Home Novel Cinta ANDARTU! - Jodoh itu hanya DIA yang tahu
ANDARTU! - Jodoh itu hanya DIA yang tahu
Nurul Izah
16/8/2018 09:36:23
50,074
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 5

Sufiansampai lebih awal dari biasa. Baju jubah yang tadinya di dalam beg kertas,sudah dibalut kemas dengan riben bewarna ungu. Warna kegemaran isterinya.Seperti selalu. Dia akan menjenguk Sufi dikamarnya sebelum melakukantugas-tugas pejabat yang selalu dibawa pulang.

            “Isteri abang cantik sangat hariini. Baru lepas mandi ke?”

            Sufi sekadar tersenyum. Memberiisyarat dengan kedipan matanya. Sudah sepuluh tahun terlantar begitu. Tapikeadaannya sudah jauh lebih baik berbanding dulu. Suatu masa dulu, tubuhnyalangsung tidak boleh bergerak. Jemarinya kaku. Bibirnya herot. Tapi sebabkecekalan Sufian membawa Sufi ke merata tempat untuk berubat, akhirnya Sufiboleh menggerakkan kaki. Boleh duduk di kerusi roda. Sehingga kini dia masihmeneruskan urutan tradisional yang dibuat oleh seorang wanita Indonesia.Sebulan dua kali Sufian akan menjemput wanita itu datang mengurut Sufi.

            Sufian mengusap rambut Sufi yangmula menipis akibat gugur. Sufi cinta pertamanya ketika dibangku sekolah lagi.Dia meminang Sufi sebaik tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Keputusan itumemang mendapat tentangan hebat dari keluarganya. Manakan tidak, dia yang barusaja menamatkan Diploma dan belum lagi mendapat pekerjaan mahu berkahwin dengangadis yang belum pun menerima keputusan SPMnya.

            Tapi dia cuba yakinkan emak dan ayahSufi. Alhamdulillah, berkat restu orang tua mereka dia berjaya dalam bidangperniagaan. Dia sempat menghantar orang tuanya dan juga mentuanya menunaikanhaji dari hasil titik peluhnya sendiri. Mereka sempat melihat dia senangsebelum menutup mata.

            “Sayang….. hari ini Along balik. Sayangpasti gembira kan….. rindu sangat dengan dia. Kalau Along balik, bibik pun diatak bagi mandikan sayang. Along pasti sibuk nak mandikan dan bagi sayangmakan.”

            Sufi tersenyum lebar. Bibirnyabergerak-gerak seperti mahu berkata sesuatu. Jemarinya mengetuk-ngetuk kerusirodanya. Sufian tersenyum lebar. Mengangguk berulang kali seolah faham apa yangSufi katakan. Dia seolah dapat menyelami hati isterinya. Kegembiraan ituterpancar di wajah bila sebut saja nama Along. Isterinya terlalu merindu.Sehingga adakalanya dia rasa bersalah. Sudah berkali-kali dia katakana padaanak sulungnya itu, Syakila hanya teman. Seperti sahabat. Tapi anak gadis ituseolah menyalahkannya. Seolah dia sengaja mencari Syakila kerana keadaan mama kesayanganmereka. Tidak… dia dan Syakila hanya kawan baik.

            Azan Mahgrib berkumandang. Sufianberistigfar panjang.

            “Sayang…. Abang solat dulu ya. Kejaplagi abang temankan sayang makan. Nanti abang panggil bibik temankan sayangye.”

            Berkelip-kelip mata Sufi sepertimengiakan suaminya pergi. Bibirnya menguntum senyum.

            Sufian berlalu. Sebelum mendaki anaktangga menuju kamar tidurnya di tingkat 1, dia memanggil bibik untuk menemaniisterinya. Hiba rasa hati. Meruntun pedih. Entah sampai bila Allah menduga diabegini. Selama isterinya sakit, hidup mula terasa sunyi. Sufi yang dulunyaselalu berleter tentang kehidupan harian sebagai suri rumah, kini tidak mampuberkata apa-apa. Dia rindu. Rindukan Sufi yang dulu. Rindukan isteri yangmeladeni suami seperti selalu. Sudah terlalu lama… terlalu lama.

            Usai solat maghrib Sufian turun keruang tamu. Dia sudah berpesan kepada bibik yang bertugas di dapur untukmenyediakan makan malam kegemaran anak sulunya yang akan tiba sebentar lagi.Anak gadis itu seperti selalu. Tidak mahu dijemput. Berkeras akan pulangsendiri ke rumah.

