Home Novel Cinta Dia Pemilik Cintaku
Dia Pemilik Cintaku
Andayu
11/10/2024 21:52:41
1,297
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 11

"Alhamdulillah kenyangnya," ujar Imram sambil menggosok perutnya.

"Lily tak masak ke kat rumah?" Soal Husna sambil mengemas pinggan kotor di atas meja. "Macam tak makan sebulan gayanya."

"Masak."

"Masakan isteri tak sama dengan air tangan ibu Kak Una," sampuk Lily apabila mendengar kakak ipar menegur suaminya.

"Akak bukan mengata kamu, Lily," ujar Husna bimbang adik iparnya terasa hati.

"Faham akak. Abang Im ni bila balik rumah ibu aje auto rasa lapar tu tiba-tiba ada. Padahal sebelum datang rumah ibu ni dia dah makan," ujar Lily lalu ke dapur.

"Ibu masak sedap. Rugilah tak makan," ujar Aishah pula. 

"Sayang masak pun sedap," puji Azmi suami Aishah.

Merah pipi Aishah apabila dipuji begitu. "Masak biasa-biasa aje. Tak lah sesedap air tangan ibu. Aura ibu tu ada. Sesiapa makan mesti menambah-nambah."

"Sebab itu ayah gemuk. Sebab ibu masak sedap," celah Haji Khairul lalu duduk di atas Sofa.

"Ibu masak simple-simple aje. Sedap alhamdulillah," balas Hajah Hamidah apabila anak menantu dan suaminya membahas soal masakannya.

"Haura mana borang nikah? Semalam tak bagi lagi kat ayah."

Terkejut Haura mendengarnya. Dia lupa bahawa ahli keluarganya masih belum tahu hal sebenar. Dia mengigit jari. Otaknya kosong. Dia tidak tahu apa yang harus dijawab.

"Eh adik. Kau tak bagi lagi dekat tok kadi borang nikah?" Soal Husna lalu duduk di atas sofa setelah selesai mencuci pingan. 

Haura diam. 

"Majlis dah dekat ni. Sepatutnya dah lama setel. Kau nak nikah tak ni?" Soal Aishah pula.

"Tak," jawab Haura sepatah. Dia terus berlalu ke kamarnya.

"Eh budak ni main-main pulak," marah Aishah apabila mendengar jawapan Haura.

"Kenapa dengan adik tu ibu?" Soal Imram perasan akan perubahan sikap adik kesayangannya.

"Entahlah. Balik sini pon dengan keadaan tak sihat. Tanya pun tak jawab. Banyak diam aje," luah Hajah Hamidah. Hatinya risau akan puteri bongsunya itu.

"Tak sihat?"

"Hmm... Sampai aje rumah terus pengsan."

"Ya Allah. Kenapa? Teruk ke?" Soal Aishah ingin tahu keadaan adiknya.

"Okey. Doktor cakap demam aje," ujar Haji Khairul 

"Ala demam aje pun. Manja lebih," kata Husna.

"Sayang demam tak manja ke?" Usik Fahmi.

"Demam lain. Demam ada isi," seloroh Husna sambil mengusap perutnya yang semakin membesar. Dia bakal menyambut kelahiran anak kedua tidak lama lagi.

Semua ahli keluarga yang mendengarnya ketawa. Riuh suasana di dalam rumah dengan gelak tawa dan suara cucu-cucu bermain.

Hajah Hamidah meninggalkan ruang tamu. Niatnya ingin ke dapur. Sebaik sahaja melintas dihadapan bilik Haura langkahnya terhenti. Dia melihat Haura menangis. Hatinya turut sayu melihat keadaan anaknya itu. 

"Ibu masuk boleh?"

Haura segera mengelap air matanya. Dia tidak mahu ibu melihat dia menangis. Dia masih belum bersedia ingin memberitahu ibu tentang majlis perkahwinan yang perlu dibatalkan. Dia tidak tahu bagaimana harus menceritakan hal itu agar tidak melukai hati ibunya.

"Haura tak nak share masalah dengan ibu?" Soal Hajah Hamidah sambil mengusap kepala anaknya.

"Haura okeylah ibu. Mana ada masalah," dalih Haura lalu memegang tangan ibunya.

"Haura gaduh dengan Naz ke?" Teka Hajah Hamidah.

Haura angguk.

"Dah nak kahwin pun masih gaduh lagi. Ceritalah kenapa anak ibu nampak sedih aje."

Haura menutup mulutnya dengan belakang tangan apabila menguap. "Haura gantuklah ibu. Esok Haura cerita ya," ujarnya lalu merebahkaj badan di atas tilam.

"Okey," balas Hajah Hamidah lalu beredar dari dalam bilik Haura. Dia membiarkan Haura rehat. Dia tahu anak gadisnya itu sedang menghadapi masalah. Dia tidak mahu memaksa. Dia hanya mampu tunggu sehingga Haura bersedia menceritakan masalahnya. Jauh di dalam hati dia turut sedih melihat perubahan sikap Haura. Anak yang selalu ceria dan periang kini tidak seceria dulu. Senyuman yang sentiasa menghiasi wajahnya kini tiada lagi.


"Assalamualaikum," ujar Amelia memberi salam setelah tiba di hadapan rumah Haura. 

"Waalaikumussalam," jawab Hajah Hamidah sambil tersenyum melihat anak angkatnya. "Eh Mel," sapanya lalu bersalaman.

"Haura mana?" Soal Amelia setelah masuk ke dalam rumah.

"Ada dalam bilik. Ibu pun tidak tahu apa yang dia buat dalam bilik tu. Asyik berkurung aje sejak semalam."

"Mel nak jumpa Haura?"

