Orang kata bila jatuh cinta dunia kitanampak indah. Rasa bahagia yang meresap jiwa tu, kita rasa nak biar dia kekaldisitu. Tapi, indah ke cinta itu, bahagia ke cinta itu jika rasa itu lebihdaripada rasa pada Pencipta kita? Siapa je yang mampu haling rasa tu, dahdatang nak buat macam mana kan? Tapi, awak lupa ke yang datang tu juga dariPencipta kita.
“Amboilekanya cik kak mengarang ayat dekat blog. Sudah tu, pergi masak jap beb. Akulapar ni.” Masha menepuk bahu sahabatnya. “Eh, pemalas. Kau pergi cari maggidalam kabinet dapur tu, and then jerang air. Lepas tu tuang, bukan susahsangat. Tunggu 2 3 minit, siap dah.” Tu dia panjang lebar cara-cara masak maggidari cik kak kita ni.
Assalammualaikum,saya yang digelar cik kak. Nama sebenar saya Intan Mardiah Faridah NaqidahUmaiyah Saodah binti … Hahahaha. Apa aku merepek ni, maaf readers. Segan nakberitahu nama sebenar sis. Ok, sis dah ready na perkenalkan dirisis.Bismillahirrahmannirrahim. My name is Aisya. Aisya binti Din. Simple kan?Yang Makcik kena bebel dengan aku tadi is my bestfriend merangkap adikkesayangan. Namanya Masha bin Din.
“Alakak, tak kan kau tak sayang aku? Please.” Kelip-kelip dah mata Makcik ni depanaku. Aku pun angkat la juga badan aku yang malas ni. Melangkah lah ke dapur.Dalam hati yang nak menggila ni nak je sakat adik aku dengan merangkak kedapur. Tapi karang mahu dia kata aku buang tabiat.
“Hahh,kau nak makan apa?” Muka Masha dah tersengih. Jari bermain di dagu memikirkanapa yang dia idamkan sekarang. “Haish, lamanya kau fikir. Aku masakkan intiayam kebab. Kau makan dengan roti tak pun nasi. Ok?” “Hah lagi nak sedapkan,aku tambah cheese. Uish meleleh air liur.” Aku cadang. “Boek ah kak.”
Selesaisaja aku menukang menumbuk menyanyi menulis memasak di dapur, aku hidang di atasmeja ruang tamu depan TV. Uish, asik buk. “Adik, kau bawa roti dengan periuknasi depan ni. Aku lapar lak.” Sudah keluar arahan mandatori dari kakak yangsuka membuli adiknya. “Malas lah.” Apa lagi, laju saja tangan aku menampar kakinya. “Ewah-ewah sedap je yea kau Makcik. Dah bagi betis na paha, aku bagi lututsat gi. Apah tak da.” “Hah, jap.” Terkumat-kamit mulut Makcik tu. Mengutuk akula tu. Alhamdulillah, tak pasal-pasal aku dapat pahala free.
“Kak,tak senonoh punya anak dara. Makan depan TV dengan periuk nasi, periuk lauk.Apa nak jadi dengan kamu ni? Dah 25 tahun da kan?” Sudahan bebelen dariayahandaku tercinta. Aku dah garu kepala, yang Makcik tu dah cabut ke dapuracah dia tak terbabit. Padahal, dialah punca bermulanya semua ini. Ok, back tomy daddy. “Erk, Waalaikumussalam ayahanda. Meh jemput makan. Kakak masak sedapni. Rasa lah sikit air tangan anakanada yang comel.” Sudu yang berada tangansudah berpindah milik ke tangan ayah.
Ayamkebab cheese yang di dalam periuk di kaut ayah. Lalu, perlahan-lahan masuk kemulut, kemudiannya melintasi tekak dan seterusnya usus dan akhir sekali perut.Uish ayah amik feel pejam mata ibarat masakan ku seperti chef hotel limabintang. “Sedap.” Puji ayah. Bangga. Kembang kuncup hidungku menerima pujian. “Mashaamikkan ayah pinggan. Lapar ni. Kamu pun sini mari makan sekali.Tak perlu nakacak rajin di dapur tu.” Uish rasa nak tergolek bila ayah cakap camtu. Hahaha.Tak sangka dia join sekali. Bagaimana acuan begitulah kuihnya, bagaimana coolayah, begitula cool anaknya.
“MasyaAllah. Din, kamu ni yang join anak kamu makan depan TV ni kenapa.” Telinga ayahdah ditarik oleh Tok Mami. Tu dia, merah telinga ayahandaku. “Maaf mummy.”Makcik yang dari dapur tu dah terkekeh ketawa melihat ayah diperlakukansebegitu. Jelingan dari Tok Mami terus mematikan ketawa Masha, tapi aku tidak.“Tok Mamiiiiii, I miss you.” Aku peluk erat pinggang Tok Mami, telinga ayah dahdilepaskan. Rambut ikal mayang ku diusap lembut. Perlahan tanpaku sedar TokMami bertukar arah memiat pula telingaku. Mahu capang telinga aku macam Ceplostak pun seperti pelawak Nabil tu.
“Kamuni Aisya. Nama dah feminine tapi pakaian lansung taka da menunjukkankefemininenan kamu. Apalah nak jadi anak beranak dalam rumah ni. Nasib baiklahMasha elok je terbentuk jadi perempuan sejati.” “Ala, Tok Mami. Aisya ni punterbentuk apa jadi perempuan. Tak da lak fizikal ni macam lelaki. Cukup serbaserbi.” Berani aku menjawab. Telingaku makin ditarik tinggi. Pedih.
“Hujungminggu lepas, ada yang bertanyakan kamu. Tok Mami dah setuju terima anak lelakimereka sebagai menantu cucu Tok Mami. Hal ini pun ayah kamu dah tahu tadi, TokMami beritahu dalam perjalanan ke sini tadi.”
“Whaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat??????!!!!!!!”bergegar taman perumahan ni dengar jeritanku.
‘Pap’Surat khabar yang berada di tangan Tok Mami telah mendarat ke atas kepalaku.
“Masha,bawakan barang Tok Mami ke bilik. Sediakan Tok Mami teh ais sejuk sekali.”Langkah Tok Mami ala diva ke kamar beradunya. Aku dah terjelepok jatuh kelantai, terkejut dengan warkah berita yang disampaikan oleh mulut Tok Mamisebentar tadi. ‘Ohhhhh Noooo.’ Jerit kecil hati ku.
“Ayahhhhh.”
“Takyah nak drama lah kakak. Tok Mami dah buat keputusan dah pun.” Suara ayahkedengaran serius. “Kakak ok je. Baru nak cakap dengan ayah malam ni untukcarikan kakak jodoh. Kawan-kawan semua dah ada suami dan anak-anak. Kakak adaanak mata, anak tekak, anak apa lagi.” Orang tua ni dah garu kepala melihatreaksi anak sulungnya. “Dah tu tadi reaksi apa? Dengan jerit macam tu.” “Acahje drama dengan Tok Mami tadi. Kalau Tok Mami ni kita kena bagi umpph sikit.Bekas pelakon wanita terkenal lah katakan. Primadona tu.” Aku dah tersengih danayah sambung makan. Malas layan aku lah tu.
“Kakakmesti rindukan ayah lepas ni. Pape pun, kakak sentiasa sayangkan ayah.” Akumengucup pipi ayah. Lantas, membawa diri ke bilik. Sudah bergenang air mata.Sanggupkah dia melepas keluarga kecil nya dan masuk ke dalam keluarga yanglain, pasti janggal.