Home Novel Cinta DINDA CINTA KANDA
DINDA CINTA KANDA
Nur Insyirah
17/3/2014 16:59:57
81,675
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 12

BMW 7 Series milik Tengku Faiq diparkir cermat oleh Adif di porch. Adif mengangkat pula tubuh Tengku Auni yang sudah kembali lena ke dalam rumah. Perlahan-lahan tubuh kecil itu diletakkan di atas katil dan diselimutkan. Dahi si kecil itu menjadi sasaran bibir Adif. Dicium pula kedua-dua belah pipi si kecil yang nyenyak tidur. Sedikit pun tidak terganggu dengan perbuatan Adif. Sayangnya tumpah sepenuh hati pada Tengku Auni. Rambut lurus dan lebat Tengku Auni diusap pula. Bibir Adif mengukir senyum apabila melihat si kecil itu bergerak-gerak kecil dalam tidurnya.

“Selamat malam, sayang...” ucap Adif perlahan sambil membetulkan selimut yang menyelimuti separuh tubuh Tengku Auni. Setelah berpuas hati, Adif berpusing keluar. Namun dirinya pula yang terkejut besar. Hampir-hampir dia terjerit akibat terkejut. Dia mengurut-urut dada untuk meredakan perasaan terkejut apabila melihat Tengku Faiq menyandar di sisi pintu sambil menyilangkan kaki.

Tengku Faiq pura-pura tidak melihat reaksi terkejut isterinya walaupun hati bagai digeletek melihat wajah Adif yang cemberut. Langkahnya diatur menuju ke katil puterinya. Berhati-hati dia melabuhkan punggung di birai katil Auni agar tidak mengganggu lena si kecil itu. Wajah lena anaknya direnung. Dicium pula pipi gebu si kecil itu. Adif yang masih berada di sisinya tidak langsung dipedulikan.

Ralit seketika dia memerhati wajah si anak yang telah diabaikan sejak kebelakangan ini. Perasaan bersalah menguasai hatinya bila terpandang gambarnya yang ceria bersama si kecil itu di sisi katil Tengku Auni. Pastinya anak itu terlalu rindukan detik-detik indah bersama babahnya tiap kali memandang gambar itu.

“I’m sorry, my dear...” bisik Tengku Faiq perlahan sebelum sekali lagi mencium pipi gebu anaknya.

Adif seolah-olah faham perasaan suaminya ketika itu. Pastinya lelaki itu ingin bersendirian ketika ini. Dia ingin melangkah keluar, namun langkah itu terhenti apabila terasa tangannya direntap perlahan.

Adif cuba merungkai gengaman erat Tengku Faiq, tetapi gagal. Matanya mencari-cari jawapan di sebalik perbuatan suaminya itu dengan memandang tepat ke anak mata Tengku Faiq.

“We need to talk,” ujar Tengku Faiq ringkas sebelum berlalu meninggalkan Adif terkulat-kulat sendirian di situ.

‘Hitler!’ jerit Adif di dalam hati. Langkahnya diatur membuntuti suaminya keluar dari bilik Tengku Auni dan menuju ke ruang tamu.

Tengku Faiq mencapai alat kawalan jauh penghawa dingin lalu menghidupkannya. Terasa dingin dan mendamaikan. Pandangannya terhala pula ke arah isterinya yang hanya mendiamkan diri.

“Thanks for the help just now.” Ringkas, Tengku Faiq memulakan bicara.

“You’re welcome,”balas Adif, juga ringkas. Suaranya hampir tidak terkeluar kerana menahan dirinya daripada menguap. Matanya semakin memberat. Jam di meja hiasan sempat dikerling. 3.30 pagi!

“Ada banyak benda aku nak tanya dengan kau. Tapi kau macam dah mengantuk.”

“Mestilah! Esok ajelah borak. Saya penat sangat ni. Awak ni macam-macam kerenah. Mengada-ngada pun ada. Good nite!” balas Adif sebelum berlalu naik ke biliknya.

“Pergh... jujur betul. Jagalah hati aku sikit,” ujar Tengku Faiq perlahan. Matanya hanya mampu memandang kelibat isterinya yang makin hilang daripada pandangan. Kedengaran pintu bilik isterinya ditutup. Lalu, dia bangun untuk mematikan penghawa dingin dan menuju ke biliknya.

Tubuhnya dihempaskan ke atas tilam empuk. Terasa lega dan rileks apabila dapat berbaring setelah penat seharian bekerja. Tangan kanan yang berbalut akibat luka tertusuk gelas tadi dibelek-belek. Terimbas kembali kejadian di klinik sebentar tadi...


Previous: BAB 11
Next: BAB 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.