Home Novel Cinta HATI TERCARIK LUKA
HATI TERCARIK LUKA
AIDA ASMIDA
10/11/2019 22:03:54
58,387
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Beli Sekarang
Bab 7_1

"Apa lagi yang abang nak daripada Eyda, hah?” lantang suara Eyda Amanda. Dia mendengusmarah.

Hatiyang luka berdarah sukar untuk pulih kembali. Andai pulih sekalipun, pastiakan meninggalkan parut yang dalam. Dendam dan sakithati membeku dalam hati.

“Sayang,please… jangan buat abang macam ni,” rayu DaniZairie. Namun begitu, pujukrayunya masih belum dapat melembutkan hati Eyda Amanda.

Hatisekeras kerak nasi, andai dicurah air,pasti lembut kembali. Dani Zairie mula memainkan peranannya. Dia tahu, biar sekeras manapun hatiseorang perempuan, tidak sesukar mana untuk melembutkannya.

“Sayang?Huh! Lidah bercabang! Sana sayang? Sini sayang? Qaseh Juweeta pun abang sayangjugak, kan?”

Tajamjelingan Eyda Amanda.Tajamlagi sindiran yang dituju ke arah sasaran. Dani Zairie tersentap. Lidah kelutak terucap. Terkulat-kulat dia mahu menjawab.

“Hah!Kenapa diam? Susah nak jawab? Sebababang suka jaja kasih sayang dan cinta abang tu! Macam jual beli barang?” Bertubi-tubi sindiran Eyda Amanda.

Bagaikanpeluru berpandu terkena sasaran. Belum pun sempat Dani Zairie menjawab, EydaAmanda terus memintas. Tidak berkutik Dani Zairie dibuatnya. Memang benar apayang Eyda Amanda katakan. Bagaimana mungkin dia menafikan? Eyda Amanda sengajatidak memberi peluang Dani Zairie mempertahankan diri. Biar Dani Zairie rasa seperti yangdia rasa.Sakit hatinya menanggung derita dansengsara dipermainkan sebegitu.

“Tak!Bukan macam tu sayang. Eyda kan tunang abang. Dah tentu abang sayang. Gilakalau abang tak sayang tunang,” akui Dani Zairie.

Seboleh-bolehnyadia ingin mengambil semula hati Eyda Amanda.Walaupun hati Eyda Amanda sudah berkecai. Andai boleh, mahu saja Dani Zairie mengutip dan mengumpul semula hati yang berkecai menjadi segumpal hati yang utuh kembali.

“Hah!Sudahlah! Muak dengan sebutan sayang abang yang begitumurah tu.Eyda tau, abang sayang Eyda sebab tunang. Tapi abang tetap sayangJuweeta sebab dia kekasih abang, kan? Sampai bila abang nak berlakon?” Berkerut dahi Eyda Amanda menahan marah.

Diacuba mengendurkan nada suaranya. Sedari tadi nada suaranya agak tinggi danmeneran seperti tertelan speaker. Keringdan sakit tekaknya. Dia menelan liur perlahan. Terasa berpasir.

“Eyda… dengar sini sayang. Percayalah… abang tak ada apa-apa dengan Juweeta. Dia yang gilakanabang. Tapi abang tak ada perasaan langsung padadia.”Dani Zairie cuba memberi keyakinan.

Biarpunsukar untuk mengembalikan keyakinan yang semakin terkubur di jiwa Eyda Amanda.

“Huh! Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Juweeta cakap diasayangkan abang dan abang pun sayangkan dia. So apalagi alasan abang?” Buntang mata Eyda Amanda mengharapkan penjelasan.

Masihterngiang-ngiang kata-kata Qaseh Juweeta. Bagaikan pisau belati menghiris hati.Benar-benar menyakitkan. Kini, api dendam kian marak membakar jiwa Eyda Amanda.Dendam dan sakit hati terhadap Dani Zairie dan kekasih hatinya.Mempermainkan hati dan perasaannya sesuka hati.      

“YaALLAH! Kenapalah susah sangat nak cakap dengan Eyda ni? Kenapa susah sangatEyda nak percayakan abang?” keluh Dani Zairie berat.

Diamenepuk-nepuk dahinya, benar-benarkesal.Disebabkan kesilapannya, Eyda Amanda hilang kepercayaan sama sekali.

“Cubaabang fikir. Eyda setia dengan abang,tapiapa yang abang dah buat? Abang curang belakang Eyda.Abang tidur dengan perempuan lain. Abang tidur denganJuweeta, kekasih abang. Boleh Eyda terimasemua tu? Boleh Eyda percaya abang lagi?Susah bang! Susah!” luah Eyda Amanda kesal.

Hatinyamerintih pedih. Sakit sekali. Air mata jernih mula bergenang di kelopakmatanya. Sebak. Betapa perit dan sakit hatinya. Dadanya seakan mahu pecahmenahan hati yang sakit.

“ALLAHUAKBAR!Juweeta tu memang gilakan abang tau tak? Dia sanggup cakap apa saja semata-matanak dapatkan abang.Lagipunabang tak ada feel langsung pada dia. Just declareas adik angkat. Tu aje,” jelas Dani Zairie. 

Previous: Bab 6
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh AIDA ASMIDA