zalif. Kalau nak diikutkan tak ingin dia pergi
fitting baju. Tapi atas arahan Papanya dia turutkan. Geram je Tengku Zalif
tengok perempuan di hadapannya. Dengan baju tak cukup kain. Tengku Zalif
mendengus dalam hatinya.
“Rasanya tak ada apa-apa lagi kan? Sebab
boyfriend I dah tunggu tu. Kami nak keluar.”
Sambung Didi Khalisha lagi. Tengku Zalif
terdiam sekejap. Memikirkan jawapan apa yang sesuai untuk dikeluarkan.
“Ok! I will wait for only 2 weeks and you will be mine.”
Balas Tengku Zalif. Geram juga dengan
sikap Didi.
“I pernah cakap dengan you. I harap you
tak lupa.”
Balas Didi Khalisha dan kakinya keluar
dari Butik Kazama. Tengku Zalif hanya mampu memandang Didi Khalisha keluar dari
butik. Siapa dirinya yang ingin menghalang insan yang bernama Didi Khalisha.
Tunang pun bukan. Kata Syarifah Al Bahiyah, sebelum nikah tunang sekejap.
‘Tunggu kau nanti lepas kahwin”
Bicara Tengku Zalif sendirian. Entah
kenapa hatinya menjadi geram dengan sikap bakal isterinya.
Tengku Zaim menyelak langsir di bahagian
menunggu. Daaa!! Handsome!
“Allah mak ai, handsome nya encik abang!
Macam Zul Ariffin!”
Jerit Erin setelah melihat Tengku Zaim
bersuit hitam. Segak! Apa lagi? Pantang dipuji. Tengku Zaim terus menyarungkan
cermin mata hitamnya. Lagi terserlah kekacakannya. Erin Fasha tak habis – habis
memuji kekacakan Tengku Zaim.
“Encik abang ni macam turun dari kayangan.
Handsome sangat. Saya suka. Hik hik hik…”
Omel Erin Fasha lagi. Yang lain hanya
memandang dengan senyuman. Terasa pasangan itu sahaja yang bahagia. Bahagia ke
Tengku Zaim? Bahagia lah sikit sebab tak nikah dengan Salwa Amna. Ni kalau
Salwa Amna nampak ni. Makin berbulu mata dia tu!
Tengku Zaqif dan Tengku Zaid sibuk bermain
dengan telefon bimbit. Hanya sehelai dua sahaja baju yang dicuba. Sama juga
dengan Arissa dan Syarifah Aqilah. Masing –masing seolah-olah tidak berminat.
Semuanya duduk di bahagian ruangan menunggu. Sesekali tergelak dengan perangai
Erin Fasha yang menggila tu.
Pesanan ringkas dari Syarifah Aqilah
membuatkan Tengku Zaid keluar dari butik. Syarifah Aqilah turut mengikut
langkah Tengku Zaid meninggalkan Tengku Zaqif dan Arissa. Sejak pertemuan kali
pertama sehinggalah sekarang, tidak ada sbutir perkataan yang keluar dari mulut
Zaqif dan Arissa. Masing-masing senyap. Sama seperti sekarang. Yelah, yang nak
kahwin nanti badan je bukan hati. Sedih betul!
Arissa memandang bakal suaminya dengan
perasaan serbasalah. Nak bertanya takut. Maka diam sahaja jawapannya. Si Tengku
Zaqif asyik sangat menghantar pesanan ringkas pada kekasihnya. Sesekali mukanya
berkerut. Arissa yang duduk dengan jarak 2 meter di sebelahnya hanya mampu
mengerling.
Pesanan ringkas untuk Intan Syaima di
hantar lagi.
“Saya
janji dengan awak. Dia hanya isteri atas kertas. Saya akan buat macam-macam
cara supaya Nenda boleh terima awak. Please tunggu saya. Love you..”
Butang hantar di tekan. Sejurus selepas
itu kaki Tengku Zaqif mula bangun dari sofa.
“Tak de pape lagi kan? Achik balik dulu.”
Ucap Tengku Zaqif seraya keluar dari Butik
Kazama. Tengku Zaid dan Syarifah Aqilah pula sedang bermesyuarat di luar butik.
Entah apa yang di rancang agaknya.
“Serious?”
Soal Syarifah Aqilah pada Tengku Zaid. Syarifah
Aqilah seolah-olah tidak percaya dengan kata-kata bakal suaminya. Lama Tengku
Zaid berfikir untuk menjawab soalan Syarifah. Betul atau tidak tindakannya.
“You just get ready, pasal Nenda tu biar I
yang uruskan.”
Jawapan yang membuatkan dia juga
serbasalah. Risau juga pada hari kejadian nanti. Syarifah Aqilah menghela nafas
panjang. Tapi ini kemahuan Tengku Zaid.
“I owe you. Thank you Zaid. Sorry.” Ucap
Syarifah Aqilah.
“Its okay, jaga abang Helmi baik-baik.”
Balas
Zaid mendatar. Baginya dia bukan ingin pun berkahwin dengan wanita
dihadapannya. Semuanya perancangan Nenda. Dalam diam Tengku Zaid turut
merancang sesuatu iaitu menghancurkan pernikahannya sendiri. Sedangkan dia
sendiri kurang pasti dengan tindakannya. Tapi? Dia lebih rela berbuat demikian,
mana mungkin dia sanggup merampas hak Abang Helmi yang juga menjadi sahabat
kepadanya. Oh! God! Hancurkan pernikahan sendiri? Habislah Syarifah Drakula tu!
########################################################
“Encik”
Panggil Erin Fasha. Tengku Zaim pula
tengah ralit membetulkan rambutnya di hadapan cermin. Panggilan Erin tidak di
layan. Kosong dah butik Kazama. Hanya tinggal Erin Fasha dan Tengku Zaim. Yang
lain semua dah keluar.
“Kenapa kembar Encik yang lain macam tak happy
macam Encik? Kenapa semua macam tak rela je nak nikah?”
Soalan yang payah untuk Tengku Zaim jawab.
Kepalanya di gelengkan.
“Hish awak ni, banyak betul tanya. Dah jom
keluar makan.”
Tengku Zaim tidak menjawab soalan Erin
Fasha. Erin tersengih. Setelah itu Erin membuntuti Tengku Zaim masuk ke dalam
kereta. Mata Salwa Amna masih setia memandang pasangan tersebut. Geram. Sempat
kakinya di hentak. Erin dan Tengku Zaim masuk ke dalam kereta.
“Eh! Tu bukan Cik Amna ke?”
Tegur Erin Fasha bila melihat kelibat
Salwa Amna yang kebetulan menyorok di deretan kedai. Tengku Zaim mencari
kelibat Salwa Amna. Senyuman sinis terbit di mukanya.
“Jom Encik.”
Ajak Erin. Tengku Zaim memandang pelik
gadis di sebelahnya.
“Apa?”
Soal Tengku Zaim hairan.
“Jom kita berdrama. Hehehehe”
Balas Erin Fasha seraya mengangkat kedua –
dua keningnya. Salwa Amna masih melihat adegan mesra di dalam kereta tersebut.
Boleh pulak si Erin Fasha suruh Tengku Zaim pura-pura nak cium dirinya. Makin
kuat hentakan kaki Salwa Amna. Laju telefonnya mendail nombor telefon
seseorang.