            Bibik seramai tiga orang diupah khasuntuk menjaga rumahnya. Seorang untuk menjaga Sufi, seorang lagi tukang masakdi dapur seorang lagi tukang kemas rumah. Walau rumah tidaklah bersepah mana,tetapi perlu juga untuk menjaga rumah banglo dua tingkat yang sunyi itu.

            Sufian termangu di ruang tamu. Tadidia menjenguk Sufi di kamar. Isterinya itu sudah terlena semula. Biasanya esokbaru isterinya akan bangun. Kecuali kalau isterinya itu tidak sihat, demam atausemputnya menyerang. Dia tidak akan tidur malam menjaga Sufi.

            “Pian, makanan Mak Lang dah siapkanatas meja. Pian nak makan ke? Atau Pian nak tunggu Along balik?”

            Sufian menoleh. Pembantu rumah yangsudah diupah dua puluh tahun lalu berdiri menunggu arahan. Wanita itu sebayaemaknya. Dia ambil dari rumah kebajikan. Katanya orang jawa berasal dari Johor.Tiada anak serta adik beradik menyebabkan dia menyerah diri di rumah kebajikan.Umurnya kini sudah hampir enam puluh tahun. Mak Lang adalah bibik pertama yangdia ada. Sebab itu dia tidak mahu Mak Lang memanggil dia Datuk seperti duabibik yang lain. Dia sudah menganggap Mak Lang seperti saudara sendiri.Adakalanya dia meluahkan apa yang tersirat di dalam hati kepada Mak Lang.

            “Saya tunggu Along Mak Lang…. MakLang makanlah dulu. Tak payah nak tunggu kami. Saya takut Along sampai lambat.Mak Lang pun tahukan dia tu.”

            Mak Lang mengangguk. Dia menjagaAlong dari kecil lagi. Dia selalu mendengar Along meluahkan rajuk hatinya padaayahnya itu. Tapi sebagai orang tua yang di panggil nenek oleh anak-anakmajikannya, dia tidak berhak untuk memberi apa-apa pandangan. Cuma dia selaluberi nasihat. Dia tidak mahu mereka bertelagah tentang perkara yang tidakpasti.

            “Assalamualaikum.”

            Serentak salam di jawab. Hati Sufianlega mendengar suara yang sudah lama dirindukan. Pantas Mak Lang membuka pintu.Senyuman Mak Lang lebar. Menyambut tangan gadis yang berjubah hitam itu lalu dibawa ke dalam pelukannya.

            Sufian berdiri. Dia menyambutkepulangan Naziha.

            “Ayah.” Naziha menghulur tangan.Jemari ayahnya di sambut lalu di kucup. Dia berdosa meninggalkan lelaki ituterlalu lama.

            “Along sihat?”

            Naziha mengangguk. Dia biarkanlelaki itu memeluknya lama. Dia juga rindu belaian ayahnya. Dia juga rindulelaki yang sentiasa memujuknya dulu.

            “Ayah semakin kurus.” Nazihamemandang mata ayahnya. Mata tua yang berkaca. “Maafkan Along ayah. Dah banyakbuat ayah risau.”

            “Alhamdulillah, Along selamatsampai. Ayah risau sangat. Hari-hari baca fasal Mesir tengah bergolak.Hari-hari ayah berdoa semoga anak kesayangan ayah dilindungi Allah.”

            “Mama dah tidur ke ayah?”

            Mata Naziha memandang kamar yangtertutup rapat. Menandakan tuan empunya bilik sedang lena diulit mimpi.

            “Mama baru saja tidur. Kejap lagiAlong jenguklah dia dalam bilik tu.”

            “Betul tu Along. Nenek dah siapkanmakan. Ayah along suruh nenek masak semua lauk kegemaran Along. Nenek masuk kedalam dulu. Kalau dah nak makan, cakap aje dengan nenek, nanti nenek hidangkannasi.”

            Naziha tersenyum sambil menangguk.Dia rasa penat. Mahu mandi terlebih dahulu. Dia letih. Berbelas jam dalamperjalanan udara merentasi masa yang tidak menentu membuatkan kepalanya sedikitsakit.

            “Along naik mandi dululah.”

            Naziha meniti anak tangga. Sufiansekadar memandang. Sudah dewasa anak kesayangannya itu. Hampir lima tahunberkahwin barulah mereka dikuarniakan cahaya mata. Sebab itu Naziha terlaluistimewa. Selepas setahun, Adam lahir, dua tahun kemudian Dania. Diikuti Aidilyang mengisi hari tua mereka. Anak bongsu yang paling manja kerana kakak danabangnya tinggal di asrama. Aidil baru dua tahun tinggal di asrama keranamendapat tawaran dari Sekolah Teknik Sepang.