"Boleh. Pergilah tengok dia dalam bilik."

Amelia melangkah masuk ke dalam bilik. Haura sedang termenung dihadapan tingkap. Dia segera menghampiri gadis itu lalu menyentuh bahunya. "Apa yang dimenungkan tu?"

Haura tersentak daripada lamunannya. Dia menoleh ke arah suara yang amat dikenalinya. Dia terus memeluk tubuh Amelia. Dia mengusap belakang badan gadis itu. Kedengaran suara Haura menangis. Hatinya sayu mendengar tangisan Haura. Sebagai seorang sahabat dia juga dapat merasakan kesedihan yang sama. 

"Don't cry. Aku datang bukan nak tengok kau menangis," ujar Amelia lalu meleraikan pelukan.

"Bila sampai?"

"Baru aje," ujar Amelia lalu duduk di atas tilam.

"Kenapa tak call aku. Boleh aku jemput dekat airport," kata Haura lalu duduk diatas bangku meja solek.

"Aku tak nak susahkan kau."

"Tak susah pun."

"Kau tu bukannya sihat sangat. Boleh drive ke?"

Haura tersenyum sumbing. "Aku sihat aje."

"Jom keluar."

"Nak pergi mana?"

"Jalan-jalan. Bukan selalu aku balik Terengganu. Alang-alang ni boleh cuci mata sekali," ujar Amelia sambil tersenyum.

"Cis. Bukan datang nak jumpa aku pun," ujar Haura dengan nada sedih.

Amelia bangkit dari tempat duduknya. Dia menarik tangan Haura. "Jom."

"Aku malas nak keluar."

"Jom teman aku. Kalau tak sekarang jugak aku balik semula ke JB," ugut Amelia. Dia mahu membawa Haura tenangkan fikiran.

"Okey. Tunggu aku bersiap dulu," ujar Haura lalu bangkit dari tempat duduknya. 

"Aku tunggu dalam kereta," ujar Amelia lalu mencapai kunci kereta Haura di atas meja solek. Beg tangan diambil lalu melangkah keluar dari dalam bilik.

"Nak ke mana?" Soal Hajah Hamidah.

"Mel nak keluar dengan Haura."

"Hah elok lah tu. Bawa adik kembar kamu tu jalan-jalan. Dari semalam moyok aje ibu tengok," omel Hajah Hamidah sambil melipat pakaian. Dia telah menganggap Amelia seperti anaknya sendiri. Amelia dan Haura sahabat sejak kecil dan tarikh lahir mereka juga sama. Oleh itu dia menganggap Amelia seperti kakak kembar Haura kerana berbeza waktu kelahiran. Haura dilahirkan dua jam selepas Amelia. Ibu bapa Amelia tinggal di Kuala Lumpur sekarang sejak dua tahun yang lalu.


"DAH bagi tahu ibu dengan ayah?" Soal Amelia lalu melabuhkan punggung di atas batu. 

Haura gelengkan kepalanya. Dia turut duduk. Angin laut kuat menerbangkan tudungnya. "Aku tak tahu nak cakap macam mana?"

"Habis tu takkan kau nak diam aje. Mesti ibu ayah pelik dengan perangai kau sekarang?"

"Aku ingat nak teruskan aje majlis tu. Tak adalah rugi sangat ibu ayah dah keluarkan kos perbelanjaan untuk kenduri nanti."

"Nak buat kenduri apa?"

Haura menganggkat bahunya. 

"Aku carikan kau pengantin lelaki lah! Boleh teruskan majlis seperti biasa," gurau Amelia.

"Hah?" Terkejut Haura mendengarnya.

Amelia menggosok bahu Haura. "Aku gurau ajelah!"

Haura menganggap gurau Amelia satu perkara yang serius. Satu idea terlintas difikirannya. Dia senyum. "Doalah Mel. Mana tahu ada malaikat kiriman tuhan buat aku."

Amelia sengih mendengarnya. "Aku akan sentiasa doakan yang terbaik buat kau," ujar lalu memeluk pinggan Haura. Dia cuba menenangkan hati Haura yang sedang berduka.

"Terima kasih Mel kerana selalu ada di saat aku kesusahan," ujar Haura lalu meletakkan kepala diatas bahu Amelia. 

"Aku kan kakak kau. Mestilah ada untuk adik," ujar Amelia lalu mencuit pinggang Haura.

"Gelilah!" Haura ketawa.

Amelia tersenyum melihat Haura ceria. "Kan comel suka tu," ujarnya lalu mencubit pipi Haura.

"Sakitlah," balas Haura lalu menepis tangan Amelia.

Amelia ketawa. 

"Tidur sini ke?"

Amelia angguk. "Malam ni aje. Esok kena balik dah."

Haura memeluk tubuh Amelia dengan erat. "Ala.. kenapa tak stay lama sikit?"

"Fir bagi I balik pun dah kira okey tau."

Haura meleraikan pelukan. "Hmm... Ingatkan boleh lepak lama sikit."

"Tunggu you kahwin dulu baru I balik lama sikit. Fir dah lama plan nak bercuti kat Terengganu tau. Alih-alih you tak jadi kahwin pulak?"

Wajah Haura mula berubah mendengarnya. 

Amelia sedar akan perubahan itu. Dia terus merangkul tubuh Haura. "I'm sorry.," katanya perlahan. "Aku tak bermaksud nak sakit kan hati kau."

"Tak apa aku faham," balas Haura perlahan. Dia sudah menerima ujian ini dengan hati yang terbuka. 

"Jom balik. Hari pun dah makin gelap."

"Okey. Jom balik sambung sembang kat rumah," ujar Haura lalu bangkit dari tempat duduknya. 



Previous: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Andayu