            “Mak Lang, saya nak solat Isyakkejap. Lepas tu bolehlah hidangkan makanan. Adam tak balik malam ni. Dia adahal.”

            Mak Lang sekadar mengangguk. Sudahpasti lauk yang agak banyak itu akan dibuang keesokan harinya. Tadi bila dapatsaja arahan memasak, dia terfikir Adam akan pulang. Dania memang akan pulangesok petang dari UiTM perak. Dia memasak lebih dari biasa. Tapi tidak diluahkanrasa kesal kerana pembaziran malam itu. Mak Lang berlalu kembali ke dapurselepas Sufian menuju ke kamarnya semula.

            Usai Isyak, Sufian turun semula kedapur. Naziha sudah menunggu di meja makan. Mak Lang sudah menghidangkan nasidi atas dua buah pinggan porcelin putih kegemaran isterinya.

            “Mak Lang makanlah sekali.”

            “Pian dengan Along makanlah dulu.Mak Lang nak solat Isyak kejap.” Santun saja Mak Lang menolak pelawaan Sufian.Dia mahu memberi ruang dua beranak itu berbual selepas lama tidak bersua.“Along… makanlah banyak sikit. Nampak kurus Along sekarang.”

            Naziha ketawa kecil. Laukkegemarannya di atas meja membuatkan perutnya berbunyi riang.

            “Lepas ni gemuklah Along. Hari-hariAlong suruh nenek masak tau.”

            “No hal.. Along punya fasal, nenekakan masak apa saja yang Along nak. Nenek masuk dulu ya.”

            Naziha mencedok udang masak lemakcili api ke dalam pinggan. Sufian sekadar memandang. Gembiranya dia melihat Nazihaberselera begitu.

            “Ayah, nak udang tak?” Nazihamemandang ayahnya. Sebaik saja lelak itu mengangguk, beberapa ekor udang galahdiletakkan di dalam pinggan ayahnya. “Adam tak balik ke ayah?”

            “Tak, ada hal katanya. Esok Alangbalik. Dia cuti dua minggu.”

            “Hurmmm… eloklah tu, banyak kerjayang Along nak buat dengan Alang. Angah tu ayah janganlah biar sangat. Dahselalu sangat tak balik rumah kan.”

            Sufian diam. Mana dia tahu Adamselalu tidak pulang ke rumah. Tapi selalunya Adam akan memberitahu terlebihdahulu. Lagipun anaknya itu akan menghapi peperiksaan tidak lama lagi.

            “Mana Along tahu?”

            “Ayah, walau Along jauh, Along tahuAdam selalu tak balik. Ayah tak payahlah nak sorok apa-apa dari Along. Ayahselalu keluar dengan Aunti Syakila tu pun Along tahu.”

            Sufian diam. Tidak mahu berbalah panjang dengan anak sulungnya.Apatah lagi nama Syakila disebut.

            “Nanti ayah bincang dengan Angah.Tidak pula ayah terfikir Angah nak tipu ayah.”

            “Bukanlah tipu ayah…. Tapi Angah tulelaki ayah… berkawan sana sini. Lelaki perempuan tak kenal halal haram. Alongbukan tak kenal kawan-kawan dia.”

            Sufia kelu. Kenapa Naziha lebih tahudari dirinya sendiri sebagai seorang ayah.

            “Ayah nak tambah nasi lagi ke?”

            Sufian menggeleng kepala. Dia jarangmakan malam. Sebab itu dia tidak mampu makan banyak. Naziha pun dilihat lebihkepada meratah lauk yang ada berbanding nasi.

            Naziha mengemaskan meja. Anaksulungnya itu memang begitu. Dari tadi Mak Lang menegah. Tetapi dia tetapmembantu wanita itu mengemaskan meja makan dan sinki.

            “Ayah, nak minum kopi ke?”

            Sufian menggeleng. Dulu isterinyaakan bertanya begitu. Kini rutin itu akan diganti dengan Naziha bila dia ada dirumah. Tapi saat itu tidaklah  lama mana,seminggu dua adalah masa yang paling panjang anaknya itu berada di rumah.

            “Along, pergilah berehat. Alongpasti penatkan.”

            “Along nak masuk tidur ayah… penatsangat. Along nak tengok mama sekejap.”

            Naziha menyalami Sufian lalu berlalupergi. Sufian kembali sunyi. Meja makan yang boleh memuatkan lapan orang itusepi. Suasana yang dulunya meriah kini kaku. Tidak bermaya. Fikirannya kembaliligat mengenangkan Adam. Kenapa Along berkata begitu?

Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.